Februari 26, 2009

Berita Gembira Untuk Anda Semua


Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus dinaikkan 0.68 sen sekilometer bagi kereta. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.

Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint). Plaza tol Pantai: naik 50 sen dari RM1.50 kepada RM2 (naik 33) dan Plaza tol Damansara: naik 30 sen dari RM1 kepada RM1.30 (naik 30%).

Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kereta - dari RM1.50 hingga RM2 (naik 33%).

Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kereta - dari RM1.30 kepada RM1.40 (naik 7.7%). Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.

Lebuhraya Baru Pantai (NPE): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kereta - dari RM1.60 kepada RM2 (naik 25%).

Nasib baiklah aku belajar tak tinggi dan bodoh,sebab tu lah aku mampu bawak motor aje.Takde la aku kena bayar tol -tol ni.Eh,kalau lebuhraya PLUS tu naik per kilometer,maknanya 10 kilometer kite bayar RM8.60 ke?Gile babi mahal.

17 ulasan:

Unknown berkata...

bagus la tol naek,,ini akan menambahkan sebab untuk mak bapak sy untuk suruh sy jalan kaki pg kuliah,,good news for mom n dad!

Tanpa Nama berkata...

Orang tua teman duduk di utara 200 km dari Kuala Lumpur. Tolong kira kejap. Betui ke teman kena tambah tol RM0.86 x 200 = 172.00? Bior betui Yob! Balik kampung naik Firefly boleh? Takde airport lak kat situ.

It4Ch1 berkata...

1 km = 0.86 sen
10 km = 8.6 sen

kira balik bro. :D

Tanpa Nama berkata...

Tambah miskinle teman..utang kete, utang umah, utang dan utang tak habis-habis lagi....masuk kat poket sapa ni..camni akupun nak buat tol la...boley?

Iskandar Shah berkata...

Agak2 nanti SMART tunnel naik berapa hinggit pulak?

milo boyd berkata...

wah..tol naik..gaji pekerja tol naik tak? kalo naik gak aku nak hanta resume

Mantot berkata...

oh,betul2..gua salah bace...

Mantot berkata...

mungkin sbb yang lain tu naik 10 sen,40 sen dan 50 sen..membuatkan aku tersalah bace.

Tanpa Nama berkata...

aku suka kadar tol naik....memang terbaik aaa.....terima kasih malaysia...

Tanpa Nama berkata...

lalala adalah nanti yang kempen boikot tol. Ok gak meriah semula jalan kat kampung-kampung boleh tambah sumber pendapatan orang kampung berjaja tepi jalan. Tol tu bagilah untuk Lori, bas dan vip saja. Lupa pulak kalau orang lama dah merasa, orang baru nak tengok je ke?

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kerajaan!
mmg aku suka kerajaan camni.
org2 unemployed bleh baya pakai bulu x? aku de byk

Tanpa Nama berkata...

nih mmg f**k sgt bro. Walaupun aku tade kat sinih.. ridiculous tetatp ridiculous. shit laa. nih kalo 2 tahun lagi camana la harga tol nih nnt. (mencarut meleret sket)

Che underscore Lee berkata...

babi tau kerajaan!!
kalau cenggini mmg jadi tanggang le aku x balik Kangar sebab tol mahal yaamat!
nak naik Air Asia, Perlis xde airport plak.. sedih!

Tanpa Nama berkata...

hang nak balik kangaq ka Che Underscore..kalau blk aku tumpang sampai Arau..hehe..

kucai berkata...

bleh ka bayaq pkai bulu..
bleh esk aku amik bulu kucing ja bt bayaq tol..
huhauhau

Ahmad Sadli Ibrahim berkata...

yahoo...
sokonglah BN

Unknown berkata...

kesian tul aku ngan warga2 KL ni.. sabar je lah.. nasib baik negeri aku takde tol. yahoo