Februari 14, 2009

Not So Liveblogging - 14 Februari Yang Penuh Seks dan Parti Liar

Hai,selamat bertemu.Hari ni aku akan membuat update mengikut apa yang aku buat hari ni.Aku akan updatekan post ni sampai pukul 12 malam

9:00 pagi - Bangun pagi.Aku terbaring kejap.

9:05 - Bangun dari katil dan gi minum air kosong

9:30 - Masuk dapur tengok housemate aku basuh pinggan.Mungkin dia kesunyian kot?

9:40 - Aku bukak internet baca pasal Satria Neo baru.Mahal aaa kereta,60 ribu utk kereta buatan Malaysia.Ada announcement minggu depan akan diumumkan pemenang "menamakan MPV proton."

Aku harap member aku menang.
Tapi memandangkan situasi politik sekarang ni,mungkin nama MPV tu Proton Sultan ke,Proton Dacing ke,Proton Rosmah ke ataupun Proton PM6 (Perdana Menteri ke 6)

9:45 - Aku start main game Titan Quest.Mungkin dalam sejam baru habis

9:48 - Sambil aku main game terfikir,kenapa kena ada satu hari berkasih sayang?Bukankah setiap hari perlu berkasih sayang?Setiap hari adalah hari meraikan cinta,pada aku (yang dahagakan cinta..hahahha)

9:55 - Aku gi buat milo ais.Bakal bini aku mesti tere buat milo ais,mcm Wan Nor Azlin.

9:56 - Lupe lak.Kimi,Hepi Besday.Aku tau kadang2 ko bace blog aku. (Kimi bukan awek,die member aku,name aje kiut tapi dialah lelaki paling ganas penah aku jumpe)

10:30 - Argh.Tengah aku sedap membelasah tengkorak dan zombie,mouse aku tak jalan.Aku try synchronize,tak detect gak.Lampu menyala.Cabut bateri masuk balik takleh gak.Gelabah aku kejap.

Cabut bateri,ganti dgn bateri Tesco.Bateri habis rupenye.Barulah berjalan.

Tips : Bateri Tesco adalah bateri paling berbaloi berbanding dgn bateri-bateri lain.Dgn Rm2,anda boleh dapat 4 bijik bateri AA atau AAA dan daya ketahanan dia lebih kurang aje dgn bateri2 mcm Eveready.

11:00 - Takde mood aku main game jadi aku layan The Office sambil baca komik

1:00 - Aku tertido rupenye.

1:10 - Mandi.Nak keluar gi Puchong jap.

1:30 - 4:30 - Gi Puchong,kedai cat kereta.Balik singgah Tesco beli barang,makan KFC,usha amoi pakai baju kebaya .

Pandangan Syok Sendiri - Bila seseorang gadis bangsa lain memakai pakaian tradisional bangsa yang lain,gabungan itu menjadikan gadis itu seseorang yang sangat hot.Amoi + Kebaya atau Gadis Melayu + Cheongsam.Tiada apa yg lebih hot dari itu.

4:35 sampai 8:00 malam - Aku selang selikan dengan membaca komik dan menonton The Office season 5

8:00 malam - Tengok Lawakking kat Astro Ria.Bole le layan lawak dia.

8:30 malam - AKu tgh tgk rancangan Nabil Fikirlah Sendiri amende tah.Ok jugak lawak Nabil walaupun ade over sket.Tapi bila Nabil menjemput tetamu undangan dia..keluarlah mangkuk ayun ni yang aku tak pernah suka dan aku tak pernah rasa lawak iaitu ...

HELMI GIMMICK!

Dah la aku penah terkutuk dia depan2 dia.Masa tu aku ngan member aku tengok ade bunting gambar dia depan booth.Aku pun kutuk la.."Camne la dia ni boleh di konsider sbg pelawak.Haram tak lawak langsung".Rupe-rupenye dia ade belakang bunting tu tgh duduk atas kerusi.Dia dengar apa aku cakap.Cepat2 kitorang jalan dari situ.

Daripada show dia dalam TV baru tadi tu,aku still berpegang teguh kepada pandangan aku..."DIA MEMANG TAK LAWAK LANGSUNG!"

Sekarang aku tunggu bola start.Bila parti seks valentine aku nak bermula ni?

9:00 - Aku duduk atas sofa dan tukar2 channel.Antara ESPN (FA Cup),RTM1 (Liga Super) dan Astro channel 105 (aku tak ingat ape name channel)

Tengah aku layan mamat Johan ngan Zizan interview org sambil merapu2,aku pun membincangkan pasal artis2 kat Malaysia dgn member aku.Senang betol artis kat Malaysia ni nak dapat show sendiri.Kalo kite comparekan dengan David Letterman atau Jay Leno,susah diorang nak dapat sampai level ada orang sanggup produce show based on diorang nye style.Malaysia?Senang aje.Asalkan anda popular.

Andy Flop Poppy datang interview.Bagus jugak soalan2 dia.Nampak Andy dapat la kontrol soalan2 merapu diorang tu dan dia main akustik lagu "Cinta."Andy ada cerita dulu2 dia ada diajak oleh band Indonesia,Andra and The Backbone (lagu "Sempurna") untuk join grup diorang.Tapi dia tolak sebab dia tanak menetap kat Jakarta.

9:45 - Aku tukar channel sebab bosan.Bola Malaysia sekarang memang main tahap kampung.Bila aku tengok bola Malaysia live kat TV,aku teringat balik dulu2,tiap2 petang aku pegi padang dekat Taman PKNK,Alor Setar tengok diorang main bola kat situ.Biasanya ada la player2 Kedah sorang dua main.Kalau korang dah tua cam aku,mungkin korang sempat dengar pasal Ahmad Sobri Ismail,keeper Kedah dan keeper Malaysia satu masa dulu.Main petang2 kat padang,dia tak main keeper,dia main striker.

Tere!Rembat memang kuat.

9:50 - Tertukar tengok AC di Sini.Arghh!Rancangan bangang ape ni?Siap ada set khas untuk sambut Hari Valentine.

Mungkin segelintir masyarakat Melayu memulaukan benda ni sebab ini perayaan orang Kristian tapi apa nak jadi kalau satu rancangan Malaysia yang boleh dikatakan agak besar penontonnya menyambut Hari Valentine secara terang-terangan?Kalau masyarakat golongan bawah aje yang cuba pertahankan budaya,sampai bila kita nak berjaya?

10:00 - Aku dah mula ada aura-aura mengantuk.Dekat TV takde ape pun yang menarik sangat perhatian.Aku takde mood nak main game.Aku takde bende nak buat.

10:15 - Aku masih duduk depan PC,takde tujuan sambil menatap wallpaper Ellen Pompeo aku.Game bola seolah-olah hambar sebab penyokong pun senyap.Dalam kepala aku sedang berfikir,mesti ada lelaki Melayu mana-mana yang tengah bagi bunga dekat gelfren dia lalu mengucapkan "Hepi Valentine's Day" lalu mengucup dahi gadis itu.

10:45 - Johor FC 0 Perak 1

Apa yang membuatkan tengok bola Malaysia live dekat TV tak best?Adakah sebab:

1) Kaler siaran tu mcm tak berapa cukup kaler.Macam gambar TV tahun 80an
2) Komentator yang cakap bahasa baku dan takde expression
3) Penonton biasenye dalam stadium adalah 2000 orang jadi suasana stadium takde
4) Pemain2 yang kebanyakannya nampak mcm tak cukup makan
5) Team-team bola Malaysia ni takde style main,semua main style sama aje.Kalau anda ikut EPL,mcm team Middlesborough,team yang anda tak berapa peduli dia ada ke takde.Jadi,Liga Malaysia ni macam satu liga yang penuh dengan Middlesborough.Kecuali Kedah,main ala-ala Barcelona.

11:00 - Berita gembira untuk penyokong Kedah,Kedah mengutip kemenangan ke 2 selepas menewaskan My Team 1-0 di Kelana Jaya.Aku rasa Kedah boleh buat treble lagi tahun ni.

11:05 - Oh,sebelum terlupa.Hari ni first time aku naik Proton Saga.Berbanding dengan Gen2 yang tak berapa selesa ngan interior yang nampak murahan dan Savvy yang aku memang tak muat nak masuk,Saga ni agak bagus.Ruang kabin yang besar dan tempat duduk sedap,boot belakang yang besar.

Aku berpuas hati dengan interior dia,kemas dan tak nampak macam interior cap ayam.Panel meter lawa dan enjin pun senyap je.Mungkin aku dah boleh decide dah,aku akan beli Proton Saga.Mungkin kalau price dia turun dalam RM28 ribu akan jadi lagi attractive dan affordable.

Compare dengan Myvi kakak aku,aku naik Saga lagi selesa.Aku tak pernah bawak kereta selain daripada bawak kereta dalam litar tempat belajar jadi aku tak tau ape nak komen pasal enjin.

Kalau lah tetibe Perdana Menteri baru kita atau isteri Perdana Menteri baru kita nanti bermurah hati dan potong/turunkan cukai kenderaan import tiba-tiba,sorilah Proton Saga.Aku nak Suzuki Swift.Jangan cakap aku tak patriotik.Orang yang tak patriotik adalah orang yang menekan rakyatnya untuk membeli produk tempatan dengan menggunakan alasan semangat patriotik.Hanya mereka yang betul2 kuat akan survive dalam open market jadi buktikan kemampuan anda syarikat Malaysia!

Dan aku memang seorang hardcore Suzuki.

11:30 - Aku nak mandi.Dah seminggu aku tak solat langsung.Haram jadah!Aku kena buat poster mcm aku buat dulu untuk mengingatkan aku supaya semayang.

11:35 - Kepada yang ada,BUKAK RTM1 SEKARANG
Ada makcik tengah test dara pengacara RTM tu secara live dekat TV.Gabra minah tu.


11:55 - Aku tengok rancangan Santai kat RTM1.Buat live dekat KL Tower.Habis rancangan tu diorang jemput kumpulan rock Melayu pempuan nama Butterfly.Habis satu tempat tu berparty dan berdansa tak ingat dunia.Aku ngan member2 aku tengok sambil terkujat sekejap,sungguh aku tak percaya rupanya RTM sudah pandai buat show2 happening boleh berlaga-laga lelaki pempuan.Aku nak join!

Layan propaganda2 kerajaan sekejap,tengok aje,jangan percaya.

12:10 malam 15 Februari 2009

Sudah satu hari aku merepek.Sampailah masa yang ditunggu-tunggu,parti seks liar aku.Aku pun berdiri di depan cermin,lalu aku tengok muka aku kat cermin.Lalu aku cuba mencium diri aku depan cermin tu."Mantot,aku sayang kau!" kata aku kepada reflection aku.Lalu aku mendekatkan muka aku sambil bibir aku menjadi muncung ingin mencium diri sendiri...

Barulah aku sedar huduhnya gaya aku bila buat camtu.Bayangkan macam mana perasaan seorang perempuan kalau aku buat muka camtu depan dia.Sungguh menakutkan.

Jadi,aku rasa baik aku kawin sebelum aku cium sesiapa.Bila dah kawin,kalau bini aku tak suka tengok muka aku bila aku cuba membuat muka manja camtu,dia takleh nak buat apa-apa sebab aku suami dia.Dia terpaksa accept!Hahaha!

Kesimpulannya,selepas update bende ni satu hari:

1)aku takde buat apa2 aktiviti menarik dalam hidup aku.

2)aku suke makan KFC dinner plate

3)hidup aku hanya berkisar dekat TV,Bola,Game,Kerja,Baca Komik

4)sori kalau aku buang masa korang,sebenarnya aku takde idea apa nak tulis

5)orang melayu lebih menunggu datangnya valentine day daripada sambut awal muharram

6)kenapa media hiburan tanah air boleh buat aku rasa lonely bila valentine's day sebab aku tak keluar jalan2,tak bagi bunga dekat pempuan?seolah-olah aku ni seorang loser yang lonely dan tidak cool

7)orang melayu,jangan sambut valentine day ni.takde faedah,takde point,tak betol.

8)jangan cuba cium diri sendiri depan cermin

Terima kasih.
Selamat malam!Aku nak baring.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kata sampai kul 12 malam..awat sampai petang jerk?

Tanpa Nama berkata...

seharian x solat ke...hhuuhu

Mantot berkata...

aiseh,terkantoi pulak,haha

emma songall berkata...

hahaha.
uzur ea bang?bendera jepon tgh naek.
xsolat seminggu.
ehehee!

Tanpa Nama berkata...

gile babeng... aku pon leh jadik mantol bile wat aktiviti cam ko... hehehe.. ape2 pon aku pon suke makan kfc dinner plate + zinger burger

Tanpa Nama berkata...

gile babeng... aku pon leh jadik mantol bile wat aktiviti cam ko... hehehe.. ape2 pon aku pon suke makan kfc dinner plate + zinger burger

kucai berkata...

ini mmg xder idea btoi nie..
huahauhauhu

Tanpa Nama berkata...

seminggu x solat???? O.M.G.

Mantot berkata...

waah..aku tak sangka ade org terkejut.bagus2.

aku mesti berubah!

tidak dikehendaki berkata...

dinner plate spicy 1 thigh, 1 drumstick, 1 rib & air milo + cheesy wedzes sedap. ;)

aj3k berkata...

ko jujur tot.
aku jatuh hati~

RhyZe berkata...

co-meow...

Tanpa Nama berkata...

hahahahaha bro.. part sampai masa parti seks liar ko.. aku da lost..guling2 bro... gila graphic weyh description ko, pasal aku ble bayangkan lah yg ta ble blah tuh, demmit..hahaha. funny shit man.

tape tot. gua nye valentines layan tahlil.. kool je aku rasa.

Che underscore Lee berkata...

tot.. aku pun benci Helmi Gimmick tu weih... lawak dia cam gampang!

milo boyd berkata...

aku dah plan ngan sam nak wat short film based on entry ni..ko main actor.

stone ckp die nak blakon gak..aku soh die jd cermin...hummmm....

Tanpa Nama berkata...

ahhhhhhhhhhhhhhhhhhh
for god sake! u keep saying that valentine's day is useless and pointless. i agree with that. but, u've done something which is much MORE terrible than celebrating valentine's day- u r not performing pray. x semayang/solat?? mmm
better u fuck yourself...

dubeisdelony

Xeno berkata...

Butterfly punya bassist ex-classmate aku dulu. Dulu baik gle, bertudung......

Sekarang ape dah jadi? Mmhh.