Mac 28, 2012

Timbalan Perdana Menteri Cuba Jadi Buruh Binaan dan Failed


Kata sesetengah orang, golongan buruh dan pekerja am ni bayaran gaji dia murah sebab semua orang boleh buat kerja dia dan mereka tidak berpendidikan tinggi. Ye lah...semua orang boleh sapu sampah dan susun bata buat dinding, kan?

KIta perlu kaji kenapa semakin banyak tenaga diperlukan untuk sesebuah kerja, semakin sikitlah pendapatan individu tu. Melainkan dia ahli sukan.

....................

Kepada yang bertanya mengenai isu semalam ; aku copy pastekan kat sini Majlis Fatwa punya keputusan mengenai urusan kau dengan bank konvensional.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-32 yang bersidang pada 10-11 Jun 1993 telah membincangkan Hukum Bermuamalat Dengan Bank-Bank Perdagangan. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Bekerja di bank atau institusi kewangan hukumnya harus.

2. Pinjaman bank atau institusi kewangan adalah haram hukumnya kecuali kerana terpaksa bagi memenuhi keperluan asas yang mendesak.

3. Menyimpan di bank dengan tidak mengambil faedah hukumnya harus.

4. Wang faedah yang diperolehi dari bank atau institusi kewangan adalah haram digunakan untuk diri sendiri tetapi hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.

5. Menerima berbagai bentuk hadiah dan pemberian dari bank dan institusi kewangan seperti biasiswa adalah harus hukumnya.

6. Menyewa bangunan kepada bank adalah haram.

7. Memegang saham bank yang mengamalkan riba adalah haram.

...........


Kau cuba fikir, macam mana kita nak lepaskan diri dari benda yang haram?

Kita dalam zaman internet sekarang. Bukan susah nak dapat reference.Link ke Majlis Fatwa

36 ulasan:

mr edz berkata...

salah tajuk nih...

Tanpa Nama berkata...

nampak sangat jenis orang yang tak perihatin....

Radin berkata...

"macam mana kita nak lepaskan diri dari benda yang haram?"

Bila kali akhir ko tak tayang gambar buhgel kat blog? Aku join provokasi ko.

Tanpa Nama berkata...

tengok paklong bermisai putih di dalam gambar..
samada beliau sedang tahan gelak atau tahan diri dari memaki si pengikat bata..

Tanpa Nama berkata...

first of all... tang mana TPM failed tu? dia bukan nak jadi buruh binaan pun dah nama saje2 nak menunjuk nak ambik gambar...

2nd... bercakap pasal fatwa bank konvensional... atau fatwa merokok yg menyatakan haram... tapi kenapa ramai lagi org islam guna bank konvensional dan hisap rokok? kalau dah kata haram... kenapa ia masih boleh dipakai oleh org islam secara berleluasa tanpa diambil tindakan. ia sama seperti kau letak air fresh orange dan jugak arak depan kau, semua org tahu arak tu haram, tapi ko boleh pilih nak minum air mana2 pun, takde tindakan yg akan diambil pada kau. kenapa tak wajibkan org islam hanya boleh pakai islamic bank, bank konvesional hanya utk org non-muslim. sama je dgn rokok, kalau ada larangan penjualan arak pada org islam, kenapa tiada larangan penjualan rokok pada org islam? kenapa perundangan kita sangat bodoh dan double standard?

dan adakah kalau katakan pakatan DAP-PKR-PAS menang kat persekutuan, adakah larangan seperti ini akan dikuatkuasa? tidak... sebab kerja ahli politik semuanya menipu rakyat utk kepentingan masing2.

Tanpa Nama berkata...

kalau ada org islam kerja dekat kilang arak bukan main havoc, kecoh satu malaysia... ni beribu2 umat islam yg bekerja di bank2, sape pulak yg tanggung dosa diorang?

Mantot berkata...

anon..kau tak baca ke apa aku postkan tu?

Tanpa Nama berkata...

so... apa cadangan kau?

Tanpa Nama berkata...

Hahaha, aku phm..susun bata xleh tegak, kena tindih separuh kanan, separuh kiri..haha..

Paklong misai putih tu nmpk mcm nk tegur je 'apohal kau ni din?'

Zombie berkata...

"Kata sesetengah orang, golongan buruh dan pekerja am ni bayaran gaji dia murah sebab semua orang boleh buat kerja dia dan mereka tidak berpendidikan tinggi"

Aq first time plk dngr kata2 ni. Mungkin kau je kot pikir cenggitew.

Zonkers berkata...

Sigh.

Aku baca2 pasal fatwa bank ni, memang byk dekat kpd haram.

Tapi cemaner Mantot, byk urusan idup skrg byk melalui bank2. Nak beli kereta, umah sumer thru bank. Bila dah thru bank, mestila ada interest di sana sini. Susah dow. Xde usaha sgt dari kerajaan untuk 'sucikan' benda2 ni.

Lagi satu, aku dengar kalau buat pinjaman melalui bank2 islamik, caj/interest (sori kalo term silap) lebih tinggi? Yeke? Ada sapa2 leh confirmkan dan kasi pencerahan sket? Siap kena komplen masuk paper aritu tapi x igt paper bila.

AKu rasa lepas ni Fatwa Kebangsaan di samping beri fatwa, kena nyatakan solution gak. Kesian kat rakyat dow.

Tanpa Nama berkata...

He he heh....
Letak batubata tu tak betul....patutnya betul2 bersebelahan batu yang sedia ada....bukannya betul2 atas batu yang di bawah tu.... Kan dah menyusahkan Pak Long nak sambung kerja nanti.....!!!

He he heh......

SSSmyh

Cik Siti Fairuz berkata...

"Kau cuba fikir, macam mana kita nak lepaskan diri dari benda yang haram?"

kawen la woii..drp usung anak dara org kehuluhili...tetibe

mawar berkata...

gmbr yg susun bata tu PM bukan TPM..

Orang ke-Enam berkata...

Sistem perbankan sudah berakar umbi terlalu lama. Nak mengubah sistem kewangan perlukan usaha semua. Dari peringkat individu hingga kerajaan. Tapi peranan politikus adalah mengekalkan sistem sedia ada dan merogol rakyat. Tidak mungkin sistem kewangan ini boleh diubah.

Sistem kawangan Islam cuma alternatif. Ia tidak lebih baik dari perbankan konvensional. Nak berbangga dengan sistem Islamik yang mengiklankan "pembiayaan" dan bukan pinjaman? Aku tinggalkan link di bawah untuk dibaca:

JAK Members Bank

Fatwa? Bahahha.. I rest my case.

Tanpa Nama berkata...

najib la yg susun batu bata bukan muhyiddin... failed entry

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0326&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

fuad ansari berkata...

mahu tak mahu, kita kena terima kebenaran waluapun ianya pahit untuk ditelan.. (",)

kOn berkata...

mantot

pe kata ko jadi pemimpin kami...keluarkan kami dari segala riba...maksiat...
tegakkan islam yg benar...
ak percaya ko mampu mantot...

umat Islam hanya perlukan ketua je utk keluarkan diri mereka dari situasi skrg...

tanpa ketua...kami lemah...hanya boleh ikut je apa yg dh sedia ada...meskipun haram...

now the time bro...

Tanpa Nama berkata...

macam mana pula dgn akad?

dlu aku pernah dgr satu ceramah agama; masa tu heboh pasal colgate haram. kmudian ustaz tu ckp, kalau kerajaan dah jamin benda tu halal (cop jakim). maka, x salah kalo rakyat nak beli colgate tu. ustaz tu ckp kerajaan yg akan jamin benda tu kelak di akhirat.

wallahualam..

Jet berkata...

@kon, walaupun aku tak setuju tapi bagus jgk kalau die cuba jdk ketua. Tngk nanti, sama tk mcm Najeeb.

zaminc berkata...

kepada yg kata susah2 takde bank tu, islamik banking kan ada.

harga kereta proton memang mahal.
tapi tanpa proton tak bermakna kereta lain akan lebih murah.

Komen berkata...

TG Nik Aziz dah lama dalam politik.
tak nak pulak korg undi TG sampai jadi PM.
ni Mantot yang tulis blog aje sebok korg nak suruh dye jadi PM.
tah pahape......

Tanpa Nama berkata...

mantot? PM? TPM? barai....

Laici berkata...

sekarang PM sendiri tak membawa hala tuju ke arah mengelakkan perkara2 haram...apa salahnya korang pilih calon lain yang layak, atau sekurang2nya membawa kita ke arah negara Islam yang sebenar..?


sebab apa ramai orang masih guna perkhidmatan bank konvesional? sebab tak ada pendedahan pastu ada pula galakan dari pihak kerajaan untuk produk perbankkan yang haram

Tanpa Nama berkata...

masalah sekarang bukan sebab pendedahan ke apa... masalah sekarang adalah penguatkuasaan... cth arak, arak dah mmg haram, so ada larangan jual arak kepada org islam. sekarang ni rokok dan bank konvensional haram, patut adakan jugak larangan utk umat islam beli rokok dan guna bank konvensional. org islam hanya boleh guna islamik bank, noktah.

btw still failed entry... tu najib bukan muhyiddin laaa

Kak Ros berkata...

Apa pulak fail, Rosmah PM, Najib TPM...betul la tu..

su suraya berkata...

by the way,, gamba batu bata ni masok 9gag weyhh..adoii tak memasal jadi bahan lawak kat situ

Prince of Noob berkata...

Kak Ros, kalau nak kira mcm tu... patut tulis suami perdana menteri, bukan timbalan perdana menteri

zazaa berkata...

aduh kesian muka pakcik pakai baju biru tu. mesti dlm hati "aduii, apala yg p rosakkan kerja aku tu" hihi.

Tidak Emosi berkata...

poor u mantot..hdup kt sentiasa di kritik..its about cycle..

ur writing always carried the sense of tickling n over thought sometimes..tp bgus, at least u r thinking out of the normal view,even it makes u look dumb..

Tanpa Nama berkata...

senang je, kalau tak sanggup dan tak boleh nak terima kritikan orang, jgn kritik org lain. org yg ko kritik tu pun manusia yg ada perasaan juga mcm kau.

Tanpa Nama berkata...

its PM not TPM... fail

Tanpa Nama berkata...

jangan katakan bekerja di bank...bekerja di Amanah Raya pun sama jugak tp lagi keji kot sbb amik harta anak yatim..bayangkan seorang anak kehilangan bapa dan arwah bapa dia ada akaun ASB...semua akaun ASB adalah di bawah jagaan Amanah Raya bila pemilik akaun meninggal maka keluarga si mati berusaha untuk membantu si anak keluarkan wang tersebut tetapi dalam total amount maybe few% diambil utk service charge...mcm mana tu...

Mantot berkata...

brape percent aa dia ambik?
menarik jugak ni sbb aku tak pernah lagi berhadapan dgn situasi tu?

ahmad berkata...

mantot..knp diorang gaji rendah?..ko pena jadi kontraktor n gaji diorang mahal2 ke..kalau betul camne ngan pojek ko..labour+material+overhead..margin dia ok x?

fat berkata...

Aku pernah buat urusan ngan amanah raya pasal duit KWSP peninggalan arwah ayah. ada RM20k. charge pengurusan dia RM50 dan itu pun dibayar sebelum mulakan pengurusan tu.