Kalau kau tengok perangai dan development budak2, mesti kau akan nampak beza perkembangan umur baby yang umur 6 bulan dengan 8 bulan walaupun hakikatnya gap dia hanyalah 2 bulan. Kalau kau comparekan development baby yang umur 1 bulan dengan 11 bulan lagi la besar jarak dia.
Minda manusia mencapai tempoh matang lebih lambat daripada pembesaran fizikal rasanya,by average. Adakah umur pada peringkat 17 tahun boleh dikira matang? Depends tapi still dalam beberapa perkara ketidak matangannya akan terserlah.Tapi aku selalu pelik, kenapa orang putih nampak macam cepat matang? Janganlah ambik contoh gadis2 dalam rancangan MTV Jersey Shore atau peserta rancangan My Sweet 16th Birthday tapi kepada pemuda pemudi yang diinterview dalam BBC ke dalam rancangan2 berita.
Cara diorang berfikir tu agak lain..
Kalau aku time ambik SPM aku hanya fikir untuk pass SPM dan tak lebih dari tu, diorang ni dah fikir nak masuk kolej mana,nak buat course apa dan apa cara untuk dapat scholarship.Mungkin, mungkin mereka ni matang sebab diorang memang dah ditrain untuk independent.
Sebab kalau kau baca teknik2 nak membesarkan anak yang diamalkan oleh orang putih, semua teknik yang diorang buat tak mungkin kita boleh apply dekat budaya kita...sure dan konfem akan kena marah dengan mak mertua. Aku bagi contoh...orang kita akan biarkan anak tidur dengan mak bapak sampailah umur dia..2 tahun?3 tahun? 7 tahun?
Tapi orang putih akan ajar anak dia tidur sendiri..dalam crib sendiri...dalam bilik sendiri...dari umur dia beberapa bulan.
Sepanjang aku mengajar tuisyen dulu, maaflah kalau aku katakan, kebolehan mental untuk berfikir sendiri kalau aku comparekan budak Melayu 17 tahun dengan budak Cina 13 tahun ada jurang yang boleh dikatakan ketara. Mungkin sebab aku ajar budak yang pandai dan budak Melayu tu lemau sikit...tapi agak obvious gap dia.
Kalau budak Melayu...apa yang diorang nak borakkan waktu tu adalah Akademi Fantasia, aku berborak dengan dua orang budak Cina form one dengan form 2 pasal macam mana nak buat kartun. Dan aku bukannya mengajar seorang dua budak Melayu, adalah dalam 20 orang satu kelas dan majoritinya agak berminat berbincang pasal sapa tengok Akademi Fantasia dan ada satu masa...seorang student pempuan ni buat satu benda yang aku paling anti dalam dunia.
Baca majalah Mangga dalam kelas.
Nasib baik gua tak sepak keluar.
Aku selalu berbincang dengan isteri aku pasal satu benda. Dia cikgu...aku cikgu tak terlatih. Aku pernah tanya dia, "Yo sis..sepanjang u mengajar ni, ada tak gap antara budak yang lahir pada tahun yang sama tapi sorang lahir dalam Januari seorang lagi lahir Disember?" Dia kata tak obvious sangat...tapi aku agak berminat nak tau ada tak kajian dibuat pasal tu.
Cuma apa yang wife aku beritahu aku,"ada gap besar antara student lelaki dan perempuan..lelaki selalunya memang banyak jauh terkebelakang berbanding perempuan.." Itu memang expected sebab memang lelaki develop lambat sket...tapi jauh terkebelakang? Even zaman aku UPSR dulu...ada 22 orang student dalam sekolah aku yang diorang target dapat 4A...2 orang aje budak lelaki Melayu.
Pasti kau selalu dengar pasal masalah ketidak seimbangan antara jumlah bilangan dan pencapaian student lelaki dan perempuan dekat IPT. Benda ni memang obvious dekat IPTA especially. Tapi mungkin ramai yang tak tau, masalah ni juga sebenarnya sedang berlaku di level sekolah rendah.
Aku tengok hidup remaja kita, penuh dengan bahan bacaan ringan. Hai,Mangga,URTV...even Utusan Malaysia hari Ahad pun ada Pancaindera...suratkhabar half porn untuk rakyat Malaysia.
Persoalannya..kerajaan selalu kata...mereka kekurangan pelapis pemimpin. Macam mana kita nak melahirkan pelapis kalau masyarakat kita masih lagi spend duit mereka untuk beli sampah? Bentuk masyarakat kita guna medium yang betul. Kalau setiap hari ceritanya "lu tuduh gua,gua tuduh lu,lu liwat,gua liwat,lu rasuah,gua rasuah balik,lu khalwat,gua tangkap..." apa hasilnya masyarakat yang kita akan dapat dari proses camtu?
Ataupun mungkin juga kerana kekurangan pelapis inilah..negara kita punya pemimpin pusing2 datang daripada family yang sama. Mungkin untuk meneruskan legasi..masyarakat Melayu perlu diperbodohkan?
Mungkin...
Lebih mudah memimpin orang yang tidak mempersoalkan kepimpinan anda,kan?

17 ulasan:
kalau setiap lapisan anak muda dijamu dengan benda2 macam tu,tak heranlah kalau sampai ke tua development diaorang lambat.
what to expect... mak bapak pun dah didik mcm tu... meleeeiiissss
sistem pendidikan pun ya jugak. aku hantaq anak aku pi internasional school sejak dari dia kindergarten dan juga nursery. sekarang anak aku 1st grade, cara dia fikir dan berborak dengan aku tak sama mcam anak buah aku yang sebaya dgn anak aku tapi sekolah kerajaan/kebangsaan. totally different. Cara pembelajaran penting utk membentuk minda anak2 sejak dari diaorg kecik. Anak aku dh boleh citer pasal atmosfera, jenis2 gas, pasal killer whales semua tapi bila aku tanya anak buah aku dia cakap cikgu tak ajar lagi pun. Aku kesian kat anak buah aku tu. aku selalu berharap sistem pendidikan kita akan berubah mengikut zaman dan juga pemerintah.
Baru je baca script filem V For Vendetta. Isu nye lbh kurang sama dgn persoalan yg ditimbulkan "Lebih mudah memimpin orang yang tidak mempersoalkan kepimpinan anda,kan?" Scene iklan TV dlm filem tersebut menyedarkan rakyat yg terlalu lama leka dlm keselesaan.
Drp,
RYSMHP
Anon 10:40 am
kau check dah sekolah international tu brapa ramai cikgu melayu/ sekolah kebangsaan brapa ramai cikgu melayu? sekolah keb cina plak brapa ramai cikgu melayu? kesimpulannya mantot...
cemna nak cakap ya, makin umur meningkat insyaAllah budak akan makin matang. tapi matang x semestinya berkait dengan umur.
so aku rasa x beza mana pun perbezaan beberapa bukan tu,matang budak ni mungkin mai dari otak, cara dia dibesarkan(upbringing) dan kawan2 jugak (environment). dan selalu budak yg faham agama dan amal ilmu dia, nampak matang cepat.
Jgn kan student sekolah / IPT< tengok aje org2 Melayu daam alam perkerjaan. Sekali sekala layan lunch dengan diorang. Butir topic perbincangannya pasal cerekarama malam tadi, atau kisah artis bergambar dgn anak anjing, gosip artis pakai botox, gosip rakan sekerja jadi bini no 2 dan mcm2 lagi la. Yg lelaki nya pulak asik merapu politik kedai kopi.
Very hard to convey a quality conversation dgn Malay ni..tak caya..? try le citer pasal teori Dr Michio Kaku about God. Yg kau akan dapat reply " ish...tak baik semua tu kafir nak rosakkan agama kita..."
Entah ape2 entah..
Aku ada tanya pasal anak aku yg tahun-tahun lepas kat tadika...pasal perbezaan umur macam citer kat atas...anak aku, lahir bulan oktober, masa umur 5 dan 6 tahun di tadika, dia agak slow catch-up apa yang guru-guru dia ajar... aku pun naik risau..btw, bini aku cikgu gak... dia kater bayi yg baru lahir pada january mana sama dengan bayi yg dah lahir 12 bulan... sorang terbaring lagi dan sorang lg dah boleh merangkak... so, biler masuk darjah satu tahun nie... budak2 len dah 7 tahun, sedangkan dia baru 6 tahun dan beberapa bulan saja... rasa2 lepas darjah 2 atau 3 baru nampak kesamarataan (mungking kot)... pasnie/pastu plak, letak dua budak (dari kecil) berkawan dengan rakan yg x sebaya, sorang berkawan dengan budak2 yang lebih muda daripada dia, dan sorang lagi berkawan dengan dewasa/orgtua(selalu jadi kat kampung2... dari situ kita boleh nampak tahap pemikiran/perangai yg berbeza... aduhh penat aaa... nanti sambung plak pasal sek keb dengan sek cina (semua anak aku masuk sekolah nie).. by(e)...
Situasi yg memboddohkah generasi muda ini memang sengaja dibiarkan... sebab kalau generasi muda especially mekayu ini cerdik, dah lama kera jaan yg korup ni tumbang. Jadi utk elakkan dari generasi muda melayu ini cerdik maka disuapkanlah dgn berbagai hiburan yg melampaui batas, hiburan yg tak henti2 ada saja dan amat mudah nak mendapat hiburan yg berbagai bentuk... cuba tengok game show, realiti show kaum mana yg ramai... dah lama sangat dah otak melayu ni dirosakkan secara sengaja agar leka dan khayal dan kera-jaan akan dapat terus buat penyelewengan.
Kalau pasal rumah kediaman mengapa dasar kera jaan tidak menetapkan supaya sekecil2 rumah mesti ada 3 bilik sekurang2nya... ini tak tengok flat pekeliling... satu bilik yg telah dihuni bertahun2 oleh rakyat satu masu dulu... masih ada lagi flat tu... kuarter polis yg berdekatan pun sama juga, cuma ada satu bilik... masalah utama kita adalah kita memilih org2 boddoh utk jadi pemimpin... apa yg mentri pelejaran kita sekarang boleh buat utk improvkan sistem pendidikan negara... habuk pun tarak... benggongggggg
Aku budak lompat ataupun lebih dikenali zaman dulu-dulu as budak PTS. So maksudnya aku terus masuk belajar darjah 5 tanpa ada basic pelajaran darjah 4 dan yang paling best, darjah 5 tu aku terus belajar science tanpa ada apa-apa basic. Darjah tiga zaman aku tak belajar science lagi.
Tapi aku rasa kalau dari segi pembelajaran, aku tak terkebelakang berbanding "kakak-abang' dalam kelas aku. Aku mampu catch up walaupun aku muda so aku rasa it is all about parents' upbringing. Parents aku banyak latih aku untuk fikir secara kritis, aku selalu tengok NatGeo, Discovery Chanel, takdenye katun-katun kat umah aku tu. Kot kalau boleh tengok katun pun, ayah aku bagi tengok Doraemon.
Benda yang aku nak cakap sebenarnya is orang Melayu ni, kalau betul cara didikan dari kat rumah, mak ayah concern pasal pelajaran macam parents orang Cina, kita mampu ja setanding depa. Otak Allah bagi sama kapasiti, tak dak beza aih ikut kaum. Kena pandai utilize ja.
usahkan anak-anak kecik, mak ayahnya pon ajak berborak pasal AF , American Idol, Drama Ria & Glee haha. serious, nak bercakap tentang perkara-perkara ber'nas' nih memang susah bila takda facts
setuju dengan meleis dilemma..beza sangat bila bekerja dalam sektor kerajaan (byk melayu) dan sektor swasta yang minoriti melayu. kalau kerja di tempat majoriti melayu ni asyik cerita-- orang ni anak dara tua, orang tu kawin tak mengandung2,orang ni kedekut, orang tu beli kereta import, orang ni beli beg Prada, orang ni ampu bos, orang tu mengelat, etc..asyik cerita pasal orang je..bosan..
ikut juga cara didikan dari dalam rumah. contoh senang kalau ibu bapa speaking dengan anak, memang lain la kalau ibu bapa yang cakap bahasa Jawa dengan anak. contoh lain ibu bapa yang kuat membaca dengan ibu bapa yang kuat tengok TV.atau ibu bapa yang beli paper NST dengan beli paper Utusan..beza..semua tu mempengaruhi cara hidup dan pemikiran generasi akan datang,.kalau ada kesedaran sendiri untuk berubah Alhamdulillah..cuma bila kita sendiri hendak berubah tu, confirm generasi terdahulu tipikal takkan bersetuju..
Kalau ibu bapa jenis tipikal Melayu, tak mengapa lah, at least bila ada anak sendiri boleh la acu anak mengikut lunas Islam dan acuan pemikiran yang dikehendaki. InsyaAllah.
setuju dengan ramai. upbringing and culture. and boleh je integrate what's good of the western culture kot. mak mertua wife blabla and so on is just alasan. Laki kan ketua keluarga. Lead the way, like a man. When you're right, you're the man. When you're wrong, you're a man.
@ otaklunyai
aku tak rasa gomen kita sepandai tu. paling kurang pun, aku tak rasa followers yang bekerja untuk gomen sepandai tu.
I think the difference between the two categories that stood out most, given the two belong in the same cultural structure and upbringing,
is how they seek(methodology) and perceive(importance) knowledge based on their generation.
Draw a bigger gap between the two in terms of age, you'd see a bigger divergence relating to reason above.
In terms of Malays and Chinese I'd say in general, Chinese might perceive knowledge as more important than their Malay counterpart(for reasons you would know) thus affecting how they study regarding how hard they study and so forth (methodology). Again, culture and upbringing. Memang susah bringing up a kid. Tapi kalau buat betul, worth it doh.
Saya memang tidak benarkan anak-anak saya tengok cerita lara seperti AF,American Idol, Game show, Indon, Drama dan yang seangkatan sejak dari kecil lagi. Syukur sehingga kini mereka tiada langsung minat cerita ini walaupun kawan-kawan sekolah suka bersembang mengenai cerita lara ini. Hasilnya mereka suka kepada rancangan yang memberi pengetahuan dan knowledge yang tinggi. Pada mereka cerita-cerita lara itu cerita tak berfaedah dan tidak sesuai. Ni semua didikan yang perlu kita buat sejak anak kita kecil lagi. Kena tanam sungguh-sungguh keburukan cerita lara ini supaya mereka boleh bersemuka dan beri alasan yang bernas bila diejek oleh rakan sekolah kerana tak mengikuti perkembangan cerita lara ini.
aii bila baca nih rasa diri ni lembap pulak (sebab waktu sekolah memg mcm tu,sebijik,citer pasal AF je) =.=" nnti dah ada anak,mahu anak jadi budak pndai,bukan yg asik tgk drama tv je..
aku pernah dengar dr mulut seorang melayu yang bangang "channel national geografi ni rancangan yahudi nk menjatuhkan islam"
dan secara kebetulan orang tu ahli wanita UMNO.....
"masyarakat kita masih lagi spend duit mereka untuk beli sampah? "
Sampah akan semakin banyak dan takkan makin kurang. Walaupun aku bkn sepenuhnya pro-gomen, takde la sampai nak blame 100% kat pihak 'berkuasa'.
Yg produce sampah ialah org 'biasa2' je - blogger, novelist, pelakon, wartawan dll. Yg penting, AUDIENCE pilih yg mana patut. Kalau ada yg tegur "apasal tngk/baca sampah?", jangan dimakin hamun balik "Ni hiburan je la, nak lepas tension bla..bla.."
Haha... Melayu munduuurrrr.......
Catat Ulasan