Mac 23, 2012

Solusi Amah Untuk Semua

Kalau kau ada pandai sket matematik; kau boleh lakukan perkiraan mudah. Kita ambik contoh kau ada 3 anak. Bajet kau hantar anak nursery : 3 orang x RM300 = RM900. Bajet kau bayar maid sekarang = katalah RM500. Memang kau rugi RM400 kat situ.

View Pembantu Rumah

Tapi sekarang ni cuba katalah tiba-tiba maid kau mendapat idea. Dia pun congak2 ; " aku kerja dari 6 pagi hingga 10 malam. Aku dibayar Rm500 sebulan. Setiap hari aku kerja. Ahad mungkin ada cuti mungkin tidak cuti. Jadi basically saya kerja setiap hari 16 jam 6 hari seminggu."

16 jam x 6 hari = 96 jam seminggu = 384 jam sebulan

RM500 / 384 jam = saya dibayar RM1.30 sejam.

Tapi kerana majikanku kata "saya dapat benefit itu ini, makan tanggung, rumah ada...benefit package saya itu bolehlah dikira bilik RM300 dan makan RM200. Jadi sebenarnya value kerja saya ialah RM1000. Kelihatan lumayan.

RM1000 / 384 jam = saya dibayar RM2.60 sejam. RM2.60 sejam untuk buat semua kerja...

View Boss / Majikan / Tuan Rumah / Puan Maam

Aku ada 3 anak. Hantar nursery Rm300 seorang. Dah Rm900. Baik aku hire maid. Baru Rm500. Tapi aku kena la korbankan aku punya bilik satu dan aku kena sapot makan dia. Kalau ikut value tu sewa bilik dah RM300 dan makan dia aje dah Rm200. Dah dekat seribu..tapi kalau dia lari macam mana? Kalau dia curik duit aku camna? Kalau dia bawak lari anak aku macam mana? Kalau dia bawak balik boifren masuk bilik lepas tu rumah aku habis berbau rokok Surya macam mana?

Tapi..aku tak fikir lagi pasal additional cost contohnya kalau dia sakit ke...kalau dia tiba2 mengandung...

View Pengasuh Yang Jaga Anak 7 Pagi ke 7 Malam

Aku mintak bayaran Rm300 sebulan untuk seorang budak. aku kena jaga by average 24 hari sebulan. Rm300 bahagi 24 =12.50 sehari.

Sejam aku kerja jaga seorang baby atau anak aku dapat  Rm1.04. Tapi kalau aku ambik 3 orang..aku boleh dapat lebih daripada apa yang pembantu rumah Indonesia dapat dan aku takyah layan permintaan majikan yang pelik2.

...........

Kalau maid Indo tu buat perkiraan...tak nak dia datang kerja Malaysia ni. Gaji dia dengan gaji pengasuh budak persendirian bukan banyak beza sangat pun. Tapi dia kena buat semua benda.

Still tak fair?

...................

Berdasarkan apa yang korang ramai respon, ramai yang tak setuju dengan nilai yang dipropose sebab nampak kenaikannya. Ada jugak yang kata hantar nursery lagi mahal. Tapi mungkin ada yang tak sedar sebenarnya banyak gila hidden cost kalau kau ambik maid..sebab basically kau menyara hidup seorang lagi manusia.

Cuma untungnya dia kena buat semua kerja rumah, kan?
Keyword dia..kena buat.

...............

Kita buat perkiraan sikit ya? Sebulan kau bayar RM500 kat maid kau. Kau kena support dia makan, kau bagi dia tempat tinggal dan macam-macam lagi lah benefit dia.

Sebulan gaji Rm500 + hidden cost (bilik,bil dia,makan dia) RM500 = Rm1000 sebulan

Setahun kau dah belanjakan RM12,000 hanya untuk maid kau. Itu tak masuk lagi yuran untuk agensi yang jumlahnya antara RM3 ribu ke RM10 ribu untuk dapat kontrak maid tu. Jadi purata kau berbelanja setahun untuk maid starting from scratch adalah RM16,000.

GILA! Banyak tu. Tu tak masuk lagi cost untuk kau beli kereta lagi besar sebab "ahli family" kau dah bertambah lagi seorang. Nak balik kampung mesti nak bawak dia kan? Keluar jalan mesti nak bagi dia makan jugak kan?

...........


Tahukah anda ; dalam negara kita ,hanya orang yang bergaji RM4500 ke atas saja yang dibenarkan kahwin dua tapi tiada sekatan yang sama diberikan kalau kau nak hire maid.

Kebanyakan negara maju ada memperkenalkan mekanisme sendiri untuk kawal kebajikan maid2 foreign yang kerja di negara diorang. Contohnya kita ambik jiran kita aje la..Singapore. Kerajaan diorang sendiri perkenalkan langkah untuk jaga hak maid ni. Majikan yang nak hire perlu ada salary certain2 amount dan maid perlu dibayar certain2 amount.

*Update - Jabatan Imigresen Malaysia memberi syarat jumlah pendapatan bulanan majikan minima  RM3000 utk menggaji pembantu rumah Indonesia...satu nisbah yang aku rasakan agak pelik sebab itu juga jumlah yang membolehkan kau dapat Bantuan Rakyat 1Malaysia.Tapi aku tak sure sama ada seorang kena RM3000 atau satu isi rumah Rm3000..ada sesiapa boleh tolong?

Tapi tu negara maju lah. Kita negara biasa2 aje tapi kita ada satu negeri maju.

Tengoklah mentaliti orang negara kita....comparekan dgn dunia luar. Kita tak implement on our own voluntary reason tapi kena paksa dengan sebuah negara lain yang cuba nak protect rakyat dia.

Sampai satu masa nanti, nak tak nak maid akan jadi satu luxury worker sebab kebanyakan negara yang fikir pasal hak pekerja, dia akan ketatkan syarat pengambilan maid ni untuk pastikan their citizen responsible dengan maid rumah diorang. Sampai berapa lama kita masih lagi nak take advantage dengan diorang? Akan sampai satu hari nanti pembantu2 rumah tu sedar yang it's not worth it to come work here in Malaysia.

Tak sedar ke ; semua yang mengeluh pasal syarat baru maid samalah macam tauke2 yang halang pengenalan sistem gaji minima kat Malaysia ni. Rakyat ramai yang mintak gaji minima naik...tapi tauke takut untung berkurangan.

Amah mintak gaji minima....kau, sebagai majikan...mengeluh.

Tapi adakah pelaksanaan gaji minima kat negara kita akan menguntungkan orang ramai yang level rakyat biasa ni?

Ya.

...............

Sebenarnya aku takde solusi pasal benda ni dari segi realistiknya. Kalau kau refer balik pasal apa Menteri kita cakap pun dia sendiri tak tau apa solusi dia sebab dia kata "kalau ada masalah nanti...kita tengoklah macam mana."

Jangan tunggu dan amalkan apa menteri kita buat tu. "Tunggu, lihat dan hanya react dengan cara kajian bila ada masalah" adalah motto kerajaan Barisan Nasional. Aku rasa maid2 Indo ni pun mata diorang ramai yang dah celik sekarang jadi diorang akan go for the better opportunities kat banyak lagi negara lain.

Tapi kalau kau push jugak aku nak solution...aku bagitau kat kau...
Solusi dia adalah bagi suami kau kahwin dua. Kalau kau lelaki..kahwin dua.

Tak pernah lagi ada orang kaji sebab2 lain kenapa agama bagi lelaki kahwin 4 kan? Asyik2 nak meramaikan umat Muhammad. Scientifically...mesti ada sebab. Kalau kau open minded, cuba kaji.Sebab kita selalu tengok hukum agama ni ikut spiritual view tapi tak nampak dari segi real world purpose dia.

Tapi kalau kau ni memang jenis takleh nak dengar langsung perihal suami nak kahwin dua ni...takpelah. Gi baca blog lain kalau tak suka.

Aku adalah seorang jackass,asshole,butthurt dan pelbagai gelaran lagilah dan aku mengsyorkan kepada semua lelaki yang ada masalah dengan maid atau perlu maid tapi tahu diri mampu nak kahwin lagi seorang....kahwinlah lagi seorang. Sebab kalau kau mampu hire maid, kau sbnrnya mampu kahwin lagi seorang.

Lebih baik perabis harta untuk isteri-isteri daripada sara seorang maid Indonesia.

51 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahaha,, well said mantot. btw kawen lagi sorang tu samalah macam "keluar dari mulut rimau, masuk pulak mulut buaya" dah setel pasal maid, kene tanggung derita jiwa plak pasal dapat madu.. damn! hahah sorry lari topik

Adi berkata...

"Solusi dia adalah bagi suami kau kahwin dua. Kalau kau lelaki..kahwin dua."

Terima kasih, Mantot. Ini sebenarnya ramai yg request dari kau sebelum ni- solution. Bukan takat hentam2. Aku takde nak bantah solution yg kau bagi. Clear. Thanks.

Pendekar Laut berkata...

haha..smlm aku suggest kawin dua utk selesaikan masalah maid ni, x sangka mantot highlightkan benda ni hari ini

ko dpt idea dari komen aku smlm ke mantot? ke ko dh terpikir bnda ni sblm tu?

mawar berkata...

dah tiga hari saya, jadi pembaca, acara debat ni... seronok baca sbb boleh tgk 'perangai' segelintir rakyat malaysia...

hari ni saya suka solution yg mantot beri tu... saya rasa sudah tiba masanya rakyat malaysia pandang positif & gunakan secara positif kemudahan yg Allah bagi tu iaitu POLIGAMI...

Kassim berkata...

yeahh!!
aku sekarang mampu pakai maid..
maka aku mampu kawin dua..
ahh..best betoi boleh kawin dua..
harap isteri ku faham..
terima kasih mantot.
kahkahkah!!
happy..happy..

Tanpa Nama berkata...

3 ari bace blog nie baru nmpk mane endingnya..

Tanpa Nama berkata...

mantot, takde isu baru ke... bosan ler pepagi nih...ops... setuju dgn mawar... hahahahHAHAHA... kau nak praktikkan skali ke mantot?
-coma-

Tanpa Nama berkata...

tak abes lg ke psl maid. klu ko kte ta stuju ta stuju jelah. klu stuju. stuju je la. nyampahlak ak bce bnde sme ta abes2 nh.

Tanpa Nama berkata...

tp takkanlah kwin lagi satu pastu suruh bini jadi mcm maid kot?tu dah jadi salah niat berkawin lagi. Tak setuju.

-bukan org gomen

Fauzan Ahmad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

aku setuju dengan kau. Pakcik aku exactly buat macam kau cakap. Dia dah berpuluh tahun hidup rukun dan damai sebab dia sangat busy, dan bini first dia pun busy sebab diorang pun memang somebody lah kat msia nih.

yang best nya, bini no dua tuh kerja sendiri. Anak2 untuk dua2 mariage tuh adalah dalam 20 orang.

Aku pernah korek rahsia dia, slumber dia cakap, " Think positive lah, hukum Islam kasi dah bagus dah"

Tanpa Nama berkata...

Aku anon yang nama Darus.

Tanpa Nama berkata...

ada jugak entry ke-4 isu bodoh dan basi ni... dah seminggu dah weeiii... post la isu baru pasal yazid sufaat ke, perbahasan isu radiasi bukit merah di parlimen ke, selangor nak guna lombong utk sumber air ke... makin bangang pulak aku tgk blog ni

Aiman berkata...

I likE....

Mantot berkata...

blog bangang mcm ni sesuai la dgn org mcm kau

Ted berkata...

I loike it too.

Tanpa Nama berkata...

pi jahanam dengan indon

Kak Mah berkata...

mengaiiii...

aku tak galakkan laki aku kawin lagi 1 dan tak juga galakkan utk ambil maid atas sebab2 tertentu.

biarlah aku penat sikit tak apa lah. utk kerja2 rumah, aku hire org tempatan datang rumah 2 3 hari sekali atau seminggu sekali utk bersihkan rumah.. itu worse come to worse lah.

optional berkata...

setuju....kalau aku jadi maid pun..harapan aku adalah untuk berkahwin dengan bos aku....
lagipun maid bukan keperluan pada waktu malam...mungkin kita patut gantikan maid dengan tukang kebun....yang masa kerja nya sama macam orang pejabat....selesa nak hidup...makan...tanggal baju....etc

Tanpa Nama berkata...

Jabatan Imgresen dah lama tetapkan "gaji minima majikan" sebagai syarat ambil maid. Cth, RM3000 sebulan bagi pembantu indonesia, RM5000 sebulan bagi pembantu filipina. Harap penulis betulkan fakta anda.

Tanpa Nama berkata...

kepada anon 11.40, maksud mantot tu kau bukannya kau buat bini no 2 tu jadi maid ke kuli batak ke, bukan der weyyy, tapi pepandai la bahagi tugas nanty dengan laki and bini first tu dalam rumah tangga..itu pun tak dapat tangkap ke...

aku anon baik

Mantot berkata...

thanks anon.
aku dah update

ajibodo berkata...

cadangan dr mentri indon lg best: "saya ada dua urang pembantu rumah. kenapa demikian? kerana saya mempunyai uwang. urang mesia kalo tidak mampu sudah la, mngapa ribut2"
baca interview dgn menteri indon ni aku rasa nak mnyorok bwh meja. malu siol ngan kedunguan wakil mesia dlm isu ni

Tanpa Nama berkata...

Salam penulis,
Gaji minima majikan telah dinaikkan daripada RM3000 kepada RM5000 (household income). Boleh check kenyataan Kedutaan Indonesia di website Sinar Harian.

Tanpa Nama berkata...

Kau nak kahwin dua tak mantot??

Setakat cakap jer, pandai jer bagi solution, kau sendiri ikut tak solution yang kau suggest tu...??

Dukun berkata...

lain orang...lain jumlah gaji..lain masalah..lain solution...ada yang gaji besar,,tak mampu nak amik maid..mgkn ada masalah lain..ada yg gaji kecik sket..tp keadaan memaksa..takyah nak paksa plak dia ikut nasihat kita..nak ikut..ikut..tamau takpe la..
ape yg mantot kasi ni salah satu solution..yg tak serasi ngan solution nih..jangan la ikut..aku tak berapa sokong ape mantot tulis 3-4 ari nih..tp..sekurang2nya dia menjana daya fikir camne aku nak selesaikan masalah aku..
ada member aku..laki bini keje..gaji campur 2 org..ada la dlm 9000..tp keadaan memaksa dia pakai 2 kreta..sbb sorang keja luar KL..wife keje kt KL..terpaksa wife anta baby awal pagi rumah pengasuh..anta anak ke tadika..tgh hari org lain tlg amikkan anak ke rumah pengasuh..ptg..susah payah amik anak 2 org..org lain pandang mcm senang..tp dia yg tanggung..muka slalu sedih aje..ada org tanya..nape tak amik maid..dia kata tak mampu..rumah kecik..org kasi alasan kt dia mcm2..tp dia yg tanggung..ada yg tanya..nape ada baby kecik sedangkan tahu suami keje jauh..org tak tau plak suami kena pegi keje jauh lepas dpt baby..dah di rayu tp ttp kena hantar..nak cari keje lain..susah (dalam proses)..mak ayah si isteri tak sihat..mak ayah si suami..jauh..adik beradik ada masalah diorang sndri..dah 3 blan..bila dia mengeluh..mcm2 nasihat org kasi..tp yg kasi nasihat..hanya pandang masalah dari permukaannya saja..mcm dalam blog nih..yg kasi nasihat hanya pandang secara agak rawak dan tak detail..lain org lain masalahnya..baca blog dgn fikiran terbuka dan bandingkan dgn masalah kita..penulis menulis dari pandangan dia...tak perlu nak kata dia bodoh atau ape ape..tu hak dia..harap penulis pn tak melenting sbb view diorang berdasarkan masalh sndiri/masalah sedara mara / masalah kawan2 diorang..

Dukun

Bukan penggoda berkata...

Kawinlah lagi 3 mantot
Nanti selesailah masalah gaji minima kau

Tanpa Nama berkata...

kita ada 1 negeri maju?negeri apa?
Kedah Maju 2010?

Tanpa Nama berkata...

nak sangat indon pasaipa? pi jahanam dengan indon! hidup kedah! kedah maju 2010

saya berkata...

tapi kalau kawin dua, tu bukan selesai masalah pun. madu duduk serumah, boleh jaga anak2 tiri dan anak dia, kemas rumah bersih2 =jimat.

tapi still, bila isteri yg jadi suri rumah tu penat, camne nak layan suami+madu gaduh+ nak privacy =Tak jimat...

Aku rasa solusinya bukan kawin lagi 1, tapi isteri berhenti kerja dan jadi suri rumah sepenuhnya. Cuma terpulang pada si suami la, mampu ke tidak nak kasi duit gaji yg sama isteri dapat sebelum berhenti.. kebanyakkan tak mampu.. apatah lagi nak kawin lagi 1 kan?.

Mantot berkata...

Melaka...

Kedah mundur.
Mana2 negeri bawah PAS mesti mundur dan miskin

~Rie~ berkata...

kedah? people there so arrogant and sux

Tanpa Nama berkata...

sy dulu keje..lps tu jd jer surirumah..lg senang sbb x yah pening kepala pikir psl nk amik maid..x yah susah hati nk cari pengasuh anak..nak ikutkan gaji dpt nnt bnyk habis kos kat situ je..


teringin nk duit sbb nak shopping tp suami x mampu bg gaji sama mcm kita keje sekarang bnyk jer benda blh buat dari rumah blh datangkan duit..

Sang Merah berkata...

""Setakat cakap jer, pandai jer bagi solution, kau sendiri ikut tak solution yang kau suggest tu...??""

npe stiap kali debat sesuatu isu mesti ada statement krg cerdik cam nie......

Sonia berkata...

@Sang Merah, bior la. Siapa tak marah kalau penceramah sibuk berhujah seks bebas tu haraaammmm, tapi sendiri main dgn GRO berlainan tiap2 malam.

zaminc berkata...

Kesimpulan yg wa dapat buat, apa yg Mantot cuba nak sampaikan ialah kepada semua rakyat Malaysia:

"Ubahlah Cara Hidup Anda"...

kah kah... Mantot hang dah boleh ganti Najib...

kalabu malami berkata...

cita2 aku skang nak memastikan gaji aku sampai ke tahap 4.5k...

Farhan berkata...

Lol. Nampak jelas penulis merasakan pendapat dan solusinya hanya betul. Lain orang, lain situasinya. Penulis bermati-matian menghantam kenapa perlu hire maid, sedangkan dia tak pernah cari tau kenapa orang hire maid. Kat rumah aku pun tak da maid, but thats not mean aku tak setuju kenapa orang lain perlukan maid. Isu bajet pula, tak perlu nak buat perhitungan. Jika dia mampu, mampulah. Jika tidak, tak perlulah.

Blog ni makin teruk. Tak da idea dalam penulisan.
Tak perlulah pula penulis kata tak suka pergi blog lain. Terima saja kenyataan.

oligo berkata...

agak betul juga solution bini dok umah jd surirumah..dpt bnyk hikmahnya. walaupun xdpt gj..tp dpt pahala..laki plak kena paham..bini dok umah ulur2la sket duit sakunye..klau dua2 keje pun gji hbs baya maid..maid tu ntah mcm mn jg anak2 kita..klau isteri dh buat keje,laki balik rumah kena bg kejasama..tolong-tolong apa yang patut...kalau pentingkn diri sendiri memangla banyak masalah,ni bagi yang suami isteri tinggl bersama

Hani berkata...

Aku hormat solution kau. Tapi dari sini boleh nampak sikap kau tak matang. Cara kau pertahankan diri kau macam kebudak budakan. Kau defend diri kau dengan elihkan isu ni kat solution lain, kahwin lagi. Aku respek solution kau, tapi cara kau defend yourself sgt lame.

Tanpa Nama berkata...

Mantot..
Aku xrase rakyat indon akn tolak peluang keje kt m'sia..
Ko nk tau gaji pakgad kt medan?
Klu convert duet m'sia same dgn 300 je..
Tu pn kene rasuah dl ketua pakgad tu even die abes skolah sbb nk jd pakgad..
Tu xkre nk baya duet umah, mkn minum bagai lg..
Klu derang xbersyukur gak dtg malaysia aku xtau la..

Tun S berkata...

Hehehe...depa berlumba2 nk dtg Malaysia. Kalau ko gi tengok kehidupan depa kt tmpt2 terpencil kt sana,mmg kesian. So..dapat rm700 pun tak reti nak syukur lagi x tau la nk kata apa. Bukan kita paksa depa dtg keja sini. Depa yg nak cari nafkah dan keluar dr kesusahan hidup di sana je berani dtg sini. So isu gaji pembantu rumah indon rendah tu hanya mainan kerajaan Indon je supaya kita akur dengan kehendak depa, sebab depa dapat rasa kita memang perlukan org depa. Teringin nak tau apa Tun M akan buat kalau dalam hal cam gini..

Haizam berkata...

"Blog ni makin teruk. Tak da idea dalam penulisan.
Tak perlulah pula penulis kata tak suka pergi blog lain. Terima saja kenyataan."

ni pun aku rasa komen kurang cerdik..aku rasa itu hak mantotlah nak tulis apa pun,sbb ini blog dia,tak suka komen,tp pastikan komen anda bernas dan boleh diterima pakai oleh orang lain (walaupun mungkin ada yang tak setuju).Apapun aku selesa dengan gaya penulisan mantot hatta isu yg diketengahkan agak remeh.

Prince Noob berkata...

lama tak ziarah sini ada isu panas rupanya... tapi mmg kalau aku kaya mmg aku tak amik maid, aku cari bini yg boleh jadi surirumah... at least malam2 boleh romen... maid xleh... http://buasirotak.blogspot.com/2012/03/untung-jadi-maid.html

hoya berkata...

apa yg dapat aku simpulkan pada isu maid ini ialah rakyat kita berbelanja lebih dari kemampuan...klu kita comparekan negara kita dengan india, US, europe, jepun, dll...golongan yang pakai maid hanya terdiri daripada golongan yang kaya sahaja..kebykan golongan pertengahan mostly suri rumah...kerajaan patut ubah sistem yang ada dlm negara kita skg terutama kementerian pembangunan wanita dan masyarakat yang nampak mcm takde keje dan juga kementerian HEP pengguna yang rata-rata masih gagal kawal harga untuk buat satu sistem bagi mewujudkan lebih byk pusat asuhan tp dengan ada subsidi serta memberi peluang kepada mahasiswa2x utk bukak pusat asuhan dan pembersihan rumah dgn kos dan operasi yg lebih efektif

PabloHoney berkata...

kawin dua tapi bini dua2 tu stok tak reti nak buat keje rumah macam mana pulak mantot? hehehehe

kahwin 3 lah kot ek?

Hawt berkata...

@Hoya, kasik betulkan sket. Rakyat kita t.e.r.p.a.k.s.a berbelanja lebih dari kemampuan. Betul tu, gomen betulkan ekonomi & kuasa membeli, baru lagi ramai dapat ubah cara hidup- jadi suri rumah.

Tanpa Nama berkata...

sbnarnya kalau kita letak gaji sikit pon orang indon still akan bermatian cari kerja kat sini. aku ada kawan lecturer kat indon, gaji dia kalau tahap kita kat malaysia dalam rm700 je. skg dia buat phd kat malaysia n tgh beria-ria cari kerja kat malysia. tp kerajaan indon tak faham masalah rakyat dorang sendiri. dorang yang tindas rakyat sendiri bukan kita. kalau tak takkanla rakyat indon sanggup masuk secara haram nak dapatkan kerje kat malaysia. -ain-

Tanpa Nama berkata...

yer saya orang kedah...memang mundur. asyik2 kerja kat oversea tak balik2 lagi. mundur sungguh. tak macam mantot..mantop tak keluar melaka

hanafi berkata...

Isu maid indon ni memang sampai bila pun tk selesai. Kami dh 4 kali terkena. Lastly kami decided ambik philipino muslimah maid. Alhamdulillah memang jauh lebih bagus dr indon walaupun kena bayar lebih skit masa permulaan. Gaji 700 tp kerja semua buat. Kami boleh share info kpd yg memerlukan. Email kami di hanafi3013@hotmail.com.

Tanpa Nama berkata...

maaflah, tp kat mana yg nursery jaga anak bawah 2tahun rm 300? nowadays mostly nursery kwsan bandar plg murah 350 utk 2thn ke atas dan 500 utk baby, klu lah 3org anak(2toddler +1baby) dah 1200. klu ikut pengiraan ni, mengambil maid lebih relevant.

sewa bilik adalah kos yg x nampak, kos yg tidak literal kita tanggung, sbb nak xnak bilik tu mmg dh ada dlm rumah kita, samada kita allocate bilik itu utk jd store atau bilik tetamu atau pun bilik maid, loan rumah still byr amount yg sama, tiada beza...

yg kita betul tanggung dan keluar dr poket, cuma kos mkn dan api/ air, mkn sampai 200 tu kira mcm mewah, tp boleh la kira sbb mungkin tuan rumah malas masak, hari2 beli je.. xkanlah sorg maid guna api/air sampai 50ringgit sebulanlain la klu bg dia bilik ber-aircond dan mandi jacuzzi hari2.... so roughly cost maid klu gaji dia up skit 600+200(mkn)+15(api air)=$815. compared to 1200? dgn penat lelah nak antar pepagi, menyiapkan diorg lagi, menyiapkan bag baju botol susu pagi2?