Mac 13, 2012

Apa Kaitan Artis dan Celebrity Dengan Hacker atau Graphic Designer?

"Gambar blue aku tersebar, apa aku nak buat ni?" jerit seorang artis kepada managernya.

"Tu la..aku dah pesan kat kau hari tu...jangan hantar gambar bogel dekat boifren kau..laki semua sama aje. Yang kau pegi percaya jantan tak ada masa depan macam dia tu apahal nya? Tapi jangan risau..." kata Manager dia. "Aku tau apa yang kau perlu jawab bila orang tanya pasal gambar kau tu..."

"Nak jawab apa ni Cik Manager?" tanya artis itu.

"Kau ingat tak masa kau kena dump dengan artis lelaki A hari tu lepas dia kantoi kau keluar dengan Datuk C, apa aku suruh kau jawab dengan media?" soal pengurus itu.

"....Err...Cik Manager suruh mengaku dia tu suka hubungan songsang dengan kaum sejenis dia?" soal balik artis bimbo tersebut.

"Pandai pun! Jadi kita gunalah taktik sama kali ni.." terang Manager itu.

"Macam mana tu sis?" tanya artis itu sambil air liurnya meleleh kerana terlalu blur.

" Kita salahkan orang lain. Kau ada dua choice. Kau nak salah kan designer atau hacker?" beritahu manager itu.

" Apa pasal pulak designer dengan hacker? Apa kaitannya dengan gambar2 aku yang tersebar tu?" tanya artis itu masih lagi blur.

" Kalau designer...kau kata aje itu semua gambar edit, superimpose, palsu, fake..tu semua kerja designer yang pandai photoshop tapi hati busuk, dengki dengan karier kau yang meningkat naik.." sambil dalam hati manager tu tergelak sedikit.

" Kalau hacker pulak?" tanya artis itu.

" Kalau hacker...kau akan salahkan aje diorang ni sebab cuma godam laptop kau...bagitau la media esok dalam beberapa hari ni memang laptop kau jadi slow dan banyak security warning keluar konon2 nya ada cubaan pecah masuk dan hack maklumat kau..kau dah install anti virus semua tapi still kena hack jugak..." terang manager tu.

" Oo...camtu. Tapi kalau saya salahkan hacker..itu maksudnya saya admit itu semua gambar saya...saya tak nak jadi artis camtu.." marah artis tersebut.

"Kau nak jadi artis macam mana dik oi?" tanya manager itu meradang sedikit.

Bibir artis itu mencebik, "saya nak pakai seksi2 tapi saya wish peminat saya terpaksa gunakan imaginasi dia sendiri bila tengok gambar seksi saya.."

"Saya pilih nak salahkan designer lah ...sebab saya tengok ramai artis2 senior kita yang berjaya terlepas macam tu aje, semua sebab salahkan pakar manipulasi gambar.." beritahu artis itu tersengih.

"Ingat perkataan2 ni..meh aku ajarkan...ingat, superimpose....edit....photoshop..." ajar manager itu."Tapi macam mana pun, yang paling penting..mintak orang simpati dengan kau. Kata ada orang dengki dengan kau..orang kita ni, senang aje nak pancing...kau keluarkan air mata dua tiga titis sambil cakap camtu...Insya Allah Tuhan tolong..."

"Insya Allah..I will try my best. God,gives me strength ..please.." sayu artis itu menahan kesedihan.

"Kau jangan risau. Punyala ramai artis2 senior kau yang selamat aje jadi artis siap ada yang dapat pergi lagi jauh lagi. Semua salahkan tukang edit gambar!" kata manager itu menenangkan anak buahnya.

"....Lagi satu...kau jangan lupa pakai baju kurung dan selendang masa press conference tu nanti! Ok, aku nak jalan dulu..ada event dengan TV..." pesan managernya lalu memutuskan perbualan.

ps - gambar sekadar hiasan


16 ulasan:

SembangKongkang berkata...

skrip sama setiap kali kabar berita gambar artis terkantoi....hahahha....dunia bolehla kau lepas....esok2 kau jwbla kat akhirat

Abang Zam berkata...

kahkah. sarkastik bhai

Lady Windsor berkata...

bhahahaha....aku rasa kalau ada artis yang kantoi sebab dibogelkan atau membogelkan diri sendiri baca entry ko ni mantot, musti derang tabik spring sebab boleh cedok idea ko dalam usaha nak menyelamatkan diri kan...pehhh!

mr edz berkata...

bogel sikit sikit la best.. baru ada fantasi

Hazwan berkata...

yeah...baju kurung

nia marlissa berkata...

yaayy setuju .. hampeh betul artis malaysia yang hipokrit nih macam dlm filem dan drama je ..

dyg (-_-) berkata...

ini semua sinetron belaka

Sang Merah berkata...

mcmana depa 2 x reti berlakun cm2 jugak la depa x pandai nk menipu....semue kena org lain sedia kn skrip kih3....

Tanpa Nama berkata...

Insya Allah Tuhan tolong..."

"Insya Allah..I will try my best. God,gives me strength ..please.." sayu artis itu menahan kesedihan.

LOL!

naqib faiz berkata...

hahahahahahhahahaha.. macam gampang lu punya sarkasm. hahaha..

Tanpa Nama berkata...

ye la mantot.. sejak akhir 90an semua gambar skandal dikatakan superimpose dan smua yg cakap mcm tu lepas je... ada yg tenggelam, ada yg bertambah kaye... entahler...

Tanpa Nama berkata...

Sendiri buat hal, photoshop plak disalahkan. Tapi btol gak, aku rasa kalo bogel trus tak thrill. Dah takde pape utk diimagine. haha

skulluv berkata...

kalau artis tu famouse.boleh r pakai konon jeles sebab meningkat naik,ni suam2 kuku je pun da yg nak pakai,hahaha

Tanpa Nama berkata...

slowpoke /

Tanpa Nama berkata...

scarlett johansen pun patut ckp gambar nude dia tu superimpose...

shahirahkhairudin berkata...

kannnnn. gitulah kekdahnya.