Mac 30, 2012

Awkward Agama : Khutbah Jumaat Freestyle

Benda yang sangat memboringkan dan langsung tak menarik adalah dengar orang bagi ucapan menggunakan teks. Itu menjadikan benda tu bukan ucapan, tapi satu pembacaan. Sama lah seperti dengar politician berucap guna teks.

Begitulah juga dengan khutbah Jumaat. Boring sebenarnya mendengar khutbah yang isinya datang dari hasil penulisan orang lain dan bukan khatib itu sendiri. Lagilah pulak khutbah tu dibaca dengan nada yang monotone. Dan tak semua khatib mempunyai kebolehan menjadikan pembacaan diorang menarik.

Tapi apa yang lebih membingungkan adalah mendengar khutbah yang penuh dengan isi2 memuji kerajaan negeri meminta rakyat bersyukur. Bukan bersyukur dengan Tuhan tapi bersyukur dengan kerajaan.

"Kerajaan bagi itu,kerajaan jaga bangsa Melayu..kerajaan jaga agama Islam.."

Sambil dengar khutbah ramai jugak yang tertidur.

Kenapa khatib tidak diberikan kebebasan untuk menyampaikan mesej yang lebih sesuai  dan relevan dengan masyarakat setempat di kawasan yang menjadi khariahnya? Kalaulah khatib diberikan teks khutbah untuk kawal mesej politik dalam khutbah, kenapa dalam teks khutbah itu sendiri kadang-kadang terkandung banyak mesej politik?

Kita boleh cuba dalam sebulan, satu Jumaat kita jadikan khutbah tempatan..maksud aku tak perlu teks sebagai bahan bacaan untuk minggu itu. Biarkan khatib berbicara dengan jemaah khariahnya tanpa sekatan.

Link Khutbah Hari Ini Untuk KL
Link Khutbah Hari Ini Untuk Selangor

ps - bila Najib nak bagi khutbah ni?


14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

erk..

suparjo berkata...

hahhahaa kau jelah bagi khutbah mantot

Syafinaz berkata...

Kau kena datang dgr khutbah kat masjid sebelah rumah aku.Khutbah kat sini x pernah cerita psl monsoon cup.Hahahaha!maklum la kwsn Tuan Guru Haji Hadi Awang.Aku yg perempuan ni pun seronok dgr sekali.Isu semasa beb.x main la teks kerajaan.teks diorg bosan.ada ke khutbah jumaat nak cerita psl monsoon cup.muahahaha!

fuad ansari berkata...

kena pergi masjid yang bukan dibina dengan peruntukan kerajaan.. baru leh dengar khutbah tanpa teks.. (",)

Tanpa Nama berkata...

ada link nak download khutbah jumaat? lepas ni tak payah bersesak-sesak pergi masjid lagi. kumpul orang-orang kat ofis je, lepas tu buat solat jumaat kat situ. abis cerita...

(khatib sekarang hilang fungsi dalam menyampaikan khutbah)

Tanpa Nama berkata...

SM selama ni ko pergi semayang jumaat ikhlas ke tak? adakah menjadi kesusahan kepada kau terpaksa bersesak2 utk ke masjid? adakah kau ni terlalu mulia sampai tak boleh bersesak ke masjid? perlu dihamparkan permaidani merah utk kau ke masjid? nak komen guna otak sikit bro

Reportero local berkata...

Antara masjid yang menggunakan teks sendiri:
1. Masjid kat Ipoh. Ade satu masjid yang aku gi, tapi tak ingat nama
2. Masjid di kawasan perumahan bukit Jelutong. Ade surau, so jangan confius. Tanyer mane surau yang dibenarkan ada solat jumaat.
3. Masjid UIA. Gerenti takde teks kerajaan. Kalau ye pun, itu Imam punyer trademark.

Sekian

Tanpa Nama berkata...

ada pro dan kontranye jgk...klu dapat kat khatib yg xbetul...dah jadi ucapan yang menyesatkan...tapi klu ikut teks pon agak boring jgk...klu rase boring sgt pegila kat pejabat agama ,komen kat pejabat agama pasal teks khutbah

Tanpa Nama berkata...

anon lepas gua tu bangang gila sial! tak tau bahasa sinis...

Tanpa Nama berkata...

SM tersentap, kahkah. agama mana boleh wat main2 der.

hanafijaafar berkata...

dari kecik aku pegi solat jumaat kat surau an-nur bandar baru bangi, teks tu ditulis khatib sendiri. biasanya khatib tambah2 jugak dgn spontan.

surau ni dekat dgn tempat perubatan ustaz harun din.

Tanpa Nama berkata...

siapa kata tak boleh bai? kat malaysia ni rilek je buat main, takde pulak kena penjara. kalau buat salah minum arak boleh mintak ampun kat sultan. angkat kening kalau setuju.

Tanpa Nama berkata...

aku masa duk kg selalu pergi masjid jamek pengadang baru...khatib dia mmg berbicara langsung dgn jemaah..mmg tak tido la....isi khutbah pun menarik...

pernah gak pergi 1 masjid kt kemaman, khatib dia baca sambil mengeja...terdetik dlm hati, mcm ini pun ada yek...

dan pernah pergi masjid yg khatib dia baca teks sambil mengawal intonasi suara...hehehehe..mcm Johan raja lawak tiru dr fadialh kamsah

Tanpa Nama berkata...

snfakxrm [url=http://fashionvuittonsxoutletstores.webnode.com/]louis vuitton purses for sale authentic[/url] awcwcvuux cheap authentic louis vuitton purses nciklshh http://fashionvuittonsxoutletstores.webnode.com/