Kuala Lumpur, 18 Nov 2011 - Kesempitan hidup yang semakin menekan memaksa beberapa orang pekerja syarikat konsesi lebuhraya yang bekerja sebagai Jurutol melakukan piket untuk meminta dinaikkan gaji mereka.
Kebanyakan pekerja yang menyertai piket secara aman itu sangat tidak berpuas hati dengan tindakan syarikat konsesi lebuh raya yang masih lagi enggan menaikkan gaji pokok Jurutol di seluruh negara walaupun keuntungan yang dicapai oleh syarikat pengendali lebuhraya-lebuhraya di Malaysia mencapai bilion keuntungannya.
Salah seorang peserta yang namanya tidak ingin dikenali memberitahu, "kami kerja susah payah,siang malam,raya pun kami tak balik,kena bergilir-gilir tapi apa imbuhan kami dapat? Yang kaya pengurusan."
Pandangan sama turut dikongsi oleh Asnita, salah seorang Jurutol yang bertugas di kawasan Lembah Klang. "Saya berjaga pagi tapi siang saya kena jaga anak,masa saya untuk keluarga tak ada."
Hasil tinjauan rambang wartawan mendapati ramai antara mereka memperolehi pendapatan kasar RM850 ke RM950 sebulan, satu amaun yang boleh dikatakan agak rendah berbanding dengan profesion lain.
Jurucakap bagi kumpulan Jurutol ini yang hanya mahu dikenali sebagai Azman Jantan meminta pihak konsesi supaya mempertimbangkan kenaikan gaji kasar Jurutol di seluruh negara dinaikkan daripada RM850 kepada RM2200 tidak termasuk kerja lebih masa.
"Kerja kami sangat berisiko tinggi. Bila-bila masa saja nyawa kami boleh melayang walaupun pihak pengurusan sudah memasang alat-alat keselamatan tetapi mungkin ramai yang tidak sedar, kami menyabung nyawa setiap hari. Pada kami jumlah yang kami minta amat munasabah kerana keuntungan syarikat pengusaha lebuh raya kebanyakannya sudah pun mencapai kadar balik modal dan keuntungan yang diperolehi setiap tahun semakin meningkat kerana jumlah bilangan pengguna kenderaan semakin hari semakin bertambah."
Encik Azman menyimpulkan, "Pada kami amaun RM2200 adalah amaun yang berpatutan kerana ini selaras dengan usaha Perdana Menteri kita yang ingin menjadikan negara ke arah rakyat berpendapatan tinggi."
Pihak kami masih lagi menunggu maklum balas daripada pihak-pihak pengurusan lebuh raya.
Kebanyakan pekerja yang menyertai piket secara aman itu sangat tidak berpuas hati dengan tindakan syarikat konsesi lebuh raya yang masih lagi enggan menaikkan gaji pokok Jurutol di seluruh negara walaupun keuntungan yang dicapai oleh syarikat pengendali lebuhraya-lebuhraya di Malaysia mencapai bilion keuntungannya.
Salah seorang peserta yang namanya tidak ingin dikenali memberitahu, "kami kerja susah payah,siang malam,raya pun kami tak balik,kena bergilir-gilir tapi apa imbuhan kami dapat? Yang kaya pengurusan."
Pandangan sama turut dikongsi oleh Asnita, salah seorang Jurutol yang bertugas di kawasan Lembah Klang. "Saya berjaga pagi tapi siang saya kena jaga anak,masa saya untuk keluarga tak ada."
Hasil tinjauan rambang wartawan mendapati ramai antara mereka memperolehi pendapatan kasar RM850 ke RM950 sebulan, satu amaun yang boleh dikatakan agak rendah berbanding dengan profesion lain.
Jurucakap bagi kumpulan Jurutol ini yang hanya mahu dikenali sebagai Azman Jantan meminta pihak konsesi supaya mempertimbangkan kenaikan gaji kasar Jurutol di seluruh negara dinaikkan daripada RM850 kepada RM2200 tidak termasuk kerja lebih masa.
"Kerja kami sangat berisiko tinggi. Bila-bila masa saja nyawa kami boleh melayang walaupun pihak pengurusan sudah memasang alat-alat keselamatan tetapi mungkin ramai yang tidak sedar, kami menyabung nyawa setiap hari. Pada kami jumlah yang kami minta amat munasabah kerana keuntungan syarikat pengusaha lebuh raya kebanyakannya sudah pun mencapai kadar balik modal dan keuntungan yang diperolehi setiap tahun semakin meningkat kerana jumlah bilangan pengguna kenderaan semakin hari semakin bertambah."
Encik Azman menyimpulkan, "Pada kami amaun RM2200 adalah amaun yang berpatutan kerana ini selaras dengan usaha Perdana Menteri kita yang ingin menjadikan negara ke arah rakyat berpendapatan tinggi."
Pihak kami masih lagi menunggu maklum balas daripada pihak-pihak pengurusan lebuh raya.
52 ulasan:
rm2200? biar betik! pada aku rm1500 adalah amaun yang lebih munasabah. sebab kalau dilaksanakan, pasti bidang lain jugak akan menerima tuntutan yang sebegitu. masalahnya, sanggup ke semua majikan (tekmasuk sektor awam) nak memenuhi kehendak sehingga melebihi rm2000 tu?
2nd!!! (nampak muda skit)
kalo kt korea, kerja jaga tol ni bg kt org2 tua/ kurang upaya (kerusi roda) je, bagus ni...bagi peluang pekerjaan kt gol mcm tu. kerja pun tak membebankn. org2 muda plak disuruh kerja kt sektor yg selayak nya. yela..duduk & hulur2 tangan.
hahahaah.. kalu mcm ni punya gaji lepas grad keja jurutol... senang skit byr study loan drp keja dgn gaji RM1500 kat kl takde ot pun.. balik lambat gak..
-kapla angin-
mcm x agak2 je gaji yg dimintaknye...org ade degree starting keje pun stended 1800 paling minimum...kalo derang mintak 1200 lebih reasonable....
Saya amat bersetuju jurutol diberi gaji sebanyak RM2200. Tibalah masanya kita memberi pengiktirafan kepada profesion mereka yg ternyata berjasa kpd kita.
Ada pejawat2 awam lain & cikgu2 RELA kerja di tol dgn gaji seciput RM850 berbanding dgn kerjaya anda sekarang? Angkat tangan!!
rm2200? tak reasonable la. itu gaji eksekutif boleh la. rm1200 maybe reasonable.
dia minta byk..x semestinya dpt byk. payah kalo bercakap dgn org yg x pernah berurusan ni.heheh. jgn nanti sampai foreigner jd jurutol sudah la..
p/s : aku ada smart tag..tp aku suka bayar tunai sbb nk dpt senyuman selepas penat memandu..haha.
kalau lah lulus dpt rm2200.. Nak apply jadi tolgate girl lah..
agak2 la jugak mintak 2200. melampau la tu
comel jurutol nye tuh.. haha mai cni keje maid umah aku.. gaji sama tp makan duduk free :P
jurutol pompuan kebanyakannya comel2 ^__^
yup,jumlah 2.2k adalah selayak nye bg jurutol.mksd nye gaji selayak nye bg eksekutif di malaysia adalah 5k.yg ngomen kate jurutol nk gaji tinggi tu ape pasal.x sedo ke kite underpaid?heran betul
kalau jurutol bole dapat gaji 2.2k.. maka juru juru lain seperti jurutera dan juru rawat pon patut dapat gaji yang lebih.. maka saya sokong jurutol dapat 2.2k supaya juru lain bole demand gak atau bole tukar profesion kepada yang mencabar seperti jurutol..
'lucu kan keje tol..dia melihat org ke mana-mana, tapi dia sendiri tidak ke mana-mana'
vera farmiga -filem henry's crime.
kueh
Jurutol dapat bonus sampai 7 bulan gaji, tu hairan la gaji depa rendah pun.. Pi mai pi mai sama saja.. Kalau gaji tinggi nanti bonus diberi sikit..
Yang teruk pengguna tol juga sebab bayar tol mahal..
Dalam dunia ni mana ada sempurna segalanya...
kawan aku dulu keje tol, dia ckp mmg la gaji pokok tu rendah, tapi kalau rajin buat OT, leh dapat dalam Seribu lebih gak.
Tapi memang btul, pekerja2 kat M'sia nih semua dibyr gaji rendah. Aku nih ada degree pun, memula keja majikan kasik RM1600 jek..dgn alasan aku tak experience keje..kepala hotak btul! nama pun fresh grad..sengal ke bodo?
macamanela Melayu nak maju, sebab gaji pun tak naik2.
eh, ada kena mengena tak gaji rendah dgn Melayu??? hek hek hek
pikir2 kan..selamat bekerja!
Jangan kutuk beban tugas Jurutol, konon mereka tak layak dpt gaji serendah tu. Cuba kerja jurutol dulu, baru korang paham.
setuju ngn ko Lens...
keje tol nampak senang duduk jerr...tapi berapa orang yang sanggup...fikir2 lah....duduk sorang2 x cakap ngn sape2....untung tol tahunan ratus2 juta....sape yg kaya....yg jaga tol tetap miskin jerr...yg boss2 jer senang lenang....my sister keje jaga tol weiiii.....
Dasar melayu ni nampak susah sendiri, susah orang tak nampak. Dah bagi nampak pun buat- buat tak nampak. Gaji RM 950 sebulan. Gila sikit. Macam mana korang hidup. Kalau ko bujang boleh la ko buat OT banyak2. Berapa banyak ko nak buat OT sampai 1500++. Aku rasa 100 jam kot. Korang semua tak rasa susah ka hidup depa nie. Korang lupa ka ibu2 tunggal pun ada kerja jaga tol. Kalau bos korang bagi 950 gaji mesti ada yang kata nak bagi anak bini makan apa kan. Mesti ada yang fikir depa ni memang layak dapat gaji sikit. Masa sekolah tak nak belajar. SPM fail. Kat Malaysia ni kalau ko ada duit ko SPM fail pon boleh sambung belajar. Tapi depa ni nak sambung belajar fikir banyak kali. Mak ayah adik2 nak kena support. ko kalau dah kawin gaji 950 ko nak buat apa. Bayar kereta dengan rumah lagi banyak dari tu kot.
Yang banyak korang nampak rm2200 tu kan. Gila kesian.
drp entri2 kebelakangan ni.. rasanye mantot ada terpikat ngan "ibutunggal-jurutol-chomelplaktu" kat tol sg.besi tu agaknye...huhuhu
Usah pertikai permintaan jurutol utk naikkan gaji mereka. Gaji naik, motivasi naik, prestasi naik. Takyah la sesapa nak dengki dgn rezeki mereka.
2200?? banyakk tuu =..='
Malaysia menang bola!!!! Yeaaa!! Ntah2 esok kena attack kat FB. Elk...
Pandangan sama turut dikongsi oleh Asnita, salah seorang Jurutol yang bertugas di kawasan Lembah Klang. "Saya berjaga pagi tapi siang saya kena jaga anak,masa saya untuk keluarga tak ada."
Tak logik betul. Kalau perlu berjaga sampai pagi tetapi siangnya kena jaga anak, masa bila boleh dapat anak?
underpaid issue. ada lagi yg sokong gaji diorg ni dok takok 850 ke? tu dah taraf miskin tegar dah tu. nak duit lebih kena buat OT, badan letih, balik rumah x sempat nk tgk anak bg yg dah berkahwin, then jadila masalah sosial baru, anak2 terabai. anak2 terabai, jadi masalah sosial lain pulak; ponteng la, isap dada la & lain2 lagi. pastu salahkan mak bapak diorg plak sbb x reti jaga anak2, hurrrmmmmm...pelik2...
dari komen2 di atas da tau cmne mentaliti org mesia kite...salam 1 malaysia..slamat pagi^^
setuju gaji juru tol dinaikkan disebabkan beban tugas...dorg bertugas sepnjg ms...pastu kena senyum jerk...xsenyum kena complain...
tp 2200...ermmmmm....diploma pn basic 1500....bkn nk dengki tp biar la reasonable...
2200 tu taraf degree kot...klo mcmtu...buat penat jer la belajar tinggi2.....
after spm jerk terus apply keje plus...leh dpt gaji 2200+++....
Mentaliti Melayu Malaysia - Belajar tinggi2, gaji mesti BANYAK! Patut la yg paling ramai mengganggur ialah fresh GRAD!! Lagi sanggup menganggur bertahun2 daripada kerja tol yg halal ataupun kerja GAJI SIKIT.
Berubahlah wahai mahasiswa, mahasiswi & mak bapak sekalian! Belajar tinggi2 BUKAN jaminan korang dpt keje BEST, GAJI BANYAK dll.
mcmana xnk gaji banyak, dah belajar tinggi2, semua tu bayar pakai duit maaa @ plg koman hutang ptptn bg yg xmampu sbb kerajaan xleh bg education preeee... duit2 gaji tula nk bayar semua utang2 tu balik, tu pn kalu terdetik dkt hati la nk bayar balik ptptn tu (sbb duit tu leh guna tuk menda lain, hahaha).. then kena kumpul duit beli kete, kahwin lg, nk ada anak lg.. semuanya duit...
tp mmg pn skrg ni bukan terjamin pn belajar tinggi2 tp keje + gaji best..
apa2pn RM2200 mmg agak overpaid, tp RM850 mmg underpaid tuuu.. bonus 7-8 bulan, katala RM6+++. sama dgn keje swasta gaji dalam RM2-3k, dpt bonus 1-2 bulan dlm range RM4-6k gak..
"kerajaan xleh bg education preeee"
Mana ada education free kat dunia ni? Chinese tak sibuk2 pun demand camni. Diorang kerja keras kat kedai hardware, ubat, plumber & mcm2 kedai. Then, sponsor sendiri 100% utk anak2 belajar oversea.
Yg Chinese tak mampu sambung belajar, mmg TAK sambung langsung. Tapi kerja keras buat bisnes bengong2 pun. Fresh grad Melayu? Baru nak start bisnes bukak bengkel, kebun pun dah satu kampung kutuk. Hampeh belajar tinggi2, tapi keje 'tak best', wat malu mak bapak.
Mentaliti Melayu yg kena ubah sebenarnya.
Clockwise
Canada, UK, France dan negara2 scandinavian education free sampai tertiary level ye bang. Get your facts. Depa pn bg Universal Healthcare yg free. tolong lah kembangkan otak tu cket n kaji system yg ada di luar negara.
marah aku bila org kata fresh grad pikir nak gaji starting tggi2... aku fresh grad juga, keje kerani jer rm800.00 aku x penah memilih.. keje jer lah apa2 jnji halal (sorry off topic)
Harini baru masuk sini (aku pun perasan bz mcm Hamka) dan baru tahu artikel ni rekaan.Spoiler la ko ni mantot awal sgt bagitau ha ha.
Aku dah lama tidak bersetuju dgn gaji yang berkadar dengan kelulusan akademik.Tengok la player bola jepun korea dan lebih lagi, eropah.Disebabkan industri mereka menjana untung yang besar maka layaknyalah mereka juga bergaji besar, kan? Oh harus diingat 'besar' dan 'kecil' adalah relatif.
aku dah 15 thn keje basic bru rm2300 (exec)
abumar
Peh semua nak free je, makin lemakla budak2 malaysia...usaha tak ada...aku mahasiswi yang baru graduasi, kerja cashier kat kedai buku...hari-hari tadah telinga dengar kutukan mak bapak, orang lain tok sah cerita...salahkah aku kumpul pengalaman dari bawah? Insya Allah kalau aku naik pangkat jd HR, akan aku perjuangkan kenaikan gaji cashier...employers, you pay peanut, you will get monkey
-Lilisakina
tingkatkan servis di tol. mungkin kenaikan gaji akan dapat
1. senyum, beri salam, ucapan terima kasih..
2. bagi tiket/ baki dengan bersungguh2 bukan macam nak xnak aje.
3. servis cepat dan tepat.
pandangan gua di tol both highway sekitar kansai, japan.
1. yang bekerja rata2, warga emas.
2. semuanya berdiri ketika melakukan transasi tol. kerusi pn xda
3. sangat mesra, dan rajin
hanya pandangan rakyat yang bayar 4 tol sehari untuk ke tmpt kerja
Ammo, good. Then pandai2 la kita perjuang free education di Malaysia(tak mustahil bg aku). Tp point aku- Education free tak free ke, KENAPA kita nak further study? Ikhlas ke semata2 kita ni pencinta ilmu? Aku sedia maklum masih ramai golongan masyarakat fikir- main purpose masuk uni supaya terjamin keje best.
Tapi bagi org2 yg bukan spt yg aku describe(spt Cik Hst & Lili), aku sngt respek!!
Well, aku tak pernah jaga tol so xberani nak kata yang kerja jurutol senang. Tapi kalau fikir secara kasar, ikut scope kerja yang obvious, at least kena RM1000 la basic. Kalau RM2200 tu, mungkin kerana kos sara hidup yg tinggi. Sedangkan yang bujang pun terkontang-kanting gaji seribu, ini kan pulak yg da berfamily. So memang patut dapat kenaikan gaji..
oh, and untuk expect jurutol senyum dan mesra sepanjang hari memang melampau la. Sebab diorang pun tau penat jugak. Cuba kita yg hulur/tarik tangan berjam2...kita pun muka ketat jugak.. Penat weyh..
ironinya, malaysia mengeluarkan ramai graduan berkelulusan tinggi pada ketika peluang kerja untuk yang berkelulusan rendah lebih banyak...
gaji dibawah rm1k sudah mencukupi utk terus menerus menyewa rumah dan pakai motor je pergi kerja.. lebih dari tu, kelihatan agak sukar..
saya rsa bole ja di bagi 2200, tp kenaikan scara perlahan2~ cth kenaikan setahun demi setahun sehingga mencapai limit 2200~ ikut pengalaman dan tempoh bekerja la~mcm sistem sektor kerajaan juga, kenaikan gji tahunan~ smua pihak akan berpuashati dgn cara tu~sdgkan pgwai kerajaan gred pemandu pun leh dpt kenaikan gaji sehingga 2000 lbh~ apa salahnya jika diaplikasikan perkara yg sama ke atas juru tol~ dorg juga salah satu penyumbang ekonomi negara....bygkan kalo foreigner yg kerja jurutol,duit dorg x bgerak dlm malaysia,tp bergerak ke negara jiran~ kan bgus dijaga kebajikan pekerja local~ kesetiaan dorg terhadap syarikat akan terjaga~ motivasi tinggi dan ramai pihak tak akan bising~
troll!
kawan aku keje kilang perodua gaji rm600.. ot dapat la dalam rm800.. huhu.. rumah.. makan.. apa tinggal? nk kirim kat mak ayah lg? tu lom cite oth yg dah kawin lg.. gaji di malaysia mmg kena revise balik
gaji rm2200? sope salahnye? aku ni yg cikgu pun xde nk dengki kalau gaji dorg dinaikkan byk tu.... jgn la nk dengki sgt ngn org lain... pada yg dengki tu, kalau ko tau ngn degree ko cume dapat basic rm 1.6k cmtu je,pandai2 la plak ko usaha cara lain...org lain pakai BMW, ko pun nk pakai BMW gak tp ko xsedar gaji ko cume mampu bayar waja je... ape la mentaliti org msia ni........ Shaiful K.Ganu
Kalau gaji kerja to RM 2200, confirm aku tak yah susah susah belajar buat ijazah ni, tak yah pening2 kepala, apply je kerja tol. AHHAHAHAHAHAHAHHAHAHA
setuju kerja tol dapat gaji minima rm 2200 atau keatas..sesiapayg membangkang tu la yg bodoh..x ikut pekenbangan ekonomi semasa dengan betul..dengan kos sara hidup ketika ini..sepatutnya gaji minima paling rendah rakyat malaysia adaah rm 2500 paling rendah
Pertimbangkan kos sara hidup kini... pertimbangkan bayaran rumah + kenderaan + mkn minum + perbelanjaan sekolah + pemberian belanja ibubapa + simpanan sedikit... rm2200 adalah munasabah. #sayasokong
Angkuh nya bercakap. Atau hati tak berapa bersih? Semoga Allah selamatkan kami drpd org mcm kamu ni.
Ni lagi sorang si angkuh. Ingat. Kita semua mati.
kejer jurutol sekarang basic dah naik dah..oti pun boleh tahan..alhamdulillah..rezeki masng-masing
Jangan jadi bongkak sombong yg bckp d atas tu
Catat Ulasan