November 03, 2011

Guru-Guru Yang Mengamalkan Ketuanan Melayu di Sekolah

Guru adalah satu bentuk pekerjaan yang sangat mulia.Guru bukanlah sekadar seseorang yang mengajar di sekolah tetapi guru juga adalah mereka yang akan membentuk masyarakat kerana kita semua, punyai ilmu.Tetapi apa yang membimbangkan pada ketika ini adalah wujudnya pandangan sinis kepada guru-guru kerana;

a. Guru akan naik gaji
b. Guru kerja half day

Rezeki masing-masing la.Tidak perlu di iri hatikan. Walaubagaimanapun,ada segelintir golongan guru yang aku harap, dia tak dapat imbuhan yang bakal diberikan awal tahun depan.

Guru-guru yang "racist fuck."

Semua orang racist.Aku racist.Kau racist. Penipu besar la kalau kau kata kau tak racist. Semua orang rasa selesa bersama dengan orang yang sebangsa dengan dia. Semua orang nak tengok anak bangsa dia berjaya. Tapi,bila bangsa dah diletakkan atas agama, pekerjaan guru akan jadi satu profesion yang akan dipandang keji,hanya kerana wujudnya segelintir golongan guru yang aku gelarkan "guru racist fuck."

Cubalah tanya-tanya kalau ada dikalangan rakan ke,anda sendiri ke...ada tak cikgu yang main pilih kasih ikut bangsa?

Ada. Mesti ada seorang dua kat setiap sekolah.

Cikgu jenis ni hanya mengajar betul2 ikut bangsa. Bangsa cikgu tu Melayu? Budak Cina budak India dia tak berapa hirau sangat. Apatah lagi budak anak pendatang asing yang mak bapaknya orang Indonesia. Buat tak tau pun ada.

Alasan dia mudah..
Buat apa nak tolong bangsa lain?Lebih baik tumpukan perhatian majukan bangsa sendiri. Diorang pandai ke bodoh bukannya ada kesan dekat dia.

Dilemma paling besar orang Melayu adalah orang melayu selalu merasakan orang bangsa lain menindas mereka. Orang bangsa lain mahu potong mereka. Tetapi orang Melayu tak berani nak admit..mereka juga gemar menindas bangsa lain. "Orang cina kontrol ekonomi..jadi apa salahnya orang melayu tekan diorang sket..." bunyi-bunyi tu akan selalu kedengaran.

Jadi, oleh kerana wujudnya perasaan seperti itu berlakulah kes-kes di mana fokus guru lebih kepada murid sebangsa dia. Macam selalu kedengaran mentaliti orang Melayu, "Ak eleh...budak Melayu kalau pegi sekolah Cina mesti dia kena camtu jugak dengan cikgu Cina dia!"

Biarlah..kalau dia nak buat mcm tu biarlah.Kau sebagai cikgu..kau ada agama Islam. Islam tak bagi kau buat macam tu. Kenapa kau lagi pentingkan bangsa kau berbanding permintaan agama kau sendiri?Agama dah kata,treat semua orang sama tak kira bangsa tak kira agama. Kalau kau sebagai pemerintah bilik darjah kau,kau mesti adil dengan semua pelajar kau. Kita mesti berlaku baik dengan semua orang malah kita mestilah berlaku adil dengan mereka yang terlibat dalam pekerjaan kita.

Macam mana masalah nak selesai kalau dia berunding pakai parang,kau bawak keluar pedang..dia bawak keluar pistol,kau bawak keluar bazooka.

Tak kiralah dia bangsa apa sekalipun,anak siapa sekalipun..anak orang pendatang haram ke..yang paling penting adalah dia tu anak murid kau.Dia tanggungjawab kau. Jadi laksanakan tanggungjawab kau.Dia murid kau..itu amanah Tuhan pada kau.

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1st............yeah.....!!!!

Tanpa Nama berkata...

dulu menyangka tugas guru mudah,tpi tak semudah yang disangka.tanggungjawab berat juga.

Tanpa Nama berkata...

ok. seriusnya aku x paham. isunya ape kat sini. sesuatu yang berlaku, kluar di surat khabar, isu semasa dibincangkan di tv atau apa?

rase macam eh. apakah ini? tapi aku support blog ni :-)

Tanpa Nama berkata...

Cikgu sepatutnya menjadi penghubung yg merapatkan jurang2 perbezaan. Tp klau dah Cikgu itu sndri yg mewujudkan jurang, maka akan lahirlah generasi yg kononnya mempunyai semangat kebangsaan yg tinggi. "Sapa lg nak tolong bangsa sndri klau bukan bangsa itu sndri?" Lame excuse. Realiti, ramai yg lbh selesa menghentam bangsa lain drp memajukan bangsa sndri.
Drp,
RYSMHP

Tanpa Nama berkata...

Aslmkm..

Saya dulu pernah bersekolah yg majoritinya adalah lain, di mana dlm kelas saya sndiri ada 3 org melayu dpd lbh kurang 40 org murid bangsa lain dlm kelas tu . Kdg2 tensen gak bila cikgu bangsa lain selalu mngungkit yg org melayu mls, selalu dpt apa dia org ssh nk dpt. pastu bile pas pmr ramai kwn2 pindah sekolah sbb kalu yg result best pihak sekolah akan tapis betul2 pljr yg akan msuk ke aliran sains. majoriti kene la msuk aliran sastera. yg aliran perdagangan bole dikira ngan jari. Agaknya pihak sekolah nk jaga reputasi kot... iye lah. org melayu kan "malas".... huhuuu sedih tau bila diperlaku sedemikian.

An English Teacher berkata...

salam...

i just finished my practicum last month and i have an interesting situation regarding to 'Malays malas'. as an English teacher, it's my responsibility to use english at all the time, regardless places or situation. unfortunately, malays they were lazy to speak in english. i've tried so many times, force them to speak, ignore them if they speak in malay etc in order to make sure they speak in english. however, the non-malays students were really tried their best to speak in english. even though they dont speak correctly, they still tried and they were not ashamed to speak in english with their friends.

the point that i want to point out is it's true malays are lazy. if u think of your schoolmates back, then you'll realize it. malays, please dont complaint if the chinese or indians, or even immigrants are richer or more successful than you.

yg pasal cikgu2 berat sebelah terhadap bangsa sdri, i think i prefer to choose other races compared to mine because of the situation above.



ME,
An English Teacher

fiz berkata...

Bukan semua melayu malas...
Unfair to generalize the theme...
Semua bergantung kepada individu

fazilah berkata...

x tau lah sekolah yang masih 2 sesi. sekolah 1 sesi dah tak keje half day. masuk jam 7.40 balik paling awal jam 3..(p&p sahaja) x kira latihan sukan, kokurikulum petang, kelas tambahan, kursus masa cuti, program2 dgn agensi luar.

mummy_icha berkata...

mesti mantot lepas bergosip dengan bininya psl cikgu2 kat skolah dia :-D

yer, kdg2 mmg secara natural kita mesti nak ter-racist.mgkin satunya psl bahasa. duanya psl agama & budaya.aku rs cikgu pun as human being tak terkecuali rs mcm ni.mmg agama kita sempurna bagi guidelines etc etc, tp lagi sekali being human being, nak ikut 100% yg agama gariskan tu mesti susah jgk.tak kisahlah siapa pun kita...
cth mcm org yg solat, mungkin wpun solat, dia tetap tak boleh jaga mulut dia drp ckp perkataan2 yg x elok, yg boleh buat orang lain sakit hati.agama kata, solat & jaga lidah.tp kita manusia biasa.susah gak kan...

dukun berkata...

lau ngorat cikgu cina tapi tak ngorat cikgu india dan melayu kira racist jugak ke?ke nak kena bg cukup korum 1malaysia jugak?

Eimie berkata...

ermm cikgu pilih kasih.. mungkin aku tak pernah sedar pasal kes, sbb aku pernah duduk kelas yg semuanya adalah chinese dan aku sorg melayu, and yg paling best, cikgu tunjuk lebih fokus kat aku.. haha

Aku pernah jumpa lecturer yg racist, dan aku rasa lecturer tu mmg tak patut.. Masa kita sekolah, masa kecik, isu racist ni pada aku kecik jer. Sbb aku berkawan dgn semua. Boleh kata kawan baik aku masa sekolah, mesti ada india dan cina...

Tapi bila masuk alam pekerjaan, lihat dunia dengan lebih luas.. racist tu muncul. sebab bila kau jumpa dengan orang yg perangai memang menunjukkan betapa perangai kaum mereka tu mmg begitu, secara tak langsung, kau benci kaum mereka sekali.. Wlu apapun x kisah la macam mana pun, janji aku hormat kau, kau hormat aku.

Dr. Bentara berkata...

"Agama dah kata,treat semua orang sama tak kira bangsa tak kira agama."

Kat mana bro? Boleh tunjuk?

Mantot berkata...

Dr.Ben,

http://www.tarbawi.my/index.php/inspirasi/isu-ummah/157-konsep-keadilan-dalam-islam-tuan-guru-haji-abdul-hadi-awang

http://hafizfirdaus.com/ebook/ASWJ/ciri7.htm

aku ada baca dalam majalah Solusi hari tu tapi aku tak jumpa dalam internet artikel tu

Hujan Malam berkata...

bila saya dah keja baru sy kenal apa itu racist

Afrida Shobri berkata...

saya pernah sekolah yg boleh kira melayu dgn jari walaupun tu sekolah campur.di dlm kelas walau satu kumpulan,jgn harap la yg cina ni nak cakap bm walaupun kena buat kerja kumpulan.dibiarkan je la kita tercongok macam tunggul.cikgu2 pun cakap cina je.bila nak sesuatu br la buat baik ngan kita ni.nak kerja kat sogo boleh pulak syarat kena pakai skirt je.cuma jd cashier je yg boleh bertudung.secara tak langsung...perasaan benci tu memang ada.tapi alhamdulillah,takde la kalau maknya ke apek ke yg baik2 tu tetiba nak benci pulak.benci pd yg patut dibenci je la.tp xde la pulak nak balas dendam.takutt...dah kalau diorang baik,kita pun baik jugak la.tp biasalahlah.manusia biasa.mana sempurna...tp teringin juga nak bc blog cina yg boleh tegur 'keracistsan' bangsa diorang ni.kalau ade tolong cakap ye...oh! tolak la ridhuan tee;-p thanks...

aakash berkata...

thankyou . friend

i find your blog very informative.

http://www.ariestechsoft.net/mlm-software-development.html

Tanpa Nama berkata...

Aku dulu belajar kat MRSM. Ada seorang junior aku nie beragama buddha. Biasanya orang buddha akan pakai gelang benang kuning dekat tangan diorang. Ada sorang ustaz kat maktab aku nie suruh junior nie buang gelang dia. Junior aku nie bantah sebab memang hak dia untuk pakai. Ustaz aku nie jawab balik "Agama kamu takde hak dalam sekolah nie". Walaupun ramai lagi cikgu yang nampak insiden nie, tapi takde sorang pun yang bersuara. Aku terus hilang respect dengan cikgu-cikgu aku lepas tue.

Master Yoda berkata...

Anak murid2 gua 70% non-bumi, 30% bumi..tapi yg 30% ni (25% 0f them )yang bajet baguih, dtg lambat, dok blakang, bla bla bla, wat bising, tak fokus la...

Mcm ni nak tlg depa ka?? Depa kene tlg diri depa dulu..Kasi ubah attitude dulu..Gua sekadar bagi nasihat, tapi lu tak nak amik port, gua ada hal ke lps tu?? PI MAMPUIH..

Yg 70% tu gak, at least 45% pay attentian and focus 100% atas ape yg gua ajar...Then, lps tu nak put blame on lecturer, cikgu and wat so ever??

Ingat senang ke nak bagi bebdk ni faham?/ Lecturer/cikgu/instructor pon kene pikir gak mcmmane nak sampaikan dgn kaedah yg majoriti dlm klas tu blh fhm, tu gua punye pendpt ler...

Gua tak nafikan ade jer lecturer/cikgu yg maleh, jenis nak kejer sonang je, bagi latihan, hangpa sume selak la muka surat gini2, then, cari jwpn, lagu ni pon ada kene kat cikgu/lecturer...Yg ni hamlau punye cikgu...

Tapi kalau nak ase keberkatan tu sampai ke bebdk2 dan rezeki kite, bebdk pon kene amik port, lecturer/cikgu pon kene ikhlas sama...TQ

super-1 berkata...

aku sekolah cina dulu, xde pun cikgu2 cina racist dgn aku. diorg bg aku jadi pengawas. pastu result aku same dgn sorg budak cina tu, tp aku dipilih jd best student. walaupun aku melayu. mane ade racist.

Tanpa Nama berkata...

isu ni bgus untuk thun ni...
memang ade pun cikgu racist...
tpi takkan nak harap ke cikgu je..

The Sleepyhead berkata...

sy rasa tak kira bangsa apa2 pun semua sama shj...sy merupakan seorang guru pelatih skrg dan dulu sy belajar kat politeknik..sejak dulu sampai skrg sy ada jg kawan yang memang best yang berbangsa lain seperti melayu dan india,kami dpt bergaul okay juga...kami makan bersama, buat lawak bersama..sy rasa problem racist ini timbul kerana kurang fahaman antara satu kaum dengan kaum yg lain dan tanggapan buruk oleh kelompok yg memang kurang ajar telah menyebabkan semua orang dalam kaum tertentu dibenci...jadi, apabila kita semua ni sentiasa berbuat baik tdk kira dgn apa2 kaum pun,masalah racist ni pasti akan dpt dihilangkan...