November 15, 2011

Ada Sesiapa Dah Beli Barang Kedai 1Malaysia?

Kat rumah aku ada Mydin.

Aku selalu jugak la pegi Mydin beli barang kat situ. Aku perasan kat Mydin mesti ada produk nama "MyRasa." MyRasa ni aku rasa produk house brand Mydin. Jadi aku beli la..sebab mmg agak murah. Ada la beberapa benda aku beli.

Salah satu benda yang aku beli adalah susu pekat dalam tin.

Rasa susu tu macam mana? Macam minum susu berperisa besi. Macam mana nak describe rasa tu? Beli susu tin kat Mydin brand MyRasa lepas tu rasa sendiri.

Rasa dia memang pelik. Nasib baik aku beli satu tin aje.

Aku mengerti lah apsal barang MyRasa tu murah. Memang murah...satu tin murah 70 sen,80 sen banding dengan brand jenama lain TAPI 10 sen lagi mahal dari brand in-house sebuah pasaraya Perancis yang rasanya jauh lagi reasonable berbanding "susu berperasa besi" tu.

Jadi, satu soalan;
Kalaulah anda ada beli susu tin kat kedai 1Malaysia, adakah susu tu sama macam susu MyRasa dekat Mydin tu?

Perlu diingatkan, aku bercerita pasal susu tin sahaja. Benda lain macam kuih raya dia aku rasa ok aje..walaupun boleh rasa la itu semua machine based punya produk. Aku senantiasa mencari alternatif lain untuk susu pekat dalam tin sebab aku rasa harga susu tin sekarang agak tak munasabah dan aku banyak minum susu.

31 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yehaaaaaaaa....

alien berkata...

sama rasa dia kot..
sbb kawan aku pernah cakap, kedai 1malaysia tu bwah kelolaan mydin

10 inch berkata...

susu pekat yang kaya dengan zat besi..

mr edz berkata...

ye ko memang kuat minum susu.. susu badan hahahahhaha kes berebut dengan anak...

Tanpa Nama berkata...

aku tak rasa krimer pekat manis lemak lagi berkrim tu diperbuat dari susu - baek kau minum susu lain yg lebih berkhasiat

Tanpa Nama berkata...

Gula brand kedai 1malaysia murah 10 sen je. tp aku pernah tgk ada satu akak tu cari susu segar brand 1malaysia, dia ckp susu sama rasa dgn susu dutch lady. :)

Mama Iman berkata...

ada pasaraya besar ni yg suka buat style macam ni... Sesiapa yg nak letak brg2 di pasaraya mrk, mereka akan minta resepi/formula brgn tersebut. Macam abg ipar aku dulu nak hantar sabun di Mydin, Kafu, Jayen, mmg depa mintak syarat mcm tu. So, ada kemungkinan rasa atau quality lebih kurang mcm yg brand mahal sebab depa guna formula/resepi yg sama. tp tak tau la syarat tu utk semua company yg nak masuk brg kat dlm pasaraya tu ke or dia kenakan pada pengeluar2 produk tertentu je....

Tanpa Nama berkata...

produk cikai kat kedai 1malaysia sesuai ngan hati-perut org mesia yg kuat komplen je tau... pastu balun gak.
cer tengok produk tesco tu, walaupn murah masih ada kualiti..sbb ape? sbb mentaliti pengusaha mesia tau nak kapur duit je. pengguna mesia plak kuat komplen (mcm mamtot) pongpangpongpang setakat tu jah..hmmm

blog-tips-kurus berkata...

lokasi kedai ini jauh dari rumah saye..

.Cik Kiah. berkata...

Kedai 1Malaysia punya barang ok jugak. Itu alternatif untuk rakyat yang teringin nak makan sardin contohnya, tapi nak beli Sardin Ayam Brand mahal, belilah yang cap 1Malaysia punya. Rasa sardin memang tak sama dengan Ayam Brand, tp masih ada rasa sardin.Kira ok la untuk makan sedniri kan.

Tapi kalau mampu, beli jelah barang yang dah established jenamanya. Apa ada hal kan?

Tak payahlah sibuk beli barang murah (sebab nak jimat), lepas tu nak kondem je.

Jangan fikir kita yang gaji agak berpatutan ni, fikir makcik2 cleaner (dan setaraf) yang gaji cuma 700 - 1000 sebulan, itu jelah yang mampu diaorang beli. Lebih bagus daripada tak dapat makan kan.atau balun maggi hari-hari.

Peace!

.Tuan Haji. berkata...

You pay peanuts, you get monkey lah oii.

Takkan beli susu "MyRasa" nak sama kualiti dengan F&N or cap teko kot.

Bankraplah tokey susu kalo macam tu.hoho.

just azura! berkata...

tak payahlah beli susu pekat manis. tak baik untuk kesihatan..:P

Norhafiza Yusoff berkata...

kenapa ramai sangat org kat sini cam sokong harga barang mahal?

bagi aku, tak salah nak bayar murah tapi biar kualiti ok. kenapa korang cakap barang2 murah padanlah ngan rasa besi tu. korang ni memang tak suka ke fight untuk hak korang sendiri?
kenapa nak kualiti ok kena bayar mahal? walaupun benda t dapat ngan harga boleh murah

Haizam Kacak berkata...

mesti mu gi beli kat mydin precint diplomatik

zer berkata...

yup betul cik norhafiza.sy sokong pendapat anda.

Grace berkata...

Basic theory my dear. You get what you paid for. But if you get a GREAT value at minimal price, now that's bargain!

Hmm.. Fighting for our rights? Definitely not though blogs.

Unknown berkata...

apa ingat orang miskin tak layak makan sedap ke?

Tanpa Nama berkata...

kat jasin n ledang ade tak kedai 1m ni n kat area mane...

Mantot berkata...

"you get what you paid for"
"you pay peanuts you got monkeys"

capitalist talking.

Tanpa Nama berkata...

Boleh jadi susu pekat itu mengandungi logam yang boleh membahayakan kesihatan manusia. Sampel susu itu perlu dihantar ke makmal penyelidikan bebas untuk dibuat analisa.

Mermaid Ungu berkata...

ye betol. tang rase besi dlm susu tin tu kena amik berat tu..jgn beli brg sbb murah tp memudaratkan.baik tak payah jual..makan utk dapat sakit buat ape..

samanosuke_04 berkata...

huhu, nak satukan rakyat guna kedai runcit... payah gak kalo kualiti kontrol kedai yang sedia ada pun xseberapa.. lagi kena kutuk kedai 1m'sia adalaa...

Grace berkata...

Entrepreneur, not capitalist.

Be an entrepreneur yourself, then you'll understand things, honey. Or should we list down all our agony like 'those' people do?

mummy_icha berkata...

aku selalu juga try brgn keluaran pasaraya mcm tesko,kafu,jayen,ekonsef,mydin.tp bkn brgn makanan la.so far try toiletries & brgn pakai kat dapur. kualiti mmg jauh drpd yg ada jenama.cth mcm tisu gulung, lagi nipis & melekat2 drp yg berjenama biasa.pelembut kain tak lembut langsung, wangi pun sikit je.diapers tahan sekejap je.sabun basuh kena letak byk2 baru bersih/buih byk.tp standard lah.lain pengeluar, lain harga, lain rasanya :-D

Si teNang berkata...

mak saya ada beli..yg MyRasa penah beli...yg 1 malaysia pon ade beli..yg brand femes2 pon penah beli..
ade beza ke rasa? hahahhahahaa~
minom je asal jadi nescafe susu, ade manis2 sikit sudah..

hmm...tapi honestly, yg MyRasa tu cam ade sikit rase tak best laa bila bancuh air tu...yg 1 Malaysia ni cam ok je..takde rase pelik..

haji najib berkata...

Ape guna beli barangan murah tapi xde kualiti n bahaya utk kesihatan diri n keluarga? mcm kes sos tiram 1 malaysia tu, sos tiram bukan isi isi tiram asli, tapi cuma perasa tiram..sos cili 1 malaysia , dikesan mengandungi plumbum yg tinggi, susu 1 malaysia plak dikesan mengandungi e-coli..berbaloi ke beli? salah ke kita kondem?

kenapa kat u.k orang miskin/homeless mampu beli barang makanan harian dgn harga murah lagi berkualiti tinggi?

kalau betul nak bantu rakyat kenapa tak jual sos cili maggi/kimball dgn harga lebih murah n letak di kedai rakyat 1 malaysia? kenapa tak jual susu jenama mahal dgn harga lebih murah tapi berkualiti di kedai rakyat 1 malaysia?


p/s: btw, aku rasa cik kiah ngan tok aji whatsoever orang yg sama..peace yo

Raden berkata...

kesimpulan dia senang jer...

kat m'sia ni, barangan berkhasiat untuk org berkemampuan jer...

barangan kurang berkhasiat, untuk org yg tak mampu...

sebab tu la kita selalu dengar org cakap "kalau dh tau tak mampu, jangan la mengada2 nak beli yg mahal"

maaf cakap...

p/s: ntah bila la kita yang kurang mampu ni nak merasa barangan yg bagus2 ek??

Tanpa Nama berkata...

Alololo.. elaun banyak belilah yang berkualiti sket brader. tak payah kedekut sangat untuk diri sendiri. setakat setin tak luak der 70 80sen tu. Ni lah contoh pengguna yang nak bayar peanut but expect too much. well, u deserve that peanut, monkey. why at the first place you buy that shit? lepas balik rumah buat milo rasa macam besi terus tinggg! haa dah ada idea nak kutuk produk Myrasa/1 Malaysia ni. aku tak penah tengok pun brand ni brader. tak minat nak cuba pun. sebab aku tak berkira hangit macam hang la. puih!

Tanpa Nama berkata...

sokong ngn RIA

Tanpa Nama berkata...

aku baru jer beli susu/krimer myrasa, dan rasa dia sama macam jenama lain jugak, aku sebelum ni dah makan hampir semua brand dari f&N, marigold, gold coin, cap teko, dairy champ.. sampai jenama yg ntah hapa2 dipasaran.. itu dulu.. skg aku dah tak layan jenama lain kecuali jenama MUSLIM/MELAYU jer.. iaitu saji dan aku baru cuba myrasa ni tak tau lah melayu ke sape punya company. rasa dia ok. tak ada pun rasa besi2

Tanpa Nama berkata...

Pay peanut get monkey tah sape punya thinking ko copy paste jd verbal kononnya 'itu' reality. Stupid. Ko tau tak cost keluar satu barang tu berapa.ko tau tak margin untung pengilang penjual tu berapa. Kalau betul nak bagi barang 'murah' biarlah IKHLAS jgn sampai nak membahayakan kesihatan manusia lain. Stupid. Brothers, kalau makanan tu memudaratkan, lebih baik beli di tempat lain. Dont bongkak sana sini dengan MUSLIM tapi tak ikhlas pun... utama kan kesihatan mudah mudahan ALLAH bagi kita keberkatan dalam rezeki. Org yang tak boleh ditegur, biarkan kebongkakan dia. We live as if it never exist just like before. Not good, dont buy, find others.