Oktober 05, 2009

Pengguna Genius - Berjalan-Jalan Di Carrefour Bdr Tun Hussein Onn

Baru2 ni,ada sebijik Carrefour baru bukak kat Cheras.Cepat betol bangunan tu siap.Sedar2 dah siap,sedar2 dah bukak dah.Mungkin teknologi banyak membantu atau mungkin bangunan tu dibuat agar cepat siap.Jadi,satu hari tu aku singgah lah dekat situ.Aku masuk pun sebab dari jauh aku nampak banner besar "Ekspo Barangan Bayi."Mungkin naluri kebapaan aku yang semakin kuat yang membuatkan aku hendak meninjau atau hanya sekadar imaginasi aku berpusing,memikirkan kemahuan mengalami proses penghasilan bayi yang membuatkan aku tertarik dengan ekspo barangan bayi itu.

Banyak lagi kedai yang tak dibukak.Tapi Carrefour dah dibukak sepenuhnya.

Satu benda yang aku menyampah bila pegi Econsave atau Giant adalah bila kita kena tinggalkan barang2 macam beg dan jacket kat kaunter.Aku malas nak queue dan tunggu nak bagi barang,pastu ambik nombor.Aku lagi malas nak layan muka customer service yang malas2 nak ambikkan balik barang yang aku dah bagi kat dia.Nasib baik Carrefour bagi bawak masuk beg dengan syarat diorang klipkan zip beg tu.

Aku pun masuk dan meninjau2 kat depan tu.Ada banyak baju budak2 kecik yang dijual dengan harga yang agak murah.Aku pun tengok2 la.Adalah beberapa orang kakak yang menjeling aku,mungkin pelik memikirkan macam mana mat rempit sorang ni belek2 barang baby ni.Mesti diorang memikirkan aku adalah penculik budak kecik atau paedophile.Tapi naluri kebapaan dalam diri aku membuatkan aku bersabar.

Aku terus ke bahagian elektrik.Aku usha blender dengan oven sebab dari dulu aku nak beli.Aku nak blend macam2 dan impian aku dari dulu adlaha untuk memanggang seekor ayam tak dipotong lalu makan ala-ala barbarian.Agak murah barang elektrik dia.Blender yang aku usha kat situ dia jual RM89.Tempat lain RM120.Oven lak,murah la sket.Aku bergerak ke bahagian LCD TV,memasang muka kononnya berminat sebab dengki dengan kawan aku yang berlagak nak mati sebab dia dah beli LCD minggu lepas.Situ boleh buat installment takde interest pakai kredit kad.Menarik.

Aku usha2 Hot Wheels.Lama gila aku kat situ.Tetiba GEDEGANG bunyi troli jatuh.Ada budak lelaki tersepit bawah troli dan bapak dia duk marah anak dia,HA PADAN MUKA KO TAK RETI DOK DIAM!Adik2,pastikan bantu dulu anak2 anda bangun sebelum memarahi mereka.Aku ambik sebijik Hot Wheels selepas hampir setengah jam aku kat situ.

Aku teruskan lagi meronda-ronda.Aku usha2 bahagian tak halal.Agak terkejut aku tengok harga setin arak Carlsberg berharga Rm8.90.Yang lagi mengejutkan,ada jugak mangkuk2 Melayu yang masih beli (bukan kat situ la tapi secara amnya).

Kemudian,aku bergerak ke bahagian pakaian dan di situlah terpampang patung ini...


Adakah patung2 ini juga perlu dijadikan makhluk dua alam?
(Jangan salah paham.Aku tak masuk langsung kat situ.Aku cuma jenguk2 dari jauh.)

Aku usha2 baju situ dan hasil tinjauan rambang aku mendapati koleksi2 baju2 murah di Carrefour jauh lebih baik berbanding di Giant walaupun tidak ada brand yang berjenama hebat.Yang paling penting,harganya membuatkan aku mengerti kenapa adik aku berat betol nak balik Malaysia semasa duduk kat UK dulu.Aku dapat merasakan wujud kuasa pembeli pada diri aku apabila melihat kemeja2 berharga belasan ringgit membuatkan aku sedikit tergugat.Apatah lagi di UK dimana baju2 branded macam Dorothy Perkins dan Topman dijual sama macam kemeja2 di Carrefour ni.Branded tapi jual longgok je.Datang Malaysia brand tu,hanya untuk golongan elit (yang tak sedar dirinya tertipu)

Aku singgah kejap ke bahagian makanan.Ingat nak tengok ayam panggang ke.Sampai aje situ ade sekumpulan family anak beranak duduk makan curly fries secara percuma dengan muka tak malu.Main ambik aje dan tak bayar.Yang paling menyedihkan,mak dia boleh belek2 curly fries tu dengan tangan dan kemudian letak balik.Aku hampir muntah dan terbatal niat aku nak beli ayam.Ngeri pulak membayangkan kalau ada orang yang dah pegang ayam tu dan kemudian letak balik elok2.Lalu aku pun mengakhiri tinjauan aku ke Carrefour tu dengan membeli sepaket Milo dan dua bungkus tisu dapur untuk dibawa balik sebagai cenderahati.

Kesimpulan : First impression,aku sure Carrefour punya harga jauh lebih murah berbanding Jusco.Compare dengan Tesco aku tak tau.Jika anda memerlukan baju yang murah tanpa berbelanja banyak,aku syorkan carik kat situ.Kemeja dengan harga belasan ringgit,mana nak dapat.Ruang dalaman yang agak luas dan selesa berbanding Econsave dan Jusco.

Aku YAKIN,Carrefour adalah pilihan yang jauh lebih bijak untuk aku.Walaupun mungkin di situ kurang kelihatan amoi2 berpakaian seksi dan lebih dipenuhi makcik2,tetapi hati aku pun dimiliki oleh Carrefour Bandar Tun Hussein Onn.

Kalau ada jumpa gorilla membeli belah kat situ,tegur lah.

11 ulasan:

~PakKaramu~ berkata...

Salam ziarah Dari Pak Karamu

JinChrist berkata...

mantot,
lately rasa2 creativity mantot dah slack sikit.
lagi satu, nak mintak mantot tolonglah write up sikit ttg bagan pinang election. Bagilah sedikit pandangan yg berisi kepada pembaca2 dan pengundi2.
Together we could make a different. Kita jgn tolong Melayu sahaja, kita tolong semaua rakyat tak kira apa2 bangsa pun terutama yg tertindas.

Jard The Great berkata...

haha.. carrefour dah lama jadi pilihan aku.. ehehe.. carrefour wangsa maju paling besh utk shopping raya.. ;p

aizatshafiq berkata...

carrefour bru ker?...
tk perasan plak dok lalu2 kt ctu...
kt belah mane ek?...

Mantot berkata...

err...
aku takleh nak cakap apa2 sebab Isa Samad pernah belanja aku makan.Kang dia haramkan ke sakit la aku,hahahah.

Dah banyak dah orang lain tulis pasal Bagan Pinang,cukup la tu kot.Aku ada isu nak tulis tapi nanti la.

Minggu depan aku ok la balik

mrscee berkata...

a ah mmg murah la carrefour kat situ... aku selama ni kalo nak beli barang pegi jusco cheras selatan tu je... aku pun tak perasan bile carrefour tu bukak.. tetibe da ade je... harga barang2 dapur dia mmg agak memberangsangkan.. lagi besh mmg fresh...silalah ke carrefour bandar tun hussien onn..

yeeehaaaa...

Kujie berkata...

he he he...

ni advertorial post yg KAFU bayar ke? Kak Jie ni gred makcik2 pun tak de la nak perati detail mcm tu buat ulasan...

:p

Papa Chang berkata...

cantekk... semalam baru perasan ada bunting kafu neyh.. selama nie aku mmg shopping kat 1)tesco 2)econsave 3)giant..

walaupun umah aku dikelilingi Giant (south city/the mines/impian ehsan) tp harga dan kualiti barangan jenama Giant tidak dapat menandingi Tesco.. skrg sudah ada kafu.. adakah kafu dpt memberi nilai dan kepuasan terbaik?? aku la kene try sendiri hehehe

Tyqe berkata...

Salam blog.

pendapat aku lah, kalau barang dapur, prefer beli kat Tesco. ikan fresh beli kat Econsave lgi2 kalau pagi tu dia amek ikan baru kat kuala selangor, mmg fresh giler.
jusco mmg mahal, tak mesra pengguna. Giant mmg tak pernah jadi pilihan. Tapi, carrefour ni kalau kau perasan dia banyak barang exercise best2 yang harga murah. tu yg best tu.
:)

Tanpa Nama berkata...

ada sapa2 dgr pasal rakyat indo kat malaysia nak gaduh dgn rakyat malaysia kat KL (around SOGO) dalam minggu depan?
Dengarnya lanjutan kes yang mereka xpuas hati mengenai hak milik bermacam2 warisan...

Bisikbisik Perfume berkata...

carefour mmg dah lama mcm tu. kemeja lelaki lengan panjang 12 hengget je. kain pun ok. buat
tukar2 pg keje.

tapi style carefour mmg mcm tu, pada siapa yang dah biasa lah. kita boleh mkn dulu byr kemudian. kdg2 pnt jalan-jalan dalam tu, boleh amik coke minum dulu, then byr kat kaunter bersama brg yg kite nk beli.

:) org cheras br ade carefour eh! terbaik!

:)