Oktober 27, 2009

Glitter and Trauma


Dalam hidup tiap2 orang,mesti ada moment yang membuatkan korang tersentak kejap dan kemudian selepas beberapa ketika,baru akal korang dapat berfikir balik seolah normal.Aku mengalami kejutan itu beberapa hari yang lepas.

Bila aku bukak email dan dalam tu aku dapat email daripada designer kad kahwin aku,menghantar mockup design kad.Dalam nya ada attachment dua keping JPEG dan bila aku bukak JPEG imej tu..

.....ada nama aku.

Aku kaget sekejap.Kaget bukan sebab aku takut ke.Kaget sebab selepas selama ni aku terima kad kahwin yang bertulis nama orang lain,dalam design kad tu,ada nama aku.Nama aku!Bila dah terbaca nama aku tu,barulah aku merasa seolah-olah tiba-tiba bahu aku jadi berat (macam member aku kata bila dia nak kawin dulu).Tanggungjawab,beban,harapan,impian,semua tu akan jadi tanggungan aku.

Ada la jugak aku dengar setan bisik kat aku,"Haa,kau takleh nak lari mana lagi dah ni?Takut kan?Takut?" tapi aku rasa semua orang yang nak kahwin akan mengalami perasaan yang sama.

Seolah-olah kurang yakin dengan diri sendiri.Takut dengan kebolehan diri sekurang-kurangnya untuk memimpin sebuah institusi yang bergelar keluarga.Takut dengan kuasa mutlak yang datang selepas bergelar suami.

"Apa jadi nanti kalau kau bergaduh lepas tu kau marah gila babi kat bini kau?Kau tak takut ke kau terlafaz cerai ke kat dia?"bisik setan lagi.

"Lepas ni kalau kau tak puas hati,kau nak lari macam mana?Sebelum ni bole la jugak kau buat2 tak layan,senyap bila gaduh.Nak lari kau boleh lari mana kau nak.Lepas ni?Kau nak lari mana?"sambung lagi si setan.

"Kau akan nampak la lepas ni apa yang tak kena dengan perempuan yang kau sayang tu.Kau bayangkan kalau dia sebenarnya jenis malas nak kemas rumah macam kau?Masa tu nanti kau nak buat apa?Haa...kau dah kecut dah ni kan?Takut dah kan?"Semua benda tu aku terfikir lepas aku terbaca nama aku dekat kad tu.

Dan daripada seorang yang tidak ada langsung sebarang keraguan sebelum ni,aku mula terfikir macam-macam.Aku yang tak cukup kuat lagi,jiwa memberontak kononnya lone ranger,tak nak dikongkong.

Masa tu la terfikir kata-kata member-member aku yang kononnya "memilih untuk tidak berkahwin lagi;"

Kau dah cukup enjoy ke?
Kau dah ready ke?
Kau rasa ilmu tu cukup ke?
Kau bior betol nak kahwin?
Kau dah fikir masak-masak?
Kau tau tak tanggungjawab tu besar?
Apa kelas kahwin?Tak kahwin pun boleh romen apa?
Life lepas kahwin?Suck gila!Takyah kahwin Tot!

Mungkin aku tak terpengaruh sangat dengan pengaruh2 ciptaan barat yang selalu memujuk lelaki merasai nikmat dunia sepuas-puasnya sebelum berkahwin.Satisfied your curiosity before you get married.Tapi tu orang putih.Buat apa aku,orang Melayu Islam (yang tak selengkap mana),nak ikut?

Takut memang takut.Macam-macam aku takut.

Tapi sampai bila aku nak takut?Aku tengok member2 aku yang dah kahwin semua bahagia aje.Yang paling gatal kahwin paling awal antara kitorang semua pun bahagia aje.Makin boroi.Bahagia kot makan puding laici tiap2 hari,hehe.

Dan aku rasa ramai lelaki yang nak berkahwin akan terfikir benda sama.
Memang banyak dugaan dia nak membina masjid ni.Nak bebas,nak enjoy,nak tengok dunia.

Tapi sampai bila nak enjoy tengok dunia?
Kan lagi best kalau dapat tengok dunia dengan dia?

29 ulasan:

Haqim berkata...

"Kan lagi best kalau dapat tengok dunia dengan dia?"

yeahhh..cayalah mantot!!!

balqissy berkata...

berkahwin kerana Allah, InsyaAllah hubungan itu dijaga DIA. good luck ^.^

fndrocka berkata...

Cinta yang halal direstui Tuhan..siap berpahala lagik..selamat pengantin baru.

Zalieya berkata...

selamat pengantin baru..kebahagian lepas kawen tu lebih indah dr enjoy life bujang sorg2...smpi bila nak enjoy kan.bila kawen ada matlamat n tanggungjwb..rasa lengkap hidup.anyway..selamat berbahagia:)

[Nizt89] berkata...

awwh so sweet..betul tu, awk. love that last sentence! bertuah bakal isteri awk tu (^^)
jgn risau. baik n buruk masing2 perlu diterima. Insyaallah lepas kawin rezeki melimpah punya.
Allah suka org kahwin ni (^^)

maksutimah berkata...

heheh sweet la, nk suoh fiance bace la

PUTUBAMBU berkata...

Salam dari Putu..(Silent Reader selalunya....hehehe..)

takde maknanya ko dengar soalan2 gitu...bisikan syaitan gitu..

kalau ko berbalik pada konsep perkahwinan itu sendiri..
baru ko tahu kenapa dan ape sebabnya org berkahwin...

perkahwinan ada pro & cons ok..so, pandai2 le mengharunginya...

insyaallah...selamat le segalanya..

* nak wish Selamat Pengantin Baru buat awak ye..

yem berkata...

tot, nak tnye sket.sape membe ko yg mkn puding laici tiap2 ari tu?joe ke?sbb dia je yg buncit lps kawen.

sepol utusan berkata...

wadaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

tot puding laici itu mknn sbnr atau simbolik kpd sesuatu?

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) berkata...

setuju arr ngan ayat putu...

even kite terkena sindrom cold feet sekalipon, yg paling penting niat kite kene btol, kalo kite btol2 konfiden kite dah layak kawen.

gaduh? stended arr... lidah mana tak tergigit... tapi cerai itu tetap bukan satu keperluan utk kita. tambah2 bila korang dah siap buat anak nnt.

good luck, mantot!

Lady D berkata...

peh..........ayat last xboleh blah betol....haha

Tanpa Nama berkata...

Sbenarnya apa motif cita ko ni tot..klu nk jemput aku kenduri kawin ko...jemput je lah..aku datang tot..he3..

kyo_9 berkata...

terbaik aa tot..
ni yg buat ak pon nk kahwin cepat nih~ haha=

murn!e berkata...

"Tapi sampai bila nak enjoy tengok dunia?
Kan lagi best kalau dapat tengok dunia dengan dia?"

-sokong!!!-

Cahaya Lensa Kreatif berkata...

Salam Tot,
Jgn takut Tot kita org lelaki kena brani dan tabah. Yup perkahwinan adalah tanggungjawab, jika kita jalankan tugas kita ngan amanah, rajin dan tanggungjawab insyaallah tot allah akan tolong permudahkan jalan kita.
Kita enjoy hidup kita ngan isteri lebih bermakna tot. Bila ko tarikh weding ko tot? dah ada cameraman tak? Kalo tak de Call aku heheheh..

Through the Fire N Flames we carry on. Jgn takut tot. Mantot Bole.

Miss Blueroses berkata...

bkn laki je la rase cmtu kdg2..pompuan cmtu gak rse..takut suami tu nti cri lain ke x?takut nti masak xsedap, suami xsuke. takut komitmen. plaing takut nk bersalin..waaaaa!!!!


cayalah lu bro!!

milo boyd berkata...

steady ready la beb!

kei berkata...

selamat pengantin baru..
semoga berkekalan hingga ke anak cucu

Safuan Hakim berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Safuan Hakim berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Safuan Hakim berkata...

haha. dup dap dup dap.

lucky is my name berkata...

"Kan lagi best kalau dapat tengok dunia dengan dia?"

tabik spring kat lu..tahniah kerana ada fikiran camtu..gua doakan lu bahagia dunia akhirat...amin...

Erina Z Ellias berkata...

The grass may always seem greener on the other side, biasalah tu kan? ;)

gary berkata...

the glass is half full tot!

Xeno berkata...

Hidup manusia camni

BIRTH>FEED>MATE>DIE

Simple kan.

terpekikterlolong berkata...

good luck totttt...
dah kawin,dah ade anak nnt jgn lupe bimbing anak ke jalan kebenaran,arsenal yee..

budakhingusan berkata...

ARSENAL. ARSENAL.

✿ n0ra ✿ berkata...

COngrates!!!

Musti sidia TERharu baca ayat last...

juneHalim berkata...

Tapi sampai bila nak enjoy tengok dunia?
Kan lagi best kalau dapat tengok dunia dengan dia?

suker!!