Oktober 22, 2009

Malam Yang Sunyi,Banyak Anjing Menyalak


Aku tak boleh tidur.

Aku stress sebab aku cuba tak nak beli rokok hari ni.Dari pukul 8 sampai sekarang aku tak hisap rokok.Badan aku menggeletar.Seolah-olah tak puas.

Macam ada benda yang tak cukup.

Biasa bila aku menaip,mesti kat tangan ada rokok.Sambil menaip tangan aku rasa ganjil sebab takde benda yang dipegang sekarang ni.Masa melukis tadi pun tangan aku ambik lighter secara automatik.Bila dah pegang lighter baru aku sedar,aku tak beli rokok.

Tangan aku rasa pelik.Badan aku rasa pelik.Yang paling pelik,bila aku bau asap rokok member aku tadi,bau dia macam gampang.Seolah-olah tak best langsung hisap rokok.

Kenapa aku buat macam ni?Sebab masa on the way balik,masa aku tengah jalan aku terfikir nak beli rokok.Lepas tu aku kira balik spending aku hari ni adalah 0 sen dan kalau aku beli rokok aku dah spend Rm8 lebih.Banyak tu.

Tapi yang paling menyakitkan hati bukan sebab kena keluar duit banyak.Tapi sebab lebih daripada separuh yang aku keluar untuk beli rokok adalah untuk membayar cukai kerajaan.Jadi,sebagai seorang yang merasakan kerajaan perlu membelanjakan duit dengan lebih bijak,aku nak stop beli rokok.

Serius,badan aku rasa pelik.Macam tak cukup anggota.Aku cuba tengok badan aku,nasib baik semua ada.Kehilangan bekalan nikotin apabila tidak ada benda yang hendak dilakukan adalah satu beban yang agak berat.

Nasib baik aku tak hisap dadah.Kalau aku layan barang,tah macam mana la ketagih nya.Mau aku bukak baju dan seluar berlari bogel merata-rata mencari bekalan.Ataupun ketagih arak.Gila mahal arak.Peliknya,bila pegi makan kat kedai tepi jalan komplen air teh O'Ais Rm1.20 makcik mahal.Bodoh ke hapa?

Kesimpulannya :

1. Jangan hisap dadah dan minum arak

2. Jangan belajar hisap rokok

3. Jangan pau rokok kawan tiap2 hari.

4. Jangan beli rokok jika anda penyokong pembangkang.

5. Jika anak anda yang baru belajar nak merokok,petua nak suruh berenti adalah rendam tembakau dalam air kelapa,lepas tu suruh anak minum.Lepas tu lari jauh2.Sekejap lagi dia muntah2 hijau.Kalau ada yang muntah atas karpet,aku tak tanggung. (Petua member aku bagitau)

Aku rasa sehari dua lagi stabil la balik.
Sori la kalau aku mengarut.Aku menggeletar nak hisap rokok.

16 ulasan:

Kujie berkata...

dugaan hebat dpt hasil yg manis...

moga berjaya melawan napsu.....aminnn

Amak berkata...

cukai rokok tinggi sebab diorang tanak korang isap rokok lagi la tu.

apa lagi pergi la kunyang shinggam.
(chewing-gum)

wartamaya berkata...

Gua tau. Lu menggeletar bukan kerana tak dapat rokok, tapi lu ghairah nak bayar cukai.

wakakakak !!!

dayat berkata...

isap je tot...
aku byk ke pow rokok ko tot?
takde kan?

FIRZA berkata...

gua syak lu tak mmpu ok 2-3 hari ni bai.....tapi gua optimis dlm stahun lu dh bleh senyum kambing klau lu mmpu bhenti dri skang.....

Tanpa Nama berkata...

kamon mantot!..ko bole lakukan..dun break your future wife heart!..ekekekeke..

Xeno berkata...

Memang susa nak quit...huh, rasa pelik.

levisgolok berkata...

Aku dah berenti smoking.. sebelum ni dah macam2 cara aku cuba tapi tak bleh gak. paling lama pun 1 bulan.

Tapi sebelum raya baru ni aku berjaya berhenti smoking. sebab nye?? "kuasa ibu"

Mak aku cakap kalau aku isap rokok lagi, mulut aku akan berkudis.. hoh! mak aku memang serius time tuh!

By hook or by crook aku terpaksa la quit coz yg ckp tu mak aku.. kalau awek aku mampus aku nak layan..

itulah "kuasa ibu"

Husky Pusky berkata...

petua tembakau air kelapa tu agak2 kalau tak berkesan jugak, amalkan petua makan tembikai dengan madu.confirm mujarab! hahaha

milo boyd berkata...

tot..ingat pesan aku 'kalau tak rasa pahit dulu cemana ko nak nikmati manis' muahahahaha

aku nak start wat diari pasal ko quit ni..tampal kat partition gak. :P

22/10/09
12.30pm - Busukkkk sialll bau rokok!

iskandar oslo berkata...

Partner sigop aku... wakakaka... dah la mantot, aku dah 6 tahun stop smoking... dari aku kat U aku try, tapi tak berjaya, akhirnya aku berjaya masa aku start keje...

rahsianya...

kuasa niat...

orang kata, kalau kita dah berniat nak berbuat sesuatu dan kita bulatkan niat kita, insyaAllah jadi la. Aku stop smoking masa aku keje offshore dan pada masa tu aku ada sekarton marlboro. niat aku simple je, rokok terakhir yang aku hisap before aku boarding flight Dubai-KLIA, bila kaki ni jejak ke bumi Malaysia, aku tak nak hisap rokok lagi...

Alhamdulillah... sampai sekarang... syukur...

bekam berkata...

aku xisap tapi suke bau suria..

yem berkata...

kamon tot bole punye. tp kalo gian sgt isap la sepam, nati try la balik. bole punye hahahahah

Gayah Lawa berkata...

WOhoOoOoO....Syabas Inspektor Shahab..hihi..
Elok la Mantot bila ko dah smpai seru dan terbuka pintu hati & jiwa nk berenti smoking nih...
Sbb apa, org yg merokok ni bau busuk tembakau la..Aku ckap betul sb masa kecik2 dulu aku suka golek2 ats katil mak bapak aku bila time dorang gi keje..Tapi satu hari aku terpeluk bantal tido bapak aku ..
Huarrrghh..tuii...busuk rokok beb!!
Baju pagoda bapak aku hang kt hanger tu pun busuk rokok. Adeh la..aku tiba2 terpikir cemana la mak aku leh tahan bepuluh2 thun idup dgn bapak aku..entahlah...
Aku dh berjanji tk mo hasben yg perokok..sbb aku geli arr.. Org smoking ni pengotor..Sbb kan puntung rokok dorang tenyeh ikut suka jer kat mana2 dorang nk tenyeh!! Kadang2 tu buang mcm tu jer ...masih menyala2 lagi api kat puntung tu..

Mantot.. Cuba malam ni sebelum tido ko bayangkan cemana ko nak comolot bakal isteri ko tu bila nafas ko bau rokok & tembakau??
Hihi...kalau akulah aku cepat2 tolak ..Aku direct ckap, Busuk Rokok la bang..yayang tk nak ahh...

Cuba ko bayangkan "penolakan" begitu...Bkn pe, aku nasihat jer..heee..

Haa...betul tak apa aku kata nih?
Sapa kata betul korang comment >> Betul-betul..

>> Gayah tk tipu bang...sungguh..

Cahaya Lensa Kreatif berkata...

Bagus la mantot ko nak berenti merokok. merokok ni mmg membahayakan kesihatan. Memula aku tak kisah sgt pasal kempen merokok sekali lihat bapa sendiri kena strok kerana rokok itu yg aku lebih peka bahaya rokok.

Berenti rokok beb kalo tak mmg gerenti urat kepala meletup.

kalo ko menggeletar mmg itu tanda otak nak nikotin caranya ko mandi air sejuk, kunyah ais ker biar ko sejuk skit.(kalo dalam pusat serenti penagih tegar akan mengeletar, marah dan mengamuk bila kena simpton ini selalunya paip bomba dicurahkan utk hilangkan kesan simpton tu)Bila sejuk ko segar tot.

banyakkan makan buah-buahan dan makan benda lain utk mulutko tak pahit makan chewing gum.
kadang2 lepas makan ko rasa pahitkan buah-buahan tu akan kurangkan kepahitan tu.

lagi satu melengahkan pabila nak merokok contohnyer kalo ko nak merokok jer ko basuh moto ker, ko baca paper ker buat ko lupa nak rokok.

GOOD LUCK MANTOT

Mantot berkata...

terima kasih sebab sokongan anda tidak berbelah bahagi lagi!aku terharu beb!