Jika seseorang itu berkata dengan jelas,kita dengar kata-katanya.Jika kasih dicurahkan kepada mereka yang disayangi,kita nampak belaiannya.Jika benar ikhlas ingin berkarya,kita akan nampak hasilnya.
Itu adalah sesuatu prinsip yang tidak dipegang oleh kebanyakan pembuat filem kita.Tapi selepas menonton filem "Kami" aku seolah-olah hilang suara.Sama ada ingin kagum atau ingin gembira,sama ada ingin suka atau ingin berduka.
Jiwa aku dalam gelora.
Bila seseorang itu sayang dan kasih akan buah tangan mereka,pasti akan mereka dapat tuai hasilnya.Visual dan penceritaan filem "Kami" amatlah kelihatan dirungkai dengan cukup teliti.Seolah-olah melambangkan penulisnya amat mengambil berat mengenai filem ini.Cukup sayang mereka kepada filem ini sehinggakan jangkauan filem ini telah melangkah jauh meninggalkan pemikiran masyarakat Malaysia yang kebanyakannya memandang serong cerita sebegini rupa.Jujur,ikhlas,tak peduli apa masyarakat kata.
Watak-watak yang selamba dilakonkan.Mungkin tidak pun memerlukan banyak arahan bila berlakon kerana watak2 yang dicipta dan datang daripada siri TV "Kami" ini tidak perlu banyak bantuan.Watak-watak yang ditunjukkan adalah manusia-manusia,remaja ibu kota yang senantiasa kelihatan bebas ,tiada masalah,tiada pra sangka.Hidup selamba,berkawan tak mengira rupa,pangkat atau nama.Mereka masih lagi mencari haluan hidup.
Apa yang menariknya di sini adalah watak-watak itu direka walaupun kelihatan lemah dari segi luarannya tetapi dari dalam hati mereka,kekentalan hati masing-masing memandu mereka mencari erti kenapa mereka hidup di bumi Malaysia ini.
Mungkin review ini agak terlambat.Filem ini adalah satu bentuk representation remaja yang tulen.Apa yang lebih membanggakan adalah simbol remaja yang ditonjolkan ini bukan sekadar mat rempit atau bohsia yang selalu ditonjolkan oleh filem-filem tipikal Malaysia yang lain.Mereka ini hidup.Mereka ini realiti;melangkah atas bumi.Bukan dalam alam fantasi yang selalu kelihatan dalam filem-filem Melayu lain.
Atas sebab itulah filem "Kami" ini sangat berkesan ;kerana penceritaan nya tidak pernah lekang dari asal-usul masyarakat sebenar.Wataknya hidup,bernafas,seperti orang lain,seperti aku,kau dan orang lain. Bukan seperti pelakon-pelakon yang cuba berlagak seperti bohsia,penagih,mat motor yang kayu,kaku tidak mengerti siapa yang mereka lakonkan.
Atas sebab itulah filem ini hidup.Berkesan.Mampu berkata-kata.Mampu membuatkan masyarakat berfikir baik buruk dan tidak banyak filem-filem Melayu yang keluar mampu membuatkan masyarakat berfikir.
Rating - 9/10

17 ulasan:
9/10 ke -9/10 ....???
ada member2 aku yang tak suka filem ni dan berpendapat filem ni takde nilai- nilai murni dan pengajaran.komen kau?
Filem ni mmg best giler dari skrip, arahan, lakonan. Fuh, mmg puas hati tengok. Takde nilai murni? persahabatan tu nilai murni tp nilai murni lain xde la sgt...;)
Gud review, mantot. ko pun pandai menulis.. blh la tulis buku buat movie pasni.
good review. Need to put this is my must watch malay movies list.
K.
walaupun dah lambat, tapi bukanlah review yang klise dengan review yang pernah wa baca. cool.
aku sll bce ko nye luahan tot..byk kritikan pedas panaas yg membine, byk pujian yg kaki stil sedar pijak ke bumi lagi..
tp kn..aku musykil review nih..
kutuk ke puji? hahaha
rating tu pon -9 ke 9?
srius musykil..
SEMBILAN!
bukan negatif sembilan.
hahaha.serius shit ending dia sedih,gembira,suka,duka dan penuh dgn harapan.
dah la sebelum tgk filem ni aku layan Bohsia - Jangan Pilih Jalan Hitam... dengan Jangan Pandang Belakang Congkak.
Masya Allah!
dan Bani Boroi (hehe..)
pada aku,kau tengok aje filem tu,kau layan aje dan pegang la pandangan kau.kalau kau rasa tak best,itu pandangan kau.
jangan la tak tengok sebab member kau kata tak best.
benda2 filem,kartun,lukisan..semua ni abstract.terpulang dekat penilaian dengan pandangan sendiri.
pasal takde pengajaran tu,aku kurang bersetuju.mungkin member kau tak nampak pengajaran dia dekat main character dia.
tapi suruh member kau tumpukan perhatian dekat orang2 sekeliling hidup watak penting filem tu.orang2 tu la yang mempengaruhi hidup diorang sebenarnya.
filem ni memang best...10/10. =)
tp tot..filem ni mmg natural tp byk elemen yang kaku skit, especially kat ending..bkn skt byk kot..tp klu filem ini diberi tahap telemovie i sokong 9/10..
aku suka betul filem ni...
Aku tk penah tgok filem ni...
Tapi aku penah tgok satu masa dulu kat tv8 drama tajuk KAMI jugak...
Rasanya filem ni adalah kesinambungan dari drama kat tv8 tu..
KAMI kt tv8 memang aku suka..jalan citer..cukup asam garam nya..
KAMI? to b honest aku xbrape minat sangat la, tp still sangat ok berbanding 'dunia baru' or 'puteri' yang bagi aku memg cukup BULLSHIT! Serius doh, aku tgk citer tu (terpaksa tgk) ade rase benci yg datang dari dalam dan membuak buak!
Anyway, enjoying your blog now, tot!
KAMI. movie title dah cukup menggambarkan semangat setiap karakter. ape yang best.. movie nie menunjukkan the real life of teenagers.. tringat budak2 yg ske lepak2 blakang maple Bukit bintang.. mase tuh zaman2 scene independant blom dimartabatkan lagi.. hahaha.. whatever pon.. i enjoy this movie. =)
demm..maple bukit bintang....hahahaa tiba2 aku rasa tua..shitty!
yea..awesome review..cool..and 'kami' pon cool..direct dan tak hipokrit. shian abu..memeemmeme...
(ye aku ngaku..aku bergenang air mata..bergenang je taw!!)
already scene this movie beberapa tahun dahulu....first tgk drama KAMI naik pening jugak faham jalan cerita...btw until the end kat movie a lil bit confuse...this movie make me think too much about apa yang tukang tulis cerita ni nak sampaikan every script that he/she write...coz i think this movie and drama is quite unique to see....ni pendapat saya la...tak terima depends la...^^
mantot, sila bt review film SONGLAP 2011..
Catat Ulasan