Oktober 08, 2009

Berita Gembira Untuk Semua Animator dan Designer!Weehee!


Malaysia kaji beri insentif industri bahan multimedia CANNES, Perancis 6 Okt. - Malaysia sedia menimbangkan cara untuk memberi insentif kepada industri bahan kandungan multimedia bagi mewujudkan lebih banyak pekerjaan buat rakyat Malaysia. (Berita Penuh)

Selepas aku membaca benda dan janji macam ni,aku selalu terfikir,kenapa kerajaan suka buang duit tak tentu hala?E-Village dah jadi apa aku pun tak tau.Suntikan dan rangsangan macam ni takkan membantu selagi banyak benda2 basic tak dibetulkan.Jika nak majukan industri multimedia betul2,banyak lagi cara jika kerajaan nak bantu.Orang2 Multimedia tak perlukan rangsangan macam ni.Apa yang KAMI lebih perlukan adalah :

1. Wujudnya undang-undang atau union yang menjaga hak animator,designer,photographer,artis,pelukis,props designer,foley artist,voice over talent dan kuli2 sekalian.

2. Keluarkan satu guideline yang menjaga kepentingan gaji dan elaun untuk kami.Terlalu banyak syarikat yang mengambil kesempatan memberikan gaji yang rendah dan elaun yang tidak wujud.Ada designer di Serdang yang dibayar Rm800.Ada animator yang bekerja di sebuah syarikat yang agak terkenal (tapi sudah dibungkus) dan dia dibayar hanya Rm450 SEBULAN.Dan...dia adalah seorang degree holder.Tapi sebab nak kerja dan minat punya pasal,dia sanggup ambik.

Aku pernah diinterview sebuah syarikat yang memberikan aku offer TAKE IT OR LEAVE IT dengan pemotongan gaji yang terlalu besar.Dia offer aku Rm1000.Nak ke tak nak?Kenapa dia berani macam tu?Sebab dia sure aku akan ambik.Aku tak dapat gaji 2 bulan 1/2 masa tu.Aku tak ambik.Gila.Baik carik kerja lain daripada kena perah sampai kering.

3. Undang2 buruh bagi bidang multimedia amatlah dipandang mudah oleh syarikat2 dengan alasan DEADLINE.Jika di luar negara,wujud undang2 yang memastikan pekerja hanya bekerja tak lebih 40 jam seminggu.Tapi di Malaysia,ada yang bekerja 24 jam sehari TANPA APA-APA IMBUHAN ATAU OVERTIME.

4. Pastikan pembayaran EPF dilakukan oleh syarikat.Jika syarikat tidak membayar EPF,jangan bagi mereka status syarikat.Dua tahun aku kerja takde EPF,membuatkan aku jeles tengok saving EPF member aku.

5. Bagaimana nak kerja jika tak dapat gaji?Tanyalah sesiapa yang dah lama kerja dalam bidang ni.Pasti dalam tempoh bekerja tu,dah biasa tak dapat gaji 3 bulan.

6. Syarikat juga gemar mengeksploitasi pekerja kerana mereka tahu persaingan yang kuat membuatkan ramai staff tidak berani melawan atau berhenti kerana ketakutan hilang pekerjaan.Jadi,kebanyakan perasaan tidak puas hati dipendamkan begitu saja kerana tahu susah nak dapat kerja dalam bidang ni.Selain itu,oleh kerana kebanyakan penggiat multimedia adalah orang2 yang betul2 menghargai dan minat dengan bidang ni (dan tak mahu buat benda lain) mereka akan terus bekerja kerana mereka suka buat benda tu ...dengan imbuhan tak seberapa.

7. Lagi satu,jika kajian betul2 dibuat oleh pihak kerajaan,kebanyakan syarikat multimedia khasnya syarikat Melayu sangat hebat dalam melesapkan duit dalam sekelip mata.Jika duit dan peuntukan diberikan secara selambak,pasti duit itu akan hilang dikaut oleh bos2 yang rambang mata untuk membeli BMW secara cash.Jadi,untuk mengelakkan pembaziran terjadi (seperti mana hilangnya peruntukan awal-awal dulu untuk membuat filem Saladin) kekalkan pemberian seperti mana pemberian grant oleh MDEC sekarang ini.Ikut peringkat,ikut step.

8. Jika kerajaan betul2 ikhlas;sila semak pegawai2 Bahagian Teknologi Pendidikan dan mana2 pegawai yang terlibat memantau pembangunan Courseware.Sila pastikan mereka ini jujur dan ikhlas kerana yang aku pernah jumpa SANGAT SUKA MAKAN RASUAH (zaman aku dulu la,skrg aku tak tau).Rasuah KFC pun dia sapu.

9. Jika kerajaan benar-benar ikhlas; pastikan peruntukan untuk membangunkan industri multimedia ni sampai ke tangan yang betul tanpa melalui potongan mana-mana middlemen yang tamak nak kaya cepat.

10. MSC Status Company?Tolong jangan ingat jika sebuah company itu berstatus MSC,dia adalah company yang gah merata Malaysia dan kebajikan staffnya terjaga.Itu semua hanya untuk penjualan status dan mempopularkan sesebuah company.Staffnya masih lagi bertaraf kuli batak.

Aku nak buat kartun.
Aku suka buat kartun.
Aku suka membayangkan budak2 belajar guna courseware yang aku terlibat buat.
Aku gembira gila bila aku balik kampung sepupu aku yang kecik kata dia tengok kartun aku buat.

Itu impian kitorang.

Tapi banyak betul halangan dan halangan2 tu kadang2 membuatkan animator,designer,illustrator ni tak dapat nak kahwin....sebab perempuan takut.Maklumlah,gaji pun tak dapat,balik pukul 4 pagi.Pukul 10 masuk balik.Hidup ikut deadline. Muka pun dah macam kartun. Mengadap PC 24 jam buat kartun,buat design, hisap rokok banyak.

Hidup terkejar-kejar deadline.Mati pun cepat.

20 ulasan:

Boneka tak sakit berkata...

pjng yer babel! aku sikit pown tak baca tp aku respect la ko punya semangt animasi tu! buat pegetahuan ko aku ex aimator student! tp aku give up la.. kerja bahagian nie serik hahaha..

prima_chrome berkata...

ya, mereka sepatutnya sudah 'celik' dari 'buta' .. ini bukan zaman Firaun lagi .. anyway, saya sokong semangat anda untuk terus berkarya demi animasi Malaysia ..

razak rahman berkata...

dude....skang aku keje sbg designer and degree holder,aku betul2 xsure berapa sebenarnya salary yg betul2 padan utk designer sbb rata2 sgt2 berbeza...so bole ko nyatakan sikit bape kebiasaannya yg designer2 dapat?....1) graphic designer 2) industrial designer 3) 3d cad designer 4) multimedia designer

z@f!r berkata...

betul apa yang ko bebelkan tu.. aku ada kwn keje very well known company.. gaji ciput je.. sebab company tu feymes & nak cantikkan resume.. keje jelah.. compare ngan company IT lain, company multimedia je slalu kasi gaji ciput.. tambah² company bumiputera.. bos pakai keta mewah.. umah bertingkat².. staf keje cam org gila.. selagi belum tutup mata.. keje keje keje..

aslina berkata...

btol2...aku sokong ko...dulu aku punye la berminat dalam bahagian ni...tapi bila aku buat research sikit2 pasal skop keje, cara keje, ape future aku dalam bidang ni...mintak pendapat semua orang...

last2 dorang suh aku amik je la engineering...sah2 terjamin idup...

huhu...antar kat tv3 weh...siyes. pastu suh karam singh walia wat coverage hal nih. confirm tak lama pastu akan masuk parlimen.

Sue Anna Joe berkata...

Jadi doktor, check orang sakit, demam, bagi panadol. Dah.

Tulah dulu masa kecik-kecik mak suh jadik doktor tak mau. Huahuahua. Arghh bengang.

Tanpa Nama berkata...

gila sedih.lescopaque pun kena tiru dvd ngan souvenir dierang.sigh...

ismawi ismail berkata...

yeah satu lagi project utk keroni. kene cr kenalan org goverment nie..nanti boleh pki bm..

Gayah Lawa berkata...

E-village la.. My village la pas tu senyap sepi..duit rakyat abes juta2 punya asyik ber"village"... Pehhh...!!
Bab nk perabeh duit serah la kt org k'jaan yg mengong dan yg tk tau apa satu benda pasal Multimedia.. Jadi mcm ni la..

Mantot kartun pe yg ko buat ni..Nak tgok..nk tgok..hee...
Letak la kt blog nih ek..

Kentut berkata...

Sedih bila orang ramai kutuk katun Malaysia macam sadin kualiti hampeh. Walhal katun yang macam sadin tu, proses membuat dia tak sardin pun.

Lari topik. Senang cerita, dibayar harga sardin, dapatlah hasil yang sardin.

Tanpa Nama berkata...

aku mmg dari dulu minat usop sontorian

Tanpa Nama berkata...

bukan wang jer sardin...waktu deadline pun sardin...retire plan utk dierang?? SOYA BEAN.

dewajiwa berkata...

eh..bersyukurnya ada juga orang yang faham apa yang kuli batak industri kreatif mahukan. SANGAT BETUL 100%.

biasanya isu ini nampak pada syarikat bumiputra. biasanya. saya sudah bekerja hampir 15 company. 9 adalah company milik bumiputra. semuanya pengalaman pahit. semuanya. apa yang pihak berkenaan buat lebih kepada 'melemakkan' syarikat-syarikat bumiputra ini. dem.

NIMI berkata...

tak kawin??ehh i nak je kawin ngan seorang graphic designer sebab nak beri SOKONGAN supaya tak putus asa dalam minat dia..

tu larhh kan malaysia tak macam luar negara yang sangat100x menghargai seni..ingat senang apa nak perah otak untuk dapat idea?

paling senang buka syarikat sendiri..takda makan hati..

tapi memang tak leh terima yang gaji rm450..gila murah!gaji operator maxis lagi mahal leh cecah 2ribu..gila ahh!

tak suka betol bila orang seni ditindas walaupon i bukan orang seni..
=))

Cahaya Lensa Kreatif berkata...

Mmg betul pun industri animasi di negara kita masih lemah lagi kerana tiada undang2 dan peraturan untuk melindngi hak2 artis animasi dan kartun ni. Gajinya pun tak lumayan keje bagai nak mati. Bekerya bukan perkara yang senang. Harap industri Malaysia bole naik sama mcm MANGA

Tanpa Nama berkata...

ako sokong! gaji mmg setimpal ngan ape yg da blaja..org lua syik nk kutuk hasil kerja animator ngara kita..tau myalak dr jauh jek

Natasha berkata...

i'm a graphic designer and i hate working in malaysia. enough said :)

Neena berkata...

salam,

Hakikatnya org kita mmg bodoh bila sampai bab2 mengappreciate hasil karya dan idea org seni mcm kita-kita ni.

Saya fedup bekerja makan gaji x seberapa so saya dah setup company sendiri tapi basically saya bekerja as freelance designer je. Sayalah bos, sayalah kuli. Dulu pernah keje company cina, byk blajar tp dia perah kita habis-habisan, gaji stakat RM1.2k sebulan mmg tak berbaloi langsung la kalau sebulan tu 2 hari je cuti. Masuk keje 9 pg, balik 10-11 mlm.

Ingatkan bila ada bisnes sendiri, orang kita "nak juga tolong bangsa sendiri".

Malangnya. Takde la tolong sangat pun kan, mintak diskaun lagi ade la. Cane nk maju bisnes mcm ni?

Dah lebih setahun bekerja dari rumah sbg freelancer dan buat mini printing, income saya hanyalah RM300-500 sebulan - tu pun sbb ada sorang je la client regular sy yang betul2 tahu menghargai talent dan skill yg saya ada. Yang lain, bila saya quote harga utk 1 set logo design (1 set ada 3 options) dengan pricetag RM30 sahaja, tekalah apa diorang cakap?

"Ehhh, mahalnyaaa... Logo simple je punn.."

Kalau simple pegi la buat sendiri, mangkak.

Just imagine, saya berhutang dgn PTPTN dkt RM100K (sesudah ditambah dgn "admin fee" yg sebenarnya hanyalah interest yg maha tinggi semata-mata. Pinjaman asal hanyalah RM48K. Makan riba' banyak2, esok anak2 diorang jadi bohsia br padan muka)

Mak abah saya pandang slack juga pd saya sbb saya willingly pilih jalan begini. Bila dibandingkan dgn anak2 org lain, kecik benar rasanya diri saya ni. Saya adalah degree holder juga dr MMU Cyberjaya, punya rekod akademik yg baik dan bakat yang diakui. Dan saya adalah seorang perempuan. Kalau designer pompuan, bila terikat makan gaji dgn company yg mcm haram, cane nak kawin? Dah sah2 balik lambat setiap hari. Mcm mana nak jaga suami? Stress buat period kita huru hara, muka pun dah macam apa je. Esok lusa husband cari yg lain :|

Patut disuarakan bebenda mcm ni di peringkat yang lebih didengari dan difahami, kan?

Ideas are bulletproof and it's almost immortal. Kalau setakat RM30 pun orang berkira untuk sesuatu yang mereka tak mampu zahirkan atas limitasi kreativiti dan skill sendiri, eloklah jangan anjurkan langsung program2 seni kreatif/program2 diploma atau dgree dlm bidang ni pada anak-anak muda akan datang sbb dah confirm takleh cari makan dgn bekerja sbg designer dlm malaysia ni.

fireblast berkata...

Mana kompani tak lingkup, sekor2 nak harap duit MDEC je. Aku pun baru quit dari satu kompani nih aritu. Gaji bulan satu tak bayar, mula2 janji awal bulan dua bayar, pastu mid-february, then sekarang lak 8 aribulan 3 nih, janji nak bayar 2 bulan gaji nanti.

Aku dah bosan dah nak tunggu so aku je kuar. Yang lain tengah mengharap ke hapa tah. So for the last one month aku survive dengan duit extra aku dapat time freelance dulu, asal nak buat DP untuk Kawa D-Tracker, and maybe this will go on til the end of this month.

Mau takleh bayar, milestone tak lepas, MDEC tak bagi la duit. Camana nak lepas milestone kalau output tak cukup dan camana nak produce output yang secukupnya kalau manpower tak cukup.

Orang dah bagitau awal-awal dah kat bos yang ratio animator/bg artist tak cukup (4 bg artist: 10 animator, aku nak at least 8 bg artist) dia cakap takper, pastu production process main tunggang je.

Orang suruh pre-pro start dulu tanak dengar. Dah jadi camni kalau push camana pun pun takleh dah.Sekarang memang kompani dah pokai la.

Animation industry memang mahal modal dia. Sebab tu lah kene buat betul-betul. Takde ruang untuk fakap.Takde benda-benda optimis macam "kalau kita cuba sebaik mungkin kita akan berjaya".

Kau miss satu point then kau akan miss another. Sebab kualiti nak kena jaga.

And lastly, sapa ajar diorang nih buat kompani harap duit geran je? Sama je semua kompani aku dah redah dah. Melayu ke, Cina ke, India ke, oversea ke sama je. Sekor-sekor nak harap duit MDEC je.

Oh ada orang mention LesCopaque kan? Aku just bleh bagitau yang member aku kat situ keje bertahun-tahun, gaji stay sama saja and that Tan Sri (boss dia) tu melaram dengan Ferrari dia. Korang ingat apasal ada orang LC blah buat Animonsta?

And Usop Sontorian yang korang suka tuh, Ujang mana dapat pun royalti dia. Kompani dia screw dia habis-habis.

Mamang macam hang cakap la tot, selagi orang dalam industry ni tak di-cover legal-wise, memang tak ke mana la creative industry malaysia nih.

And to other creative people who got through the same, sorry sebab aku just cakap ni dari perspective sorang dalam animation industry.

Tanpa Nama berkata...

Lps baca habis hilang semangat nak ambik kos animation...alahaiii..takde ke yg nk bg semangat?? Sadiss