Oktober 19, 2009

Crap From Bigger Crap : Jepun Perlu Contohi Malaysia

JOHOR BAHRU 15 Okt. – Duta Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie menyarankan agar negara matahari terbit itu mengamalkan dasar pandang ke barat yang merujuk kepada negara ini.Horie berkata, negaranya wajar belajar daripada Malaysia terutamanya mengenai kemampuan rakyat majmuk negara ini hidup bersatu padu dan ciri-ciri universiti tempatan yang lebih bersifat antarabangsa.

“Jika sebelum ini, Malaysia mengamalkan dasar pandang ke timur, saya berpendapat sudah tiba masanya Jepun pula mengamalkan dasar pandang ke barat.Pandang ke barat bukan merujuk kepada negara-negara Eropah sebaliknya dari segi geografi, Malaysia berada di barat dari Jepun,” katanya kepada pemberita selepas melawat Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai di sini hari ini.

Horie berkata, di Jepun tidak ada kepelbagaian bangsa dan budaya seperti di Malaysia malah beliau kagum dengan konsep 1Malaysia yang dapat memantapkan lagi perpaduan di negara ini.

“Di Jepun, bahasanya sama, budayanya sama, berbanding kepelbagaian di Malaysia.

“Di Malaysia kaum lain turut meraikan sambutan perayaan kaum yang lain,” katanya.

Menurut Horie, universiti di Jepun juga tidak banyak mengambil pelajar luar negara berbanding universiti tempatan yang lebih berwajah antarabangsa.Katanya, pihak akademik di Jepun sewajarnya belajar daripada Malaysia untuk membuka pintu dan menarik lebih banyak pelajar luar negara belajar di universiti di negara matahari terbit itu.

“Memang universiti di Jepun menduduki ranking yang lebih tinggi namun bilangan pelajar luar negara di sana lebih rendah berbanding universiti di Malaysia,” katanya.(Crap Link)


Sebuah artikel yang sangat ironik memandangkan majoriti penduduk Jepun mengamalkan satu bentuk agama. Jepun adalah fanatik bahasa dan budaya ciptaan mereka sendiri.Jika anda belajar di Jepun,bersedialah untuk belajar cakap Jepun sebaik mungkin. Tak logik Jepun cuba memasukkan unsur-unsur lain dalam budaya yang dah diorang guna pakai selama ni. Orang Jepun sangat pentingkan originaliti.Menulis dalam English pun diorang pakai huruf sendiri.

Ayat terakhir di atas menceritakan segala-galanya yang tidak kena mengenai institusi pendidikan di Malaysia.Marketing lebih,kualiti tak jaga.

12 ulasan:

Obefiend Weiland berkata...

mahu jadi macam jepun?

serious?

dah pikir habis?

jepun adalah negara paling racist di asia. siapa yang buakn berdaraj jepun asli akan dicap "gaijin". gaijin = barbarian tapi dalam bahasa jepun gaijin ni boleh digunakan sebagai kata mencarut paling tinggi

kamu ada darah kacukan jepun? kamu masih gaijin

kalau mahu jadi ahlil sumo harus tahu cakap jepun dan tukar nama kamu secara rasminya kepada nama jepun.

kamu ada darah korea dan mahu terus mengamalkan budaya asal kamu termasuk cakap bahasa korea? malang! kalau kamu buat begini di jepun kamu tak akan diterima jadi rakyat jepun walaupun lahir di tokyo sekalipun

same goes to chinese dan orang ainu ( yang lawaknya adalah orang asli jepun!). semua kena tapau dengan jepun rasis

tapi apa bedanya dengan malaysia

negara kita pun rasis jugak. utamakan orang MELEIS. orang asli malaysia pun kena pijak.

bezanya rasis jepun bawa kemajuan. rasis malaysia bawa ketawa sedih!

Jard The Great berkata...

hoho.. ku sokong pendapat obefiend

Arina berkata...

...tapi obefiend lebih suka duk tepi dan ketawakan orang daripada actually berbuat sesuatu. nak cari lulz

hnna berkata...

penulis artikel tu tengah mabuk mase publish tu kot. or maybe, utm bayar sebab nak naik nama. typical typical

Tanpa Nama berkata...

agree with obe..

to arina:why dont u say the same thng to mantot..i dont c that he's doing anythng to change wut he's against with.. even though i like to read his blog, i dun reli agree wth everytng he says..sorry mantot yer..aku rs kdg2 blog ko jg perlu kritikan..kalo xder kritikan cmne nk maju kan..cm gak msia..kalo xder pembangkang mana kjaan nk berusaha lbh..

just my 2cent

safuan hakim berkata...

takpe mantot. teruskan mengutuk. kadang2 orang mendengar kutukan daripada nasihat.

Mantot berkata...

“Memang universiti di Jepun menduduki ranking yang lebih tinggi namun bilangan pelajar luar negara di sana lebih rendah berbanding universiti di Malaysia,” katanya.

Tak kelakar ke baca ayat ni?Siapa2 yang rasa ini adalah satu bentuk pujian,anda silap besar.Ini satu bentuk back handed compliment yang sangat menyakitkan hati.

Obe,ni takde kaitan pasal racism ke hape.Haha.Aku paham apa yang ko kata tu tapi baik stay on the topic aje la.

Aku rasa,ni hanyalah propaganda BN je ni.Kamon la,takde masa orang Jepun datang sini nak dengar pasal 1Malaysia ni...

Asal orang luar iktiraf aje,bagus.Cthnya:

Britain declare 1Malaysia is a success!Obama wants to follow the footstep of Najib's in creating 1USA.All Middle East country recognize the 1Malaysia.

Propaganda kerajaan selalu mempermainkan minda orang2 Melayu yang tak reti berfikir,di mana mungkin kerajaan merasakan rakyat akan menerima dan berbangga apabila orang luar iktiraf sesuatu yang Malaysia buat.

Aku letak sini sebab pada aku,ini adalah satu propaganda menjual 1Malaysia yang SANGAT CRAP dan ditulis dalam keadaan khayal dengan syabu.

Artikel ni,SANGAT TAK LOGIK dan tak boleh diterima akal.

Krispy Kreme Doughnuts berkata...

haha
comparison ni same la mcm comparison antare sekolah ulu gile babe dgn MRSM/SBP

cube bayangkan headline sokkabar macam ni:

"MRSM Tun Ghafar Baba wajar belajar daripada SMK Ulu Blabla..."

"SM Sains Seremban (SASER) perlu mengamalkan sistem pembelajaran yang diamalkan di SMK Ulu Blabla...."

rase nak gelak ke, nak terkencing??

Haiqal berkata...

nama pun akhbar BN..mmg the biggest crap shit laa..

Faz berkata...

@Obefiend Weiland

gaijin tu maksud die foreigner r...tak yah belaja jepon pon bole tau,check kat kamus pon boley
mana ade carut

betul ke nihonjin(org jepon) racist sgt? kalau macam tu macam mana dbsk bole dapat top oricon chart setiap kali single baru dieorg kelua?

and fyi in sumo,2 of the current yokuzuna(highest rank in sumo) were apparently mongolian and still thousands of japanese will come and watch their game

kalo nak ikut kan paling racist,kalo camtu mesti r korea utara menang,orang lain lansung takleh masuk negara dieorang

atas pagar berkata...

ahkbar bn crap? harakah bgus! hahaha.. bleh kite cari bahan kutuk org!

Tanpa Nama berkata...

Kebanyakan org yg komen kat wall ni x pernah jejakkan kaki ke negara jepun