Kita semua tahu apa yang berlaku di Perak. Tetapi ramai yang tidak tahu, mengapa ia berlaku.
Sekiranya anda masih ingat, ianya mengambil masa seminggu untuk kerajaan baru di Perak dan Selangor mengangkat sumpah selepas pilihanraya umum Mach 2008. Kedua-dua Sultan dinegeri ini mahu ‘membincangkan’ terlebih dahulu dengan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.Sultan kemudiannya meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju untuk melantik Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri yang baru.
Jurang masa selama seminggu itu telah memberika masa kepada kerajaan negeri yang lama iaitu Barisan Nasional untuk memindah dan memusnahkan banyak bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan sebelum ini.
Kelewatan selama seminggu ini juga membolehkan Barisan Nasional menawarkan kemungkinan untuk Umno bergabung dengan Pas untuk membentuk kerajaan baru di Selangor dan Perak. Malah, Umno bersetuju memberikan kerusi Menteri Besar kepada Pas dikedua-dua negeri ini. dan kemuncaknya, Umno malah bersetuju untuk membenarkan Pas melaksanakan undang-undang Islam dikedua-dua negeri ini.
Tetapi, Pas terus bersama dengan dua rakan mereka, PKR dan DAP didalam Pakatan Rakyat dan menolak tawaran Umno. Akhirnya, kedua-dua Sultan tidak mempunyai pilihan melainkan menerima Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru di Perak dan Selangor. Tetapi ini tidak menghentikan mereka dari terus merancang dibelakang tabir tentang bagaimana untuk menjatuhkan kedua-dua kerajaan ini.
Sultan Selangor agak bersedia untuk menerima keadaan yang berlaku. Tambahan pula, Pakatan Rakyat Selangor mempunyai majoriti yang cukup banyak dan agak susah untuk membeli ramai Ahli Dewan Undangn Negeri. Tetapi, Perak agak berlainan sama sekali. Majoriti yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat Perak amat sedikit berbanding Selangor.
Sebaik saja kerajaan baru dibentuk di Perak, Sultan Perak mula meminta macm-macam. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bersedia bertolak ansur, demi menjaga hubungan baik dengan istana. Tetapi apa yang diminta oleh Sultan dan kerabat diraja agak berlebihan dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak mempunyai pilihan melainkan menolak permintaan Sultan.
Dan ini menyebabkan Sultan murka. Dan apabila Pakatan Rakyat Perak kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional mempunyai jalan yang amat mudah untuk mendapatkan perkenan untuk Barisan Nasional membentuk kerajaan baru.
Pada mulanya, Sultan Perak tidak begitu pasti sama ada hendak menyingkir kerajaan Pakatan Rakyat dan memilih Barisan Nasional. Apabila Menteri Besar, Nizar Jamaludin berjumpa dengan Sultan dan memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya baru diadakan, Sultan meminta masa untuk membuat pertimbangan. Tetapi sebaik saja selepas itu, Najib Tun Razak berjumpa Sultan dan mempengaruhi Sultan untuk menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sebaliknya melantik Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan yang baru.
Taktik Najib amat mudah. Nazrin, anak kepada Sultan Azlan Shah, tidak sepatutnya menjadi Raja Muda. Dan ini bermakna, dia tidak sepatutnya menjadi Sultan kelak. sekiranya Sultan Azlan mangkat. Kerajaan Pusat tidak akan menyokong Nazrin sebagai Sultan Perak seterusnya. Lihatlah apa yang berlaku di Negeri Sembilan. walaupun Yamtuan melantik anaknya sebagai Raja Muda, tidak bererti dia akan menjadi Yamtuan.
Oleh itu, sama ada Nazrin boleh menjadi Sultan atau tidak bergantung kepada hubungan baik dengan kerajaan Pusat. Tetapi hubungan baik itu hanya boleh diperolehi sekiranya Barisan Nasional menjadi kerajaan negeri. Kalau Pakatan Rakyat masih lagi menjadi kerajaan negeri, maka Nazrin terpaksa membayar harganya apabila tiba masa untuk menggantikan bapanya.
Tambahan pula, Sultan dan keluarganya telah meminta banyak perkara dari kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya telah ditolak. Umno pula akan memastikan bahawa semua permintaan Sultan dan keluarganya akan dipenuhi sekiranya Barisan Nasional dipilih sebagai kerajaan negeri.
Dan dengan itu, Pakatan Rakyat menemui ajalnya di Perak. Sultan memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri yang baru dan Pakatan Rakyat menjadi pembangkang.
Apakah permintaan Sultan dan keluarganya yang ditolak oleh Pakatan Rakyat dan sebaliknya diterima oleh Barisan Nasional? Mari kita tengok, dalam masa beberapa bulan saja, Sultan dan keluarganya tiba-tiba menjadi salah satu keluarga diraja yang terkaya di Malaysia, sebaik saja Pakatan Rakyat tumbang.
1. Umno menghadiahkan kepada Sultan sekeping tanah yang dikenali sebagai lot 183578. Tanah seluas kira-kira 600 ekar ini terletak di Tanjung Tualang, dalam daerah Kinta. Tanah ini telah di berikan kepada salah seorang proksi Sultan yang bernama Mohamed Khaair Johari Hj. Osman.
2. Umno menghadiahkan kepada Sultan konsesi balak seluas 1,000 ekar yang terletak di Ulu Kenderong, Gerik, Hulu Perak, disepanjang lebuhraya Gerik-Kupang. Konsesi ini pada mulanya diberikan kepada Universiti Utara Malaysia. Walaubagaimanapun, pemberian ini ditarik balik dan diberikan kepada Pusat Kreatif Kanak-Kanak dimana Pengerusinya ialah Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.
3. Umno menghadiahkan kepada Sultan tujuh konsesi balak di kompartmen 39, 41, 42, 43, 44, 45 dan 49 di Hutan Simpan Kenderong di Hulu Perak. Ketujuh-tujuh lot ini, yang berjumlah kira-kira 600 ekar, diberikan kepada dua syarikat proksi Sultan - Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd dan Kibaran Wang Sdn. Bhd.
4. Umno akan meluluskan satu cadangan penghutanan semula (reforestation) yang melibatkan 10,781 hektar. 5,781 hektar terletak di Hutan Simpan Gunung Besout, di selatan Perak wementara 5,000 hektar lagi di Pondok Tanjung dalam daerah Larut Matang. Syarikat yang akan mendapat projek ini ialah Permatang Utama Sdn. Bhd (nombor syarikat 513583-D) dimana Pengerusi Eksekutifnya ialah Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, menantu kepada Sultan Azlan Shah).
5. Berikutan dengan itu, Datuk Seri ismail Farouk Abdullah dibenarkan untuk mengambil alih Hotel Casuarina milik kerajaan negeri dengan harga yang paling murah iaitu RM43 juta dimana harga sebenar jauh lebih tinggi dipasaran terbuka. Hotel tersebut terletak dikawasan paling strategik di Ipoh malah harga tanah lapang saja mempunyai nilai yang amat tinggi.
Keluarga Diraja Perak bukan orang susah. Tetapi nampaknya mereka tamak. Raja datuk seri Eleena Azlan Shah merupakan Pengarah kepada Gamuda Berhad dan juga merupakan orang ke 25 kaya di Malaysia dengan harta bernilai RM773 juta. Ini menjadikan beliau wanita kedua terkaya di malaysia selepas Puan Sri Chong Chook Yew, yang menduduki tangga ke 18 dengan harta bernilai RM1 billion.
Gamuda Berhad juga telah diberikan kontrak bernilai lebih RM10 billion. Ia juga mengurus dan menyelenggara lebuhraya sepanjang 230 kilometer dan juga merupakan pemaju hartanah di empat projek bandar baru yang melibatkan lebih dari 30,000 rumah.
Itulah kisahnya. Rakyat Perak, khususnya orang Melayu, merasakan bahawa pembangkang tidak menunjukkan hormat kepada Sultan. Apa yang tidak diketahui oleh mereka ialah Sultan tidak seharusnya diberikan penghormatan. Dan ramai juga yang tidak tahu mengapa Sultan mahukan Pakatan Rakyat disingkir di Perak.
Sekarang, kita berharap, rakyat Perak tahu apa yang berlaku. (Link Asal)

23 ulasan:
salam chor...
erm...
sekadar bertanya...
berkenaan Hotel Casuarina Parkroyal tuh...
hotel tuh bukan milik persendirian ke sejak seblom nih??
pastuh...
yg pasal nazrin tak bleh naik jadi sultan...
bukan memang sepatot nye die jadi sultan ke sebab dia ada title raja muda...
bukan dekat perak mane2 kerabat diraja kene duduk 4 title raja pastuh baru bleh jadi sultan...
salah satu aku tatau...
pastuh raja di hilir, raja muda dan baru le jadi sultan...
sori le bro kalo aku salah informasi...
sambungan kepada post aku kat atas nih...
pasal gambo ang...
kejor yop kejor...
kejor sampai dapat...
terjulor lidah terjulor...
terjulor kerana menang...
hahahaha...
~ihsan sitkom pi mai pi mai tang tu...
sultan azlan shah tak sepatutnya naik jadi sultan sebab waktu dia naik,Sultan sebenar adalah abang dia.jadi,jika abang dia (sultan sebenar) ada waris,nazrin takleh claim title raja muda.
link asal patutnya raja petra
ni cuma alih bahasa dari blog terkini RPK .
iyer.. ish2 mcm tu ye. baru la tau.. terima kasih ye en.mantot. x tau la apa nk jadi klu xde en.mantot. habis la punah hidup saya andai en.mantot xde bwahahaha....
Macam ni rupanya cerita di sebalim Perak , terima kasih la bro mantot.
memang bodo la korang kalau percaya cerita mengarut ni..ni semua 100% fitnah..
haa..konfem fitnah tu!
kerabat perak sendiri dah bersuara!respek lah kerabat perak pun baca blog aku!
Woooohoo!
eh, fitnah lagi ni.. tu bukan kerabat perak yang baca blog ko mr. mantot.. hahahaha
kalau tak betul cite ni...mcm kate mantot, confirm fitnah! tp kenape org perak sendiri tak suke dgn the so called mb haram tu?
aku suka title posting mantot ni. "Ada zuuq", kata orang alim.
"Makan dalam," kata mat rempit.
yg pasal hotel casuarina tu plak camne??
r u 100% sure this is true mantot? klu x betul, dh kira fitnah la kn. besar woo.. dosa hahaha
ala korang perintah allah swt pon x ikut, perintah manusia nak ikut
xyah doe buang je agama amik sekularisme kat malaysia nie barula aman
mana aku tau fitnah ke tak...aku post aje la.paper selamba aje print cerita kes "dia liwat itu","dia sontot ini.."...
tu semua dah sahih ke?
juz nak ckp : jadilah blogger yg bertanggungjwb.. ;)
Cerita Kedai kopi,
cerita kedai kopi
tiada hakim tiada saksi,
cerita sensasi di kedai kopi!
Aku bukan penyokong fanatik mana pihak, baik PR @ BN. Dulu aku lebih ke arah PR tapi sekarang biarla aku tak sokong mana2. yg mana ok aku sokong (wlaupun belum tentu lg baik).
sebb nya PR sekarang ni menganggap diri diorg mcm dewa, apa yg diorg buat semua betul, org lain buat semua salah.
RPK? dari dulu aku x pecaye dgn dia.. cerita dia mcm dia ada btl2 dkt tmpt kejadian.. smpaikan dia bercerita mengenai emosi/perasaan org yg berkenaan.. terer sungguh dia.. dia penipu yang glemer, itu shj..
*ini pendapat aku.
Ko ni cuba la pikir skit.. Sultan sesuatu negeri tu, adalah tuan punya tanah negeri tersebut. Baca betol2 ye.. TUAN TANAH NEGERI PERAK IALAH MILIK SULTAN PERAK. RAKYAT hanya menumpang tanah dengan izin sultan yang diberi KUASA kepada KERAJAAN negeri. Kuasa sultan ni besar hingga boleh halau ko keluar drpd negeri dia. Sekarang ni cuba jawab, kenapa sultan harus minta izin kat ahli politik? Tak kira la ko parti apa pon...
2. Pasal apa perlantikan sultan harus diluluskan oleh kerajaan plak ni? Jgn lah persendakan Sultan k? Kerajaan takder hak nak tentukan sultan. Sultan yg ada hak nak tentukan kerajaan.
3. Apa yang tidak diketahui oleh mereka ialah Sultan tidak seharusnya diberikan penghormatan <<<< Ko nak gulingkan Institusi Di Raja ke?
4. Fikir balik ye?
Negri Sembilan ikut Adat Perpatih, so rakyat yang pilih siapa jadi Yamtuan, kalau bapak ko Yamtuan, rakyat taknak kat ko, tak dapat jugak kat ko - demokrasi. Negeri lain aku tak tau lah.
Another thing, kalau dah nama orang politik tu, mestilah nak power. sesiapa yang ada power tu, HARUSLAH menggunakan power untuk mendapatkan keselesaan hidup masing-masing. yang tgh takde power tu bising mengata orang yang tgh ade power; cuba bila dia pulak ada power, ko tak rasa dia pun nanti lagaknya sama? Sebab kalau dah berpolitik, confirm nak kena ade something untuk supporter2 yang setia.
Yang kesiannya pada manusia-manusia yang biarkan diri untuk dimanipulasi. Agak bangang lah.
Nice blog btw!
hahaha.. mantot ai, yela. ko cume ambk ape yg die kate je kn? haha.. ye la, xpyh caye ape kt tv lg. bace harakah je lg bgus. sumber terbaik! bukak page je dpt bace kbrukkn krajaan pusat.. bgus!
kpd org ngri, btul ape ko ckp tu. sbb tgk slngor & kedah la, sume pon bg kt kroni dieorg gak (skng - PR memerintah). same je. aku heran, nape x brubah? dieorg ni pon 2 X 5 je.. cume care je len. nape org tu trjun lombong, ko pon ikut trjun lombong?
Saya x kisah kalau artikel ni fitnah ke x,
Tapi saya nak pesan sikit...kalau nak memerintah pastikan x da ustaz masuk masjid cerita pasal ketuanan melayu. Kenapa sampai nak sesatkan org islam??? x cukup undi ke bro
lol
yg kaya makin kaya, yg susah makin susah..
mcm bangang jer..asyik2 sultan..
hangin ko tau x..
aritu aku tengok kat TV3, ade anak raja ke Raja konon ar pergi melawat orang, nak bg sumbangan la konon, tapi siap berkipas berbantal..kenapa tak bagi orang yg die lawat tu duk bantal, kalo die nk tunjuk taraf, bantal letak tinggi, pastu org yg dilawat bantal letak rendah..
kalo nk melawat orang tu, buatla cara melawat..rasala bagaimana org susah hidup,nk beli makan pun mahal yang amat tapi kalo dh perangai camtu, ko x pikir rakyat yg duk bawah2 nie.. biar ko je rasa sejuk, kami pun nak sejuk gak..
sikit2 tulat.. ingat, ada lagi yang lebih berkuasa iaitu Allah wahai raja-raja sekalian.
Catat Ulasan