September 03, 2009

Tarikh Lahir dan Sifat Anda Dalam Kalendar Hijrah


Aku try benda ni beberapa tahun lepas.Tak sangka jugak aku lahir bulan Ramadhan.Jadi dengan ini aku mengucapkan "selamat bakal hari jadi" kepada diri sendiri untuk kali kedua. Jadi kepada sesiapa yang tak tahu tarikh lahir dia dalam bulan Islam,sila lah cek di link yang aku bagi kat bawah tu kemudian sila lihat sifat anda.Jika betul,silalah melompat2 kegembiraan dan jika salah,janganlah pulak dijadikan alasan untuk berbuka puasa sebelum waktunya.

MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.


RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR

Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JAMADIL AWAL

Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.


JAMADIL AKHIR

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

REJAB

Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

SYA’ABAN Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.

RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan

Selamat Berbuka Puasa!

21 ulasan:

milo boyd berkata...

ack...sempat post nih!!..td ko dok depan pc opis tu ko wat research ni laa eh? oo..coolness..baru aku tau aku nih lahir bulan rabiulawal.. wow..aku bleh nyanyi lagu nasyid..2 rabiulawal yang cerahhh....ok mantot..sambong! GO! GO! esok jamming lagu nih yeh? (apsal arini aku peramah ngan ko?..pfft!)

Qamar al-huda berkata...

Saya lahir di bulan zulqaedah=) 23/8/1984..Bro Mantot.. Siapa lebih tua?Ana atau anta

Mantot berkata...

aku tua maa...
aku tua 3 tahun ko

Qamar al-huda berkata...

Ok..Syukran..Masani mengajar disekolah mana?

Qamar al-huda berkata...

Btw,selamat berbuka puasa..Lupa pula..Ehe..Kami dah sungkai tadi pukul 6.26..Insya'Allah hujung tahun ni saya pergi KL

Tanpa Nama berkata...

tak tepat

Mantot berkata...

kalau tak tepat dia lari berapa hari?kalo tak silap pengiraan dia mungkin ada ralat +/- sehari

Mantot berkata...

Cik,sungkai tu apa?banyak benda yang ko tulis aku tak paham.hahaha.Masani tu apa?

Tanpa Nama berkata...

Mantot..Sungkai tu berbuka puasa dlm bahasa melayu Brunei/Sarawak. Masani tu lak 'Masa ini', soalan dia spttutnya Masa ini, awak mengajar di sekolah mana?..harap membantu

Tanpa Nama berkata...

hahahaha kat sabah pun guna sungkai. tapi kalau teman balik perak, sungkai nama tempat.

bro tq atas post ni teman memang tak pernah tahu tarikh lahir teman dlm hijrah.

miraaa berkata...

pakcik mantot,kita same..rmdhan.ngeh3..
epy bday! tp kna + sehari kat

pakcik mantot
td kitorang duk discus pasal esemen
pastu lari sampai politik
pastu kitorang wonder
knape perlu byr cukai sdgkn kita (mak ayah sbb kitorg xkeje lg) dah byr zakat
kita tak kaya2 pon..'org lain' tiap2 taun mlancong tak hengatt
kenapa hah?

Qamar al-huda berkata...

Masani - waktu ni
sungkai- berbuka puasa.
Nanti buat kamus bahasa Brunei..Aha

Qamar al-huda berkata...

Sekarang awda mengajar dimana..Boleh phm tak?Hehe

balqissy berkata...

birthday qissy hari ini. 13 Ramadhan =)

Qamar al-huda berkata...

Selamat hari jadi..Sanah hilwah ya sadiqi=) ehe..

jehan berkata...

besday aku 15 ramadhan 1406. Esok!

Qamar al-huda berkata...

Selamat berpuasa dan selamat hari jadi..Ehe..Sbnrnya aku pn tk sgka dlm web kementerian ugama 2 ada applikasi tentang penukaran bulan hijrah ni..Lama dh tak buka web 2..Selalunya org akn tanya pada dj nur islam fm pasal hari jadi dtahun hijrah ne..=)

Gayah Lawa berkata...

Hee...Gayah lahir 13 Muharram ari Jumaat.. Maknanya umo aku cepat tmbah la tiap2 awal thun Hijrah hehe..
Mak cakap nk letak nama Jam'ahtun tapi tk jadi sbb ayah aku letak nama lain...

Mantot berkata...

Bila ko sebut nama tu,teringat aku dekat seorang budak pempuan sekolah BBGS yang menjadi kegilaan member aku sorang dulu2

Gayah Lawa berkata...

Oh..ye ker.. Sib baik ayah aku tk jadi letak nama tu kan.. Kalau tak tentu kawan ko mesti tergiler2 kan aku hihi..
Fuh...budak BBGS !! Ngancam2 belaka girls kat skola tu.. Aku bukan ex student sana..Lagi sekali nasib aku baik heee....

a w e n g berkata...

pehh btul seh description bulan aku lahir, Khamis 2 Rejab. aminn.

Tot, konsisten gile update lu. Bukan ko ade 2 dayjob ke? *kagum* hahaha