September 14, 2009

Surat Cinta Kepada Saudara Aweng di Melbourne


Saudara Aweng,Assalamualaikum dan apa khabar?

Aku di sini sihat belaka bersama-sama kawan yang kau telah tinggalkan untuk menetap sementara di sana.Kadang-kadang bila kami pergi minum,ada lah juga sekali dua terkeluar nama kau dan selalunya terkeluar lawak mengenai bulu tangan dan dada kau yang lebat itu.Mungkin hati aku sedikit tersentuh semenjak kau takde selepas kami kehilangan penyanyi bila jamming.Tidak ada penyanyi lain yang mampu menandingi keindahan vokalmu,Aweng.

Weng,
Tujuan aku menulis ni bukan sekadar bertanya khabar.Ada warkah penting yang ingin aku pesan sebelum kau berangkat pulang nanti (itupun jika kau masih ingin pulang kerana aku merasakan kau bahagia di sana).Apatah lagi jika bekas Perdana Menteri Malaysia sendiri memilih Australia sebagai negara kedua mereka.Itu jelas menunjukkan sirih akan tetap pulang ke gagang.

Aku sebenarnya ingin minta kau membantu mempromosikan jenama Proton Saga di Australia.Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik,kita sepatutnya berbangga dengan produk tempatan yang berjaya menembusi pasaran negara lain jadi,aku berharap benar agar kau dapat mempengaruhi sekurang-kurangnya 5 warga AUstralia agar membeli kereta Proton Saga yang bakal dilancarkan di sana nanti yang akan dipanggil Proton S16.

Apa kelebihan Proton di sana:

1. Enjinnya standard berkuasa 1.6 (berbanding di sini 1.3)
2. Mempunyai dua airbag ( di sini hanya satu untuk driver)
3. Yang paling menarik; harga di sana hanyalah AUD13,000. (Convert sini tak sampai Rm40,000)
4.Support after sales dan warranty yang lebih ditawarkan (berbanding dengan sini)
5. Sudah tentu dari segi kualiti,kereta Proton yang dieksport jauh lebih baik berbanding kereta yang dijual di sini,jadi warga Australia perlu sedar bodohnya mereka jika tidak memilih Proton S16.
6. Ada immobiliser (kat sini,takde)
7.Tambah lagi satu,baru tau tadi,tayar spare yang dibagi kat Australia saiz sama dengan stended (kat negara pengeluar,saiz kecik)

Apa kata kau jadi pembeli pertama Proton S16 nanti dan tunjukkan kepada dunia,walaupun kau duduk di Australia (yang mempunyai lebih banyak pilihan kereta yang sama harga) kau tetap memilih kereta Proton kerana KAU SAYANGKAN MALAYSIA.

Kami di sini tidak kisah mengenai apa yang dilakukan oleh Proton kerana pada kami,biarlah kami membayar harga yang lebih tinggi asalkan orang luar dapat membeli dengan harga lebih murah.Bukan dalam konteks kereta sahaja,dalam segala hal sekali pun.Harga barang di sini yang jauh lebih mahal berbanding dengan kuantitinya (seperti yang kau ceritakan mengenai harga roti dan macam2 lagi di sana yang jauh lebih rendah berbanding Malaysia) tetapi aku yakin,semangat patriotik rakyat kita di sini dapat membuatkan kita berkorban,DEMI NEGARA!

Tidak kisah lah bagaimana sekali pun tahap ekonomi kita jatuh tetapi yang paling penting sekali,kita mestilah terus memberikan sokongan kepada gagasan 1Malaysia dan juga Kerajaan Islam UMNO.Mungkin PM Autralia juga ada membuat 1Australia di sana untuk memastikan rakyat mereka tidak berpaling tadah kepada pembangkang yang tidak ada calon yang layak untuk menjadi Perdana Menteri.

Aweng,
Kadang2 tiap2 malam aku melihat kembali gambar kenangan kita dulu2,sewaktu kita masih lagi bekerja bersama.Bahagia kan kita waktu itu?Jeritlah 1Malaysia di Sydney Opera House setiap malam.Insya Allah akan berdetik hati aku di sini walaupun kau jauh di sana.

Yang menanti kepulanganmu dengan sabar,
Mantot

P.s - Aku tak perasan ko msg aku dalam Facebook.Sori aku tak reply.Anggaplah warkah ni pengubat rindu kau kepada aku.

20 ulasan:

Blogger Ini Tidak Mahu Dikenali berkata...

darus likes this

bakrihafizhisham berkata...

bak loves this.
pedas dan laju tusuk kekalbu,
hancurkan sampai bersepai.

aku setuju sangat dengan apa yang kau tuliskan.

Siberkop berkata...

Aku nak import sebijik Proton dari Australia satu!

Kena berbaik dgn org2 yg ada AP nampaknya.

MX berkata...

dh nmpak sgt yg kite nie kene tipu....
mcm mne la nk sygkn negara klau mcm nie...
asyk kne tindas jer....

Blood Seeker berkata...

Double standard sungguh Proton ni. Cehh!

Naza > Proton

Myth berkata...

ak berminat dan sgt berterima kasih kalu ko dapat tunjukkan link pasal info2 ni...

Mantot berkata...

http://www.caradvice.com.au/40739/proton-s16-announced-as-new-low-cost-sedan/

Che underscore Lee berkata...

aku pun rindu Aweng gak... especially bila dia sebut "duuuuuudeee!"

bute berkata...

tabik spring!!!

bute berkata...

tabik spring!!!

bute berkata...

tabik spring!!!

bute berkata...

tabik spring!!!

sepol utusan berkata...

tot tang neh another malaysian die xmo lak komen ek...

Tanpa Nama berkata...

kera di hutan di vitaminkan, anak di rumah diberi racun.

a w e n g berkata...

Waalaikumsalam & khabar baik.

hahahahahhahahahahahahahhahahahahahahahahahahah!!! kotekotekotekote!!!! Tot.. aku speechless!!(walaupun konteks entry ko pasal benefits crap proton s16? kat msia).. gw terharu.. hahahahahahaahah!!

sorry bro aku ta prasan entry nih.. agak lama sket aku ta masuk blog ko. bz semenjak 2 menjak. so lambat sedar.

"Jeritlah 1Malaysia di Sydney Opera House setiap malam" - ape ko igt aku bnyk duit nak pi sana tiap mlm..haha.

haa nnt aku try usha proton s16 ni kat showroom.

Salam eid mubarak bro. maaf2an juga.

ps: ahhh aku da emo ngan ko logoff terus pas aku msg lu kat fb + budus la gamba jwade hahaha shit :D

mr. carl arif berkata...

mantot.. mantot.. kesian aku tengok kau ni.

semua saga blm ada immoboliser.
dan saiz tayar spare saga blm sama saiz dengan saiz rim stended. tak macam honda punya tayar spare saiz 13' warna kuning.
dan ada juga saga blm 1.6 dijual di malaysia. tapi limited kerana itu versi untuk teksi. harga pun rm38k.
dan ya, warranty untuk semua produk proton dijamin sehingga 5tahun.

ohya.. toyota vios juga ada driver airbag sahaja.

kau cikgu kan? kalau anak murid kau tak buat homework kau marah tak? hahaha..

aku bukan salesman proton. tapi aku positivethinker. tak macam kau. sempit fikiran. patutlah kena tipu dengan perodua. wakakaka..

Tanpa Nama berkata...

wakakaka....
ini madey punya anak buah ni...
biar kualiti proton untuk rakyat malaysia macam taik, tapi omputeh mesti pakai yang kualiti..
biar harga proton untuk rakyat malaysia mahal, tapi harga proton untuk omputeh murah...
biarkan biarkan

mr. carl arif berkata...

kekeke.. nak murah murah pegi buat sendiri la bro.. kondem sana kondem sini. cakap degar degar. tapi kerja malas. melayu la tu.

Mantot berkata...

heheh..positive thinker..

takpelah.

aku ada 3 orang member.sorang pakai saga,dua lagi pakai gen2..

aku tanya diorang,"berbaloi ke aku beli saga,ke baik beli myvi?"

semua jawab,"myvi."

tapi aku positif.aku try jugak usha2 saga mulanya.masuk ke showroom dengan rasa positif yang amat sangat.

selesai meninjau,aku keluar dengan negatif.

tapi mulut aku still kata,positif sket pasal proton bro!

sangat negatif.

rakuban berkata...

ok pe proton kene kondem,at least org beli.kt jerman,org puji2 pon bukn rmai mn yg beli.VW tahun 80-90 an org still pkai.satria neo kt UK dlm 12-14k lbih kurg.bmw 3series usia 4-5 tahun 10k?agak2 sp nk beli satria neo?