September 02, 2009

Salah Satu Sebab Kenapa Profesion Guru Sekolah Menengah Makin Kurang Popular



Ramai guru-guru Malaysia yang bergelar graduan siswazah kebanyakannya diserap masuk sebagai pengajar di sekolah-sekolah menengah.Tetapi jika dibandingkan dengan masalah yang bakal menimpa mereka,lebih baik jika mereka meminta untuk ditempatkan di sekolah rendah kerana keruntuhan akhlak di Malaysia semakin menjadi-jadi.



Dengan skim gaji yang sama iaitu gred DG41 memberikan gaji anda sekitar RM2700 (termasuk elaun pelbagai+gula-gula kerajaan memastikan anda terus setia) ,jika anda diberi pilihan adakah anda pilih untuk :

a. Menyelesaikan masalah seperti terkencing atau terberak dalam seluar oleh murid sekolah rendah

b. Menyelesaikan masalah pelajar berdarah,terkencing DAN terberak sewaktu bertumbuk di kawasan sekolah

Langkah persediaan yang perlu wajibkan oleh kerajaan apabil ingin melantik seorang guru mengajar di sekolah-sekolah menengah di Malaysia adalah seperti berikut :

1. Bakal guru perlu menjalani latihan bela diri
2. Bakal guru perlu menyertai kursus bina badan
3. Bakal guru mestilah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi
4. Bakal guru perlu menjalani latihan tempur bersenjata
5. Setiap sekolah perlu dibekalkan dengan sebuah trak FRU yang mampu menembak pelajar yang bergaduh dengan water cannon dan tear gas
6. Bakal guru besar sekolah menengah perlu menjalani latihan persediaan di mana-mana penjara untuk memastikan tahap mental dan fizikal yang memuaskan
7. Bakal guru sekolah menengah perlulah dimasukkan ke dalam skim insurans yang merangkumi insurans kecederaan dan nyawa

dan video terakhir ini menunjukkan kenapa ramai orang tak suka naik pengangkutan awam.Kenapalah awek ni tak naik LRT masa Pak Lah naik dulu?



Negara kita kekurangan guru lelaki dan wujud ketidakseimbangan antara guru lelaki dan perempuan yang amat ketara.Mungkin video-video di atas dapat memupuk minat kaum lelaki untuk menceburi profesion sebagai seorang guru.Besar peluang anda untuk melihat catfight secara live!


17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

meng'uja'kan..buat org2 mcm sy asek terfikir sama ada nak jd cikgu dr mula2 masuk belajar sampai la skrg~

hoya berkata...

menjadi harapan besar untuk kawan-kawan aku... kepada yuk, chaon, sue...semoga antara golongan guru yang dapat banteras gejala ni...
hopefully ada can jadi KP Pendidikan... hahaha

Tanpa Nama berkata...

kat kelantan lagi..

Fateha Firdhaus berkata...

x dgr sgt la yg minah lrt ni ckp pe..
huhu..

Sre berkata...

aku dgr dia dok ckp "aku nak jumpa ko pu&%mak" hahaha ape lah bodoh nye pompuan ni.. terjerit dlm lrt..

next time jd camni.. y not org2 dlm lrt tu lempang pompuan camtu ramai2.. respect le org lain sikit, kami pon bayar wehhh

ilham pawaka berkata...

budak2 zaman skarang respect kurang...

Kerikkerik berkata...

er..going to b a secondary school teacher too...huhu~ tkut lak tengok...

buruh berkata...

bukan kelantan a.
terengganu aa tu.
duh

Belly-Button berkata...

sbb tu aku amek contract kptm, xkuasa aku nk layan perangai bebudak sekolah menengah zmn skg. ngaja kt politek comfy sket, ko nak blaja ko dtg, ko xnak blaja lantak le.
klu kat skola br cuit sket je mak bapak da dtg nk saman.

Tanpa Nama berkata...

wahhh~
chuak gak tgk~
maklumlah...sy bakal guru skolah menengah~~~~

blurb berkata...

budak terengganu ke tu?

aku main jentik2 dahi dgn kwn dlm lrt pun dh kene sound dgn org laen padahal tkle bising sgt,ni yg minah ni dok bergado jerit terlolong dgn bf die tkde org sound pun..

mungkin sbb sume org nk dgr kisah dlm kain die,tu yg tkde org tego..aku rasa la..

Real Guest berkata...

gila memalukan...masuk youtube...seumur hidup la video tu kat situ...mwahahahaha...

Siti Syawal berkata...

macam bodo je. haish..memalukan

Tanpa Nama berkata...

scary.
sumpah scary.

Gayah Lawa berkata...

Hee..Sib baik aku tak jadi cikgu.. Dulu2 masa skola minat gak ..tapi lama2 aku tgok mcm boring jer jdi cikgu.. Keje kerani cikgu buat!! Cat sekolah cikgu gak!! Jaga pokok bunga pun cikgu gak !! Sian cikgu2 M'sia.. Aku pikir biar aku jadi Gayah Lawa forever...^_^
Anyway thanks kat cikgu2 aku dan TAHNIAH utk bakal2 Cikgu.. rajin2lah ambik tau pasal Law yer..Sbb murid2 & parents skrg makin KURANG AJAR!!!

Ros Illiyyuun berkata...

Assalamualaikum,
artikel yang menarik,wajar dibaca oleh bukan guru, supaya mereka memahami siapa guru sekarang. Ramai yang menganggap kerja guru senang,hakikatnya hanya guru yang memahami kerja guru. Saya juga seorang guru 41,dulu teringin nak mengajar di sekolah menengah, tapi kini hasrat itu telah terpadam apabila melihat masalah kebejatan sosial yang melanda pelajar hari ini teramat teruk..Cukuplah saya menghadapai kerenah anak-anak didik yang 'nakal' itu. Nakal tapi masih menghormati kita sebagai guru.Itulah kelebihan mengajar di sek. ren. Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

ikut cara kwn aku jd cikgu. rakam kesalahan murid, n kalo diorg melawan bg penampar or rotan ikut taraf kesalahan. believe me, bile ade hard proof mcm video tu, datuk pun xleh lawan... seyes doh, budak2 sume mkn respek che-gu kat sek die. old-skool style.