September 18, 2009

Bermain-Main Dengan Google

Kita boleh tahu apa yang dicari oleh rakyat Malaysia dengan satu cara yang mudah.Senang aje nak tau pola pencarian rakyat Malaysia.Bukak Google dan tuliskan perkataan dan tunggu suggestion yang keluar.Ni adalah antara suggestion yang aku jumpa masa aku memain Google.

Ingat,top suggestion yang keluar adalah benda2 yang paling banyak dicari masyarakat kita.


Aku mahu saiz S?
Aku mahu popular?

Diet dan masuk AF atau jadi artis!


Skodeng kakak ipar adalah salah satu kegiatan mat2 skodeng yang paling popular.Yang paling mengejutkan,pencarian "Kakak iparku yang gatal."Hahahha!


Mungkin ada seorang dua gadis yang cuba meluahkan perasaan dalam internet apabila tangan mereka dipegang bapa mereka.


Pondan iras Erra Fazira?Kenapa tak carik aje "Erra Fazira?"
Kenapa kena PONDAN?!

Apa tanda lelaki suka wanita?Apa tanda lelaki suka melancap?Googlekan saja.

Permintaan2 di atas adalah sangat relevan dan wajar dipenuhi.


Sepatutnya lebih banyak iklan2 mengenai promosi penjualan dara wajar diketengahkan di dada akhbar.

Dan ini adalah pencarian yang paling ganjil.
Nenek?Nenek?
Hoi!Kalau desperate macam mana pun at least bukak la porno jepun ke porno orang putih ke.

Nenek?Aku tertekan bila baca tu.

September 17, 2009

Bila Malikul Sembab Berkata-Kata..


KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Badan kebajikan perlu mencontohi usaha Yayasan Al-Bukhary yang memberi bantuan kepada pelajar miskin hingga ke peringkat pengajian tinggi, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sambil menyifatkan usaha itu sebagai satu jihad dalam Islam, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata ia juga dapat merapatkan jurang pendidikan di antara bandar dan luar bandar, di samping memberi akses kepada pendidikan yang lebih berkualiti.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yayasan Al-Bukhary di atas sumbangan bakti kepada umat Islam dalam meningkatkan tahap pendidikan ummah," katanya pada majlis berbuka puasa bersama 312 penuntut Universiti Islam Antarabangsa yang ditaja oleh yayasan itu di Muzium Kesenian Islam di sini hari ini.

Muhyiddin berkata kerajaan amat mengalu-alukan usaha murni yayasan itu yang tidak jemu-jemu menyokong sistem pendidikan di negara ini.

Beliau berkata bantuan itu memberi faedah berganda kepada ummah.

"Bulan Ramadan ini memberikan seribu satu peluang untuk umat Islam menyucikan diri dan mencari keredaan Allah s.w.t, dan penyucian itu boleh dilakukan dengan melipatgandakan ibadah dan amal jariah kepada insan-insan yang memerlukan di seluruh negara," katanya.

Beliau berkata bantuan itu bukan sahaja dapat meningkatkan kecemerlangan pendidikan di luar bandar tetapi juga menambah bilangan pelajar bumiputera dan miskin ke peringkat pengajian tinggi.

Ironinya di sini adalah seorang timbalan perdana menteri memuji tindakan seorang dermawan melakukan sesuatu yang sepatutnya tanggungjawab sebuah kerajaan.Ini jelas membuktikan,menteri-menteri malas nak beramal dan mengharapkan lebih ramai orang yang bagi bantuan macam ni.

September 15, 2009

Eksklusif!Rekabentuk Kereta Team Formula One 1Malaysia Didedahkan Oleh Spyshot!


Diberitakan oleh engineer daripada UK,dengan meletakkan gambar suami isteri itu mampu meningkatkan kuasa enjin kereta sebanyak 15HP.

Bicara Jiwang : Bila Rindu Mencengkam Jiwa



Kadang-kadang aku wish cerita What Women Wants jadi betul dekat aku.

Sebab agak payah nak memahami perempuan.

Apatah lagi bila dapat seorang perempuan yang tak berapa suka bukak mulut.Pendam,simpan dalam hati.

Apatah lagi bila jauh,muka tak nampak,bergantung dengan suara aje.Nak agak2 mood dia pun bergantung dengan respons dia.Kalau dia jawab laju2 dan malas2,dia tengah bad mood la.Kalau dia jawab satu soalan dan ulang perkataan tu dua kali berturut-turut masa menjawab,dia malas nak layan la.Kalau dia jawab baik dan lembut aje,aa,itu kira ok la tu.

Yang paling mengelirukan,bila perempuan pms.

Kadang-kadang dengan tetibe aje mood diorang bertukar.
Macam magic!Sekejap punyalah manja macam anak kucing,sekelip mata tukar jadi mak harimau.Lepas tu jadi balik anak kucing.Lepas tu tukar jadi zebra bunting.

Dan aku rasa (AKU RASA!) kebanyakan perempuan jenis tak suka bukak mulut.Lagi suka diam.Simpan dalam hati.Masalahnya,diorang ni akan kecewa kalau lelaki tak paham apa yang diorang rasa.Kadang-kadang aku rasa aku cepat beruban sebab cuba merungkaikan apa yang tunang aku rasa.Seolah-olah satu misteri yang jauh lebih misteri berbanding mana2 cerita "Hardy Boys" atau "Nancy Drew."

Selalunya tekaan aku salah jadi aku try jawab banyak kali.Bila aku try jawab banyak kali,dia akan assume aku tak paham dia.

Tapi,perasaan yang paling sakit adalah perasaan bila aku teringat dia tapi tak dapat nak berjumpa sebab duduk jauh.Menunggu adalah satu benda yang aku sangat tak suka dan menunggu sambil rindu adalah satu perasaan yang sangat sakit tetapi sangat indah sekali.

Sorilah.
Bila aku tak cukup tidur aku jadi jiwang.
Kalau ada sesiapa yang muntah,tolong lap bersih-bersih keyboard,mouse dan monitor anda.

September 14, 2009

Surat Cinta Kepada Saudara Aweng di Melbourne


Saudara Aweng,Assalamualaikum dan apa khabar?

Aku di sini sihat belaka bersama-sama kawan yang kau telah tinggalkan untuk menetap sementara di sana.Kadang-kadang bila kami pergi minum,ada lah juga sekali dua terkeluar nama kau dan selalunya terkeluar lawak mengenai bulu tangan dan dada kau yang lebat itu.Mungkin hati aku sedikit tersentuh semenjak kau takde selepas kami kehilangan penyanyi bila jamming.Tidak ada penyanyi lain yang mampu menandingi keindahan vokalmu,Aweng.

Weng,
Tujuan aku menulis ni bukan sekadar bertanya khabar.Ada warkah penting yang ingin aku pesan sebelum kau berangkat pulang nanti (itupun jika kau masih ingin pulang kerana aku merasakan kau bahagia di sana).Apatah lagi jika bekas Perdana Menteri Malaysia sendiri memilih Australia sebagai negara kedua mereka.Itu jelas menunjukkan sirih akan tetap pulang ke gagang.

Aku sebenarnya ingin minta kau membantu mempromosikan jenama Proton Saga di Australia.Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik,kita sepatutnya berbangga dengan produk tempatan yang berjaya menembusi pasaran negara lain jadi,aku berharap benar agar kau dapat mempengaruhi sekurang-kurangnya 5 warga AUstralia agar membeli kereta Proton Saga yang bakal dilancarkan di sana nanti yang akan dipanggil Proton S16.

Apa kelebihan Proton di sana:

1. Enjinnya standard berkuasa 1.6 (berbanding di sini 1.3)
2. Mempunyai dua airbag ( di sini hanya satu untuk driver)
3. Yang paling menarik; harga di sana hanyalah AUD13,000. (Convert sini tak sampai Rm40,000)
4.Support after sales dan warranty yang lebih ditawarkan (berbanding dengan sini)
5. Sudah tentu dari segi kualiti,kereta Proton yang dieksport jauh lebih baik berbanding kereta yang dijual di sini,jadi warga Australia perlu sedar bodohnya mereka jika tidak memilih Proton S16.
6. Ada immobiliser (kat sini,takde)
7.Tambah lagi satu,baru tau tadi,tayar spare yang dibagi kat Australia saiz sama dengan stended (kat negara pengeluar,saiz kecik)

Apa kata kau jadi pembeli pertama Proton S16 nanti dan tunjukkan kepada dunia,walaupun kau duduk di Australia (yang mempunyai lebih banyak pilihan kereta yang sama harga) kau tetap memilih kereta Proton kerana KAU SAYANGKAN MALAYSIA.

Kami di sini tidak kisah mengenai apa yang dilakukan oleh Proton kerana pada kami,biarlah kami membayar harga yang lebih tinggi asalkan orang luar dapat membeli dengan harga lebih murah.Bukan dalam konteks kereta sahaja,dalam segala hal sekali pun.Harga barang di sini yang jauh lebih mahal berbanding dengan kuantitinya (seperti yang kau ceritakan mengenai harga roti dan macam2 lagi di sana yang jauh lebih rendah berbanding Malaysia) tetapi aku yakin,semangat patriotik rakyat kita di sini dapat membuatkan kita berkorban,DEMI NEGARA!

Tidak kisah lah bagaimana sekali pun tahap ekonomi kita jatuh tetapi yang paling penting sekali,kita mestilah terus memberikan sokongan kepada gagasan 1Malaysia dan juga Kerajaan Islam UMNO.Mungkin PM Autralia juga ada membuat 1Australia di sana untuk memastikan rakyat mereka tidak berpaling tadah kepada pembangkang yang tidak ada calon yang layak untuk menjadi Perdana Menteri.

Aweng,
Kadang2 tiap2 malam aku melihat kembali gambar kenangan kita dulu2,sewaktu kita masih lagi bekerja bersama.Bahagia kan kita waktu itu?Jeritlah 1Malaysia di Sydney Opera House setiap malam.Insya Allah akan berdetik hati aku di sini walaupun kau jauh di sana.

Yang menanti kepulanganmu dengan sabar,
Mantot

P.s - Aku tak perasan ko msg aku dalam Facebook.Sori aku tak reply.Anggaplah warkah ni pengubat rindu kau kepada aku.

September 12, 2009

Selera Buffetku Hilang Ketika Mendengar Hilai Tawa Mu


Aku sebenarnya tak tau nak buat apa.
Aku nak keluar beli barang makan bukak puasa,tapi lambat lagi.
Aku nak tgk muvi,tapi boleh kata semua muvi yang aku download ada "adegan panas." (Bukan cerita blue,tapi cerita thriller macam filem "Last House of The Left" version lama)
Aku tengah tunggu bola start.Tapi lambat lagi.

Jadi,aku berceritalah.
Hari Rabu haritu,aku pegi makan buffet dengan member2 aku.Aku sampai lambat sket dan memang dah berbuka.Masa aku sampai,tengok semua orang dah start makan.Takpelah,aku minum air dan keluar hisap rokok dulu.Diorang semua dah kawin atau datang berdua,cuma aku je datang lone ranger jadi,aku takde la obligations yang perlu aku ikuti.

Selepas memanaskan paru-paru,aku masuk dan ambik macam macam,ayam,ikan,daging,sotong,udang,ketam. Jadi aku pun gi la kat meja kitorang.Member2 aku tengah khusyuk makan.Semua tunduk sopan menghadap makanan.Aku pun duduk.Letak ayam atas kuali.Tunggu ayam masak.Tiba-tiba...

"HAHAHAHAHAHAH!"

Kedengaran hilai tawa seorang lelaki.Gila kuat mamat ni gelak.Agak mengganggu orang lain.Dalam hati aku,cilaka punya mamat gemok,ko ingat ni tempat abah kau ke nak gelak camgitu.

"WAHAHAHKAKKAHAHAHHAHARGHH!"

Mamat itu pun tergelak lagi,kali ini lebih kuat berbanding sebelumnya.Ini sudah lebih,sudah mengacau ketenangan orang lain.

"BAHAHABAHAHAWAKAKAMUAHAHAHAHAH!!"

Tah hape benda yang lawak sangat sampai mamat tu kena gelak sebegitu kuat.Aku pun tengok je lah mamat tu.Barulah aku sedar,dia ada buah dada.

Rupanya dia perempuan.Berambut pendek dan pakaian nya tshirt berseluar jeans.
Aku ingatkan lelaki.Ini adalah perempuan kedua yang aku jumpai,berbadan besar,berpakaian ala-ala lelaki dan suka GELAK KUAT2 SEOLAH-OLAH cuba menarik perhatian orang ramai.

Nak aje aku baling dengan sotong mentah kat dia.Oh ya,satu benda.Gambar di atas,kedua-duanya perempuan,hahaha.

Film Review : Syurga Cinta (beserta Epilog Sebuah Pagi Yang Berinspirasi)

Pagi ni aku takleh nak tido.Jadi aku bukak komputer dan carik apa benda boleh buat.Bukak forum,ada orang taruk link YouTube filem "Syurga Cinta." Berat jugak rasa hati nak tengok cerita ni memandangkan aku tak suka pun hero dia dan budak lelaki dalam cerita tu adalah SEORANG MAKHLUK YANG SANGAT ANNOYING DENGAN SUARA DUBBING YANG SANGAT ANNOYING.

Tapi ada Heliza.
Aku suka Heliza.
Aku juga sedikit jatuh cinta dekat Heliza.
Aku suka mata Heliza.Mata dia besar.Aku suka pempuan mata besar.
Dan dia pakai tudung.
Yang paling penting,dia pakai tudung dan tidaklah terkinja-kinja macam beruk.

Argh.Cair..cair...

Aku tengok aje lah cerita tu.Membuatkan tiba-tiba aku mendapat ilham nak model panda.Tah lah mana datang.Mungkin daripada mata Heliza yang bulat itu.Aku dapat membayangkan bagaimana bahagianya aku jika Heliza menjadi isteri aku.Kami akan ada 4 anak dan 4 anak itu akan aku ajar diorang melukis supaya bila besar diorang boleh jadi grafik designer ataupun animator,prospek di Malaysia sangat cerah!Kerajaan Malaysia sangat menghargai orang-orang seni!

Dah pukul 12 rupanya.
Lama betul fikiran aku hilang ketika melihat Heliza di YouTube.Aku sangat lalok sebab aku try buat bulu panda tu lagi tebal tapi pc aku takleh nak tampung.Tapi takpelah,mata Heliza sangat cantik dan aku mampu hilang dalam renungan dia.

Babai.Aku nak tidur.
Rating Filem : 6/10 (Apa kejadahnya bapak bukak pintu bilik anak,tengok anak bawak pempuan beromen dalam bilik,bapak tu boleh tersenyum bangga?)
Rating Heliza : 11/10

Link untuk sesiapa yang nak tengok filem ni


Bicara Romantis Separa Lucah : Teruna dan Dara,Kau Peduli Ke?


Artikel ini berat sebelah kepada kaum lelaki.

Katakanlah,KATAKANLAH....

Wujud seorang lelaki yang budi pekerti nya boleh dikatakan sopan.Tidak pergi clubbing,tidak togak,tidak main wanita.Kemudian lelaki itu berkenalan dengan seorang perempuan di tempat kerjanya.Anggun,ayu dan manis bertudung.Baik budi pekertinya dan indah budi bahasanya. Jatuh sudah hati si lelaki itu melihat wanita yang menghampiri erti kesempurnaan,pelengkap kepada kehidupannya yang keseorangan,tidak berteman kaum hawa.

Ikatan cinta dikembangkan menjadi pertunangan dan kemudian tiba hari ditabal raja sehari,berdebar-debar si lelaki menantikan apa yang bakal terjadi bila malam pertamanya.Sudah berdebar jantung dan berombak jiwa memikirkan bertuahnya badan mendapat seorang isteri yang baik dan indah pada pandangan matanya.

Malam menjelang tiba,si isteri menunggu di kamar tidur,si suami berdiri di luar pintu mengunyah chewing gum memastikan semuanya berjalan lancar.Pintu ditolak,salam diberikan,"Assalamualaikum isteri abang." (Ayat2 gedik sket) dan kelihatanlah si isteri tadi duduk di atas katil.

Menangis teresak-esak,kemudian mengakui dirinya tidak berdara lagi.

Benda sebegini sudah terlalu kerap berlaku dalam masyarakat kita.Memang dalam agama pun sudah termaktub yang lelaki baik itu untuk perempuan baik tetapi,bagaimana pula dengan kaum lelaki yang tidak bernasib baik seperti kisah di atas?Adakah perempuan itu perempuan baik?Ya.Tetapi ada kisah hitam yang pernah terjadi ke atas dirinya,mengubah haluan hidup membantu meluruskan jalan yang dipilih sebelum ini.

Aku pernah baca dalam paper mengenai dilema seorang gadis yang sudah pun ditebuk tupai dan takut jika bakal suaminya akan menceraikan dia jika si suami dapat menghidu kegiatan masa lampau si isteri.Nasihat "Pakar kaunseling" itu,rahsiakan saja daripada pengetahuan suami untuk kebaikan semua.

Tapi bagaimana pula dengan gadis2 yang menipu bakal suami mereka?Golongan2 yang mengatakan diri sendiri masih suci padahal entah berapa puluh kali menongkah bahtera hawa nafsu.Adakah adil kepada si suami jika bakal isterinya menutup kelemahan dirinya?

Dalam hidup aku,aku ada 2 kawan yang dipermainkan wanita.Satu,ditinggalkan sehari sebelum majlis akad nikah,si gadis lari dengan orang berduit naik ke Cameron Highland dan yang kedua,terpaksa memutuskan pertunangan 2 minggu sebelum kahwin kerana terserempak dengan tunangnya bermesra dengan lelaki lain padahal waktu itu tunangnya kata dia kena outstation.Dan aku dah nampak bermacam jenis perempuan yang luarannya indah tetapi setiap malam dahagakan seks.Habis projek keluar bilik pakai tudung dan buat2 macam biasa,tersengih2 macam kerang busuk padahal baru sebentar tadi kedengaran katil bergegar-gegar.Hahahah!

Kaum hawa boleh mengatakan lelaki memang nakal sifatnya.
Tetapi,katakanlah anda lelaki,menjaga keterunaannya,apa tindakan anda jika mendapati isteri anda sudah pun mempunyai love bite sebelum anda melakukannya sendiri?Jika anda perempuan,adakah anda mampu mengakui diri anda sudah tidak berdara lagi,dengan harapan agar anda dapat dimaafkan suami dan diterima seperti sediakala?

Adakah masyarakat Melayu yang penuh adab sopan santun sekarang ini sudah tidak pun mementingkan dara dan teruna?Ataupun desakan rakan sebaya yang memandang rendah diri anda yang tidak pernah beromen dengan wanita atau tidak pernah dicium lelaki membuatkan anda hendak juga mencuba sesuatu yang sebenarnya anda tahu salah?

Orang Melayu suka ikut trend dan trend zaman sekarang ini anak dara dan anak teruna sudah terlalu kolot dan rendah tarafnya.Mungkin sebab itu kita makin segan ingin mengaku diri kita anak dara dan anak teruna lagi.

Malu kena kutuk dengan kawan2 punya pasal.Bagi je la boifren hisap dada.Alang-alang,bagi aje lah semua.Asalkan boleh mendabik dada.

September 11, 2009

Bicara Romantis Separa Lucah : Lelaki Ingin Benar Terlanjur Dalam Perhubungan



Ada pelbagai alasan lelaki/suami untuk menghalalkan kecurangan dan maksiat..

"Bini aku dah gemok.."
"Bini aku tak seksi.."
"Bini aku berbau bawang.."
"Bini aku tidak mahu melakukan aktiviti kinky.."
"Bini aku letih bila aku ingin bermanja-manja.."

atau alasan seorang boifren :

"U mesti bagi I pegang U."
"U ni tak sporting."
"U ni kolot la.Cium2 ni normal la"
"I dah teman U shopping ni.Bila pulak U nak ringan2 dengan I?"
"I boleh carik lagi ramai.U ingat ada ke orang lain nak kat U?"

dan seribu satu lagi alasan yang lelaki akan gunakan untuk membolehkan mereka dapat apa yang mereka nak.

Aku selalu terfikir,apakah yang akan aku buat kalau aku curang.Sebab selama ni memang kadang2 ada jugak terfikir aku nak pegi ke pusat2 spa untuk mendapatkan khidmat2 "urut batin" (kononnya) sebab aku rasa impian semua lelaki dari akil baligh adalah untuk merasai sentuhan seorang perempuan.Yes.Betul.Aku rasa lelaki2 normal macam aku ni yang semayangnya tak secukup mana boleh dikatakan 23 jam berfikir mengenai seks dan wanita.1jam lagi fikir pasal sukan.

Jadi,bila kita tengok tumbesaran seorang lelaki,boleh dikatakan agak normal jika seorang lelaki mula tertarik kepada gadis semenjak berumur 8 tahun.Tapi dari tempoh 8 hingga 13 tahun,perasaan suka itu hanyalah suka.Tidak ada tarikan untuk seks,hanya sekadar suka-suka macam tu aje.Aku tak pernah pun membayangkan budak yang aku minat masa aku darjah 6 dulu tanpa pakaian.Budak sekarang,lain cerita.

Tapi makin besar seorang lelaki tu,makin kuatlah lelaki tu nakkan "benda itu."Jadi,normallah jika seorang lelaki berumur 18 tahun bercinta dengan gadis dan mula menampakkan keinginan untuk "benda itu."Sebab waktu itu,walau sekuat mana cinta atau sayang (yang sebenarnya takde lah setulen mana pun) seorang lelaki itu pasti akan berharap juga agar dia diberikan kebenaran untuk membuka baju gelfrennya.

Aku jugak merasa camtu.Gila aa kalau aku cakap aku tak nak benda2 tu.GAY GILA AKU KALAU AKU TAK NAK.Aku nak sebab memang bila bercinta,perasaan bernafsu agak susah nak dikawal.Tapi,nampak tak ayat yang aku gunakan di atas?

Seorang lelaki itu memang berharap sangat agar gelfren nya membenarkan lelaki itu membuka bajunya tetapi bagaimana pun kuasa sebenarnya ada pada tangan si gadis.Percayalah cakap aku,jika anda mengalami situasi di mana teman lelaki anda meminta "benda itu" dengan bersungguh-sungguh,buat tak dengar aje.Walau sehebat mana muka kesian boifren anda jangan benarkan.

Bila wujud rasa simpati si gadis kepada boifrennya,masa itulah akan timbul masalah.Yang perlu diingat,masalah itu akan timbul untuk gadis itu,bukan boifren anda.Jika perut anda kembung,adakah anda percayakan boifren anda untuk bertanggungjawab?Naluri lelaki muda kebanyakannya MALAS nak bertanggungjawab.Sebab lelaki nakkan kebebasan.Si gadis pulak hilang kebebasannya.

Bila aku tanya semua orang yang dah berkahwin,semua akan kata,seks selepas berkahwin adalah satu benda normal.Bukan lagi sesuatu yang mereka nanti-nantikan.Itu kata lelaki.Lelaki yang seumur hidupnya mengejar seks tetapi selepas berkahwin menukar rentak mengatakan seks semakin bosan.Sudah basi.Dibuat bila rasa perlu saja.

Jadi,bila seks itu sudah bosan pada lelaki,akan wujudlah pelbagai alasan yang aku tulis awal2 tadi.Waktu itu barulahlah arah lelaki itu,kembali mencari seks yang hangat yang hanya dapat diberikan oleh seorang yang mereka belum pernah sentuhi.Lelaki adalah pakar putar belit.Lebih putar belit berbanding lawyer2 atau salesman kereta second hand.Kami akan kejar gadis2 comel yang kami belum dapat dan kami akan merasa bosan apabila kami sudah lalui semuanya.

Aku pun takut aku jadi sebegitu nanti.Ketika ini,otak aku penuh dengan pelbagai benda yang aku pelajari daripada buku Kama Sutra dan Permata Yang Hilang yang aku harap dapat praktikkan tak lama lagi.Tapi bila dah habis semua aku jelajah,adakah masih akan timbul rangsangan-rangsangan yang selama ini aku rasa?

Waktu itu,apa aku akan buat?Ke pusat2 spa secara senyap2 mencari tangan hangat dan bisikan manja mengharapkan aku mengambil "happy ending" yang membawa elaun lebih kepada gadis2 pusat spa?Atau aku akan mencari seorang gadis desperate yang mengharapkan bantuan hidup seorang lelaki?Atau aku pergi menempah satu dancing pole untuk bini aku mengharapkan agar bini aku nanti belajar menari ala-ala stripper?

Untuk boifren anda,jangan benarkan boifren anda menyentuhi anda.Jangan layan muka kesian dia.Jika dia ugut nak break,pedulikkan.Dia tak layak untuk anda jika itu perangainya.Untuk suami pulak,aku tak tau.Pandai-pandai korang lah.Aku nak cakap pun aku tak pernah lalui lagi.

Nak lagi senang?Jangan bercinta langsung selagi anda tak ready nak kahwin.Single pun single la.Jangan peduli pandangan masyarakat yang menganggap anda tak laku.Asalkan anda bahagia dan takde orang nak mintak ringan2 dengan anda.Habis cerita.

Kesimpulannya,
Kebanyakan lelaki memang mengharapkan mereka terlanjur dalam perhubungan kerana tiada risiko besar ke atas diri mereka.Kuasa penuh ada pada perempuan.Janganlah dibenarkan langsung diri anda disentuhi sebelum berjumpa Tok Kadi bersama wali anda.

God Given's Gift to The Dutch



Sampai sekarang menonton game Arsenal tak pernah sama macam dulu.
Aku masih ternanti2 moment macam ni ada balik.

September 10, 2009

Rancangan Kanak-Kanak Yang Bakal Digemari Lelaki Dewasa



Dengan budaya orang Jepun yang hormatkan waktu tetapi agak kinky dalam segala bidang berkaitan seks,aku mengharapkan agar series ini dapat keluar dalam TV Malaysia agar mengembalikan semula zaman kegemilangan cerita Jepun macam masa aku kecik2 dulu.
Go Satria Dada Hitam!

September 09, 2009

Dairi Seorang Rempit


Jadi,semalam adalah kali pertama aku gi kerja menggunakan minyak Ron95.Start motor,ok.Jalan,masuk gear satu,dua,tiga,empat...

Masuk Gear 5.Tarik sampai RPM 8000.

Masuk gear 6....motor aku tak berapa nak pegi.Jika selama ni aku dengan konfidennya maintain lane kanan sekali dengan kelajuan yang aku tak tau berapa (meter motor aku rosak) aku bawak motor seperti seorang pondan.Senyuman aku bila aku memotong kereta2 bangang yang bawak slow gila tapi duduk lane tengah tu takde.Tak muncul-muncul.

Aku takut nak memotong.Aku takut nak masuk lane kanan sekali sebab motor aku takde pick up.Takpelah,sabar aje lah.Mungkin first time isi full tank,nak kena tunggu dia stable balik.

Jadi,habis kerja,aku gi workshop member aku.Nak tukar bateri motor.Kena Rm70.Lepas tu aku kata kat dia "minyak baru macam haram!"

"Haa..memang2.Minyak tu memang tak elok pakai dekat motor yang pakai diafram." (Diafram- pelampung getah dalam karburetor )

"Apsal pulak?"tanya aku.

"Dia makan diafram.Boleh leaking.Aku baru gi Shah Alam semalam,ada motor spark plug dah terbakar sebab minyak tak boleh bakar abis..." (camtu la ayat dia,yang aku paham)

"Aisehmen."kata aku."Maknanya aku kena pakai minyak mahal camni."

Jadi,untuk memastikan motor aku ok,aku membuka tawaran kepada sesiapa yang nak minyak Petronas Ron95 yang ada dalam tank motor aku.Dalam tu adalah 15 liter camtu jadi ambik aje la aku kira seliter Rm1.Aku tak tau macam mana nak habiskan cepat sebab motor aku memang jenis tak kuat makan minyak jadi nak tunggu habis pun bodoh2 weekend ni kalau aku jalan hari2,laju2.

Dan,peringatan,
Kepada motor2 yang menggunakan diafram,sila cek diafram anda sama ada ada kesan atau tidak penggunaan minyak Ron95 tu.Motor yang sudah dikenalpasti bermasalah ialah Modenas Elegan.Kereta orang kebanyakan yang sudah didapati tidak compatible ialah Naza Sutera(Forza).

1Malaysia,rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan!
Ole Ole Malaysia Boleh!

Bacaan lanjut :
List compatibility kereta dan gred minyak

Katak Ini Patut Dibelah Dalam Makmal Biologi Kerana Dia Racist Fucker



Ong!Ong!Gedek!Gedek!

Jika ini adalah rupa orang yang masih mampu bertahan dalam UMNO,apakah wajah sebenar pemimpin UMNO yang lain?Ini ke rupanya pejuang bangsa Melayu?

Nasib baik aku tak sokong.

September 07, 2009

Adakah Anda Sudah Mengisi Minyak "Murah" Anda Selepas 1 September?


Lupakan seketika mengenai pegangan politik dan fikirkan diri kita dari sudut yang paling rendah tetapi paling berkuasa,maksud aku,kita sebagai rakyat.Kita sudah sedia maklum mengenai kenaikan harga minyak yang cuba ditutup oleh kerajaan kita.Kepada sesiapa yang masih belum paham mengenai kenapa aku kata minyak naik,fahami ini :

1. Kerajaan memperkenalkan satu gred minyak baru iaitu minyak Ron95 yang mempunyai kualiti gred rendah sedikit berbanding minyak "normal" sebelum ini iaitu Ron97.

2. Minyak Ron95 diperkenalkan dengan sebab untuk menjadi alternatif murah kepada rakyat.Tetapi...harganya naik 5 sen berbanding minyak Ron97 yang digunapakai sebelum ini.Alternatif murah,harga naik pulak.Satu liter Rm1.80.

3. Minyak Ron97 dinaikkan taraf sebagai minyak premium dengan harga Rm2.05 satu liter.Apa yang premium nya jika sebelum ini kita lebih gemar mengisi minyak Ron97,kan?

Jadi,aku sure ramai yang tak sedar lagi pasal ini.Sebab banyak confusion yang terhasil.Sekarang ini,jika anda mengisi minyak menggunakan berwarna kuning,anda mengisi minyak Ron95.Jika anda mengisi minyak menggunakan pam hijau,anda mengisi minyak Ron97.Tetapi sedarkah anda,anda sedang membayar harga yang lebih 5 sen berbanding sebelum ini untuk minyak yang grednya lebih rendah berbanding yang digunakan selama ini?

Apa risikonya RON95 kepada kereta anda?

Kita ambik contoh kereta Proton.Kebanyakan kereta Proton disarankan menggunakan Ron97 untuk kereta dan ini termaktub dalam manual Proton,TETAPI Proton sendiri menjelaskan kebanyakan model2 lama seperti Iswara,Wira dan Satria yang tidak menggunakan Fuel Injection System (masih bergantung dengan karburetor) akan mengalami "engine knocking" akibat daripada kesan penggunaan minyak Ron95.Kebanyakan kereta diengineer supaya mampu menggunakan RON88 atau paling minimum Ron92 (minyak merah sebelum ni).

Jadi,jika anda dengar bunyi enjin kereta/motor anda kasar selepas menggunakan ROn95,besar kemungkinan minyak bergred 95 itulah penyebabnya.Jadi,anda tidak ada pilihan lain jika anda ingin memastikan kesihatan enjin anda terbela.Sila gunakan Minyak pam hijau Ron97 dengan bayaran Rm2.05 seliter.Bayar lah lebih sket,ya?

Tak puas hati sebab kenapa anda kena bayar lebih?
Tanya lah dekat kerajaan.

Yang paling menyedihkan,kita mengeluarkan duit yang lebih 5 sen untuk membeli sesuatu yang lebih rendah nilainya berbanding sebelum ini.

Pengiraan secara mudah :

Harga Sebelum 1 Sept 2009
Full tank 40 liter
Ron97 = RM70.00 (1 liter Rm1.75)

Harga Selepas 1 Sept 2009
Full tank 40 liter
Ron97 = Rm82.00 (1 liter Rm2.05)
Ron95 = Rm72.00 (1 liter Rm1.80)

Jadi,tengok sila rujuk manual kereta untuk menyemak sama ada kereta anda sesuai atau tidak untuk minyak 95 atau anda adalah antara golongan yang tidak bernasib baik terpaksa membeli minyak 97 dengan harga yang lebih tinggi.Aku?Aku takde problem.Motor aku motor tua.Teknologi Jepun yang terbukti kebal.

1MALAYSIA,Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan.

Bacaan Lanjut
Paul Tan Enquiry to Proton
Repons Pengguna Minyak Ron95


Gosip-Gosip : Gangster Anti Kuil Suami Artis?


Ada gosip2 yang melayang mengatakan yang samseng berbaju ketat dan berseluar yankee itu disertai dengan topi 1Malaysia adalah anak kepada bekas Menteri Besar Kedah iaitu Osman bin Aroff dan juga suami kepada Raja Azura (yang mulut becok tu...)

Aku tak nak kata apa2,tengok la sendiri gambar ni.
Mungkin pelanduk dua serupa.Cuma probability tu byk,mmg diorang duduk Shah Alam dan mmg Raja Azura ada bau2 bacang dengan Sultan Selangor.

Sama ke tak?Aku tak nak komen kesahihan gosip tu.Siap boleh konfemkan atau nafikan,sila la bgtau sini.

September 05, 2009

Bagaimana Ingin Kenalpasti Jika Anda Mempunyai Fashion Sense Yang Teruk?


Pictures paint a thousand word.
Baju ketat,cek!
Rambut panjang rebonding,cek!
Jeans ketat,cek!
Topi satu malaysia,cek!
Muka blur tak paham apa tujuan dia ada kat situ,cek!



Pastikan anda menumpukan perhatian pada minit ke 6:00

September 04, 2009

Prodiji Kanak-Kanak Yang Handal-Handal

First sekali aku tak tau dalam BM ada perkataan prodiji ke tak.Tapi bantai aje lah.Sebab kalau translate mungkin jadi Bakat Kecil atau Kanak-Kanak Istimewa atau Bintang Kecil(?).

Bakat dalam pool.


Budak Kecik Paling Kuat Dalam Dunia?


Budak Perempuan Super Cute


Drummer Muda


Gitaris Muda Yang Handal


Christiano Ronaldo Muda Yang Diharapkan Apabila Besar Tak Berapa Annoying


Bakat Yang Bakal Membuatkan Anak Anda Tidak Ada Girlfriend


Jika anda ditakdirkan mendapat anak,adakah anak anda akan diberikan latihan istimewa untuk menjadi salah seorang kanak-kanak ini?Anak aku nanti aku dah decide nak hantar masuk BTN dari muda supaya dia boleh jadi Perdana Menteri Malaysia.

September 03, 2009

Tarikh Lahir dan Sifat Anda Dalam Kalendar Hijrah


Aku try benda ni beberapa tahun lepas.Tak sangka jugak aku lahir bulan Ramadhan.Jadi dengan ini aku mengucapkan "selamat bakal hari jadi" kepada diri sendiri untuk kali kedua. Jadi kepada sesiapa yang tak tahu tarikh lahir dia dalam bulan Islam,sila lah cek di link yang aku bagi kat bawah tu kemudian sila lihat sifat anda.Jika betul,silalah melompat2 kegembiraan dan jika salah,janganlah pulak dijadikan alasan untuk berbuka puasa sebelum waktunya.

MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.


RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR

Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JAMADIL AWAL

Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.


JAMADIL AKHIR

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

REJAB

Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

SYA’ABAN Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.

RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan

Selamat Berbuka Puasa!

September 02, 2009

Crumble The Dividing Wall,Erect The Religious Barrier


Reading the hotly contested debate on the case of Kartika Sari Dewi Shukarno,wether it is right to cane her or taking it as a wrongdoings of human rights,there occurs a lot of individualistic views voice out by the public.

I have been reading a lot of comments given by the reader's of Malaysia's most popular blogs,Malaysia Today and from my experience,the reader involve on the debate are mostly Malaysian who didn't understand the concept of execution in Islam.But that is not the main reason why I wrote this (hopefully not too long) letter.My main drive of writing this piece is a direct response on the article written by P.Gunasegaram published in The Star called "No to Whipping for Drinking."

I am a strong believer of equal rights for all.I am also a strong believer in unity of our people.But from a personal understanding and point of view,I would really like to ask all Malaysian to unite under one beliefs of the nation but please,pretty please,for religious issues,we should have some sort of barrier among us.

Religion is a sensitive issues.As a Muslim,I do felt badly insulted when a non-Muslim is trying to voice out their opinion on this issues.This is religion that we are talking about.Not just some talks of breaking the dividing walls for patriotic spirits or unity towards a better Malaysia.This is religion,a very sensitive issues for us Muslim and when someone who are not Muslim trying to justify that she did not have to be cane just because it is her rights to drink beer,the only things that you are trying to do is making the Muslim community becoming more and more incensed.
For us Muslim,religion is above everything else.

I am not a good Muslim,that is a facts that I am trying to remedy but try to understand that Islam may looks extreme from the outside but when you are inside the circle of faith,drinking beer is one of the greatest sins that a Muslim should try to avoid.There is a hadith saying the effects of drinking a drop of alcohol means that for every good deeds you done will not be counted at all by our God for the next 40 days.One drop for 40 days,can you imagine how long it takes for us to repent if a Muslim drinks a can of beer?

Barbaric?Yes.The execution does looks barbaric and old school.But if a good Muslim do believe the Hudud law,this means that the sins that have been committed can be repent while they are alive.If she strongly feel that by getting canned can make her escape the punishment on the afterlife,she will be happy to be canned now.


And the author also wrote about giving a let off for 2 consenting adults who are committing an adultery?How ashamed am I reading that.I don't think Islam is the only religion who barred their followers for adultery,even Christian beliefs on that,I am not so sure about Buddhist and Hindu's.No sex before marriage,no sex before marriage,that's the mantra,right?There is a reason for that if the author understand the concept of religion and it is simple,we do not want a child to be born onto this world without a proper parents.That is common sense.

You can talk about human rights and the needs for everyone who have their own privacy.Yes,it is true.But when a Muslim man do have sex with a Muslim woman who are not his married wife,in Islam,that is already an invasion of privacy of the woman's body.

Muslim nowadays are too protected by the secularist law.That is why many Muslim are not scared to commit sins anymore.We rape somebody,we go to jail.We steal something,we go to jail.We kill somebody,we go to jail first before we die.Have sex with another girl outside the ring of marriage,pay some fine or go to jail for a while.Caught drinking beer,go to the bank,take out some money and pay the fine.That is what is wrong with the secular law in a Muslim life.

Muslim's are not scared anymore.They don't fear their God's as they are more afraid of paying the fine.We need to be scared of committing sins if we want to strive to become a better Muslim and that is the reason Islamic law is archaic,it creates the fear a Muslim scared of.

Don't worry about the international pressure.They will not understand as they are scared of the Muslim's world.They already have a fixed view on what Islam is all about,for them Islam is not guarding a person rights to live how they wanted,Islam is a barbaric religion.Yes.Islam is barbaric but the rewards for following the set of rule is unlimited.

We can start somewhere and try to understand more about each other religion.We could even start it here in our beloved country (love the land,hate the government).Try to understand first why she did agree on the punishment.But before we try to start to learn and understand about others belief,give the Muslim's authority in Malaysia to clear their mind's first about these niggling issues.It is a shameful act as they are still divided on this issues.

We can make a better Malaysia.We can be a better nation.For our country,I do feel we have to unite as one.But for our religion's and belief's,please,try to put some barrier first before shouting your voice.We need that barrier and we all should recognize that barrier before somebody else start to shoot themselves again in the foot.Try not to press on other religion button's too much.My religion is my religion and your's vice versa. A good Muslim will never criticize the way other people practiced their religion.Do keep it to yourselves if you feel that Islamic teaching is mistreating their followers.We are like that because we believe in that.

What is needed now is not a comments that could change a religious issue into a Holy War.What we need now is how to go against a corrupted government.If you have comment on those issues,I will gladly hear it out all night long.

We need more strong opinion on that issue as it is already past overdue.

Salah Satu Sebab Kenapa Profesion Guru Sekolah Menengah Makin Kurang Popular



Ramai guru-guru Malaysia yang bergelar graduan siswazah kebanyakannya diserap masuk sebagai pengajar di sekolah-sekolah menengah.Tetapi jika dibandingkan dengan masalah yang bakal menimpa mereka,lebih baik jika mereka meminta untuk ditempatkan di sekolah rendah kerana keruntuhan akhlak di Malaysia semakin menjadi-jadi.



Dengan skim gaji yang sama iaitu gred DG41 memberikan gaji anda sekitar RM2700 (termasuk elaun pelbagai+gula-gula kerajaan memastikan anda terus setia) ,jika anda diberi pilihan adakah anda pilih untuk :

a. Menyelesaikan masalah seperti terkencing atau terberak dalam seluar oleh murid sekolah rendah

b. Menyelesaikan masalah pelajar berdarah,terkencing DAN terberak sewaktu bertumbuk di kawasan sekolah

Langkah persediaan yang perlu wajibkan oleh kerajaan apabil ingin melantik seorang guru mengajar di sekolah-sekolah menengah di Malaysia adalah seperti berikut :

1. Bakal guru perlu menjalani latihan bela diri
2. Bakal guru perlu menyertai kursus bina badan
3. Bakal guru mestilah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi
4. Bakal guru perlu menjalani latihan tempur bersenjata
5. Setiap sekolah perlu dibekalkan dengan sebuah trak FRU yang mampu menembak pelajar yang bergaduh dengan water cannon dan tear gas
6. Bakal guru besar sekolah menengah perlu menjalani latihan persediaan di mana-mana penjara untuk memastikan tahap mental dan fizikal yang memuaskan
7. Bakal guru sekolah menengah perlulah dimasukkan ke dalam skim insurans yang merangkumi insurans kecederaan dan nyawa

dan video terakhir ini menunjukkan kenapa ramai orang tak suka naik pengangkutan awam.Kenapalah awek ni tak naik LRT masa Pak Lah naik dulu?



Negara kita kekurangan guru lelaki dan wujud ketidakseimbangan antara guru lelaki dan perempuan yang amat ketara.Mungkin video-video di atas dapat memupuk minat kaum lelaki untuk menceburi profesion sebagai seorang guru.Besar peluang anda untuk melihat catfight secara live!


September 01, 2009

Borak-Borak : Adakah Orang Melayu Kurang Memahami Erti Bersyukur?


Kita digalakkan bersyukur sebab bila kita bersyukur,kita hidup secara sederhana,mengelakkan diri kita dari jadi tamak haloba.Aku pernah dipanggil "tak reti bersyukur" dalam blog ni.Mungkin sebab aku selalu komplen pasal cukai kereta,harga minyak,harga barang,pengangkutan awam dan ekonomi secara generalnya.

Salah ke kita belajar komplen mengenai apa yang kita tak puas hati?

Bagaimana nak berubah kalau apa-apa yang terjadi kepada kita (yang bukan tindakan kita) kita terima bulat-bulat macam tu aje?Kerajaan buat cukai tinggi,syukur sebab mampu jugak kita beli kereta Proton...syukur lah jugak sebab ada jugak api air kat rumah kita.Itu aje yang anda nak?Terlalu rendah level of expectation anda.

Complaining is the catalyst for changes.

Malaysia juga terbentuk hasil daripada rungutan rakyat yang inginkan kebebasan daripada penjajah.Jika rakyat waktu itu bersyukur dengan apa yang ada,bagaimana?Jika majoriti antara kita hanya diam dan bersyukur dengan harga minyak sewaktu harganya mencecah Rm2.70 satu masa dulu,tak mungkin kerajaan menurunkan harga minyak.Kita kena paham,kerajaan anggap running Malaysia like running a business,jadi kita kena pastikan mereka tukar prinsip itu.

Salah sebuah contoh di mana masjid dan tokong Cina di Malaysia diletakkan sebelah menyebelah tanpa perlu pengusungan sebarang kepala.Aku selalu lalu sini.(Gambar hiasan)

Sebab itu sekarang baru kerajaan terhegeh-hegeh nak mendahulukan rakyat.Mungkin sebab ramai orang yang tak bersyukur kot,bagus kan?Makin lama akan makin ramai lah orang yang "tak reti bersyukur" macam aku jika Malaysia masih sama.

Harga minyak dah naik,syukur Alhamdulillah.Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kata minyak takde mengalami perubahan harga.Ye lah,pada kerajaan memang la takde.Pada rakyat?

Nak bersyukur ke nak komplen?Jangan salah faham apa maksud syukur tu.Banyak perbezaan antara "bersyukur "dan "berpuas hati."

Pilihlah sendiri.Jangan jadi pak turut.