Jun 26, 2008

Sebuah Cerita Cinta Monyet Bab 01

Beberapa hari ni,fikiran aku tak berapa betul.Aku takde mood sangat nak kutuk2 kerajaan dan aku takde mood nak kutuk2 orang,hahaha.Masalah aku ni memang mengganggu aku.Tapi aku takde la nak menceritakan masalah aku kat sini.

Bila aku ada masalah,mesti perasaan aku jadi jiwang,entah lah kenapa aku tak sure.Jadi,aku nak menulis pasal semua kisah cinta monyet aku dari zaman aku sekolah rendah.Hahahaha...korang nak bace ke tidak ikut suka lah.Nanti bila ada modal nak kutuk Pak Lah lagi aku sambung la,sekarang ni nampak cam baik diam dan tunggu je.

Nak kutuk Najib pulak takpelah,dia dapat bini camtu dah cukup satu seksaan bagi dia.Takyahlah nak tambah2 lagi.

Cinta?Cinta monyet?

Entah bila tah aku kenal apa benda tu.Aku pun tak sure,mungkin dalam diri semua orang ada dah terpahat jenis2 orang mcm mana yang dia akan suka.Macam tu jugak aku.Jadi sebagai mukadimah nya,mari lah aku ceritakan macam mana first time aku sedar aku suka seorang perempuan.

Waktu tu tahun 1993,aku baru je tukar sekolah sebab adik bongsu aku start sekolah darjah satu,jadi family aku decide baik sekalikan je kitorang.Waktu tu aku dah darjah 6,adik aku masuk darjah 3 dan adik bongsu aku masuk darjah satu.Janggal betul masa tu sebab tiba2 aku yang dah darjah 6 kena tukar sekolah.Takpelah,bantai je lah.

Aku tak biasa sekolah campur,sekali masa darjah 1,pastu sekolah laki semua sampai darjah 5 tetibe darjah 6 masuk sekolah campur balik.Memang agak pelik la sebab aku tak biasa bercakap pun dengan awek2 (itu juga menyebabkan ramai awek tak suke berkawan dengan aku sebab cara aku cakap kasar ngan diorang,peduli hape aku)

Aku ditempatkan di kelas 6 Orkid.Kelas ni kelas nombor 2,kelas paling pandai aku tak dapat masuk sebab aku "genius" sangat kot.First day kelas aku semua classmate aku tengok aku mcm Beruang Zoo.Mungkin sebab pelik tetibe ada budak baru ataupun pelik tengok spek mata aku yang maha besar,membuatkan mata aku nampak seperti mikroskop.

Dalam kelas tu,aku duduk belakang sekali sorang2,tengah2.Ada tempat kosong sebelah awek tapi tanak la aku duduk sebelah awek.Walaupun baru nak masuk 12 tahun masa tu aku dah gentleman gile lah,padahal sebenarnya takut ngan pempuan.Jadi first day tu,cikgu kelas aku pun masuk dan perkenalkan diri dia,Cikgu Razali.

Lepas tu buat pemilihan Ketua Kelas.Semua main undi angkat tangan je.Aku tak undi sebab aku tak kenal (salah undi kang naya je,cthnye undi BN) dan termaktublah ketua kelas aku ialah seorang awek yang aku rasa ada potential masa tu,potential digilap jadi lagi cun.Nama dia Anastasia.

Lepas tu adalah lagi pemilihan siapa nak jadi setiausaha ngan bendahari.Dua-dua dapat kat budak pempuan.Ces,yang lelaki calon semua memang nampak cam kaki songlap duit je,agak aku sebab tu diorang kalah.Lepas dah setel semua tu diorang pun secara official memperkenalkan diri sorang2.

"Hai,saya Anastasia bla bla..Ketua kelas!"
"Assalamualaikum,saya Amelia,setiausaha"

Tiba2 terdengar suara halus "Hai,saya Nurhazrina,bendahari kelas"
Slow je suara dia,siap kena ulang lagi sekali.Budak2 lelaki semua terus feewitt dan nampak ada yang dok bisik2 cakap dia cun kot.Nurhazrina ngan Amelia kawan baik gila,cilakak betol kecik2 dah pakai kroni.

Itulah first time aku terasa "Eh,cun gak dia ni,muka ada iras2 Fauziah Latip masa kecik"

Semenjak hari tu,aku terasa aku memang suka kat dia.Lama kelamaan bila aku dah baik ngan budak2 dalam kelas tu,barulah diorang cerita memang si Nurhazrina ni kegilaan ramai budak2 sekolah tu.Ape yang kitorang suke masa tu pun aku tak paham,bukan ada nafsu pun masa tu,suci je kitorang.Mungkin sebab dia cute kot.

Beberapa bulan berlalu dan memang dah ditakdirkan aku join ngan geng2 budak2 yang pemalas.Masa tu kalau samseng,mesti bawak gasing masa sekolah.Tah lah kenapa gasing boleh dijadikan objek melambangkan kegangsteran.Jadi kitorang pun masing2 ada gasing sorang satu.Masa tu bila tengah main gasing,kalau si Nurhazrina ni lalu start la ada je sorang dua yang buat2 macam dialah paling tere main gasing kat sekolah.Fikir2 balik nak ke awek jatuh cinta kalau kita tere pangkah gasing orang?

Bila UPSR dah dekat,kitorang pun rajin stadi.Kemudian pada satu hari tu,tengah waktu ulangkaji,datanglah si Amelia ni kat meja aku ngan Nurhazrina sembunyi2 belakang dia.

"Man,mintak tolong ajar kitorang matematik"tanya si Amelia.
"Korang tak reti bab mana?"tanya aku separa menggeletar dalam hati "Uish,ada gak perempuan nak bercakap ngan aku"
"yang ni,yang ni,yang tu"jawab Amelia.

Jadi duduk lah diorang kat tepi aku sambil aku cuba menerangkan dengan mulut tergagap2 dan akal fikiran aku masa tu berfikir "Apasal Nurhazrina ni takde respons langsung?Senyap je.Cakap la dengan aku."

Masa berlalu ngan cepat dan session aku ngan diorang tu abis camtu je.Tapi tu lah first time dan last time 2 orang pempuan datang mintak tolong ngan aku.Rasa best gila masa tu sebab awek pujaan datang mintak bantuan.Dipendekkan cerita,bila sekolah dah nak abis,last day sekolah Nurhazrina ngan Amelia ni datang la jumpa aku cakap terima kasih sebab tolong ajar diorang.Last day tu aku tengoklah dengan sayu Nurhazrina ni berangkat balik,keluar dari pintu kelas.

Waktu tu aku rasa sedih sebab aku memang suka dia (tapi paham2 je lah budak 12 tahun punya suka camne) dan aku takde pun banyak bercakap ngan dia.Bila dia dah hilang dari pandangan aku,aku rasa mcm hilang satu benda yang buatkan aku semangat nak pegi sekolah.Pada aku,mungkin tu lah last time aku akan tengok dia lagi.Hilang lah Nurhazrina dengan beg birunya dicelah2 koridor sekolah menuruni tangga,rambut dia panjang sampai bahu ikat pakai reben getah kaler merah.

Setahun kemudian,waktu aku pergi semayang Jumaat dari sekolah aku,aku kena lalu kawasan flat Sri Johor.Adalah satu grup budak pempuan baru balik sekolah kot.Bila lalu tepi diorang,aku nampak si Nurhazrina ada dalam kelompok grup tadi.Dia masih sama macam dulu cuma sekarang dia pakai baju putih sebab dia bukan pengawas lagi dah dan aku,aku masih lagi pakai spek yang sama yang aku pakai masa darjah 6 tu.

Itulah last time aku ternampak dia.Aku pun tak tau la kat mana dia sekarang ni.Mungkin dah jadi isteri orang dan ada anak dah.Apa-apa pun,Nurhazrina ni lah yang memperkenalkan aku dengan perasaan suka dengan perempuan.

Terima kasih sebab kadang2 senyum kat aku dalam kelas dulu.

6 ulasan:

Muhammad Fahmi berkata...

huiyo, terkejut aku pasal ada artikel cintan terselit diantara banyak atrikel pervert. hah! pengiklanan kreatif tu...

Lord AK berkata...

hahah.. mantot yang SEPI.
lu pegi layan itu citer lar mantot :)

Lord AK berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

aisehman, teringat lak zaman aku naik bas lenseng gi sekolah dulu. Tiap2 hari dok berharap awek tu naik kat bus stop setapak. Tempat jatuh lagi dikenang. Hmmmmmmm nostalgia nostalgia.

Tanpa Nama berkata...

sweet ^_^

Tanpa Nama berkata...

scheewiitttt...citer ngan awek sains selangor tkda ka tot?ahahah jgn marah haaaahahahah
--yem