Malam ni,aku tak boleh tidur lagi,ingat nak tengok bola tapi memikirkan kalau tengok bola sampai pagi esok aku tak tidur,takpelah.
Malam ni,mood ada sikit sentimental.Biasanya apa yang aku tulis hanyalah kutuk2 dan maki2 orang lain,entah kenapa hari ini aku rasa relax je.Mungkin kerana bila membaca betapa yakinnya Anwar Ibrahim mengatakan janjinya kepada rakyat yang dia memang sedang mencorak jalan ke Putrajaya dan janjinya lagi,dia akan tiba di sana pada bulan September.
Mungkin masih ada lagi sinar harapan untuk Malaysia ini.
Entahlah kenapa aku berasa tenang.Pada aku,ahli politik semua sama saja,janji ahli politik pun semua sama saja.Tapi,Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat adalah satu-satunya harapan yang kita ada.Mungkin hati aku juga sedikit tersentuh melihat perjuangan Tengku Razaleigh Hamzah dan jikalau dia jadi Perdana Menteri,aku tak membantah.Harap2 nanti siapa-siapa pun yang jadi Perdana Menteri nanti,orang itu betul2 ikhlas hendak membantu rakyat.Asalkan bukan Najib,Khairy ataupun masih lagi Imam Besar Islam Hadhari.
Cuma risau itu masih terdetik pada diri aku.
Apa akan jadi pada Anwar bila dia sudah berkuasa nanti?Adakah dia akan berubah,lupa diri dan jadi angkuh?Kuasa adalah satu kelemahan kepada seorang lelaki,selain daripada perempuan.
Kalau Anwar lupa diri,siapa yang akan menasihatinya?Siapa yang akan menghalang dia?Kita sudah nampak sendiri perubahan besar yang berlaku kepada Abdullah Ahmad Badawi.Daripada seorang cucu ulama' yang bergelar Mr.Clean,pemimpin yang diwartakan sebagai "the opposite of Mahathir" kini apa yang jadi pada jiwanya?
Mana janjinya ketika bersajak semasa mula-mula memegang kuasa dulu?"Tak ku cari harta bertimbun-timbun" adalah ungkapan yang paling kita ingati sekarang kerana ironinya sangat berlainan,4 tahun dahulu dan sekarang.
Jadi,kalau Anwar Ibrahim berubah,siapa pula harapan Malaysia?
Kita tahu rakyat sudah berani tapi siapa kalau-kalau Anwar pula dinodai kemewahan kuasa?
Muhyiddin Yassin?
Simpang malaikat 44 aku tak sanggup.
Atau Anwar Ibrahim masih ada kejutan kepada kita semua?Mungkinkah bukan dia yang akan naik sebagai Perdana Menteri nanti kerana dia tahu,masih ada seorang yang lebih layak daripada dirinya?Seorang yang tak mungkin hilang kawalan diri dengan kuasa yang diberikan padanya.Seorang yang hidupnya penuh kesederhanaan.
Jikalau telahan aku ini terjadi,memang pandai lah siapa yang memulakan teori "RAHMAN" tersebut.

1 ulasan:
belum berkuasa pun... anwar sekarang bukan lg anwar yg mula2 kuar dr ABIM dulu.. cara dan gaya nye makin samseng... tutur kata dan apa yg kuar dari mulut dia skrg... dah nampak keangkuhan dan tamak kuasa dia... naper dia yg ye2 nak jd PM.... patutnya dia lbh hormat pd pembangkang2 senior spt Hadi Awang... TAKBIR
Catat Ulasan