Jun 25, 2008

Garis Paras Kekayaan Rakyat Malaysia

Kelakar tengok pemimpin2 ni bergaduh.

Seorang cakap patutnya naikkan GPK (Garis Paras Kemiskinan) ke RM1500.Sorang lagi berkeras tak nak naikkan,nak biar maintain RM800.Kui Kui Kui.Aku gelak bukan sebab aku tak sokong Khalid Ibrahim tapi kelakar sebab tengok alasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Amirsham Abdul Aziz tak nak naikkan jugak.Alasan dia,kalau naikkan jadi RM1500 maknanya makin ramai rakyat Malaysia ni jatuh taraf miskin.

First sekali,kita tengok senario:

Gaji RM800 sebulan - Bujang
Gaji Bersih tolak EPF & SOCSO - RM710 lebih kurang

Ansuran Motor EX5 - RM150
Minyak - RM80
Sewa Bilik - RM100
Bil-bil - RM30
Prepaid - RM30 (Sebulan sekali top up)
Makan - RM4 sekali makan,2 kali sehari - RM240

TOTAL - RM630
BALANCE - RM80 (Buat beli baju bundle)
TARAF KEHIDUPAN - "CANTIK-CANTIK SURVIVE"

Tu baru bujang tu,belum kahwin.Kalau dah kahwin tapi isteri tak kerja:

Ansuran Motor EX5 - RM150
Minyak - RM120 (Hantar bini pegi kerja)
Sewa Bilik - RM100
Bil-bil - RM30
Prepaid - RM60 (Sebulan sekali top up,bini pun sama gak)
Makan - RM4 sekali makan,2 kali sehari,2 orang - RM480

TOTAL : (-RM230)
BALANCE - (-RM230) Pinjam Along
TARAF KEHIDUPAN - "ALONG's BEST FRIEND"

Kalau bini pun kerja sekali,gaji RM700..Ini aku ambik kira pendapatan seisi rumah ialah RM1500.Gaji lelaki RM800,bersih RM710.Gaji isteri RM700,bersih RM630.Balance gaji bersih RM1330

Ansuran Kereta Kancil Paling Cikai - RM220
Minyak - RM200 (Hantar bini pegi kerja)
Sewa Rumah - RM250
Bil-bil - RM50
Prepaid - RM60 (Sebulan sekali top up,bini pun sama gak)
Makan - RM4 sekali makan,2 kali sehari,2 orang - RM480

TOTAL : RM1260
BALANCE : RM70
TARAF KEHIDUPAN - "CANTIK-CANTIK SURVIVE BALIK MACAM BUJANG"


Itu aku belum masukkan lagi kalau suami isteri dah dapat anak seorang.Aku kelakar sebab kalau naikkan ke RM1500 pun,sebenarnya ramai yang ngam-ngam je survive.Implikasinya pulak aku nampak ada bermacam-macam:

1) Lelaki takut nak kahwin sebab risiko nak kawin dan kehidupan susah tu sangat besar.

2) Suami-isteri nanti akan takut nak mendapatkan anak

3) Perempuan pulak akan jadi lebih memilih,nak yang kaya-kaya atau Datuk2 yang dapat AP sahaja cthnya spt. Natasha Hudson.

4) Kurangnya rakyat Malaysia yang mampu kahwin sebab saving takde.Masalahnye pulak bila barang2 makin mahal,belanja hantaran ni akan naik jugak sekali.

5) Lebih ramai pasangan suami isteri yang berulang alik dengan menaiki motorsikal dan biasanya anak mereka akan diselitkan ditengah-tengah mereka.Bahaya bang buat camni.

Kesimpulannya,anda tetap jugak akan struggle kalau2 GPK ni dinaikkan ke RM1500.Sebab takde gunanya bergaduh pasal satu Garis guideline.Macam mana pun rakyat jugak yang merana.Kerajaan memang tak peduli.Bodoh betul,ko ingat RM800 tu cukup ke nak hidup berkeluarga?

Jadi kepada sesiapa yang pangkah BN dulu tu,harap2 anda menyesal dan jangan ulangi kesilapan anda.




6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kesian FAIZ , bini nya lari ikut Dato shahrin. wat camno nama pun natasha hudson...perangai macam gula2 lah jugak...serupa gak ngan hakim gula2 HACK tu....Faham2 jelah!

Mantot berkata...

natasha hudson tu kalau dapat kat aku memang puas la aku "ajar" dia cukup2.dulu tu la gadis idaman aku,sayang takde moral

Lord AK berkata...

ah ye lah tu.. moral sangat lah kau mantot hahaha

blogging without moral lagi kan hahahaha..

apistempur berkata...

mantot...aku copy ko nye kupasan paal garis kemiskinan ni eh...aku nak post kat p99 ampang blog...nanti aku acknowledge

Tanpa Nama berkata...

hai mulut korang ni takde insuran ke!!jgn nak ikut sedap mulut..bahay woi..

sarheisei berkata...

patut la ni banyak kes buang baby..pasai mak pak tak dapat nak kawen ; kos sara hidup tinggi...