Jun 14, 2008

The Power of Complaining


Malaysia sangat terkenal dengan adab sopan santun dan tatasusila nya.Kita di ajar dari kecik untuk menghormati orang tua,membantu orang buta melintas jalan dan memberi kucing liar makan.Adakah ada kemungkinan,akibat daripada budaya sopan tersebut menjadikan kita,rakyat Malaysia,Melayu terutamanya lebih senang mengambil sikap "Tak Apalah" dalam segala hal dan bidang?

Bayangkan,banyak benda dan hal yang kita sebenarnya ramai kurang berpuas hati tapi tak banyak pun kedengaran rungutan2 dari pihak kita,orang Melayu."Takpelah,mungkin nanti ok la tu,biarlah,ok lah tu,jadi lah tu,"ayat-ayat biasa yang kita dengari dari mulut orang Melayu.

Aku nak bercerita mengenai satu lawsuit yang terjadi di USA.

Mungkin ramai yang pernah dengar pasal konsol game Microsoft X-Box 360.Sistem konsol tu menyediakan satu sistem online servis yang dipanggil X-Box Live dan sistem ini adalah berbayar.Bayaran nya murah je 50 dollar setahun,jadi kalau sebulan baru 4.20 dollar.

Krismas lepas,sistem online tu tergendala selama hampir seminggu jadi adalah 3 orang ni yang hangin sebab dah gian sangat nak main game tapi tak dapat.Apa yang diorang buat?3 orang ni upah lawyer dan saman Microsoft sebanyak 5 juta dollar.Bayangkan untuk 4.20 dollar sebulan yang nilai dia sangat kecil tu,diorang berani saman MICROSOFT,bukan kompeni cap ayam tu.

Jadi,kalau kita,adakah kita berani buat macam tu?Dengan perkhidmatan internet sebulan yang berbayar RM66 minimum sebulan dan biasanya servis hanya laju pada waktu subuh,kita still diam.Dengan perkhidmatan Astro yang berharga RM35 minimum sebulan dan dari berapa belas channel tu,2 channel dikhaskan untuk mangkuk2 ayun Akademi Fantasia,kenapa kita still diam?

Dan pasal kerajaan ni,kenapa ada lagi yang masih menyokong Pork Lah?Aku ada member yang merungut sebab minyak kereta dia naik mendadak.Tapi dia still percaya kerajaan kita bagus dan Anwar Ibrahim agen USA.Hehehe,gelak je lah aku dengar,kalau betul,biarlah dia agen USA asalkan niat dia nak bantu rakyat.Lagi baik Agen USA daripada Khairy Jamaluddin.

Bukak mata bukak telinga.Mungkin ada lagi sesetengah golongan yang pekak dan bisu,diperbodohkan oleh Utusan Meloya dan Berita Hairan.Kita dah mula belajar complain.Orang2 Bukit Mahkota dapat jalan toll free sebab diorang complain.

Jadi,5 hb Julai,kita complain lagi.
Sampai kita puas hati.

Further Reading:
Microsoft Being Sued After Service Failure
The Consumerist

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ye lah tot.. baru-baru ni EA Sport kene saman ngan 2 org peminat NFL sbb diorang bosan EA monopoli game sukan..
agak2 kite boleh saman astro/streamyx tak sbb kes monopoli?