Jun 20, 2008

Oh The Malay People!

Semalam,malam dalam pukol 9 ke 10 tah,aku keluar lah membeli rokok dekat stesyen rumah dekat rumah aku.Lepas tu terase lak nak minum air mangga,jadi aku pergi lah ke kedai makan.Order la air mangga satu.

Tengok kedai tu punya la ramai orang.Aku tak pernah pun tengok area kedai makan situ penuh camtu,semua kedai penuh.Kecuali kedai western hujung jalan,kedai lain biasanya suram sket.Rupa-rupanya geng-geng MLM sudah lepak situ.Dulu ada gak dia lepak situ tapi takde la seramai malam tadi,dah beranak pinak dah diorang ni.Mesti bisnes berkembang maju.

Siap brader kedai air tu tanye aku "Ko tak join ke Uptrend ni?"

Aku sengih je la.Sepanjang aku terdedah dengan benda2 MLM ni tak pernah pun aku join sekali pun,sesen pun aku tak pernah bagi kat ATM ke,OmegaTrend ke,Uptrend ke,ape lagi tah name2 die yang pelik2.

Ramai dah kawan2 aku yang terjebak dalam MLM ni.Dulu racun siap baik punye ayat,"Tot,nanti2 lepas habis belajar,ko nak ke keje makan gaji?Mana cukup nak belanja,nak kahwin,"itulah ayat kawan aku dulu.Masalahnya ayat yang dia pakai tu juga digunakan oleh member2 aku yang lain terjebak.Macam dah dilatih cakap camtu.Macam robot.

Aku tak nampak apa logiknya MLM ni.Itu jelah aku selalu jawab kat diorang.

Sebab jelas kita boleh nampak macam mana perbezaan bangsa lain meniaga.Aku rasa susah betul nak jumpa orang Cina yang buat MLM ni.Yang buat kebanyakan nya orang Melayu,bangsa Melayu jugaklah yang penuh kat kedai makan tu semalam.Masa aku berdiri kat situ tunggu air aku,ada sorang brader tengah pancing Makcik sorang,siap keluar kertas calculation.Makcik tu muka terpaksa je,angguk2 geleng2 je lah.

Jadi,macam mana orang Cina boleh lagi kaya dari orang Melayu?

Sebab diorang lagi rajin dari kita,usaha!Daripada meniaga secara haram kecil-kecilan contohnya DVD haram atau ke sebesar2 alam,orang Cina BENAR-BENAR BERNIAGA bukan?Cekik darah ke potong leher ke.diorang meniaga.Jual barang dapat untung sikit pun takpe asalkan dapat untung dan yang paling penting,diorang mula kecik2 dan visi diorang besarkan bisnes nanti2.

Tapi Melayu?

Baru mula meniaga MLM terus tanya nak untung ribu2.Terus tanya berapa bulan aku boleh dapat RM20,000 balik?Bila dah dapat untung sikit,terus beli kereta BMW,beli Harrier.Kononnya untuk dijadikan bukti yang kita dah berjaya.Padahal tu sebenarnya jerat supaya and terus stay dengan bisnes MLM tu,sebab kalau keluar atau berhenti,tak mampu lah anda nak menanggung beban hutang kereta.Itulah cara orang Melayu nak jadi kaya,semua pakai shortcut.Kalau tak MLM,jadi ahli politik,jadi menteri,jadi menantu Perdana Menteri.

Mungkin sebab tu orang Cina cakap Melayu pemalas.Nak duit banyak tapi nak duit cara mudah.Sebab tu lah kebanyakan yang masuk MLM tu bungkus.Hahahah,aku gelak je la bila teringat balik ayat2 pujukan member aku.Sekali-sekala bukak balik pasal cerita MLM ni membuatkan ramai member aku tersipu-sipu malu dan terus menukar topik.

Hangin betul kalau member2 ajak keluar minum lepas tu bila duduk je dia bawak keluar file dari beg dia.Terasa nak je blah je masa tu tapi dengar je lah apa yang dia cerita.Buang masa aku sejam lebih.Nasib baik minum dia belanja.

Biasanya kat kedai mamak je la.Kalau kaya sangat,pancing la aku buffet dekat Hilton ke,sejuk gak hati aku ni.Terasa gak masa aku tak terbuang.


4 ulasan:

|1f34|-|1r3 berkata...

lain org..lain pendapat..tp bg pendapat saya..MLM ni mmg satu strategi pemasaran yg bagus...tp masalah nyer orang Melayu kita ni cakap x serupa bikin...dah dpt orang...bukan nak tlg maju sama2 ...dh masuk kt bawah..xnak tolong maju sama2...

Tanpa Nama berkata...

Sorry to sayla....mungkin aku ni tak ikut perkembangan...apeke bendenye MLM? Kalau ikut citer, mcm direct selling je nampaknye.

Anis berkata...

Ha ha, MLM=Meniaga Larut Malam, dipetik daripada Read This Before Joining MLM.

iamBIG berkata...

walaupun ni entry lama, tp aku nk komen gak....time aku blaja dulu kt JB, aku ngan membe2 nk cari keje part time...belek2 sokkaba, jumpa 1 iklan ni..aku sebgai leader call lah org 2, org 2 dgn smgat ckp jom jmpa tok ktia berbincang...alahai, aku ngan kengkwan ni naif sgt2...kitaorg g jmpa, dia ajak dok lam marrybrown, cita a sampai z pasal MLM dia...siap bawak saksi 2 -3 org untuk mengiyakan ape yg dia ckp...seb bek aku ngan muka bengis aku trus ckp xnak, xpelah, t kita org pikir kan...mane x nyer, kitaorg nk keje yg bg kitaorg duit, bknnnyer kitaorg kena kuar kan duit, 3 ratus plak 2...bangang tol...last2 kitaorg kuar gitu jer, igt kan dia nk la blnja kat marryberaun 2...aku agak, klu kitaorg setuju baru dia nk belanja kot...melayu2, eh silap, meleis2...