Aku orang Kedah.Dekat kampung aku,Kuala Nerang setiap hari raya mesti ada terjadi satu insiden yang pelik.Masa mula-mula dulu sebelum mata aku celik,aku tak faham kenapa orang2 PAS buat macam tu,maksud aku solat sunat Hari Raya asing-asing.Bila aku borak ngan Pakcik aku,dia tanya aku "hang nak semayang mana kali ni?Masjid UMNO ka Naksah PAS?" (Naksah tu sama macam Madrasah)
Tiap-tiap hari Raya,orang-orang Kuala Nerang akan terbahagi 2.Mereka kena pilih sama ada hendak ke sebuah Masjid yang tersergam indah di pekan Kuala Nerang atau ke sebuah Madrasah yang dulunya uzur (sekarang dah ok dah) tempat berkumpulnya orang2 PAS.
Biasanya aku ke Madrasah PAS tu sebab dekat dan kubur arwah Datuk aku betul2 belakang tu.
Itu baru pembahagian kerana tak sama fahaman politik.Tapi apa akan jadi pulak kalau projek "Satu Negeri,Satu Masjid Hadhari" ni dijalankan.Bukan setakat projek tu akan memisahkan orang Islam ikut politik malah projek tu akan juga memisahkan orang Islam ikut Islam tu sendiri,kerana banyak perbezaan pendapat berlaku setelah wujudnya "Islam Hadhari" itu.
Persoalannya,tak cukup kah Masjid kat Malaysia?Aku rasa tak perlulah nak membelanjakan RM4.2 juta untuk sebuah masjid.Kalau nak sangat buat Masjid,ikut cara Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary,keluarkan duit sendiri,buat la masjid selawa-lawa yang anda nak.Cantik masjid tu,betul2 belakang rumah aku kat Alor Setar.
Perlukah "Masjid Islam Hadhari" itu?Adakah Pak Lah terlalu desperate untuk menjadikan Islam Hadhari sesuatu yang berjaya sebelum dia berundur? (lambat lagi tu,sori Najib)
Mahukah kita,bila solat Jumaat terpaksa membuat pilihan,ke Masjid Islam Ordinary atau ke Masjid Islam Hadhari?Bila agama dijadikan satu bentuk taktik peperangan dalam politik,benda2 macam ni la yang akan timbul nanti.
Hentikanlah projek bodoh tersebut.Rm4.2 juta satu masjid kita darabkan dengan 14 negeri kita dapat RM58.8 juta.Banyak tu dan sudah pastilah kos nak membina masjid tu jauh lebih rendah daripada yang tertera.Lebih baik wang-wang yang banyak tu disalurkan untuk membantu melatih lagi ramai guru2 agama,membuka lebih banyak kelas-kelas mengaji dan juga memperkukuhkan lagi subjek "Pendidikan Moral" di sekolah-sekolah.
Cuma,diharapkan janganlah dipanggil Ustaz dan Ustazah dengan gelaran Ustaz hadhari.Ataupun wujudnya Kelas Mengaji Islam Hadhari.Subjek baru nanti usahlah dipanggil "Pendidikan hadhari"
Link Kepada Berita Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan