Jun 12, 2008

Fungsi Kerajaan Malaysia - Orang Tengah


Bila kita fikir-fikir balik,sebuah kerajaan adalah dilantik OLEH RAKYAT,kan?Jadi,apa tugas kerajaan sebenarnya?

Kita boleh nampak jelas fungsi kerajaan kat negara-negara lain di mana kerajaan adalah satu badan yang ditubuhkan untuk mentadbir negara atas mandat rakyat (kalau ikut sistem demokrasi la).Untuk mentadbir sesebuah negara,aku rasa benda yang paling patut diutamakan dan dijaga sepenuhnya adalah rakyat itu sendiri.Contohnya macam dekat UK,rakyat2 yang tidak bekerja (atas alasan yang kukuh) akan mendapat elaun sebanyak 150 pound seminggu untuk dijadikan kos sara hidup.Fungsi kerajaan juga adalah memastikan sesuatu sistem dalam komuniti rakyat itu berjalan lancar tak kiralah dalam semua bentuk,pengangkutan,makanan,hasil bumi dan sebagainya.

Jadi,kalau kita tengok balik,apa sebenarnya yang kerajaan kita buat?

Kerajaan Malaysia lebih banyak menggunakan kaedah konsesi kepada syarikat-syarikat swasta selaras dengan matlamat penswastaan kerajaan satu masa dulu.Dari situ kita nampak tertubuhnya syarikat-syarikat pengurus lebuhraya yang berlambak-lambak sebagai contoh.Apakah tugas kerajaan sebenarnya dalam hal tersebut?Kalau fungsi kerajaan hanyalah sebagai perunding antara rakyat dan syarikat2 konsesi2 tersebut,aku rasa tak perlulah ada kerajaan.

Begitu juga halnya dengan syarikat2 swasta yang menyelia projek2 pembekalan air ke negeri2.Aku tak nampak apa perlunya kerajaan dalam hal tersebut selain daripada menjadi orang tengah rundingan dan biasanya yang lebih untung bukannya kerajaan tetapi syarikat2 yang mendapat tender tersebut.

Jadi,matlamat asal sebuah kerajaan ditubuhkan ialah apa?Sebagai wakil kepada rakyat bukan?
Di mana letaknya suara Pihak Rakyat dalam rundingan2 tersbut?

Apa gunanya ada kerajaan jika apa yang kerajaan Malaysia tahu buat hanyalah melepaskan tanggungjawab dalam isu harga minyak?Bukankah isu harga minyak ni dah bising berapa tahun dah?Apa yang kerajaan buat untuk menangani hal tu?Kalau setakat meeting bila dah benda tu jadi teruk,aku rasa budak2 tak sekolah pun boleh buat.Buat meeting dan ambik keputusan,"Takpelah,kita naikkan je lah harga minyak.Nak buat macam mane lagi kan?"Aku rase macam tulah kot hasil meeting tu.

Jadi,kenapa nak gelar diri sendiri wakil rakyat kalau sebenarnya masa buat decision tak mintak pendapat dari pihak rakyat?Sorilah kerajaan,wakil2 rakyat ni takleh la nak diterima sebagai suara rakyat.Turun ke bawah ni woi menteri2,tanya rakyat sendiri face to face.

Jangan panggil diri anda wakil rakyat kalau anda tak usaha langsung nak protect rakyat.

Tiada ulasan: