Masa aku balik kerja hari ni,sambil bawak motor memikirkan masalah kewangan aku (hari ni aku isi minyak 2 kali,hehehe..gile ah motor pun kuat minyak skrg),aku terdapat satu petunjuk.
Pernah tak anda terfikir kenapa sistem pengangkutan awam kita macam sampah?
Cuba bayangkan,negara kita ni takde la sebesar mana dan tak semaju mana pun.Tapi,sistem pengangkutan awam kita adalah satu sistem yang boleh dikatakan cukup moden dari segi teknologi tapi sangat lemah dari segi aplikasi.
Sepatutnya,sistem pengangkutan awam kita boleh jadi lagi baik dari sekarang sebab:
1)Kita tahu negara kita banyak duit
2)Risiko untuk membina satu sistem pengangkutan awam TERBAIKKK adalah sangat rendah kerana kita diluar lingkungan lingkaran gunung berapi dan gempa bumi.
3)Kita tahu dan sedar pengangkutan awam sangat penting
4)Pengangkutan awam yang TERBAIKK meminimakan penggunaan kereta dan petrol
5)Kadar pelepasan gas CO2 ke udara pun dapat dikurangkan
Dalam 5 sebab yang aku bagi tu,hanya ada satu sebab je yang aku rasa kenapa pengangkutan awam kita macam HARAM-"4)Pengangkutan awam yang TERBAIKK meminimakan penggunaan kereta dan petrol"
Kita sebuah negara membangun dan kita adalah sebuah negara pengeluar kereta.Nampak tak kaitan dia tu?Bila kita meminimumkan penggunaan kereta,ini akan membuatkan penjualan kereta di negara kita akan berkurangan.
Siapa yang rugi kalau rakyat Malaysia tak nak beli kereta?
Banyak pihak bukan?
Jadi,adakah dengan sengaja,kerajaan Malaysia menjadikan sistem pengangkutan awam di negara ini SANGAT TIDAK EFISIEN untuk memastikan rakyat lebih suka membeli sebuah kereta?Bila majoriti rakyat ingin membeli kereta,kereta mana mereka mampu miliki?
Aku rasa ramai yang berfikir "daripada aku tunggu dan naik 4 bijik bas,keluar awal2 pagi dan kena bau ketiak orang ramai,lagi baik aku naik kereta."Mak bapak pun risau anak perempuan nak jalan-jalan naik bas,belilah kereta sebijik hutang 9 tahun.Jadi dibelilah Proton sebijik ,sebab itu je yang majoriti rakyat Malaysia mampu.
Nak tolong negara la kononya.Padahal,choice kita sangat limited.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan