Jun 21, 2008

Sistem Pertahanan Awam Malaysia Yang Bangsat


POLIS TAHAN 2 TENTERA SAMUN,CULIK WANITA

KOTA BHARU 15 Jun - Polis menahan dua anggota tentera selepas enam jam mereka menyamun dan menculik seorang wanita serta anaknya yang berusia empat tahun di Pasar Borong Wakaf Che Yeh dekat sini petang semalam.

Kedua-dua lelaki yang berusia 23 dan 24 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.45 tengah malam tadi selepas kereta yang dinaiki terlibat dalam kemalangan ketika dikejar oleh sepasukan anggota polis di Jalan Padang Tembak, dekat Pengkalan Chepa.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, sebaik polis menahan kereta terbabit, salah seorang suspek dikatakan cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan beberapa minit kemudian, manakala rakannya yang cedera parah dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini.

Beliau berkata, kemalangan itu juga menyebabkan mangsa yang berusia 28 tahun mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Pakar Perdana, manakala anak perempuannya cedera ringan serta hanya mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.(LINK)


DUA DAKWA POLIS PAKSA ORAL SEKS

MALAYSIAKINI 21 Jun - Empat didakwa didera oleh polis Kajang baru-baru ini, termasuk dipaksa mengadakan seks oral, disembur racun pembunuh nyamuk di bahagian muka dan menjilat kasut anggota polis.

Semasa proses siasatan, selepas menerima reman pertama, anak guam saya telah dipukul dan dua daripada suspek dipaksa melakukan seks oral," kata peguam mereka, Kartigesan Shamugam.



Mereka berdua, termasuk seorang suspek bawah umur, dipaksa melakukan seks oral antara satu lain di depan sekumpulan anggota polis, seorang berpangkat sarjan. Lima orang, termasuk keempat-empatnya, ditahan mulai 29 Mei lalu dan direman selama lapan hari di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kajang.(LINK)

Gambar sekadar hiasan.
Takkan la takde orang yang perasan kot?Apa nak jadi dengan polis dan tentera ni?Kalau masuk Edisi Siasat ni mesti dah kena "Ape ke jadahnya polis dan tentera negara kita ni.Ptuih!"

Adakah geng-geng polis dan askar nii dah tak takut undang-undang,kononnya mereka la penegak undang-undang.Jadi,diorang boleh buat apa diorang suka.Tapi sebab yang buat tu askar dan polis,jadi cerita dia pun bagi naik sehari lepas tu terus diam.

Kalau camni la perangai askar ngan polis ni,aku rasa takyah lah ada polis ni.Suruh je Persatuan Pengakap Malaysia jadi pengawal keamanan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bukan semua polis ngn askar mcm tu encik. Kalau pengakap jadi pengawal keamanan pun, semua baik ke?

Lord AK berkata...

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..

Dalam banyak-banyak Cikgu, ada sorang dua yang isap dadah. Abis nak suruh cikgu tadika ngajar ke.

Dalam banyak-banyak doktor, ada jugak yang jual bayi. Abis tu nak suruh budak PBSM ganti doktor??

Biasa la tu Mantot. Kita cakap pasal ORANG kan.