Jun 16, 2008

Food Review : Nasi Ayam OK Sungai Besi

Ahah!

Setelah mengidam lama gila nak makan nasik ayam ni,akhirnya hari ni aku berjaya jugak.Lama aku terbayang2 semenjak hari aku pegi dulu dan nasi ayam tu habis.

Jadi,bila aku sampai kat kedai tu,tengok orang tak ramai.Bila sampai je aku terus tengok berapa ayam yang tergantung dan aku berasa lega sebab ada 3 ekor ayam.Yes,akhirnya!Jadi,aku pun duduk dan terus kakak tu datang amik order.Aku pun order makanan standard aku,nasi ayam dan teh ais.Tunggu lebih kurang 5 minit,nasi ayam aku tu pun sampai.

Aku renung dulu nasi ayam tu,pastu tangkap gambar sebagai kenang-kenangan.Aku ambik sudu dan aku suap dulu nasik dia.Humm,biasa je ni.Aku rasa sup dia semulut,srruupp.

"Apa yang Joe dan Yus cakap best sangat kedai ni?"fikir aku (Joe member aku,dah berpunya,Yus tu belum,still looking)

Aku ambik cili dan sup dia dan aku tuangkan ke atas nasik.Lepas tu aku cubit ayam sikit.Masukkan semua sekali dalam mulut dan...terkeluarlah semua nikmat2 dia.Aku seperti berada di kayangan masa tu.Dengan ayam yang rangup dan lembut,nasik dan sup yang seperti adik beradik kembar,aku sedar Joe tidak cuba mempermainkan aku.

Memang sedap tapi pada aku bila makan tu ada cara dia.Kena ada semua sekali dalam satu suap.Setengah2 kedai,nasik ayam dia sedap kat sup,ayam dia biasa,kedai lain lak ayam dia best,sup dia tak kena tapi di Nasi Ayam OK Sungai Besi,nasi ayam ni adalah seperti satu campuran tidak boleh dipisahkan kalau nak rasa nikmat dia.

Ayam dia panas dan rangup.Argh,takpe,aku masih cuba meragui kata-kata Joe dan Yus itu.Selepas habis sepinggan aku pun order lagi sepinggan.

Aku terpaksa mengakui Joe dan Yus memang betul.
Nikmat nasi ayam tu still sama lagi.Nasi ayam ni memang OK gila dan aku memang pelahap.

Nasi Ayam OK Sungai Besi
Pekan Sungai Besi
Harga : Nasi Ayam - RM4.00

Rating - 9/10



6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tot nasi ayam ni bukan cam nasi ayam dpn BB tu ke? make sure pisau die tak potong babi macam dulu ok :D

Mantot berkata...

haahahha..ni orang melayu aa.insya allah ok

Tanpa Nama berkata...

i pn single n still looking....;)

anis berkata...

encek mantot..
kalau nak rase lagik nasik ayam yang sedap, try nasi ayam mencongkam kat gombak.. batu brapa tak ingat.. tapi berdepan dengan masjid dan tak berapa jauh dari pasar besar gombak.

Tanpa Nama berkata...

good read, post more!

Tanpa Nama berkata...

baca banyak2 post setakat ni takda pun yang dapat fullmark 10/10.
kedekut markah ker?huhu