Jun 27, 2008

Kau dan Aku Sudah Kena Ubat Pelali Kerajaan

Pembaca-pembaca sekalian,

Berapa harga roti canai yang paling murah anda pernah makan sebelum2 ni?Seingat aku,masa aku budak2 dulu,roti canai sekeping 30 sen.Tu harga tahun awal 90 an.Aku ingat lagi dulu aku beli roti canai breakfast family aku,biasa beli 8 keping.Harga semua dalam RM2.40.Sekarang,harga sekeping roti canai ialah Rm1.20.Kalau tere,bole dapat murah pun 80 sen.

Apa bezanya kandungan roti canai dulu dan sekarang?Dulu tepung dia berkualiti tinggi ke?Dulu tu kuah kari dia tu dari ikan2 yang terpilih ke?Sama je kan?Kenapa sekarang kita kena bayar lebih?Barang naik harga?Aku rasa harga tepung takde la jauh beza dulu ngan sekarang.

Kenapa aku tanya korang camtu?

Adakah ada antara korang yang rasa murah je roti canai tu kalau harga dia RM1.20?Ada tak?Kalau anda rasa RM1.20 itu murah,maknanya anda sudah kena ubat pelali kerajaan Malaysia.

Renungkanlah,apa yang berlaku bila harga sesuatu benda tu naik?Kita akan kecoh sekejap.2 bulan,3 bulan lepas tu senyaplah kita,teruskan hidup macam biasa.Sebab kita dah terbiasa dengan harga2 yang kita bayar.Kita dah adapt hidup kita supaya kita mampu bayar harga yang baru tu.

Bila harga tu naik balik kemudiannya,apa yang kita buat?Kita ulang balik apa yang kita dah lalui tu.Kecoh sekejap 2,3 bulan kemudian kita adjust dan adapt balik hidup kita.

Cycle tu pun berulang2 sampai lah roti canai tadi dari harga 30 sen naik sampai RM1.20.

Jadi,aku nak tanya korang,sampai bila?Sampai bila kita nak biarkan cycle macam tu terus berulang-ulang?Nanti bila harga minyak nanti naik lagi,kita akan teringat balik kenaikan minyak pada 4 hb Jun, 2008.Masa tu barulah kita nampak yang harga RM2.70 tu sebenarnya murah je.
Sebab masa tu kita dah adapt dengan harga RM2.70 tu,kita dah belajar hidup dengan harga mcm tu.

Kalau kita teruskan jugak,satu hari nanti anak2 kita akan bayar RM5.00 untuk sekeping roti canai dan pada diorang harga tu sangat berpatutan.

Nak ke kita biarkan Malaysia sampai ke tahap macam tu?
Bukak mata anda dan sedarlah daripada ubat pelali kerajaan Malaysia.Teruskan momentum kesedaran kita.Kepada yang dah sedar,cuba sedarkan yang lain.Kita rakyat Malaysia dan kita nak barang dengan harga yang paling minima sekali berbanding negara lain.Sebab tanah Malaysia kita ni satu anugerah yang Tuhan tak bagi kat negara-negara lain.

Kita nak roti canai yang berharga 30 sen balik!
Protes dan jangan berhenti sampai kita puas hati.Jangan biasakan diri kita dengan harga barang yang sebenarnya tinggi.

3 ulasan:

Lord AK berkata...

Haritu aku pergi Indon. Rokok Dunhill 20 harga 10k Rupiah = RM3

Teringat aku masa Form 2 dulu (1995). Aku beli sekarton rokok Dunhill 20 (untuk lesen) cuma RM35 jer. Sekotak RM3.50 lah kiranya tul tak.

Bila banding balik. Harga terkini sekotak rokok Dunhill 20 kat indon still lagi murah dari sekotak rokok Dunhill di Malaysia pada 13 tahun yang lalu hahaha.

Tanpa Nama berkata...

Janganlah melompat terus ke penyelesaiannya..jangan cepat melatah.Harga barang naik ada sebabnya.Bukan di Malaysia saja.Ekonomi kita ni bergantung kepada turun naiknya ekonomi dunia.dalam hal ni, US merupakan penentu bagi jatuh bangun ekonomi negara-negara membangun,khususnya Malaysia.Nak cerita bab ekonomi, saya cadangkan saudara jelajah dunia internet ni sebab apa harga barang naik.

dari segi konsep kehidupan pula, kita perlu berubah.makin moden,makin canggih la penghasilan sesuatu produk.ok..contohnya tepung.tau kenapa tepung naik harga? dulu tepung kita buat guna tenaga manusia je. bayar gaji pembuat tepung pun berapa ringgit je.skarang pakai mesin.u tau berapa kos mesin tu?berbilion.so dari situ kita 'evolve'.

banyak lagi penjelasan dan contoh yang saya boleh berikan..tapi cukupla setakat ni.kalau nak kita boleh bincang.

Rokok di Indonesia ada murah..ada mahalnya.Kalau perasan, rokok Indonesia kurang sikit mg nikotinnya.rasa pun tak enak sgt.Harga rokok di Malaysia sebenarnya berpatutan.

Tanpa Nama berkata...

hahah Zareen kena ubat pelali kerajaan....apa ko cakap masuk akal...tapi klu dah naik harga smpai tak masuk akal gile pe?? contohnya minyak petrol...subsidi tarik tapi bagi rebate?? ampeh...tak masuk akal