November 23, 2012

Apa Saja Trend Baru Dunia Insya Allah Orang Melayu Akan Mengikutnya

Satu masa dulu, tahun 2000 rasanya, aku dengan member aku duduk ramai2 dekat food court kat U dan berborak. Kalau lelaki, kau paham lah borak pasal apa...sama ada bola, awek, sapa dah upgrade komputer atau siapa yang dah ada awek. Testosterone masih lagi tak stabil waktu tu.

Dekat kedai yang kitorang selalu makan dulu, ada satu makcik ni yang meniaga dengan anak dia dua orang. Anak dia seorang laki, seorang perempuan. Ada satu hari, anak dia yang perempuan pun jadi topik perbincangan kitorang.

"Aku yakin, kalau anak dia ni besar, mesti cun," kata member aku. Aku dengar aje la tapi aku tak mampu nak menidakkannya. Aku pun rasa benda yang sama. Minah ni (waktu tu umur dia darjah 5 rasanya) bila besar mesti dia cun. Ramai jugaklah yang menyokongnya dan aku rasa ada jugak dapat sokongan daripada geng2 pempuan jugak.

Takde siapa pun bajet yang satu masa nanti kitorang boleh tengok sendiri betul ke tidak ramalan kitorang tu...tapi itulah yang berlaku pada aku sebab semua geng aku berhijrah dan aku yang kebetulan pulak kerja kawasan sama dengan tempat aku belajar, jadi pada satu hari dalam tahun 2007...aku gi makan kat Terminal Bas Cyberjaya...tang tang tang...makcik tu ada meniaga situ. Dan anak dia? Masih cun tapi jarang ada kat kedai sebab kalau aku jumpa dia pun dia mesti baru balik dari sekolah sebab berpakaian uniform sekolah.

Buat pengetahuan semua, satu masa dulu terminal bas kat Cyberjaya adalah tempat makan paling best...sebab dia tutup pukul 10 malam dan selalunya 10 malam pun masih penuh. Kedai tak pernah rugi lah rasanya dan aku tengok makcik2 yang meniaga kat situ pun suka aje muka diorang. Tapi lama kelamaan, satu persatu kedai bertukar, yang mana orang lama sekejap tutup sekejap bukak...yang paling tak best tempat tu mati lepas jam 7 sekarang ni. Even lepas pukul 3, dah sunyi tempat tu.

Kedai makcik ber-anak cun ni pun mengalami benda yang sama. Lama jugak la dia tutup tapi baru dua minggu ni dia bukak. Lama betul dia tutup dan mungkin sebab aku membesar dengan makanan makcik tu dari aku zaman belajar rasa tak puas makan kat tempat lain (tak ada kaitan dengan minah cun ni)

Bila tengok kedai makcik tu bukak balik, aku dengan member aku melompat, sebab makcik tu kira tak mahal dan lauk2 dia ok. Bila aku mintak nasik, anak dia yang pempuan tu bagi.

Masih lagi cun. Tapi sekarang dah pakai tudung.

Satu masa dulu orang2 yang meniaga di sini semuanya gembira dengan jualan tapi aku perasan sekarang ni memang diorang dah susah nak carik makan. Kalau ada pun pelanggan tetap hanyalah driver2 bas yang berenti rehat kat situ.

Keliling tu, sekarang ni dah penuh dengan kedai nasik arab, KFC,Pizza Hut,PappaRich,bermacam lagi jenis kedai dan majoriti kedai kat sekeliling tu memerlukan kau spend bodoh2 RM13 untuk sekali makan. Mungkin sebab terminal tu kotor sikit dan orang ramai isap rokok kat situ yang membuatkan lebih ramai yang sanggup spend lebih setiap hari, membuatkan peniaga-peniaga Melayu di situ makin hari makin dekat dengan status gulung tikar.

Tapi aku tak sanggup. Gila sekali makan RM13. Mana2 kedai kat area situ mesti mark up air kaw2 punya. Even air suam pun 80 sen,60 sen.

Kita sibuk nak boikot macam-macam kononnya nak musnahkan ekonomi orang lain tapi mungkin tak ramai yang fikir dengan datangnya kemajuan yang dibawa kerajaan khasnya untuk tempat seperti Cyberjaya ni, lama kelamaan golongan peniaga Melayu kecil-kecilan makin lama makin tersempit perniagaan diorang.

Betul kan? Makin maju, makin moden, automatically peniaga Melayu yang meniaga sikit2 ni akan dihimpit oleh brand2 lain yang besar dan punyai sumber kewangan lebih baik sebab hari ke hari pelanggan diorang, sikit demi sikit ditarik oleh restoran lain yang mampu menyediakan perkhidmatan lebih selesa Dan selalunya...restoran tu bukannya milik orang Melayu pun. Kat Cyberjaya ni...makin lama kedai arab makin banyak. Aku....tak berapa gemar orang arab ni.

Dalam dunia fantasi aku, happy ending yang optimum untuk aku adalah aku keluarkan 5 juta, renovate terminal bas Cyberjaya supaya ada non-smoking zone dan renovate bagi cantik lagi...kemudian aku hantar rombongan merisik anak makcik tu untuk jadi member isteri aku sambil tengok peniaga2 kat situ bernyawa kembali macam zaman kegemilangan tempat tu circa 2000-2006....dan kemudian aku dapat "happy ending."

Tapi tu fantasi aku aje la.

Realitinya, aku kena accept yang memang hukum alam begitu. Makin moden, makin maju kita, makin terbukalah kita dengan konsep baru. Dan memang lumrahnya peniaga-peniaga kecil-kecilan khasnya peniaga Melayu yang tak punya modal banyak ni akan dipinggirkan perniagaan mereka ditelan gergasi2 korporat atau restoran upscale yang perlu ratus2 untuk makan satu keluarga.

Apa option peniaga Melayu? Salah ke orang Melayu meniaga jual sama harga dengan orang lain?

Nak naikkan harga? Orang marah. Nak jual murah? Diorang rugi. Cuba kedai makanan Melayu jual macam harga kedai mamak, sure ramai yang boikot tapi kenapa kedai mamak masih lagi penuh dengan orang2 Melayu? Seolah-olah, masyarakat Malaysia ni, bukan setakat boikot, malah ugut peniaga kecil-kecilan ni. Jadi, diorang takkan maju sampai bila-bila sebab kita dah set expectation berapa harga diorang patut letak.

Tapi, kalau orang lain jual...teh tarik 4 ringgit pun sanggup.

Sebab tu lah, pada aku, bila tiba aje demam memboikot ni dekat masyarakat Melayu Malaysia, aku tak kisah sangat. Macam kempen boikot Lego...KAH KAH KAH KAH. Apa punya bangang orang Melayu yang percaya Lego Nabi Muhammad tu. Siap ada yang ajak boikot barang2 Denmark lagi sebab Lego = Made in Denmark.

Pada aku semua tu trend dan orang Melayu adalah pengikut trend nombor satu dalam dunia. Kenapa sebelum ni tak buat? Ada orang boleh boikot McD bertahun-tahun kenapa anda yang baru nak boikot McD sehari dua pulak yang bising? Nak boikot...boikot sampai bila-bila la.

Ni dah gencatan senjata, tak berapa ramai pulak yang ajak boikot kat Facebook.


22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahaha... aku penah dengar kawan aku komplen harga teh tarik kat gerai makcik naik 20 sen tapi tak kisah plak kat restoran mamak kena tambah lagi 40 sen , ada gak yg sampai RM1 beza- kopitiam...ok jer...
-comrade-

Gerb berkata...

Dari tahun 1998 smpi ke sekarang , harga makanan kat mamak bawah pokok Desa Serdang cuma naik 0.50 sen. Disaat mamak2 commercial jual maggie goreng 4.50, mamak tu masih steady jual maggie goreng rm3.00. Teh tarik gelas kecik singgit. Dan smpi skrg saya masih jadi pelanggan setia.

Saya tak jumpa lagi makanan yg lazat kat cafe2 mcm tu. dah la mahal, tak sedap pulak. double down.

Tapi kdg2 ada masa saya pegi jgk sebab nk wifi percuma.

Minum white coffee 3 teguk 3++. (6% TAX NOT INCLUDE).

tehehehe..

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan salah sbb pinggirkan peniaga melayu.Tu betul jugak sbb pemimpin ni pun pikirkan untung poket kroni jer.Tapi org melayu ni pun satu hal jugak,malas nak memajukan diri pun ya.Serba serbi nak harap bantuan dan org melayu sdr pun tak suka nak support sesama sendiri.Nak cari loyal cust mcm mantot ni payahlah kut.Ni kisah benar ye,sedara aku dpt pinjaman bank pertanian utk bisnes.Dpt jer duit,benda pertama dia buat ialah modified kereta.WTH sungguh.Pastu produk cincai boncai.Bila nasihat buatlah packaging menarik utk tarik pelanggan,dia bagi alasan modal takde.Produk cincai kau nak expect apa?Customer dh tentulah akan pilih yg elok,cantik dan selesa walaupun kene kuar duit lebih,berbaloi.Tak sampai 2thn,bungkus..Bkn salah sesapa,salah sendiri.Dia pikirkan selesa sdr,bkn utk cust

cik siti fairuz berkata...

bole je jadi amalan, bukan ikut musim. pucuk pangkal ikut level otak org msg2 nak berubah ke tak.
mantot, ko tipu fantasi nak jdkan budak kedai tu member bini ko... sebenarnye ko nak bini ko jadi cikgu tuisyen kat budak tu kan? muahaha taktik kotor

Fara Abdul berkata...

'Sebab tu lah, pada aku, bila tiba aje demam memboikot ni dekat masyarakat Melayu Malaysia, aku tak kisah sangat.'

aku pun berpendapat macam ko. bila bg aku kalau boikot takat barang yg x pernah atau jarang guna, baik x payah boikot. nak boikot, biar konsisten.

tp ramai yg butthurt bila aku bg pendapat mcm ni. sbb ianya memusnahkan angan2 mereka yg mereka telah 'berbakti kpd saudara sesama Muslim'. my retort: kalau pendapat aku x betul, mesti para pemboikot x rasa apa2 selain dari rasa seperti telah berjasa.

aku setuju dgn anon: peniaga melayu hendaklah sentiasa meningkatkan kualiti produk; pembungkusan ke, ciri2 produk, promosi, suasana kedai... mcm2 la. takat duduk di tahap lama lepas tu barang makin xde kualiti mmg la bungkus bisnes.

aku x fikir kalau peniaga melayu naikkan harga barang org akan komplen JIKA mereka buat peningkatan kualiti yg membuatkan pelanggan rasa berbaloi. asik naikkan harga barang dgn alasan harga barang mentah, harga minyak naik org xleh terima.

diharapkan lebih ramai org melayu mengubah cara mereka berbisnes.

Prima6 berkata...

mantot...ko keje kat cyber ke? jom la pi minum kalau free..haha

Actually aku pun keje kat cyber, dan tempat makan pulak skg dekat terminal, tepi pjbat pos, yg ada jual tea bunga tu. kat cyber ni ade 4 port je yang murah iaitu terminal, SME, sport arena fc, dan al-fiqrini (melayu) kat neocyber..depan domain aparment. Yang lain semua harga macam tak hingat.

Pertumbuhan melampau geng-geng kedai arab dan mamak kat sini memang tak boleh nak diterima. COntohnya mamak Naz Maju,..kedai banana leaf pun dia punye, pastu canteen dalam satyam pun dia punya...memang naik lemak la diorang.

Pasal boikot mcd pun aku tak berapa nak setuju sebab tak dalam pencerahan yang betul2 baik lagi. kedua pihak ada alasan. Tapi kebanyakkan pihak yang menuduh ni la melebih lebih.

Amal berkata...

mantot ni dulu budak mmu or limkokwing ke? Dari 2000 dah ada kat cyberjaya. Makanan kat terminal memang murah tapi kene tahan dengan asap bas la.

misz sempoi berkata...

kan... aku setuju dengan ayat ni
"Pada aku semua tu trend dan orang Melayu adalah pengikut trend nombor satu dalam dunia. Kenapa sebelum ni tak buat? Ada orang boleh boikot McD bertahun-tahun kenapa anda yang baru nak boikot McD sehari dua pulak yang bising? Nak boikot...boikot sampai bila-bila la."

Tanpa Nama berkata...

Al-fiqrini pong da semacam mahal skrg bro.. ko leh try sedap sengoti dapan ayam kampung. sebaris ngan hamurabi. sedap, harga kurang sket dr fiqrini. tempat pn ok.. laen aku xtau da nk suggest.

bara

Merok berkata...

Konon nak boikot tu lah boikot ni lah.

Sebulan-dua, jadi macam biasa gak.

Melayu mudah lupa.

Tanpa Nama berkata...

yang bising2 boikot itu ini aritu konon Save Gaza...harini dah melalak gedik nak pergi Shout Awards, Urbanscape pulak....Madey cakap Melayu Mudah Lupa...ini lah dia.

plain83 berkata...

owh aku paling tensen kalo makan kat tempat yg ada asap rokok...paling tak guna kalo bau asap rokok melekat kat baju..rasa wthhh i kill yiu!! (">3<)...

plain83 berkata...

moh kite, show that we really care ^^

http://busuk.org/ping/view/373102

Prince of Noob berkata...

masalah kat malaysia ni, takde restoran berjenama tempatan yg buat francais seperti mcd yang mudah, cepat dan ada drive thru. cuba kalau org melayu paling kaya, syed bukhary bukak satu francais baru ala2 restoran mcd, buka banyak cawangan 1malaysia, dan setiap 5% daripada harga makanan akan didermakan kpd palestin, rasa mcd boleh bungkus macam kat jepun

btw jom join contest dapat hadiah pen drive 8GB/16GB klik kat sini, sangat mudah dan senang.

mtuie berkata...

Beza melsyu dan mamak boleh tgk pd makanan dan minuman..aku rasa kalau melayu blh buat air cam kdi mamsk . Mahal sikit pn tak apa ..ni melayu nk ltk harga kdi mamak. Buat milo lagi jernih dari air tehtarik...

Tanpa Nama berkata...

Pada aku semua tu trend dan orang Melayu adalah pengikut trend nombor satu dalam dunia. Kenapa sebelum ni tak buat? Ada orang boleh boikot McD bertahun-tahun kenapa anda yang baru nak boikot McD sehari dua pulak yang bising? Nak boikot...boikot sampai bila-bila la.

ramai yg butthurt bila aku dan org2 lain sindir2 boikot bermusim. free2 je dapat tuduhan 'mati kot kalo x melantak mcd'. eleh.. aku makan mcd pun jarang2.. on average masa bukan musim boikot pun 2-3 bulan sekali as opposed to some tukang boikot yg entah2 2-3 kali sebulan mesti ngadap mcd..

tambah kelakar, org panas bila aku cakap 'kalo dah tanggal sticker drive-thru mcd tu jgn la pulak g tampal balik lepas ni'.. aku yg x boikot mcd terang2 pun xde sticker mcd. yg boikot ni masa tampal sticker tu dulu x ingat pulak org palestin mati semenjak bertahun2 sudah.. skg ni baru la nak kedek2 tanggal n bakar sticker.. musykil x kenapa so-called pejuang ni ade sticker mcd tapi so-called 'mati kalo x mkn mcd' xde sticker mcd.. hahahaha.. you do the maths..

p/s - xde org ajak boikot starbucks.. aku suspek kalo nak boikot pun serupa mcm x boikot sbb memang on normal days starbucks x dapat buat sales ribu2 customer per day per store. hihihihihi.. dan maybe jugak tukang boikot mcd memang x penah/sangat jarang beli starbucks..

Tanpa Nama berkata...


kedai-kedai tomyam dikuasai orang-orang thailand.

kedai-kedai nasik berlauk - di kl, ekuin, segambut, gombak, serdang, byk lagi dikuasai orng indon

kedai-kedai mamak dikuasai pelita, dkayu, maulana maju, fareez maju, ibrahim maju.

kedai-kedai arab tumbuh macam cendawan.

melayu - meniaga makan tepi jalan. sekali sekala kena saman dengan majlis, sekali sekala barang-barang kena angkut anik lori majlis.

kita melayu, memang kritikal dalam ekonomi.

kueh

Tanpa Nama berkata...

Rokok xnak boikot? Agenda Yahudi gak tu

Tanpa Nama berkata...

Soh kerajaan naik harga rokok rm30 baru la benti. Setakat naik 20sen menyusahkan nak balikkan 80sen jek...

Tanpa Nama berkata...

like

Tanpa Nama berkata...

teringat sembang dgn seorang peniaga melayu baru2 ni, beliau meniaga di pasar, just letak sekampit tempurung kelapa kat kaki 5 dah kena saman dgb majlis bandaran..Sekali abg tu tarik penyaman tu, suh tgk kat kedai2 Cha Ya Nun Alif, tanya diorg dpt saman x? Jwb penyaman : saya dah bagi warning dah hari tu, p warning mulut jer...

Nadira R berkata...

rasenye mantot ni budak mmu dulu..pos2 lama ada hint2.

anyway kedai macik anak dia cun tu bukan da bukak dekat al fiqrini tu ke dulu..tapi pas tu tutup ganti alfiqrini..bukan masalah org tak support..tapi seingat saya mase kedai tu bukak, makanan da jadi xsedap, patu sevis lambat.jumpe macam2 dlm makanan..

ikutkan student/org yg duduk kat cyber lagi nk cari kedai makanan melayu..

but anywho..sy doakan fantasi mantot jadi realiti..bosan da makan mamak kat cyberjaya..