November 05, 2012

Peah Malu Bersuamikan Lelaki Berwajah Mat Rempit

Sepasang suami isteri masuk ke sebuah klinik pakar pembedahan plastik. Mereka membuat registration lalu duduk menunggu doktor. Mereka memandang sekeliling, nampak seorang lelaki dengan wajah terbakar sedang menunggu. Di sebelah kanan, nampak seorang wanita yang mempunyai parut panjang dimukanya sedang membaca surat khabar.

Beberapa lama menunggu, sampailah giliran mereka. Mereka  bangun lalu bertemu dengan doktor. Doktor itupun bertanya, "saya tengok kakak ni tak ada langsung kecacatan pada tubuh badan, selalunya yang datang ni nak buat pembedahan di wajah. Saya tengok kakak ni ok aje, tak ada kesan apa-apa, ke ni untuk suami akak?"

Suaminya mula masam mencuka.

Kakak itu pun senyum menampakkan gigi dia yang putih. "Saya tau doktor. Memanglah saya ni ok aje...tapi saya risau...dengan suami saya ni..." Wanita itu nampak benar2

"Kenapa pula? Ok aje serba-serbi pada saya.." kata Doktor itu sambil kehairanan.

"Begini doktor, kami sedang cuba dapatkan anak. Saya tau saya ni cantik, boleh la kata ada rupa, tapi suami saya ni, muka macam mat rempit!" kata perempuan itu tanpa rasa malu. "Apa kata, doktor adjust sikit wajah dia, saya tak nak la anak-anak kami nanti terikut pulak wajah dia. Kalau boleh saya tak nak la anak muka macam mat rempit doktor.." jelas wanita itu.

Lelaki itu hanya diam dan mengangguk malu.
Pada ketika itu, tidak ada orang lain yang lebih malu dengan isteri sendiri selain daripada dia.

15 ulasan:

siti fairuz berkata...

kasi adjust jadi Farid Kamil!!

Tanpa Nama berkata...

apekah?

Tanpa Nama berkata...

??

kasih berkata...

adaptasi dari kes di China ni..isteri kena cerai dn saman kerana pembedahan plastik sblm kawen..

plain83 berkata...

LoL...lawak hari isnin ^^
kisah 2-2 bini laki tak belajar sains...

berkata...

Peah bersama doktor. Suaminya tunggu di luar saja. Ini kali ketiga, tak payahla nak excited sangat kalau setakat nak tau jantina anak, fikir suaminya.

"Perempuan lagi, bang. Syukur alhamdulillah." kata Peah lepas keluar dari bilik doktor.

Terguris hati suami Peah. Dia tau dalam hati, isterinya memang inginkan anak perempuan. Hari-hari berdoa mintak dengan tuhan nakkan anak perempuan. Peah tak nak anak lelaki sebab risau rupanya nanti standard mat rempit. Tak class la anak muka rempit.

Dan mustajab betul doa si Peah. Tiga kali, semuanya makbul.

***

11 tahun kemudian, Peah sakit tenat. Entah sakit apa, suaminya tak tau. Mungkin kena buatan orang - Peah cantik tapi mulutnya laser, ramai orang kampung yang jaki dengannya. Mungkin juga sakit kanser - masa muda, Peah kerja di kilang asbestos yang tak ikut piawai.

Entahlah, suami Peah tak tau dan tak nak ambil tau.

Tahun ni, anak sulungnya Jamilah bakal ambil SPM. Bijak budak tu. Dan cantik. Macam Peah.

Pada suatu hari

Tanpa Nama berkata...

eh...bukan kebiasaannya anak pompuan ikut muka bapak, anak lelaki ikut muka mak ka...kebiasaannya la...

Prince of Noob berkata...

"tapi suami saya ni, muka macam mat rempit"

erk... semua mat rempit mmg mempunyai wajah yg hodoh ke? atau semua lelaki yg hodoh akan dianggap sebagai muka mat rempit? kesian jadi lelaki hodoh... nasib aku kacak.

Unknown berkata...

hehehhe troll!

Merok berkata...

Muka Adnan sempit tu kau tak nak ke PEAH. kAU ni memilih lah.

Unknown berkata...

wakakakaka.... jelas kelihatan taraf iq bini die...slow

MAMA ADIB berkata...

hehehe..muka mat rempit suma kurang ensem ke?bg teman la yg berlaki kan ex mat rempit,sedap je mata memandang..anak pun comel je,cuma lebih ensem dr abah nye..hehehe

Tanpa Nama berkata...

Amboi, cik aletheea musti iq 'fast' kn? Ke?

Tanpa Nama berkata...

nanti jadi macam ni :
http://www.google.com.my/imgres?q=parents+plastic+surgery+can%27t+hide&um=1&hl=en&sa=N&biw=1280&bih=683&tbm=isch&tbnid=iBHF6-YXRE3uoM:&imgrefurl=http://www.lolbrary.com/post/18808/you-cant-hide-plastic-surgery-forever/&docid=XV5JuNMrJs3gAM&imgurl=http://www.lolbrary.com/content/808/you-cant-hide-plastic-surgery-forever-18808.jpg&w=700&h=599&ei=paiYUMmNEs2xrAf-nYCYDw&zoom=1&iact=hc&vpx=303&vpy=141&dur=1828&hovh=208&hovw=243&tx=114&ty=82&sig=109415572136157564820&page=1&tbnh=136&tbnw=186&start=0&ndsp=23&ved=1t:429,r:1,s:0,i:71

Nerzhul berkata...

mungkin suaminya dulu mat rempit juga kot. hahaha