Sebab nampak macam ninja ke?
Semalam aku dengar radio BFM perbincangan pasal mahkamah dan undang2 Islam kat Malaysia. Banyak jugak topik dia dan dalam perbincangan tu, lawyer tu ada sebut mengenai satu kes seorang penjawat awam telah dipecat OLEH Suruhanjaya Perkhidmatan Awam kerana dia pakai purdah ke pejabat.
Pergh.
Aku terkejut gak la bila balik rumah cek, memang betul kes ni berlaku...dalam satu kes yang dipanggil "Hjh Halimatussaadiah bte Hj Kamaruddin v Public Services." Kes dia ni jadi tahun 1985 bila kerajaan Malaysia pada ketika itu keluarkan satu guideline cara pemakaian di pejabat kerajaan yang baru.
Dengan tiba-tiba, Puan Hajjah kita dideclarekan "Layak dibuang" kerana dalam peraturan baru tu, dilarang menutup muka dalam pejabat. Selama ni kita selalu dengar orang Melayu komplen bos Cina tak bagi gi solat la..bos Cina kata kalau gi solat Jumaat kena balik pukul 2 la...tapi...ni SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA!
Aku tak sangka betul. Aku bercerita bukan sebab ni masalah budaya atau hukum, tapi sebab hanya kerana dia pakai purdah..dia layak dibuang kerja. Jadi, option dia..bukak purdah dan terus bekerja. Ada sesuatu yang amat2 "pelik" kat situ...terpulang pada pandangan kau la kalau kau nak tengok benda ni dari segi keselamatan atau apa-apa yang lain. Tak kiralah benda tu tradisi atau budaya...tapi kalau seorang perempuan rasa selamat tutup muka, pada aku, eloknya kita biarkan.
Kalau ada seorang perempuan suka tayang dada, aku rasa itu juga eloknya digalakkan. Kih kih kih. Lagi elok kalau buat syarat..nak tayang dada, wajib pakai mini skirt sekali.
Itu aje lah aku nak cerita hari ni.Aku baru tau, kalau kau penjawat awam, kau diharamkan pakai purdah ke pejabat. Patutla tak ramai wanita PAS tak ramai masuk kerja gomen. Tapi...baju2 lain, yang sopan tapi still seksi atau mendedahkan aurat...boleh.
Cubalah kalau kau ada anak yang sekolah rendah, pakaikan dia serban ke sekolah.
Tengok apa jadi. Mesti kecoh.

39 ulasan:
haiyooo itu mcm pon adakah
Aku setuju yang tindakan buang pekerja semata-mata sebab pakaian terlebih kain (atau tak cukup kain) adalah remeh, mengarut, menyedihkan dan boleh dikira sebagai satu diskriminasi. Langsung tak ada kena mengena dengan produktiviti dan kebolehan pekerja.
Apa yang berlaku pada tahun 1985 dalam sejarah Malaysia yang menyebabkan guideline pemakaian macam tu dikeluarkan ek? Aku tak privy dengan sejarah dan perkembangan semasa tahun 1985. Mungkin kau lebih tau kot.
Tradisi, budaya, adat, peraturan, undang-undang dan hukuman banyak yang merepek dan tak masuk akal. Tapi tak ramai yang (berani?) nak persoalkan. Seolah-olah ianya untouchable. Atau mungkin malas nak fikir benda-benda macam ni.
"Patutla tak ramai wanita PAS tak ramai masuk kerja gomen."
Heh. Yang aku tau, bukan tu sebabnya. Tapi sama ada sebab diorang tak cukup kelayakan atau tak berminat sebab it's a dead end job. Lagipun ramai antara yang aku kenal lebih berjaya bila mulakan perniagaan sendiri. Tapi, mungkin yang aku kenal tu tak tergolong dalam majoriti jadi tak boleh dikira sebagai kayu ukur untuk wakili semua.
Bila lelaki menilai wanita semata-mata kerana luarannya atau pegangan politiknya, aku rasa, itu definition sexist.
tak pasti kalau tuan tau yg bekas pegawai tersebut telah diminta beberapa kali agar membuka purdah dan hanya mengenakan tudung seperti biasa. tapi bekas pegawai tu ingkar arahan tersebut dan berkeras untuk pakai purdah. kena baca alasan penghakiman yg penuh ya baru ulas hal ni. pakai purdah di luar pejabat tak salah tapi dalam perkhidmatan awam, diorang ada alasan tersendiri kenapa tidak dibolehkan.dalam pejabat kerajaan ada banyak perkara2 sensitif yg melibatkan akta rahsia rasmi dan i rasa ini ada kaitan dengan larangan tersebut. i selalu baca dan agree dengan pendapat tuan. but not this time. sorry..
DIskriminasi..habis yg tak bertudung ramai tu? hahaaha
salam bro mantot, bab budak pakai serban pg skolah ko blh chehck kes meor atiqurrahman....aku pn tak igt kes tahun bila............
takpa Tot, nanti anak kau boleh ke sekolah suruh dia pakai serban, rasa aku boleh kot pasal masa aku sekolah dulu ada classmate pakai serban kesekolah, ok je... tapi masa tu sekolah menengah ..
-coma-
ahh bile hukum tuhan nak ikut bnyak la alasan..
urusan rasmi lah ape lah...
dah laa kalu nak tolak macam2 la alasan keluar..
choiii!!
lol nampak sangat mantot malas baca akhbar. rasanya kes ini panas disekitar pertengahan 90an bila di bawa ke mahkamah. karpal singh yang jadi peguam prerempuan tersebut. rasanya dia menang atas sebab teknikal.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Zaman makin mundur, masyarakat kembali jahilliah.
Akhir zaman.
Terjadi kisah, di sekolah tempat saya mengajar (sekolah aliran antarabangsa - Kristian), kiranya saya ini minoriti saja. Ada seorang guru Melayu berpendidikan Inggeris seperti saya yang "belum sampai seru untuk menutup aurat" lagipun dia akui dia pun "Muslim moden" bertegas mahu mengajar Pendidikan Islam di sekolah.
Pelik.
Seorang murabbiah ingin mendidik anak2 muda supaya mentaati perintah Allah Taala dalam memartabatkan agama. macam mana nak suruh anak2 gadis pelihara aurat kalau diri sendiri..?
Sedih.
Waima keadaan sama juga berlaku dalam mana2 sektor. Pandai bertempik mahu tegakkan agama yang suci, walhal diri sendiri masih perlu dikaji.
Maaf kalau huraian terlalu panjang, dan juga kalau bersifat offensive. Segala yang kurang sememangnya dari diri saya yang hina.
Wallahua'alam bissawaab
takot ada org lain yg disuruhnya menyamar utk 'ganti tmpat dia' kerja kot...hahaha...lelaki pakai purdah pon bleh nmpak mcm pompuan ^^
bagi aku ini mmg diskriminasi. kalau perempuan melayu islam kerja gomen memilih untuk pakai purdah, tidak dibenarkan dan layak dipecat. tapi kalau ada perempuan melayu islam kerja gomen yang memilih untuk tidak memakai tudung, dibenarkan pula malah tak boleh pun dipecat. kalau ada larangan tidak boleh berpurdah, kena ada sekali larangan utk tidak membuka aurat, baru adil dan tak diskriminasi
tula kalau pasal bukak aurat, tau pulak nak orang lain kena hormat hak peribadi masing masing pelancau seme, tapi kalau individu tu nak berpurdah, kenapa tak hormat hak peribadi dia.. apasal NGO fiminis tak perjuangkan hak perempuan yang nak bepurdah ni...hipokrit
Ni tahun bila punya kes..dah lama daa
Xberpurdah xsemestinya tak tutup aurat kn?
Ni mcm dulu rtm tak boleh pakai tudung kalau nak keluar muka...wallahu'alam..
yer tak berpurdah x semestinya x tutup aurat tp perasan x kenapa Tuhan suruh berpurdah? ingat tak? siapa kita menghalang hukum Tuhan, kan cik siti kan?
Pastikan bilapas memerintah kelak takkan ade laranga anmcm ni...dan pastikan juga non muslim memaikai hijab mcm arab saudi.... dan pada masa tu mana2 non muslim membantah harus dipecat....
Pastikan bilapas memerintah kelak takkan ade laranga anmcm ni...dan pastikan juga non muslim memaikai hijab mcm arab saudi.... dan pada masa tu mana2 non muslim membantah harus dipecat....
sy kurg setuju dgn pndapat siti.. waima ketua jabatan bg arahan yg sepatutnya tak melanggar hak sbg seorg muslim kita ikut.. klu sy skali pun lbh rela dibuang kerja klu mcm tu. nk cr redha Allah ke nak cr redha manusia? ini satu drpd tolak ansur dr ketua jabatan.. mmg purdah bkn satu kewajipan tp klu itu keputusan dia utk pakai n x mnyalahi undg2 sbg islam xjd maslah.. SPA n JPA kena selaras pekeling n undg2 pnjwat awam mngikut guideline islam. plg kesian dkt kaum hawa dlm kerajaan byk sgt wat dosa tnggal suami sbb trpksa ikut ketua jabatan ke hulur ke hilir.. tinggal ank2 sbb urusan kerja.. mcm matlamat hdiup puaskan hati ketua jabatan pntgkn KPI dunia..lupe kite KPI sbg isteri n anak2..
n tolongla..
alasan nnt ade org lelaki ganti pkai purdah la.. aduhhai.. cuba dekati kaum hawa yg berpurdah,, waima berpurdah kita bleh kenal lg siapa. jgn jumudkn kepala sgt.
Kat uni aku tak boleh pakai kopiah?
first of all, PURDAH tak disuruh dalam Islam. pakaian ni dipakai oleh orang2 arab utk tutup muka daripada habuk. tunjukkan aku ayat Quran yg suruh perempuan pakai purdah. kalau xde, jgn pandai2 nak kata itu hukum Allah.
dalam mana2 tempat kerja pun, mesti ada etika pemakaian. mcm dlm gomen, pakaian yg menutup muka TAK BOLEH atas dasar keselamatan. sama juga dgn sleeveless dan mini skirt dan baju seksi. itu pun tak boleh. baju mesti berlengan dan skirt mesti paras lutut dan ke bawah. sapa kata keje gomen boleh pakai seksi?
aku rasa pertimbangan telah diberi kpd org yg kena buang kerja sebab purdah. dah kata jgn pakai, kenapa degil sangat? bukan suruh pakai bikini pergi keje pun. pakai tudung labuh dgn baju kurung aje tak boleh ke?
aku bukan nak side gomen ke apa, tp apa yg gomen tetapkan dlm panduan pemakaian itu adalah reasonable.
gomen asalnya non-religious. ini utk cater semua rakyat. gomen bukan utk muslim aje ye. jgn syok sendiri. itu pasal dia x enforce secara official pompuan muslim kena pakai tudung. tp, dlm persekitaran keje gomen pun, dah cukup pengaruh utk dorong pompuan pakai tudung... sampai tahap memaksa pun ada. so, ini non-issue.
mmg xde ayat Allah psl berpurdah.. n takde isu pun or dilarang dlm islam.. klu bc buku Yusuf al qardrawi psl isu purdah pun hukumnya tak wajib.. tp xde sat ukelonggaran dlm kerajaan.. sbb HIGHLIGHT pd keselamatan. ermm.. ntahla sy xnmpk pun isu tu..
buang keje mslhnya. klu yg xdtg keje smpai sbulan yg isap gnja tak kena plak buang.. belum lg yg songlap duit rakyat beribu beriban kena tatatertib tp x dibuang keje. ntahla.. Allah lbh tahu..
mudah2 han ada la kebaikannya.
hehe.. goverment non religous yek. itulah bila hal dunia dgn akhirat xnk togetherkan.. syg sgt.. sbb kerja leh dpt pahala ibadat gak klu kite 'akhirat minded'.. n islam pun bukan utk org islam je yek.. utk semua.sy doa mybe satu hari nnt goverment akan jd pemankin ummah yg baik.. religous bkn utk certain golongan semua patut jd religous x kira la kje ape pun.
sure, Islam memang utk semua. tapi jgnlah korang ketengahkan bab pemakaian aje. org bukan Islam pakai ke tudung purdah bagai ni?
Islam menganjurkan amanah, ikhlas, jujur, adil... sifat2 universal yg diterima oleh semua manusia. nak sgt gomen religious. hah, itukan nilai2 yg dianjurkan Islam dan juga kerajaan. x cukup religious lagi ke? apsal isu purdah jgk yg dihebohkan?
btw, reference utk mereka yg rajin nak baca:
rejam utk penzina dah kawin: Leviticus 20:10, Deuteronomy 22:23-24
rejam oleh org jahiliah/ pagan: Quran 26:116, 19:46, 18:20, 36:18, 11:91
sila baca juga Quran 4:25. hukuman utk penzina yg dah kawin ni separuh drp wanita bukan hamba. terangkan macam mana nak rejam penzina ni separuh mati?
ada 2 hadis yg suruh rejam penzina yg dah kawin sampai mati, salah satunya dari Sahih Bukhari Vol.5, bab 58, no.188. buat hukum ikut monyet ke?
nilai2 tu pun tandus dlm kerajaan.. yg keje ghomen they knew btter.
klu islam itu kan peradban.. cara hidup.. dh ckp td purdah mmg x wjb soalnya pndangan kerajaan or melayu kita sndiri tntg purdah tu.. isu pemakaian xkn jd isu klu kita lbh terbuka n menerima anything yg related dgn agama kita..
errr ade kaitan ke dgn purdah n isu hukuman zina bg perempuan yg dh berkawin yg Allah stated dlm surah an nisa tu??
Annakholat,
Kalau seorang Melayu dipecat kerja kerana dia gi semayang Jumaat tapi semayang jumaat habis lambat dan terlajak lepas waktu break dia..mcm mana?
Company akan kata, kontrak ada stated..2:15 kena balik ofis..staff terlajak sampai 2:30.
pada kau, adakah itu perlu ikut budi bicara atau perlu ikut rule?
Personally, kalau betul apa yg Siti cakap tentang the lady da diminta untuk bukak purdah a few times tapi dia taknak, then tak boleh nak cakap apa la. Memang tak patut dia dibuang, sbb sedangkan orang yg kuat mengular pun tak dipecat. Tapi purdah kan tak wajib, jadi jgnla buat keadaan complicated. Time tak keje pakai la, tak ada masalah pn. The way I see it, mungkin gomen takut kalau ada orang menyamar jadi this lady, and government secrets leak out..that kind of stuff..
annakolat...4:25 xplain ntok wanita hamba yg kawen dgn tuan dia pas2 berzina jd dia kena sparuh dr hukuman org yg merdeka yg 2 kena tnya pemerintah sbb diorang ada mufti yg akan ttapkan dgn ilmu diorang jd x perlu ko bincang dlm forum mcm...org beriman taat dan patuh kpd perintah Allah bkn mcm org yahudi bila ditetapkan suruh korban lembu diorang tanya mcm2 soalan smpai menyusahkan benda yg simple...hukum Allah bkn semata2 guna logik akal or bace buku kena ada guru kalau x paham bleh tanya guru kalau bace je xde guru maka syaitan yg dikenali akan jd guru kita
mohd hanafi jusoh, bgtau saya ayat Quran mana yg awak refer supaya kita belajar kpd guru semata2 dan x boleh takat baca dan guna akal? yg saya tau, jika kamu masih x faham selepas baca dan fikir banyak kali baru tanya. xde pulak quran suruh kita berguru dulu. sedangkan ayat quran pertama pun suruh kita baca, bukan suruh berguru. Quran juga suruh kita pakai akal, sila semak ayat2nya. apa guna kemampuan berfikir diberi Allah jika takmau guna? baik jd lembu, ikut saja kata org kan?
betul cakap ko jusoh, jgn jadi macam yahudi, org suruh buat macam2 pula soalnya. jadi, kalau hukum tu xde dalam quran, jgn pula nak disusahkan dgn ambil hukum dlm hadis dan paksa semua org ikut dgn ugutan berdosa sbb x ikut hukum Allah.
btw, komen2 ni mungkin off topic tp ianya berkaitan dlm pos mantot yg sebelumnya. so maaf kpd admin sbb komen x kena dgn tajuk.
bab solat jumaat tu sy x komen sbb itupun lari dari topik wanita berpurdah.
at the end of the day, pompuan tu boleh berburqa kalau dia nak tp pakailah selepas waktu kerja. hormatilah peraturan di tempat kerja selagi x mengingkar hukum Allah dlm Quran.
sori admin off topic...saudara annakholat...kalau ikut kata saudara x perlu refer hadis jd mcmana kita nk tau brape rakaat sembahyang dan waktu2 sembahyang?ble tolong tunjuk ajar skit sy yg jahil ni...
bab solat jumaat tu sy x komen sbb itupun lari dari topik wanita berpurdah
tak lari bang...
benda dia sama aje.
ini sy share bab aurat.. share dr sahabat di FB.
1)QAWL MUKTAMAD (plg sahih menurut imam syafi'e)
Mengatakan bahawa seluruh badan perempuan merdeka adalah aurat dihadapan lelaki ajnabi (lelaki yg boleh kawin/ bukan mahram)
Ini termasuklah muka,rambut,tapak tanganya zahir dan batin termasuklah kedua tapak kakinya zahir dan batin.
Ini disokong dengan hadis-hadis yang mengatakan bahawa "PEREMPUAN ITU AURAT"
ikut hadis ni yg ramai pkai purdah,
n sorila anakholat.. pegg al quran je nk tolak para ulamak yg mmbahaskn soal hukum hakam.. n kita nk nilai takde ilmu.. berguru dgn syaitan sbenarnya. dlm quran pun xde stated bp rakaat bp kali n ape nk dbc ketika solat. so mana dtgnya klu bukan dr hadis2 n mazhab2 juga dr imam2 yg ilmunya takleh disangkal. so jgn jd bodoh persoalkn.. tp g blajo.. same goes to others klu nk btnya soklan mcmmni sy suggest awk refer dgn dr zaharuddin n ust zahazan pnye web. detail dalil dia leh bg disokong dgn ayat2 al quran.
umpama tnjuk pndaii tp nmpk jahil. udahle tu.
ayat dlm quran mmg takde suh blajo. tp hadis ade.. klu baca quran je tak berguru nk mndalami setiap surah awk xtahu pun kelebihan surah2 tu kat mana.setiap ilmu ada para ilmuannya termasuk al quran. kena byk mmbaca tafsir al quran bkn yg biasa tp yg intipatinya jelas perjelas each sntence.
sy bg cth.. surah almulk (surh kerjaan Allah) awk tahu ape kelebihan surah tu dgn hnya mmbaca??? klu xde hadis yg mention kelebihan surah dibc seb tdo protected u from azab kubur.. awk tahu?? hidup pegg dua bnda Al quran n Sunnah. baca, faham, amal n ajarkn pd org lain.. nk ajar kena paham dlu. bukan sekali bc pastu nk pertikai semua hukum2 yg difatwakn oleh ulamak terdahulu.
ingat ulamak pewaris nabi. para ilmuan yg dekat dgn Allah siapalh kita nk pertikaikn dgn ilmu xbp ade n iman senipis bwg nih.sy bg link natijah belajar tnpa guru. http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/958-bolehkah-belajar-ilmu-tanpa-berguru.html
To Nurulachal:QAWL MUKTAMAD (plg sahih menurut imam syafi'e)
Mengatakan bahawa seluruh badan perempuan merdeka adalah aurat dihadapan lelaki ajnabi (lelaki yg boleh kawin/ bukan mahram)..
Tu pendapat IMAM SHAFIE. Kita ada byk lagi IMAM2 lain. Pendapat IMAM sefaham saya TAK BOLEH jadi HUKUM.
Sila refer [An-Nur: 31](Al-Quran)
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya”.
So kalau berbungkus semua termasuk muka + 2 tapak tangan (1s time dengar kata kena tutup gak)... agak2 bole relate ngan ayat tersebut ke?? Sila jangan berlebih-lebihan takut nanti jatuh kategori mengharamkan yang halal pula!
Syariat Islam adalah ajaran yg mudah bagi umatnya. Jadi jangan susahkan.
[Al Hajj: 78]"Dan dia (ALLAH) sekali-kali tidak menjadikan untuk kalian dalam agama suatu kesempitan"
[Al Baqarah: 185] "Allah menghendaki kemudahan bagi kalian dan bukan kesukaran bagi kalian"
[Thaahaa: 2-4] “Kami tidak menurunkan Al-Qur’an ini kepadamu (Muhammad) agar engkau menjadi susah; melainkan sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah), diturunkan dari (Allah) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.”
Btw: Hadis byk kategori and bergantung pada sanad etc. Tapi Al-Quran is WORD from GOD HIMSELF.

ci anon..
sy tak ckp bnda tu wajib.. kan sy ckp tadik yg pakai purdah ikut qawl muktamad n ikut mazhab imam shafie..
kita kan mazhab imam shafie.. so yg kaum hawa yg pakai ikut mazhab imam shafie n klu pakai pun dpt pahala ikut sunnah.. sbb isteri2 nabi n ank2nya semua berpurdah. even myself pun belum berpurdah.. itu je.. penjelasan purdah bukan budaya tp satu option utk menutup aurat mngikut perbncangan para ulamak n mazhab.. bnda x wajib nk buat dpt pahala xbuat tak dpt dosa. okey cik anom. dun get me wrong. pertmbhn ilmu sy kongsi dgn semua.
Sebab ada kes la purdah tak dibenarkan sape yg keje gov... Bukan apa.. ada orang yang menyamar... bentuk badan lebih kurang..muka tak nampak..alih2 leh access masuk ke pejabat yang SULIT or RAHSIA.. Dalam gov boleh PAKAI TUDUNG LABUH...xde masalahnya pun... skirt MMG TAK BOLEH...
kalau nak buang kerja penjawat awam senang aje, cuma depa nak dengan tak nak aje...kalau kau ada kabel tebal, katakanlah kau cikgu...kau tumbuk menteri pendidikan pun tak apa...tapi kalau menteri pendidikan arah SPP buang kerja cikgu yang tak ada dosa apa pun dengan dia...tak ada kes pun...SPP kena ikut...buang aje...contoh terbaik...AKU...aku kena buang kerja pasal ada orang yang setaraf YANG DIPERTUAN AGUNG tuduh aku gila...apa SPP tak mau dengar cakap AGUNG ka???
Sy sokong pn siti...bnyk sbb larangan tersebut..patuhi arahan..
Sy sokong pn siti...bnyk sbb larangan tersebut..patuhi arahan..
Catat Ulasan