November 02, 2012

Awkward Agama : Diskriminasi Wanita Yang Kita Tak Berapa Sedari

Jamilah seorang gadis pantai timur bertudung labuh datang ke kota dengan harapan mencari rezeki. Dia berhasrat ingin menumpang di rumah ibu saudaranya yang menetap di salah sebuah kawasan perumahan rakyat yang didirikan di Gombak. 

Sudah lama Jamilah berusaha untuk mencari pekerjaan di kota. Semenjak beberapa bulan lepas dia sudahpun mula menghantar surat memohon pekerjaan ke beberapa puluh syarikat yang terpampang iklannya. Permintaannya mudah, dia hanya mahu menjadi kerani am,sesuai dengan kelulusan SPM nya. Walaupun baik keputusan SPM nya dan Jamilah ditawarkan ke IPTA tetapi Jamilah terpaksa menolak tawaran itu kerana mahu menjaga ibunya yang tenat. Adiknya pula dua orang. Bapanya entah hilang ke mana.

Malangnya, setahun lepas ibunya kembali menemui Maha Pencipta. Dia kaget juga bila memikirkan beban yang bakal dipikulnya. Adik perempuannya bakal mengambil SPM dan adik bongsunya pula syukurlah dapat masuk ke sekolah asrama berdekatan rumah mereka.

Malam itu, Jamilah ke cyber cafe. Dia duduk di depan satu komputer dan mengeluarkan buku notanya. Akaun emailnya disemak lalu disalin kembali semua syarikat yang memberikan dia peluang temuduga,alamatnya dan tarikhnya ke dalam buku nota.

Jamilah nekad untuk kekal di kota.

Temuduga pertama Jamilah berlangsung di Ampang. Jamilah sampai di sana menaiki bas. Mana jarak yang tidak ditempuhi bas, dia berjalan kaki. Bajunya habis berpeluh tapi hatinya nekad meredah bahang panas. Sampai saja di pejabat, masih berbaki 5 minit dia sudah tiba. Diisinya borang temuduga dan kemudian temuduga berlangsung. Penemuduga nya seorang lelaki, nampak orang berada, umur 40 an.

Beberapa hari kemudiannya, Jamilah hadir lagi satu temuduga berdekatan rumah makciknya di Gombak. Dia ke situ awal kerana rancangannya hanya mahu berjalan kaki ke sana. Sampai di sana, dia lihat syarikat itu sebuah percetakan. Tuan punya nya seorang wanita Cina yang sudah berumur. Temuduga berjalan lancar tapi Jamilah merasakan dia tak sesuai bekerja di situ. Terlalu ramai warga asing bekerja membuatkan dia rasa gusar.

Selang beberapa minggu, selepas hadir bermacam jenis temuduga, tidak ada satu pun jawapan baik yang diterimanya. Ada yang menelefon memaklumkan berita tidak baik kepadanya, banyak yang langsung tidak kedengaran khabar beritanya.

Jamilah pasrah. Dia tidak tahu kenapa berlaku demikian. Dia mahir dalam perisian Microsoft Office. Dia cekap menggunakan komputer malah kebolehan bertutur dan bercakap Bahasa Inggerisnya jauh lebih bagus daripada sesetengah menteri.

Jamilah mencari jawapan. Dia membuka kembali buku notanya. Dia cari kembali nombor telefon syarikat pertama yang menemuduga dia.

"Hello, Impian Gerhana Trading, boleh saya bercakap dengan Encik Hamdan," tanya Jamilah. "Sekejap ya? Boleh saya tahu siapa bercakap?" jawab gadis tersebut.

"Nama saya Jamilah, saya ada temuduga dengan Encik Hamdan beberapa minggu lepas pasal jawatan kerani..jadi saya sekadar telefon nak tahu kalau ada apa-apa susulan," jawab Jamilah sopan.

" Sekejap ya.." Gadis itu menjawab.Ganggang telefon diletakkan sebentar dan beberapa detik kemudian satu suara lelaki bersuara.

"Assalamualaikum Cik Jamilah, saya Hamdan.." kata lelaki itu. "Harap maaflah, kami dah jumpa calon yang sesuai untuk jawatan kerani di syarikat kami, tadi yang jawab telefon tadi tu kerani baru kami."

"Tak apa Encik, saya faham," jawab Jamilah. "Saya sebenarnya telefon sebab saya nak bertanya dengan Encik."

"Tanya apa?" soal Encik Hamdan.

"Kenapa saya tak dapat? Apa kekurangan dan kelemahan saya yang saya boleh perbaiki?" tanya Jamilah, ikhlas.

"Tak ada kelemahan sebenarnya tapi dengan bentuk perniagaan kami yang memerlukan kerani yang boleh ke sana ke mari dan ikut sertai mesyuarat di merata tempat, saya rasa Cik Jamilah tak mampu berbuat begitu," jelas Hamdan.

" Saya dah maklumkan kepada Encik saya bersedia berbuat demikian masa temuduga hari tu.." Sayu hati Jamilah kerana jawapan yang dicari belum ditemui.

"....Hummm..beginilah Cik Jamilah, saya pernah ambil seorang wanita sama macam Cik Jamilah bekerja dulu tapi maaflah, saya cakap jujur, tak berjaya.." Encik Hamdan menerangkan sebaik mungkin.

".....kenapa tu Encik?" Jamilah menanti jawapan.

" Maaflah lagi sekali tapi saya terpaksa berterus terang. Berdasarkan pengalaman saya, wanita yang bertudung labuh ni agak sukar nak sertai mana2 mesyuarat kami kerana kami sendiri rasa segan nak ajak mereka dan saya pasti Cik Jamilah nanti akan rasa segan kalau kena meeting dekat hotel, stayback malam, jadi saya ambik jalan selamat supaya tidak ada masalah pada kami dan pada Cik Jamilah," terang Encik Hamdan.

" Jadi, jalan selamat, carik kerani tak pakai tudung ke Encik?" tanya Jamilah.

"..Ya...eh eh eh..tak....saya sebenarnya..tak maksud begitu.." Encik Hamdan menggelabah tersasul kata. Jamilah menekan butang telefon bimbitnya mematikan perbualan.

Dua hari kemudian, syarikat percetakan milik wanita Cina itu telefon Jamilah. Hampir 5 tahun juga Jamilah kekal di sana sehingga naik pangkat jadi Pembantu Pengurus Operasi.

22 ulasan:

hana berkata...

erm...secara jujurnya ada betulnya. aku tak paham kenapa kalau keje dgn melayu kena entertain mereka (tak kira la tahap bos2/customer). mesti kena makan2 luar. mesti nak meeting tempat selain ofis. paling gampang sekali mesti kena keluar gi karaoke. pernah juga sampai kena entertain hingga ke bilik hotel.

aku suka keje dgn cina/bangsa lain. meeting tak sampai 1 jam dah boleh close deal. cepat & pantas. projek blh tahan besar. dgn melayu sehari suntuk bincang pun tak settle masalah. cuma cina ni boleh tahan racist. serius. tapi kalo ko bagus mmg dia kan jaga ko baik2 dari segi gaji/fleksibel masa keje.

Tanpa Nama berkata...

yes damn true...mcm i dulu abis graduate dr u...cari keja..mula2 pkai tudung..lepas tu asik tak dpt.. nak free hair..asal bertudung kata nyer tak leh masuk majlis...i ikutkan arus (ada rasa bersalah disitu) easier for me utk dpt kerja time tu..kalau muka cntik lagi senang,,tapi lama2 sdar...biarlah kerja bukan exec pun..takat krani cabuk pun..leh pkai tudung..leh smayang ikut time sudah la....kalau leh undur waktu...igt 1 of my former boss...i allergic tgk pumpuan berbalut..emm..skrg bila umor dh mningkat i sdar...tak salah mlawan arus asal itu adalah kebenaran..wish could turn back time..

erry edz berkata...

salam perkenalan :) nice blog!
do follow me yah +_+V

Tanpa Nama berkata...

isteri aku mintak kerja kat mutiara motor sebagai clerk x dapat..sebab terus terang dia cakap ..kita nak cari yang x pakai tudung la kak.. kata kerani lain kat situ..sebab nanti kalau ada motorshow atau kena layan customer, cutomer kekok.. sedih padahal company melayu tu..

Tanpa Nama berkata...

kat tempat aku keja, perempuan islam kena pakai tudung, ada skali tu adalah walk in candidate tak pakai tudung, bila kitaorang nyatakan syaratnya, dia cakap tak leh pakai nanti pening kapla...

Prince of Noob berkata...

logiknya perempuan pakai tudung x boleh bawak masuk majlis dan tak boleh layan customer? jahilnya orang melayu islam ini, tak semua, tapi yg jahil tu lah.

Tanpa Nama berkata...

noob..nape tulisan jahil tu warna biru ek?

Tanpa Nama berkata...

aku pn ade pengalaman mcm ni..mse tu dpt kol utk pegi interview keje kt sebuah local bank ni.org yg kol tu lelaki Cina. dia kate mse dtg interview nnt jgn pkai tudung sbb dia nk tgk telinga aku, rambut aku..cacat ke x..tros aku ckp taknak.tp dia pjok aku.dia kate kje aku prlukn aku jmpe customer.dia kate muke aku dlm gmbr da cntk tp pkai tudung plak.so dia xnk ade staff cacat.aku just ckp aku xnk j..selang 2-3 ari lps tu aku dpt kol utk interview kt satu international bank brpusat kt london.org tu ckp..pkai la ape pn asalkn jgn bogel.dn aku dpt kje tu.bl aku da kje kt situ..rpenye rmai jgk yg pakai tudung labuh.so aku xrse mnyesal lgsg tolak kje yg awal tu.

berkata...

Kak Jamilah, pulanglah. Dah 5 tahun akak tak balik jenguk kami di kampung. Langsung tak ada khabar berita.

Tahun ni adik SPM. Kak Ngah terpaksa berhenti sekolah sebab nak tanggung adik sekolah. Sekarang dia kerja kilang, kilang yang sama akak kerja sebelum akak lari ke KL dulu.

Kami selalu doakan akak bahagia dan selamat di KL. Makcik cakap akak keluar rumah 5 tahun lepas, tak balik-balik. Makcik cakap dia nampak akak keluar dengan boifren akak awal pagi tu.

Adik harap akak tak lupakan adik dan Kak Ngah. Kitorang rindukan akak.

Yang benar,
adik bongsu Jamilah.

Mantot berkata...

itu Jamilah bohsia....yg ni Jamilah lain

Tanpa Nama berkata...

hahah, ble sebut psl jamilah bosia cepat lak mantot reply..lol

Tanpa Nama berkata...

Kat alamanda tu pn berlambak kedai x amik wanita bertudung. X caya try olok2 pi tny nk cr kerja utk adik perempuan ko walhal 80persen pengunjung adalah islam.

plain83 berkata...

LoL at komen 'ko' = adik bongsu jamilah...

Tanpa Nama berkata...

Kt alamanda dpn kedai emas yg ade jual stock clearance buku2 popular tu selalu ade bau busuk cm bau taik..a'ah btol, dkt information counter tu..lg2 ble yg jage counter tu tomboi..slalu ade cm bau kt situ...bussuk (smbil tgn kipas2 atas bwh depan muke).

Merok berkata...

Lolololol!

Bos Melayu Owned tanpa disedari.

Zonkers berkata...

Jamilah patut try apply kt gomen. InsyaAllah dapat.

Eh aku ada member yg bini dia pakai tudung labuh keje kt T-System.

sanzomalaya berkata...

tahun 95 saya lanjutkan study kat hiroshima jepun buat bahasa jepun.. habis blaja terus dapat kerja di salal satu agensi pelancongan disana.. mula2 memang akward sebab kita berpuasa, sembahyang 5 waktu.. akhirnya org jepun boleh terima siapa boleh buat surau kecil untuk saya.. hinggakan bila time solat ada orang ingatkan.. thn 2002 terpaksa la balik ke malaysia... dapat la kerja dengan org melayu/islam... ingatkan boleh la solat kat surau.. ngan solat jumaat rupa2nya dapat "show cause letter" yg pelik bila dah explain kenapa tinggalkan meja sebab solat tak boleh diterima.. kalai kedua silat kat dalam office siap bagitau lagi.. pun kena show cause letter juga alasan yang sama.. 5 minit solat adalah membuang masa syarikat dah dalam 5 minit itu syarikat membayar gaji saya katanya.. last2 report kat jabatan buruh... hambik kau kena 24 bulan gaji pampasan.. terus berhenti buka business kecik... malunya org kafir/asing boleh respect agama org lain.. org islam sendiri mempersendakan ugama...sekadar renungan

Ann berkata...

tak sgka ade kes mcm sanzomalaya tu..mmg xpatut.

Tanpa Nama berkata...

Aku sokong anon atas citer psl busuk kt alamanda, mmg ade!haha..mcm bau taik kering

Bsangla baik, mgkn tu bau buku baru kot..haha

-NGO-

Tanpa Nama berkata...

Aku pernah macam tu, masa tu baru habis study ligan cari kerja, apa yang ada semua apply. Sekali dapat kat hotel tapi dia minta free hair. Aku tolak. Tak kisah la, aku yakin kalau kita berkorban sebab Allah mesti Allah akan bagi rezeki yang lagi baik kat kita. Alhamdulillah aku dah ada kerja yang lagi baik sekarang. :D

Irfa berkata...

14TAHUN DULU PERKARA SAMA BERLAKU PADA AKU..so aku tak pelik bila baca kisah mcm ni..

Tanpa Nama berkata...

tak faham cite nie..maksudnye?