November 07, 2012

Apa Benefitnya Kau Dapat Breastfeed Mana-Mana Kau Suka?

Ada satu pergerakan wanita yang disertai oleh ibu-ibu moden yang berhasrat menjadikan "menyusu bayi secara terbuka" satu benda yang normal. Slogan pergerakan ni seperti yang aku nampak adalah "Jika kami perlu berselindung semasa menyusu bayi, apa kata anda yang tutup muka anda?" atau dalam English nya...apa tah..aku tak ingat sangat,tapi bunyinya lebih kurang "Why should we cover oruselves when it should be you who cover your eyes?"

Adakah ada wanita di sana yang menyokong pergerakan tersebut? Ada? Bagus. Dah fikir masak-masak dan sure sama ada nak sokong atau tidak? Kiranya anda setuju dengan pandangan diorang, "seorang ibu boleh menyusu di mana-mana saja tanpa rasa malu." Fikir balik, kat mana sebenarnya malu anda? Anda tak ada rasa malu ke menyusu depan orang ramai?

Aku tak setuju langsung dengan pandangan diorang sebab sebagai seorang suami , aku tak suka isteri aku terpamer macam tu aje. Wanita ni kadang2 bangang jugak la...assume sebab benda tu "natural" dan "beautiful" takkan ada orang tengok. Kepala hotak kau tak ada orang tengok. Aku pernah tertengok nipple bini orang YANG PUNYA LAH BESAR....kau ingat aku saja-saja nak tengok ke?

Nak tak nak macam mana pun the first thing yang orang lelaki akan tengok kalau nampak seorang perempuan tengah duduk menyusu bukannya betapa comelnya bayi anda...tapi automatically lelaki akan tengok breast anda..walaupun dia cuba tengok tempat lain.Sebab benda tu natural. Kalau ada pempuan claim lelaki ni pervert lah,dirty minded la, horny bastard la...tapi nak buat macam mana...KALAU ANDA MENYUSU DI TEMPAT AWAM FIRST SEKALI BENDA LELAKI AKAN TERTENGOK ADALAH DADA ANDA.

Jadi, aku takkan bagi wife aku ambik risiko tu.

Tak ada rasa malu ke? Tak ada tempat lain yang lebih elok ke nak menyusu? Orang lain boleh aje anak nangis gi menyusu tempat tersorok tapi ada jugak "wanita-wanita" yang nak menyusu depan orang ramai dan mintak orang lain jangan sibuk-sibuk. Kalau ada lelaki bukak seluar  dan jalan rata2, adakah ada kemungkinan tak kau tertengok dia "punya anu"? Ada. Jangan tipu. Walaupun secepat mana pun kau pejam mata dan alih pandangan kau, kau akan tertengok jugak.

Sebab minda kita ni curious. Kalau ada seorang perempuan tengah duduk sambil tengah selak2 baju dia, akan ada mata yang tertengok punya. Even kalau kat highway sekalipun kalau kau berenti tepi jalan sebab anak kau nak kencing pun boleh mengakibatkan traffic jam. Orang kita suka menyibuk dan secara naturally, kita memang suka sibuk nak tau hal orang lain.

Aku tak setuju betul dengan permintaan diorang. Nak menyusu..gi menyusu dalam bilik susuan. Tak cukup bilik susuan? Cuba tanya kerajaan kenapa tak banyak bilik susuan dekat tempat public. Kemudian tanyakan kerajaan sekali... mana kemudahan compulsory untuk orang2 cacat kat tempat public. Aku admit, banyak bilik susuan kat tempat public amatlah tak convenient. Dengan sinki yang tak sesuai nak buat basuk berak anak dan tak cukup kemudahan2 lain.

Tapi apa yang kita expect dalam sebuah negara yang suraunya pun kadang2 tak convenient, busuk, hapak dan tersorok dekat penjuru ceruk mana yang tak berapa accessible? Salah DAP mungkin?

Kalau dah terpaksa nak menyusu, ada banyak cara yang lain,even nak breastfeed secara mobile pun boleh ...tapi masalahnya..heheh...cara tu hanya boleh dilakukan kalau anda bertudung. Betul kan puan2 yang bertudung? Nak tau apa benefit bertudung? Menyusu anak ni senang.

Mungkin golongan pendokong gerakan ni sebenarnya terlupa satu benda asas ni. Meh aku ingatkan.


203 ulasan:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   201 – 203 daripada 203
Unknown berkata...

Mantot,

Rasulullah S.A.W bersabda : Janganlah kamu saling membenci, mendengki dan menyindir;jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara" Hadith Imam Muslim.

Sebagai seorang suami, anda mempunyai hak untuk melarang isteri anda. tapi tidak bermaksud anda juga berhak menghina. kebebasan bersuara bukan untuk disalahgunakan. saya juga menyusu anak di tempat tersorok tapi saya tidak menghina/memperlekeh aurat ibu2 yg menyusu di bawah eskelator, duduk bersila di tepi tangga, di tempat makan dll. jangan cetekkan pemikiran anda hanya kerana usaha anda untuk menyedarkan ibu2 yang menyusu di tempat awam. gunakan bahasa yg lebih baik, kerana bahasa anda sangat menyinggung perasaan. mungkin anda memang jenis begini, wallahualam. :)

Tanpa Nama berkata...

saya tertarik dengan komen anon sorang ni. somehow, its true.

"patut la ramai anak-anak sekarang jadi kurang ajar.

mak-mak dekat sini pun ramai yang kurang ajar. haha.

well said semua. kah kah kah."

pastu yg melalak ni kompem yg brastfeed x cover2 neh, tu yg terasa sgt tu baaahahahhaha ksian

Hanz Edison berkata...

wahai makcik2 yang menyusukan anak kat luar tu aka public. kenapa korang ni susah sangat nk paham apa yg mantot ckp. TAK ELOK SUSUKAN ANAK KAT PUBLIC. tak paham lagi ker. x elok sbb ain n mendatangkan mata2 nakal. kalo pakai bursing cover pun xbkn bmakna boleh pakai public terang2. kat surau wanita kan ada, kat toilet wanita kan byk yg ada feeding area. perempuan sekarang ni dh terajar dgn kurangnya rasa malu. itu je sebenarnya masalah org yg susukan anak dpn org ramai. bagus susukan anak ni, tp pada2 la.

«Lebih lama ‹Lebih lama   201 – 203 daripada 203   Terbaru› Baru»