November 17, 2012

Anak Kau Kenapa Tangan Dia Panjang Tapi Kaki Dia Kemetot?

Semalam, buat pertama kalinya aku tengok anak aku berjalan dalam video,sebab sekarang cuti sekolah, Jadi aku layan aje la video anak aku jalan ulang balik beberapa ratus kali semalam sebelum aku tidur.

Anak aku lambat berjalan. Sekarang ni dia dah nak masuk 1 tahun 6 bulan dan dia tak berjalan2 lagi. Sejak berumur 8 bulan,tiap2 kali jumpa sapa-sapa, diorang tanya ,"tak jalan lagi ke?" Aku jawab belum.

"Kenapa tak bagi pakai walker aje? Kan cepat berjalan nanti?" kata ramai orang.

"Saja," sebab aku tau kalau nak explain kenapa aku tak bagi walker akan menimbulkan kontroversi. The popular view is that, bagi walker cepat berjalan, bagi walker anak cepat membesar. Majoriti percaya camtu jadi selalunya kalau nak menidakkan apa yang orang ramai dah percayai turun temurun agak susah.

Jadi, kenapa aku tak bagi anak aku pakai walker supaya dia cepat berjalan?

1. Mak mertua aku tak bagi sebab dia seorang matron
2. Doktor tak bagi
3. Kitorang tak bagi
4. Semua rujukan yang aku baca kata jangan latih pakai walker.
5. Mak mertua aku garang. Semua trainee nurse takut dengan dia.

Mungkin ramai orang kita yang nak anak dia cepat jalan, sebab dia terasa beban nak mendukungnya setiap masa. Jadi dibelikan lah anak dia walker berapa ratus. Ada yang murah ada yang mahal dengan harapan anak dia cepat berjalan.

Tapi tak ramai antara orang kita yang sedar, sebenarnya walker ni seolah-olah kau bagi seorang budak yang baru dapat lesen motor sebuah motor 1000cc. Dia tak ready dan dia takde persediaan nak hadapi apa yang dia akan hadapi.

Samalah macam budak baby baru nak berdiri, tapi dia terus dapat alat nak berjalan. Memang dia boleh berjalan...tapi badan dia especially kaki dia tak ready nak berjalan. Physical development dia yang sepatutnya ada milestone tertentu akan dipush forward secara paksa dan bakal membuatkan growth dia jadi abnormal...mungkin tak kelihatan obvious tapi mana tau muscle tissue dia tak cukup develop?

Even dekat beberapa buah negara sendiri penjualan walker baby diharamkan.
Kenapa tak di Malaysia? Entah.

Apa yang aku pelik, dekat Hospital, diorang akan nasihatkan supaya jangan pakai walker untuk budak-budak. Tapi kedai barang baby still lagi jual...dan masalah paling besar, orang kita masih lagi beli.

Kenapa tak diharamkan saja penjualan walker2 di Malaysia ni kerana majoriti baby walker yang aku tengok adalah daripada jenis walker2 made in China yang pembuatannya langsung tak ada researchnya dan tahap safetynya langsung tak diambik kira. Aku kata majoriti, aku tak kata semua. Dan walker yang non-recommended ni walker yang support anak kau supaya dia berdiri dekat bontot dia..orang putih panggil ring walker. Mana2 walker yang membolehkan anak kau berdiri tanpa menggunakan kaki sendiri adalah not recommended.

Apa yang mak bapak boleh buat cuma satu benda. Sabar. Jangan mudah putus asa kalau anak tak jalan dan jangan jadi jenis mak bapak yang nak hidup senang lalu dibaginya anak sebijik walker dengan harapan,bila anak ada walker, anak boleh dibiar dan kau boleh buat apa yang kau nak buat.

Dan kepada golongan bakal parents, ada dua benda yang tak sepatutnya dibagi pada anak tapi dijual dengan matlamat "memudahkan" hidup mak bapak.

1. Baby walker
2. Puting baby (pacifier)

Jangan diamalkan dua benda tu. Biarkan anak menangis macam mana pun, biarkan lah susu kering ke,tak keluar ke, jangan bagi anak anda puting kosong.

Oh,lagi satu aku perasan ramai mak bapak buat..ramai jugak mak dan bapak yang jalan2 dengan anak dia sambil mak pegang satu tangan dan abah pegang satu tangan, anak kat tengah2..lalu dihayun-hayunkan anak dia macam anak tengah main buaian.

Nak anak anda mudah tertanggal bahu daripada soket?
Buatlah camtu selalu.

47 ulasan:

Merok berkata...

Sebab tu ramai budak sekarang cacat.

Kaki Merapu berkata...

gwa lagi beberapa mnggu nak nikah..ilmu lu akan ku simpan dan InsyAllah aku cuba amalkan..hahahahahaha...

nusya berkata...

a'a mmg walker ptut diharamkan..ak sebagai future dentist pun di ajar oleh lecturer ak(dentist jugak) yg walker ni patut diharamkan sebab byk keburukan dari kebaikan.salah satu punca budak2 dpt trauma kat gigi cnthnya gigi patah byk disebabkan oleh walker ni...so mmg dentist pun byk pesan dekat parents jgn bagi ur children guna walker

Tanpa Nama berkata...

Sy bagi ank sy pakai walker tp letak sekejap sekejap sementara nk buat keje .. Tk lame pon sepuluh minit je... Alhmdulillh ank sy berjaln sebelum umur setahun...

berkata...

Comforter? Maksud kau pacifier ek?

Mantot berkata...

aha!
pacifier.
aku dok fikir tadi apa nama dia dalam english.
thanks Ko.

tp orang melayu panggil puting kosong la.

diode s berkata...

saya kecik-kecik dulu pakai walker. mak umur setahun empat bulan baru boleh berjalan, lambat. mak cakap saya penakut nak berjalan, pegang tangan berdiri, dah lepas duduk balik. dari saya mula berjalan sampai umur 15/16 tahun, saya jalan berjongket, maknanya saya berjalan hujung jari. masuk 17, saya cuba biasakan jalan macam biasa. kesan dari saya jalan berjongket; kaki saya melentik macam pakai high heels.

maka. saya berjanji pada diri sendiri saya takkan bagi bakal anak-anak pada masa hadapan saya pakai walker dah. bahana.

Tanpa Nama berkata...

Thx bro.. Gd info :)

Tanpa Nama berkata...

abang aku punya posture macam ada sikit tonggek klu tgk betul2..

ayah aku ckp tu sebab masa kecik2 dulu dia berjalan awal.

mungkin jugak maksud ayah aku, abg aku 'dipaksa' berjalan awal.

Aslina berkata...

Kat umah lama aku dulu ada walker. Cabut tayar, biar tinggi sket. Buat letak anak buah aku diam2 kat satu tempat utk kitorang yg jaga dorang ni bleh buat bende lain. Kegunaan lain adalah, buat camtu, masa nak suap makan. Walker punya table kan cam luas sket dari kerusi baby... Hihi... Cabut abes semua aksesori atas tu... Walker tu pon recycle... Anak sapa punya tah, tetibe bagi kat kitorang... Kalo dia baca blog ni, kenal aku, kenal anak buah aku semua, tau apa aku wat ngan walker dia bagi mesti kecik hati gila2 lahh

Anna berkata...

Oh, tak terfikir plak pasal milestone budak, aku blum ada anak lg tp anak buah aku pki walker tp letak time nk makan je, klu perhatikan baby sendiri tak ske ddk dlm walker lama2

Tanpa Nama berkata...

Bodoh je kau..xpnh plk dengar bdk pki walker byk cacat..

Tanpa Nama berkata...

anonymous atas aku.

ko telah memperbodohkan diri sendiri di khalayak ramai. cuba pegi mana2 hosp/klinik kanak2 skang utk tambah sket ilmu ko tu..

Tanpa Nama berkata...

Jln setahun 6bln tu lambat ke? Masalah masyarakat skang ni suka jd judge. Bdk lambat menerap la,lambat merangkak la,lambat jalan la.. As if diorg lagi expert dr paed. Klu soalan berbaur concern xpe, soalan berbaur "eyy slownya anak kau"

Bg aku la, ni opinion aku laa.. Soalan apsal ko x bg walker sbb nak tunjuk pandai konon2 anak kau slow sgt growth dia, adalah sama bodoh dgn soalan..
.
.
.
.
.
.
Kenapa mak2 kene nip??

Bye.

zer berkata...

untuk menyedarkan bahaya walker dan mempromosikan anak jalan sdr tanpa sokongan walker satu flashmob boleh dianjurkan di klcc.atau pun hantar gambar anak anda berjalan tanpa walker dlm majalah pa&ma

Tanpa Nama berkata...

Da kenape xnak.pakai walker pon nak.dikaitkan.ngn nip.ingtkan ibu nip je yg emo.yg xnip pon nak.EMO N MEROYAN jugak.ke.KESIAN KESIAN...

plain83 berkata...

nice info mantot ^^

some ppl just can't accept/refuse to accept the facts...different kids have different growth/development rates, they have their own pace (aku cakap berdasarkan kajian medical magazines, bukan pengalaman) ^^

soalan2 dlm hidup mmg tak ada endingnya selagi kita tak mati, sbb manusia mmg suka banding-membanding atr satu sama lain (utk memuaskan hati dia sendiri yg cenderung ke arah inferiority complex yang tak pernah rs secured)...soalan2 mcm bila ko nk naik gaji? bila nk pakai keta besar? bila nk kawin, bila nk dpt ank?, bila ank ko nk pandai berjln?, laa ank ko tak boleh bercakap lg?, aii asik ank pompuan je, bila nk dpt ank lelaki?, ank ko masuk skolah yg bagus x?, ank ko masuk uni mana? ank ko dh dpt keja ke masih menganggur? ank ko tu bila nk kawin?, laa blom dpt cucu ko ni?..dan lain2 contoh yg tak akan ada kesudahannya...sabar je lah dgn puak2 ni sbb dorang mmg ada masalah/hobi suka banding-membanding yg mmg dilatih dan dibentuk oleh nenek moyang mereka sendiri...kita sendiri mcm tu tak? harap2nya tidak lah na ^^

btw products made in china mostly mmg slalu diragui bab safety aspects dia, dari barang2 bayi sampailah ke lab equipments...harga jauh lebih murah tapi bab safety aspects, ketahanan n jangka hayat selalu mengecewakan...dorang kena lebih perihatin pada feedback pengguna/clients and take effective corrective measures ^^

Tanpa Nama berkata...

kat m'sia ni memang susah je nak haramkan benda yg orang suka... benda bahaya kat anak2 mcm walker tu. tapi child car-seat yg boleh menyelamatkan nyawa tak nak beli walaupun beli kereta mewah mampu pulak. parents kat depan pakai seat belt, anak2 kat belakang golek gelantang. bila accident anak2 dh jadi mcm angry birds.

Anna berkata...

Yelah ko sorang je pandai bab2 milestone budak ni, aku nk ckp relation pki walker dgn disturbance of milestone duration ngan orders nye, by the way aku tak letak anonymous pun, masa kecik ko ade milestone problem eh smpi tak bleh baca betul2

ami berkata...

walker mmg x elok utk. ssb nnt budak2 ni jd malas nk jln sendri dan otot dorg x ditrain utk jd strong. ni spe yg aku blaja kat med school. ni peringkat awal tumbesaran dorg. otak br nk bekembang n berkembang dgn ccepat.so dorg sgt mudah nak absorb. training waktu2 camni yg menentukan tumbesaran seterusnye. penting la utk dorg di dgn effort dorg sendiri.

Prince of Noob berkata...

bila anak kita lahir, kita akan diberi jadual pertumbuhan kanak2 dari umur 1 hari hinggalah 4 5 tahun kalau tak silap. kat situ ada jadual bila julat masa seorang kanak2 mula duduk, berdiri, berjalan, bercakap dan lain2. so selagi perkembangan dia dalam julat masa tu, tak perlu risau apa2, sebab perkembangan kanak2 ni tak semua sama, ada cepat ada lambat. tapi kalau dia lambat sangat sampai lebih terlalu jauh dari julat masa, masa tu mungkin kena check kat paedratik.

Amru berkata...

Mantot, buat sekian kali selama aku follow penulisan ko, aku xsetuju ngn ko berkenaan pecifier. Kadang2 baby ni bukan nak menyusu 24/7, kadang die memerap nk kemam masa nk tido. Jika bg tetek bile nangis je sat lg kejap2 muntah kejap2 muntah. Lps aku bli pecifier utk anak aku baru die senang tido. Bli yg mahal sket, perut xde kembong n gigi xde jongong. Aku setuju, byk produk2 utk memudahkn penjgan bayi bagus, tp kalau terlalu bergantung pd alat2 ni sudah jd xbagus. Menunjukkan kita masih tidak bersedia dan berkorban utk menjaga anak sendiri. tapi mana yg rasa mmg keperluan bli la.

Tanpa Nama berkata...

kenapa la ko ni nak mempertikaikan semua tu.. kalau sah haram orang tak buat.. sampai bab nak hayun anak pun jadik masalah kat ko pehal mantot. ko tau ke apa sebab budak tu pakai walker. ko tau ke apa sebab budak tu pakai puting. tau???

ko ni jangan sampai benda tu semua jadi kat ko baru ko nak menyesal. macam ko sorang pandai jaga anak.. orang ada sebab tau buat macam tu.. agaknya anak ko baik senyap tak buat hal langsung. ko tau tak budak menangis beriya sampai lantak takde susu pun nangis, angin banyak masuk, boleh mati.. tau???

banyakkan ilmu di dada baru bercakap. ko kena banyakkan ilmu. ko banyak sentuh parenting tapi bab sensitif dan yg paling teruk ko mempertikaikan cara orang lain.. cuba kalau orang pertikaikan ko.. aku nak tengok ko melompat ke tak..

ape la.. fikir la beb.

Mango berkata...

pendapat bersandarkan bukti dan nasihat doktor dari hospital

ker

pendapat orang persendirian yang rasa benda dia buat tu betul?


macam orang makan panadol, orang cakap tak elok makan panadol ni, bahan kimia lambat hilang dari badan, tapi bila kita sakit kepala, doktor bagi panadol gak, aspirin..

so mana punya pendapat kita nak ikut?

Tanpa Nama berkata...

Sudah-sudah la isu NIP kat sini..aku yang kadang2 NIP ni tak meroyan camtu...

Pasal penggunaan walker tu pakar paed dari luar negara dah buat research memang tak elok untuk pertumbuhan bayi serta memberi tekanan pada tulang belakang bayi...pacifier tak elok diberi pada bayi kerana boleh menyebabkan struktur gigi bayi kurang elok dan meningkatkan masalah pelat, ini kajian dari pakar orthodentic ye..

Kalau rasa-rasa ok anak tu gigi jongang ngan asik sakit tulang belkang takpe la bagi pakai semua benda tu...and satu lagi kalau nak hayun anak jangan pegang kat pergelangan tangan dia sebaliknya kat celah ketiak dia untuk support sendi dia kalau tak jadila macam mantot cakap tu...ingat anak tu kuat macam kita ke...dorang tu sangat2 la fragile...

Mommy berkata...

Maybe tulisan mantot ni nampak mcm mempertikaikan cara org lain,kasar,sarkastik,mcm dia saja yg betul.Tapi,like it or not,ada point dia yg betul.Bila ada org pertikai cara kita,plz jgn melenting dulu.Cara plg baik,dptkan pandangan kedua atau buat research sdr.Kalo dia salah,then okay,takyah terima tulisan dia ni.Aku juga slh sorg parents yg pernah hayun anak mcm yg mantot kata dan juga penah bg anak pakai walker.Tapi,aku xle tersinggung sbb aku rasa point dia tu ada kebenarannya.Mana yg betul,kita pakailah,yg salah,kita tegur.Tapi,kalo dia rasa dia jugak yg betul,lantak dialah.After all,anak dia kan?Suka hati dia lah.

hanafijaafar berkata...

aku tak kisah sangat la nak meroyan kata tuan blog ni salah kalau siapa rasa dia ada medical degree, atau ada buat research yang buktikan pakai walker tu takde masalah.

tapi ni byk argue sebab emo je.

Tanpa Nama berkata...

betul ke tak berjalan lagi by umur 1 tahun 6 bulan?

by 18 bulan-warning sign kalau baby xboleh berjalan lagi..

ada tanya pendapat doktor?boleh try google 'red flag sign in child development'.

wallahualam.

-medical student

Tanpa Nama berkata...

betul..sangat betul

Tanpa Nama berkata...

nanti dah besar jadi mcm Peter Shilton... susah nak bolos gawang...
-coma-

jenanese berkata...

anak aku pakai walker..dan aku tengok dia develop ikut schedule..

mula-mula dia belajar terbalik badan, kemudian duduk, merangkak, berpaut pada perabot, berjalan dengan berpaut pada perabot dan akhirnya berjalan.alhamdulillah dia mampu berjalan pada umur setahun. mengikut milestone, baby boleh berjalan pada umur setahun. http://www.babycenter.com/milestone-charts-birth-to-age-3

tapi aku masih concern sebab anak aku pakai walker.takut jugak kalau dia tak develop motor development.

jadi macam mana nak tau sama ada anak aku develop motor development atau tak? dari apa yang aku baca, ramai paed yang cakap penggunaan walker akan delay motor development.

tapi apa efeknya? adakah anak aku akan jadi cacat pada umur 3 tahun nanti?adakah IQ dia akan lemah berbanding dengan kanak2 yang tak pakai walker?

sekiranya ada negative side effect, ada tak cara untuk mengatasi masalah tersebut?

kalau kau ada info untuk soalan2 aku, mintak kau share dalam post akan datang. aku pun tengah cari info jugak.

kue berkata...

tu la korang tak baca psl bahaya walker dgn hayun tangan. mujur la ada mantot tolong sampaikan ilmu nie.. tp tu la kan, orang² kita ni tau nak bantahhhhh jea keja. sblm nak bantah tu; baca, baca, baca dulu. google la dulu baru nak bantah. jangan sebok nak kata "orang dulu-dulu takde papepon". duh!

jenanese berkata...

aku ada emel kau satu link pasal child development..

Tanpa Nama berkata...

uishh mak mertua matron tu...

Tanpa Nama berkata...

perghh br terpk2 nak bli walker, camni xjadilah bli, n nasib la my baby xsuke pacifier hihihi

Tanpa Nama berkata...

pesanan penaja utk ibu bapa ibu bapa semua "raising children is NEVER a competition" ni pasal wujud ibu bapa ibu bapa yg suke membanding2kan anak dia ngan anak org len punye tumbesaran nilah yg ramai org masa kini sebok nak bg anak walker la puting la. kdg nak bli baby coat n stroller pon cam ade pertandingan sape punye paling mahal/urban.. bosan giler

kaklong minah berkata...

orang selalu nampak kalau pakai walker tu akan ganggu growth development anak-anak aje. pada aku, kalau anak tak bersedia berjalan lagi, tak perlu approach beria. bukan setakat physical growth development dia terganggu..emotionally pun sama. kalau anak membesar menjadi anak yang tak sabar jangan salahkan depa sebab mak pak jugak yang tak sabar nak tengok depa jalan sampai perlukan sangat walker tu.

The Fakhirin berkata...

errrrr....belum ada anak

Tanpa Nama berkata...

arap2 ni entry terakhir anonynimous tu singgah

kalau nk singgah gak, ubah mentaliti dulu.sibuk tnya kajian org, mcm kompiden jer org tak buat kajian.dia sndiri tu dh kaji ke blum?drpd pertikai jwpn org, baik gantikan dgn explaination sndri.lg bagus.membantu la jugak.

sibuk tnya org lain bf anak ke x,ada anak ke x, mcm dia sorg je ada anak..

asyik nak bantaaaaaahhh jer..

bosan.

aienurz shuhaimi berkata...

agreed !!
memang nak ubah mindset manusia ni, sgt susah.
aku ni pun, punyalah strict jaga anak.
no walker
no pacifier
no sugar and salt until 2y.o.
no FM
no buaian

tapi,
aku mampu buat no pacifier, no buaian dgn no fm je.
yg lain tak mampu sebab keluarga tdekat aku seniri ckp: 'ah, kau dulu kecik2 duduk dlm walker jugak, makan gula garam jugak, hidup je'

haih~

mommy berkata...

Tu blm lg masuk bab anak baru masuk 3 bln,org2 tua dah kecoh suh suapkan makanan pejal kat baby.Alasan,anak meraung susu tak cukup.Katanya,anak2 dorg dulu lepas pantang je dh suap pisang lenyek.Sedangkan usus baby pun x ready lg ngan makanan pejal.Takat nasihat,aku leh terima lagi,ni siap paksa paksa plak,hangin tul aku.

Irfa berkata...

pendapat masing2 kan so hormatilah.
anak aku pakai jugak walker
alasan:taknak susahkan pengasuh.
huhu//tapi bab hayun anak tu mmg aku haramkan.mcm ko cakap la,takut tanggal dr soket ;)

Tanpa Nama berkata...

kepada yang bangang a.k.a yang hanya buka internet untuk tgk fb dan porn.

http://en.wikipedia.org/wiki/Baby_walker

Unknown berkata...

pengalaman sy 4org anak semua takpakai walker.. klu ikot tumbesaran plg cantik jgn bg walker sbb kita bg dia mbesar dgn cara normal..
kedua byk bnda buruk leh jadik klu kita biar cth tarik wayer letrik bukak laci amik pisau n etc n jatuh kena tolak dgn abg2 n akak2 yg lasak.. nk marah takleh budak.. xde mslhnya pun x pakai walker.
n pacifier 2 ank pkai 2 ank x pkai.. kesan ank pakai gigi dh x cantik.. 2 lg cantik. kesian ank2..

Tanpa Nama berkata...

Diorg jual lagi barang2 tu sebab
kadang2 org yang bagi nasihat pon tak mempraktik kan apa yang dia cakap...
cth 'misi kat KK' (tapi tak semua), bg nasihat jangan pakai 'Walker', tapi dia juga yang membeli

apa kes.

zoora qushairi berkata...

hmm setuju dgn mantot.

tapi...tu la. cara orang berbeza beza kan. anak dia lain, anak kita lain.

baru jugak google2 pasal walker hr tu..nak beli tak nak,nak beli tak nak..pastu husband kata tak yah.

:)

pencintabumi berkata...

Salah satu faktor kanak-kanak sukar nk beza kiri atau kanan sebab perkembangan secara mengejut cmni lah iaitu menggunakan walker. Kalau bebi tu blaja step by step die akan tau mana nk gerak dulu.Konsep keseimbangan.Ini Fitrah.

Semua org pun ad cra nk besarkan anak2. =)