Julai 08, 2011

BERSIH 06 : Aku Peduli Hapa Kau Tak Ada Boyfriend,Cinta Kau Beralih Arah atau Kau Dilamar Datuk?Get Lost Please.

Tahun ni aku dah 30.Aku dah janji dengan diri aku,start umur aku 30 tahun...aku nak tulis dengan lebih serius.Takde lagi main2 benda porn (aku dah delete semua koleksi porno aku lepas aku kahwin.Hilang semua hasil usaha aku carik porno Melayu dulu2..dulu susah betol nak dapat porno Melayu.Ada WebMelayuBoleh..ada Sabul...

Aku rasa tujuan aku sebenarnya mula menulis ni pun sebab porno Melayu..Satu hari bila aku tersedar pada tahun 2005....aku carik porn Melayu bukan sebab nak tgk dan enjoy...tapi sebab nak yau macam mana level keterukan masyarakat kita.Sebab tu kalau kau tengok balik entry aku mula2 penuh dgn porno Melayu...

Aku tak sangka orang Melayu buat benda2 dalam video porno macam tu.

Aku dah janji nak jadi ahli PAS tahun ni....tapi bila bukak borang kat atas sekali ada tanya "Mesti patuh dan akur dengan apa saja keputusan kepimpinan.." aku jadi malas.Sebab kalau PAS buat keputusan yang aku tak suka macam mana?Mesti media BN akan datang carik aku dan kata ada ahli PAS keluar parti..woohoo!

Jadi,untuk hari ini..Mari kita menyelongkari masa silam aku....
Aku,adalah seorang penyokong BN tegar satu masa dulu.

Pengalaman first aku dengan benda2 politik adalah waktu reformasi.Aku ingat lagi aku keluar dengan member2 aku jalan kat KL malam2...waktu tu ramai orang duk berkumpul...tapi pada aku diorang semua tu bodoh,gi balik rumah tidur lagi bagus.Kemudiannya kitorang ada dinner..Isa Samad belanja....masa tu dia MB,habis makan,dia kata bila dah berjaya nanti,"undi kerajaan,masuk kerajaan..kita perlukan orang2 macam awak semua." That is politics,converting minds from the young age.

Waktu aku muda memang aku tak ambik port langsung pasal politik sebab pada aku,aku bangga dengan Mahathir.Dia orang Kedah macam aku dan aku bangga dengan apa yang dia dah sumbang dekat Malaysia.Tapi,teman bergaduh aku setiap hari pasal politik tidak lain dan tidak bukan...mak aku.Dia sangat tak suka Mahathir.

Mak aku cikgu.Bila satu hari,dia kata kawan dia kena transfer pegi tempat lain sebab kawan dia kena kantoi jadi ahli PAS senyap-senyap,jawapan aku mudah aje masa tu,"Padan muka dia,kerja cikgu tapi ada hati nak sokong PAS." Jadi mak aku debate dengan aku balik.Aku bangkang balik apa cakap dia....pada aku tindakan kena transfer tu betul.Pekerja government kena sokong government sebab dia pekerja gomen.

Dan banyak la isu yang selalu aku dengan mak aku berdebate sampaikan kadang2 mak aku give up dia kata aku keras kepala tak nak berfikir."Tak semua benda government buat tu baik!" kata mak aku. Tapi pada aku,kerajaan BN is everything. Waktu tu rumah aku dah internet walaupun lembap 56KBPS je jadi mak aku selalu suruh aku baca website-website reformasi tapi pada aku, semua website tu sampah.

Sampai kan ada satu pengkomen dalam forum,dia tulis "saya budak MCKK,saya kenal Anwar Ibrahim..dulu nickname dia Angie,sebab dia ...ehm ehem" pun aku boleh percaya mati2.

Jadi,oleh kerana aku tak tahan nak gaduh dengan mak aku sampai ada satu masa dah sampai tahap tengking2, aku pun cuba-cuba la bukak website Reformasi.Aku cuba baca balik buku Syed Hussein Al-Attas yang berlambak kat rumah aku (satu2nya sumber politik sebelum ada internet dulu).Tapi kesedaran tu tak pernah datang....sehinggalah tahun 2002 camtu.Waktu tu umur aku 21 tahun.

Waktu tu,hidup aku agak casual.Aku masih belajar dan aku tak berapa peduli pasal agama.Member perempuan peluk aku,panjat2 aku,aku biarkan aje sebab member,bukan aku ada rasa apa-apa pun.Sedap ada la.Member aku mengandung sebab main dengan boifren dia,aku salahkan member aku.Aku hidup dalam dunia yang agak sosial.Duduk serumah dengan perempuan?Semua aku dah nampak tapi syukur....aku tak pernah buat.Kau nak tau apa rasanya bila bangun pagi kau keluar bilik tengok member serumah pakat tidur dengan awek masing-masing?Macam cilaka

Tapi sebab member...aku tak nak tegur.Polis ada la datang tegur sekali sekala tapi...sex,drugs and rock n roll la...

Aku rasa kesedaran aku nak berfikir balik mengenai perjuangan ni adalah apabila aku tengok member aku ramai yang hanyut.Masalah dia ada 3 aje..perempuan,arak dan dadah.Dua benda yang aku selalu kondem KAW-KAW (kecuali dadah sebab aku suka layan orang yang baru hisap ganja)...my point is....arah pembangunan Malaysia tak berapa menitik beratkan nilai moral.Dan entahlah macam mana sampai satu masa,aku benci orang Melayu.Ramai yang hipokrit.

Boleh kata kesedaran aku datang daripada environment aku yang macam tu...dan aku juga dipengaruhi oleh seorang member baik aku,seorang budak Cina yang mak dia sakit dan tak larat nak buat kerja tetapi digagahkan jugak buat kerja untuk support family.Bapak dia dah takde.Aku ingat lagi,aku berborak dengan dia...dia kecewa sebab tak dapat masuk IPTA...jadi dia cerita kat aku...mak dia kata,"kalau tak dapat masuk IPTA it's okay.IPTS here no quality,I'll send you overseas." Dia tak nak,dia kata masuk aje la IPTS mana2,save duit...tapi mak dia berkeras tak percaya IPTS Malaysia ni. Jadi...mak dia..yang sakit,yang dah tua ni,habiskan saving dia sebanyak RM200 ribu lebih...hantar member aku ni gi oversea.Mak dia langsung takde duit lepas tu tapi berbaloi..dia grad US sekarang ni dia jadi pendidik lepas bosan kerja engineering.

Adakah orang Melayu mampu buat benda camtu dekat anak dia?Mana ada.Orang Melayu akan ambik jalan yang disediakan oleh government,kemudahan dah ada.Tak perlu susah payah.Kecuali orang yang ada kroni la...itu,lain cerita dia.Mak member aku tu nobody.Rumah kecik aje kat Setapak.Tapi dia mampu hantar member aku gi oversea tanpa memerlukan sesen pun bantuan kerajaan atau mana2 scholarship.Sangat impressive.

Dari situ aku sedar...the system in Malaysia it's actually not working for the Malay's as we felt we are the beneficiary..but actually,we are not.Macam orang putih selalu cakap..kau bagi ikan dekat seseorang dia makan sehari,kau bagi pancing dekat dia..dia makan setiap hari.

Orang Melayu dibesarkan dengan dibagi makan ikan setiap hari.

Apa yang aku harapkan,is that anda generasi muda,takkan ulang kesilapan aku yang aku pernah buat.Aku tak pernah berani tegur member2 aku dulu bila diorang berpeluk dengan awek masing2 masa tidur.Anda,generasi muda..akan depat kesedaran untuk berdikari lebih awal.Sebab once kau dah berdikari,minda kau akan lebih cepat matang.Bila minda kau dah matured,kau nampak benda tak betul kau akan suarakan pendapat kau...sebab kau tau benda betul,benda salah.Sebab tu orang Cina akan terus mendahului orang Melayu..because their race development are more matured than us Malay's.

Gangster Orang Cina fikir nak buat duit jual DVD,samseng orang Melayu fikir macam mana nak pau budak2 sekolah untuk dapatkan duit.Aku selalu tulis peumpamaan ni sebab they are the lowest of the low in a society.Asal dapat ikan setiap hari cukup bagi pukimak Melayu macam ni....

It's good to know here that our young mind are open to a political thinking.Good to know that.

Jadi,bila kau dah kahwin..kau dah ada anak...ajar anak pasal agama,ajar anak kau macam mana nak berfikir.Macam mana nak pilih yang baik dan tolak yang buruk.Bila kau dah ajar anak kau fikir macam tu,Insya Allah dia akan sayang agama dia sebab agama adalah benda baik dan dia akan tau apa yang betul dan apa yang salah.Tapi pastikan anak kau tau benda wajib terlebih dahulu.Paksa dia accept benda yang wajib sebab a must is a must.Takde alasan lain

Look around us.Look at what our Malays society has become.Kenapa orang yang betul takut nak tegur orang yang salah?Kenapa orang baik takut nak lawan orang jahat?Kenapa kita takut nak tegur kalau kita nampak budak sekolah berpeluk dekat shopping kompleks?

Sebab that is where our Malaysia is going dan aku rasa sebab tu orang Melayu jadi bahan ketawa.We are the majority,kita panggil diri kita orang Islam, kita marah bila Islam kena kutuk,kita bangun tentang orang lain yang tentang agama kita...tapi budak Melayu peluk2 kat shopping mall kita tak larang sebab kita takut.

Kita melatah pasal orang Cina yang mintak kesamarataan....tapi kita tak pernah justify dekat orang Cina tu layak ke tidak orang Melayu dapat keistimewaan tu?They have the right to argue,kan? They are also Malaysian citizens..
Back to basics please.Melayu majoriti tapi gagal menghasilkan generasi yang baik,yang pandai berfikir dan yang tak bergantung dengan orang lain.Kita hidup dalam satu sistem yang menguntungkan sambil melalaikan kita tapi whether we deserve or not living inside that system...itu terpulang kepada kita.

So,mulakan dari hari ini.Pastikan anak anda nanti tak perlu pinjam PTPTN.Tak payah join pun SSPN tu.Merapu aje semua tu.Sebab apa?

Sebab orang Cina boleh buat.Kita Melayu juga sepatutnya boleh buat.PTPTN is another system yang memberikan kemudahan untuk orang Melayu yang tak mampu.Aku pun mangsa dia,sure ramai yang jadi mangsa dia.Cuma sama ada anda nak atau tidak keluar daripada sistem tu...itu terpulanglah kepada berapa lama anda suka nak duduk dalam sistem yang dah diguna pakai di Malaysia sekarang ni.PTPTN is just one example kemudahan yang disedikan.

Once kau ambik kemudahan yang disediakan,bagaimana dengan hati kau? Gembira dapat bantuan untuk sambung belajar?All these benefits one day will bite us back as we will create a laidback society yang tau kita tak usaha pun,kita akan ada jalan nak sambung belajar.Aplikasikan teori tu dekat mana2 benefit yang orang Melayu sedang dapat...the conclusion will always be the same.

One day,kesannya akan datang balik gigit bontot kita.

Ajar anak-anak anda berfikir macam mak aku cuba buat kat aku satu masa dulu waktu aku tak berfikir. Bila difikir balik apa yang aku lalui sebelum aku mampu berfikir sendiri,kelakar rasanya.

Aku,tersedar lepas umur aku 21 tahun.Percepatkan kesedaran ni di kalangan anak orang Melayu.

Kau cuba bayangkan kalau kau boleh berdebate mengenai right or wrong,politics dan kehidupan dengan seorang budak Melayu tingkatan 1 atau 2,dan kau tewas lalu perlu admit dia betul.Itu adalah sesuatu yang perlu digalakkan dalam masyarakat kita dan tak perlu rasa malu.Sebab benda ni pernah jadi kat aku.Dan budak tu aku ajar dia tuisyen.Seorang budak Cina perempuan tingkatan 2...Tapi bila aku mengajar satu kelas budak Melayu semuanya yang dah berumur 19 tahun,the first thing that they want to discuss is Akademi Fantasia atau Naruto.

Sebab tu aku tak suka direction perjuangan UMNO bagi orang Melayu.If betul2 nak perjuang Melayu....haramkan Mangga dan Pancaindera dulu...itu adalah virus orang Melayu yang paling laknat sekali sekarang ni...menghasilkan society yang sukakan hiburan dan gosip.Dan taktik itulah yang digunapakai oleh UMNO untuk mengekalkan kuasanya.Melemahkan orang Melayu yang tak reti nak berfikir sendiri.Aku tak suka sistem ni.Who the fuck care what the artist is feeling,doing,who's dating who and whether she's menstruating regularly or not? Dumb people.UMNO suka pak turut.

Bersih haram...tapi majalah Mangga tak haram2 lagi.Dah berapa lama virus ni meresap dalam masyarakat kita?

Kalau orang Cina ada yang berani mintak kerajaan haramkan majalah Mangga,aku akan sokong dia.Masalahnya nanti,akan ada la orang Melayu yang bangun dan kata "dia Cina,apasal dia nak sibuk hal majalah untuk orang Melayu?Suka hati la orang Melayu nak baca majalah apa!"

Itu society Melayu Islam kita sekarang.
We are blind because of races making our ideology become corrupted.
Tak nampak benda betul benda salah.

71 ulasan:

mr edz berkata...

yer aku pun suka layan orang lepas kena ganja.. hahahha jangan undi BN.

AKMAL SYAFIQ berkata...

ini lah yg bermain di kepala otak aq dr sekolah menengah lagi/ Unfortunately, mase tu aq kat sbp..all boys pulak tu..melayu melayu melayu...tak de ape kat bangsa tu haaa...kite cari keadilan dan kesamarataan..but aq still inclined to islam as the means to solve this. hanya yg betul2 phm je boleh tolong masyarakat ni. Setuju sgt bro! aq rase lega sbb akhirnya ade jugak org melayu yg ade pikiran mcm ni. I'm not alone. plz sebarkan idea ini bro...org melayu kne sedar!

Tanpa Nama berkata...

hebat..

Sadun berkata...

waa, mantot, best giler aku baca entry ko..hehe pengalaman ko yg dulu2.

haramkan mangga!

betul mantot apa ko ckp ni. Pnh sorg kawan cina aku ckp kat aku, 'u org senang la, tak dapat reult tinggi pun, biasiswa masih boleh dpt, kalau macam kami org ni,, kalau tak dapat 4plat, gerenti tak dapat biasiswa punya"

Tanpa Nama berkata...

member aku sorang ni secara fizikalnya dah bagus. ilmu pun banyak. kalau tegur orang mulut macam laser. pantang tengok orang bercouple. tapi obses dengan artis sepet2, seolah2 dipuja2 artis2 itu. tapi kalau orang suka lagu omputeh dia sound. apedaaaa

Katak Hijau berkata...

Sokong bro. Apa yang aku susah nak explain kat org, ko tulis dengan perfect.
Good job.

Snowflake berkata...

Barvo Mantot! I loike..

Tanpa Nama berkata...

pergh.bergaya sekali.

Tanpa Nama berkata...

setuju dengan mantot..aku pernah satu kelas yang majoriti cina..persaingan antara melayu mmg jauh berbeza..kaum cina lebih kehadapan..aku jd blur..kenape aku boleh ketinggalan..baru hari ni aku sedar,ikan yang selama ini telah disuap telah berjaya mengaburi mindaku..sehingga menjadi lemau....
hari ini aku baru sedar lewat 2 tahun dari mantot..

Tanpa Nama berkata...

Mantap...I like this very much. Inilah perkara yg aku pendam selama ini. Terima kasih banyak pd Tuan blog sbb menghuraikan realiti yg sgt vivid.
Drp,
RYSMHP

kueh bakar berkata...

pemikiran kritis macam kau pun 'gagal' satu masa dulu...

org biasabiasa apatah lagi..

mawar berkata...

bacaan yang menguntungkan untuk dibaca pd hari ini.

terima kasih.

Rabiatul berkata...

Anith......Akim....Yasmin Khanif....Uqasha......

WHY DONT I KNOW ANY OF THOSE ZOMG HAHAHA

Tanpa Nama berkata...

post nie mmg bagus aku setuju 100% dgn sume yg ditulis/type

aku nak tanye pendapat skit
ape akan jadi kat malaysia klu jatuh ke tangan anwar atau karpal singh...
jgn flame aku aku cume nak tanya salam jumaat yg dirahmati Allah

Laici berkata...

meme la, masyarakat kita dah hidup,hampir sebati dgn hiburan,gosip,artis,rancangan realiti dari kecik..dididik dari kecik dengan hiburan

dari kcik, ada rancangan realiti utk budak2 yg nk jadi penyanyi, dtg besar sikit de lagi, rancangan realiti hiburan, tua2 pn ada gak, rancangan realiti nak cari utk warga emas?

dri sni leh tengok, anak2 kita dibesarkan cmna, dgn filem aksi rempit,bohsia,peluk,clubbing,dadah,arak...konon nk tunjuk realiti..bangga sungguh dgn realiti bangsa kita yg beragama islam? ptuih....


*remaja skrg ramai yg x kisah psl hala tuju dorang,sbb dorang cam kau gak mantot,.khayal ngan hiburan..tengok dorang umur cam kau nanti, dah kerja..baru diaorang akan rasa...

Tanpa Nama berkata...

member aku slalu cakap, "budak2 zaman skrg, sekolah bukan main cantik, tapi otak bodoh jugak". hahahah it refers to meleis yang mudah lupa dan bongoks

Adam berkata...

Tabik. Pendidikan moral itu penting.

kuncisudu berkata...

aku agak tak kesah ngan isu ni, cuma aku memang kesian ngan
artis yg bergambar utk majalah tu
wartawan yang buat citer dlm majalah tu
potograper yg amik gmbr2 artis tu
editor, pencetak, pengedar, penjual, pembeli, pembaca, yang tumpang baca DLL.

apala yg depa nak jawab kat Allah tentang tenaga, duit dan masa yg mereka gunakan utk majalah tu.

Tanpa Nama berkata...

kita perlukan kesedaran dalaman, and then xyah haramkan mangga.mesti dia lingkup sendiri.

Ann berkata...

ade mmber cina ak mase U dulu wpun xrapat, bila tau ak cari reference, dia sanggup emelkan reference dia walhal ak xmintak pun. dulu ak igt cina ni kedekeut nk share sbb apa yg dorang dpt dgn jln yg ssh...xmcm kita melayu..yg dh terhidang depan mata smp jadi malas nk usaha sbb tllu selesa

Adlilatun Nur berkata...

Well said... Very nice.

Tanpa Nama berkata...

sorry bro xde akaun.. kne pkai anonymous jgk.. tp bkn nk maki ke ape.. nk share2 aje.. bro, ak memang x baca sgt majalah2 picisan ni n mmg x brape minat pn.. tp ko x boleh letakkn keslhn tu pda UMNO mahupn hak keistimewaan org melayu.. ko kne tgk jgk program skrg mcm imam muda, forum perdana, al kuliyyah(ni dh lama), dan komik2 melayu mcm ana muslim dan kawan yg skrg x berapa nmpk mgkn kerana x mndpt sambutan.. persoalan ini akan berbalik pada demand utk promote kn perkara ini.. blog bro mmg bagus utk kesedaran anak2 melayu, terutama anak melayu muda.. cuma lebih baik bro fokuskn pada kesedaran org2 melayu berbanding kesedaran politik.. politik ini mana2 pn mahu guna kita je.. tteruskn usaha bro

LS berkata...

gua dulu mcm lu.
semasa gua study. gua hu ha hu ha. halal haram tolak tepi janji happy.

bila gua dah kerja, gya nampak Melayu nak pertahankan hak Melayu ni lemah sebenarnya. generasi muda Melayu lemah. lemah. lemah. hanyut dgn khayalan dan hiburan yg terlampau.

fuck la Mangga. fuck la URTV. fuck la majalah2 hiburan ni semua!

Cik Siti Fairuz berkata...

"Ashraf Muslim: Cari calon isteri"
...ala.. da melepas...

"Uqasha: dedah skandal ngn Nabil"
...sape uqasha?

Tanpa Nama berkata...

"aku nak tanye pendapat skit
ape akan jadi kat malaysia klu jatuh ke tangan anwar atau karpal singh..."

anwar & karpal singh ni pihak maner pulak? 2 org ni jer ker yg bertanding semua kerusi parlimen kat Malaysia ni? Atau diorg ni ada bala tentera sampai malaysia ni boleh jatuh ke tgn diorg? Cuba tolong 'elaborate' sikit...

Tanpa Nama berkata...

I agree..bila dah merantau ke overseas ni, baru nampak betapa rendahnya morality bangsa melayu. Bukan nak kata semua, tapi yang segelintir tu la yang obvious kan. Sedih tgk bangsa sendiri yang makin layu. ohh..

Tanpa Nama berkata...

Anon, July 8, 2011 3:22:00 PM GMT+08:00

Lagi2 melayu! lagi2 melayu! Kesedaran Islam la weeii!!!

Kesedaran politik penting spy org politik tak leh nak 'guna'kan kite

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Anon, July 8, 2011 3:22:00 PM GMT+08:00,

YOU OBVIOUSLY RETARDED...org bincang isu lain kau masuk isu lain...GTFO

Mantot berkata...

lek2..jgn maki org..jumaat ni...
btol la dia kata apa..tapi pada aku dia tak betul.

walaupun kita dah ada byk rancangan berunsur agama sekalipun tak semestinya kita kena pejam mata dekat benda haram yg kerajaan benarkan..

pada aku,takde bezanya Mangga dgn Playboy.Sama aje.Haram tetap haram..

dan brape org muda yang tengok Kuliah Perdana Ehwal Islam dan berapa org yang baca Mangga tiap2 bulan?

Point aku pasal Mangga tu...
Majalah Mangga dikeluarkan oleh Utusan Publications.Siapa tauke Utusan publications?

UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Superb bro, aper hang tulis!!!!... keep it up

Tanpa Nama berkata...

punya ramai cover artist, sampai yg kat bawah tu kene meniarap, xnak lindung kaki budak kat atas tu.. keh keh keh

jaypark

Tanpa Nama berkata...

aku rasa mangga tu pun ade tujuan nak kaut untung...

jadi aku rasa dalam ini bos punya kepala, "lantaklah halal ke haram ke seksi ke seksa ke peluk ke cium ke lurah ke, janji duit masyuk.."

aku tak tau sapa lah yg b**** sgt blh beli majalah tu...
aku ni, kalau die kasik free, aku buat kutip najis cicak...

:.DiDa.: berkata...

Setuju....
sy x tau nk ckp apa tp sy setuju...sbb klu ckp psl bangsa i am NOT malay, but bila ckp psl agama, yes! i am MUSLIM & often sy di samakan spt melayu yang ngok hanya sbb sy bertudung/islam...sad & bad!

ana berkata...

Terima kasih bro wat arkitel camni, semoga lagi ramai orang kita berfikiran terbuka -freedom of mind not freedumb-

Tanpa Nama berkata...

Kalau aku ada anak nanti
aku nak ajar anak aku jd pendemotrasi jalanan yg brjaya

Apa pendapat ko Mantot?

Boom

Tanpa Nama berkata...

anon 8:12

lantak ko la nk ajar anak ko pendemotrasi jalanan pn...
xde org kisah pn wei...

go go go mantot...support you...

Johann berkata...

Bagus artikel yang mantop sekali!

Pendapat aku misi kerajaan menghalalkan hiburan yang melampau, majalah2 yang mengarut2 sebabnya satu jek. Nak jadikan rakyat bodoh terutama Melayu. Bila rakyat dah bodoh senang la diorang nak kencing,berak kat kepala kita ni. Ko tanya mat2 rempit luar sana jauh mana tahap mentaliti diorang? Kadang2 macam budak terencat akal pun ada. Muda2 lagi dah kurang ajar, x pandai hormat orang tua, jahil bab agama, lawan ulama,x nak join politik, buat perkara2 bodoh.. Ni semua hasil dari misi membodohkan rakyat Malaysia selama 50 taun lebih. Dah tu x nak ke mengubah Malaysia jadi lebih terhormat, Islam lebih kedepan, Melayu lebih maju?

Wallahualam bissawab..

Namie Xa'adea berkata...

u really2 read my mind. Once, I've a serious discussion with my Chinese colleagues tentang kebodohan kita kerana dasar pendidikan kita.
I pun only realize ke"badut"an politics in Malaysia masa umur I mid 20's. Sedih, sebab terlambat!

Normah berkata...

Somewhere dalam a few recent entries in this blog, ada org cakap bimbang pasal "hak" Melayu and Mantot tanya apa yg nak dibimbangkan.

To a certain extent, memang ini prejudice, tapi ada reason disebalik prejudice tu. Salah satu sebabnya kita boleh baca dalam buku Dr. M, The Malay Dilemma klu tk silap.

Correct me if i'm wrong, tak silap saya, dalam buku tu ada explain tentang ramai pelajar Melayu yang selalu fail semasa belajar di universiti tempatan dalam tahun 60an(?). Alasan yg diberikan adalah mereka kurang bijak berbanding org lain. Dr. M was Education Minister back then.

Somehow, kerajaan memutuskan untuk hantar mereka ke luar negeri. Yang anehnya, di luar negara prestasi mereka tak ada masaalah.

Ini seperti ada sesuatu yang membuatkan mereka gagal di universiti tempatan.

Walaupun zaman dah berubah (?) dan mungkin perkara ini sudah berlalu, tapi, saya rasa ini salah satu sebab perasaan prejudice ini timbul.

fence sitter berkata...

Assalamualaikum

Sy kembali utk komen krn merasakan saudara tlh berubah. Tahniah saya ucapkan. Semoga saudara terus menghasilkan entry sebegini dgn cara berhikmah tanpa perlu menggunakan kata2 yg krng enak. Keep it up!

wootwoot berkata...

mantot.ko pergi x bersih nanti?

Nad berkata...

memang budak skrg di manjakan dengan hiburan yang melampau-lampau hinggakan bila majlis ilmu ramai blah angkat kaki pura-pura cari toilet..

sbb mereka rasa tiada kebebasan. mereka hanya pikir enjoy saja. padahal ada hal yang lebih panting menunggu mereka akan datang. Di mana setelah mereka ada rasa tanggung jawab pada diri.

Betapa susahnya nak kumpol harta yg waktu sama nak bayar hutang..

sedey saya kerana lambat tersedar.. skrg ni hambek kau iktihar sendiri macam mana nak dpt wang saku sara hidup dan masa depan..

tulah..

padan muka daku..

tapi jgn pernah berputus asa.. sbb cara kita sekarang lah mencorakkan masa depan kita..

kalau kau terus boros dgn duit gaji kau.. sampai kesudah tiada peningkatan..

so tade istilah selesa kalu kau nak berjaya..

tiada istilah selesa kalau kau tanak berubah..

itulah perasaan saya bila rasa sgt terlambat utk tersedar..

sepatutnya,melayu perlu berasa selesa walau kau dicabar/bersaing dr mana perspektif pun..

ini.. cuba kena gertak sikit.. menggelabah tak hingat..

selesa ke namanya??

tuan tanah berkata...

Thanks for this entry.

Salute.

SyncRo MEOR berkata...

:]

Irfan Habib Danial berkata...

mantot, anak aku nanti, aku nak ajar jadi gila kuasa. padan sikit muka UMNO. hahaha

setuju sangat. patut agama yanf dilebihkan. pergi mampos dengan bangsa. masuk dalam kubur, Allah tak tanya pun apa bangsa kamu. tidak sesekali.

alhamdulilah, aku da ikut pasal politik dari aku darjah 1. skrg aku 20 tahun. byk sgt keburukan gov yg boleh nmpk.

Tanpa Nama berkata...

saya nk ty pendapat bro mantot sikit dr kontek islam la.dan ini terhad kepada umat islam sahaja.tak termasuk org bkn islam.klu bn ditukar pd pakatan adakah perkara2 ni bleh diubah?

1.majalah mangga diharamkan
2.akademi fantasia dan sewaktu dgnnye diharamkan
3.Darjat islam dinaikkan (pelaksanaan hukum islam dll)

no 1 dan 2 lebih kepada perniagaan secara umumnya.ada akta ke untuk halang sesuatu perniagaan? macam no 3 sgt meluas.xyah cite panjg2 psl hukum hudud.tgk psl menutup aurat pn brape nk lps kt malaysia ni.tu blum tgk bank2 yg terang2 mengambil riba.bleh bg pendapat skit?
myb ada org akan kata soalan sy kurg bijak (sbb slalu tgk komen2 kat blog ni ske maki soalan2/pendapat2 yg dorg xstuju) tp atleast sy perlukan jawapan utk kekeliruan sy.tq

mat noor

berkata...

mula-mula ingat nak komen lepas kau reply emel aku. tapi tak pe la. kau sibuk kot.

entri ni nampak lain dari yang sebelum-sebelumnya. lebih serius. dan sensible.

betul la kat malaysia pun dah macam dalam 1984 & A Brave New World kan? ada big brother yang akan penjarakan sesiapa yang tak sama ideologi dan ada hiburan picisan berlebihan yang menjadikan rakyat pasif dan patuh.

lethal mix of fear and triviality.

melayu memang takde kesedaran kepentingan menabung. semua harapkan kerajaan. yang kuat kritik kerajaan pun, at the end of the day, terima bantuan kerajaan jugak. jadi masalah bila rakyat perlukan kerajaan lebih dari kerajaan perlukan rakyat. rakyat boleh digula-gulakan.

selalu jugak dengar melayu bising cakap cina tak sumbangkan apa-apa untuk negara. tapi kalau dari kecik dia tak perlukan kerajaan, sampai dah kaya-raya dengan usaha sendiri, kenapa diorang nak peduli dengan orang lain yang tak pernah iktiraf kehadiran diorang?

ramai yang end up berfikir: i made it on my own. kau tak pernah tolong pun. kenapa aku nak tolong kau?

jadi satu cycle yang sangat menjahanamkan negara.

sebab tu pendidikan tu penting. educate bukan saja dengan ilmu untuk buat duit, tapi juga didik untuk hormat sesama manusia. mutual respect. dan mungkin jugak sedikit empathy. kau rasa dia kafir pun, dia tetap makhluk tuhan. dia percaya atau tidak, itu bukan soalnya.

jadi, aku setuju yang didikan moral itu penting.

hiburan trivial akan bertambah trivial bila rakyat ada pendidikan. pendidikan yang lebih luas definitionnya. bukan cukup setakat sijil, diploma atau ijazah yang bergulung tu.

berkata...

mat noor, aku suka soalan-soalan kau.

sesetengah orang perjuangkan kebebasan dan keadilan. tapi dalam masa yang sama nak sekat kebebasan dan keadilan untuk orang lain. ironik kan?

sebab soalan ni kau tuju kat mantot, tunggu la jawapan dia ye.

a mi parecer berkata...

Part ni memang aku sangat setuju ngan kau. Esp. Part kita kena belajar menjadi berdikari dlm menentukan masa depan pendidikan anak2 kita. Serious, aku memang suka kalau kau kupas isu moral &pembangunan soaial masyarakat sebab pembangunan dalam malaysia ni sangat tak seimbang. Tahniah sebab kau boleh membamtu untuk membuka mata orang lain

Tanpa Nama berkata...

actly soalan sy td utk semua.tp just nk tau ape pndgan tuan punya blog dlu sbb dia ada sebut psl majalah mangga ni.sekian.

mat noor

Tanpa Nama berkata...

agree with everything..!!

Tanpa Nama berkata...

@Mat Noor
Dengan sokongan Makcik Hajjah Sitti AlWuzara, aku tak fikir Islam dapat di bela. Cuba tgk ni: http://twitter.com/#!/sitt_alwuzara

Pn Razlina berkata...

negara ku
tanah tumpahnya darahku
rakyat hidup
bersatu dan maju
rahmat bahagia tuhan kurniakan
raja kita selamat bertakhta



semua orang lupa sapa yang kurniakan rahmat kalau yang maha esa.
ni la kalau kurang menghormati lagu negaraku

or mayb

tak pernah dah nyanyi sebab dah tua. itu yang kurang sedar.

dari kesedaran yang encik dapat setelah encik rasa encik sedar..

apa sumbangan yang telah dibuat?

dyg (-_-) berkata...

u r so true.,

bLaCk | maWaR berkata...

Masalahnya nanti,akan ada la orang Melayu yang bangun dan kata "dia Cina,apasal dia nak sibuk hal majalah untuk orang Melayu?Suka hati la orang Melayu nak baca majalah apa!"


rasanya part nie org akan bg komen menjurus pada nak tutup periuk nasi orang melayu..makajalh melayu ja nak boikot..keluaran melayu ja nak boikot..kononnya..padahal byk lg konsep majalah lain yg bley buat.

Tanpa Nama berkata...

Baru balik dari perhimpunan bersih..

Sapa2 yang kata orang melayu susah2 pergi demo tolong jaga mulut sikit eh... Hari ni menimbulkan sejarah baru orang2 cina, india telah mula sedar atas kepentingan demo. Salute kat semua yang datang..

kyo_9 berkata...

Imam Ali pernah berkata..

"Kalau orang berani melakukan kemungkaran, kenapa kita harus takut menegakkan kebenaran!"

Unknown berkata...

mantot,

hujah yg ko pakai dgn mak ko pasal cikgu kerja dgn kerajaan kena sokong kerajaan adalah hujah dangkal yg biasa digunakan oleh budak2 remaja amno hehehe. ramai tak tahu penjawat awam bekerja dgn kerajaan malaysia dan taat setia mereka adalah pada kerajaan malaysia.

ramai org amno tak dapat bezakan kerajaan malaysia dgn kerajaan bn. penjawat awam perlu patuh dgn dasar kerajaan. mereka tidak boleh sabotaj dasar2 kerajaan. setiap penjawat awam tertakluk kpd GO dan pekeliling2. semua pekeliling ini langsung tak ada kena mengena dgn kerajaan bn. tapi mereka bebas mengikuti atau menyokong mana2 parti. gaji mereka pun secara am adalah dibayar oleh kerajaan malaysia bukan bn.

kalau hujah mantot ni diguna pulak cina penang utk bagitau penjawat awam melayu di penang mereka perlu sokong dap hahahha mesti angin satu badan.

gadis berkata...

serius aku sokong. tapikan, macam mana nak sambung study kalau takde duit. serius ni.

Tanpa Nama berkata...

haha... paloibinmulau, ku bru pas debat dgn member psal mende ni. mcm bese, org pro-parti kerajaan skang, ayat die pusing2 kat situ gak walopun ku telah gune hujah2 yg berlainan. mmg diorg ni xmo trime hujah kite. pmpn amno la katekn...

Mantot, btul la, ramai pmpn join amno... why a? terime bulat2 kat tv je ke? setau den, pmpn lagi particular dr laki.

-EnJ-

Siti Syawal berkata...

dah buang majalah mangga dah..=)

Tanpa Nama berkata...

HAI in HD

daripada ajar anak jadi gila kuasa, baik ajar anak patuh dengan tututan agama. kalau dah landasan betul, Insyaallah, sifat memimpin tu boleh dijana n nanti boleh jadi pemimpin yang adil.

Tanpa Nama berkata...

cerita. mungkin takde kaitan dgn entry mantot.

I was in Pekan for program anak angkat years ago. So aku kena duduk dengan keluarga angkat and duduk sebilik dgn anak perempuan tunggal dan bongsu dalam family tu. To my shock, dalam bilik dia penuh dengan stack of Mangga, URTV and Eh! bertimbun smpai tak cukup rak.

Malang, sebab bila aku nak bersembang dengan dia, cerita yang dia lagi interested, adalah pasal artis, best ke duk kL, ade tak jumpa artis. mestila aku tak tahu nk jawab pe. but I pity her so much.

Ramai yang anggap malaysia ni rakyat dia paling daif pun macam2 org2 duk setinggan kat area selangor/KL, still terdedah dgn kemodenan. tp cuba jenguk ke tempat2 kampung, anda takkan percaya ada lagi generasi MUDA yang mentaliti tahun 60-an.

=[

BUDAKECIK berkata...

nice post bro.BERSIHkan Mangga!

Mama Iman berkata...

Hiburan is one of the elements stressed in Freemason Movement. Go and find the book entitled Gerakan Freemasonry oleh Hj Nik Azran Muhammad dan Hj Mohd Mahadi Hj Isa. Mangga ke, URTV ke dah ape bagai majalah hiburan suma mengarut. Seolah2 mengagung2kan artis sedangkan mrk hanya berkhidmat untuk kita. Kita ni ibarat majikan mrk. kita dididik dgn budaya gosip, mengumpat melalui wadah2 ni. Aku bosan bila tgk manusia2 yg dok menangis2 dan berebut2 nak tgk artis. Ntah apa yg spesel mereka tu.
Sistem pendidikan dalam Malaysia perlu byk diperbetulkan lagi. Sebab aku juga cikgu yg hanya mampu melihat kepincangan yg berlaku. Nak betulkan secara total aku tak mampu sebab dasar sedia ada. Cumanya, aku hanya boleh bg input secara indirect utk sedarkan bangsa aku sendiri. I am more to Muslims rather than bangsa. Apa guna jadi Melayu kalau kerjanya hanya memusnahkan kawan sebangsa. PRU13 ke arah perubahan... Insyaallah....

Fleur Vinca berkata...

berkenaan ptptn tu pun sebenarnya bkn 100% manipulative... student skrg pn kena pandai fikir gak.. kalau nk ambik, belajarla rajin dan dapat first class honour. convert ptptn ke biasiswa. use your brain. dia nk manipulate kita, kita manipulate dia lak. ini tak, dpt ptptipu g beli handphone, keta ada yg sampai beli gelang rantai and cincin. pejadah.... skrg dh ada advantage guna la... dulu yela xde skim mcm ni... aku rasa skrg ni xsalah nk guna ptptn just kena pandai. jgn tau guna je. T n C tu baca. jgn main sign je. mata dh gelap nampak belas2 ribu.

Tanpa Nama berkata...

Fifah :
saya tak tau plak PTPTN boleh convert to biasiswa? yang saya tau mcm JPA, MARA tu mungkin ade la kot. saya pun amik PTPTN. tp bukan full amount pun.dpt second class upper je lah tapi. lepas kerja bayar balik bulan2. now tinggal lagi 6 bulan dh nak settle PTPTN. sorry correct me if im wrong here. :)

-wny

Suraya berkata...

assalamualaikum..
aku melayu.. kawan kawan aku majoriti melayu..(ada la sorang dua cina dgn india)..

tapi aku dan kawan kawan aku tak baca Mangga dan URTV dan sewaktu dengannya. kawan kawan aku kebanyakkannya adalah golongan professional.. jadi tidak betul dengan pendapat yang mengatakan melayu ni bodoh dan malas.

kesedaran politik aku ialah masa aku darjah 3 lagi. jadi tak betul dengan mengatakan orang orang melayu takde kesedaran politik.


mak bapak aku menabung untuk aku dan adik aku sambung belaja sejak kami kecik lagi. jadi tak betul mengatakan melayu takde kesedaran nak menabung duit untuk anak anak belajar.

jangan mengata orang macam kononnya tau semua.

tak baik stereotype orang.

pilotHans berkata...

as my 1st reply here...thanks.nice read.really mind opening...

"Haramkan Mangga dan Pancaindera dulu...itu adalah virus orang Melayu yang paling laknat sekali sekarang ni."

+1 ....n i thought im the only one who thinks like this...

Tanpa Nama berkata...

rasa nak nangis baca ni.. sangat betul