Selama ni aku kagum dengan filem aksi Thailand..macam cerita Bang Rajan atau Ong Bak 1 atau Tom Yum Goong.Tapi bila tengok filem KL Gangster membuatkan aku terasa macam tengah tengok filem Thailand.Gaduh ala tomoi mixed dgn silat pun nampak ada jugak.Aku tak tau la apa nama seni dia sebab aku bukan seorang martial arts punya peminat.Cuma aku suka tengok orang bertumbuk.
Scene-scene bergaduh hand to hand dia memang terbaik.Tapi scene tembak menembak nampak kelakar...seluruh filem ni kalau buat scene gaduh tanpa senjata api lagi menarik.
Character wise...ada 2 watak yang memorable,Ajib dan Jai.Watak Aaron Aziz agak tipikal samseng insaf,banduan nak mulakan hidup baru..tapi part gaduh,dia nombor satu..terbaik.
Tapi sayangnya pengarah filem nak berlakon jadi abang taiko besar samseng jahat.Entahlah..aku rasa..watak dia memang dalam skrip seolah-olah takde personaliti sangat...stereotaip orang jahat yang tidak noble.Kalau dimasukkan sket unsur2 "nobility" dalam wataknya..maksudnya..dia lebih berprinsip,watak Shark akan jadi lebih bermakna.
Satu-satunya kelemahan paling ketara dalam filem ini yang membuatkan filem ini nampak sedikit cacat berbanding filem Ong Bak adalah daripada segi editingnya yang agak lemah.
Skrip yang disampaikan walaupun dengan berkesan oleh pelakon tetapi penonton tidak diberikan masa untuk digest shot2 dan mesej yang ada kerana editing filem ini yang seolah-olah mahu "menumbuk" penonton laju-laju.Setiap babak amat pantas berlalu dan bercakap gaduh..bercakap gaduh...cakap..cut terus muka karakter lain..sambung cakap.
Dan kelemahan paling ketara adalah jalan cerita yang agak simple..tanpa tunjuk pun apa yang King buat dekat mak Shark..siapa Malek?...siapa King?...apasal Malek taiko besar?....kenapa semua orang menyampah dengan Malek?...kenapa Jai boleh jadi samseng?...kenapa Ajib setia dengan Malek?....kenapa kamceng sangat Fadil dengan Malek?....adakah Fadil itu samseng atau sekadar poyo-poyo?
Terlalu banyak persoalan yang timbul...
Mungkin memerlukan prequel.
Mana tahu dapat double kutipan...
Boleh lawan kutipan filem 2 Alam.
Apa-apa hal pun..scene gaduh mmg best.Cuma terlalu koreograf,nampak tak natural sebab kongsi gelap pandai main martial arts.Improve jalan cerita..improvekan editing...mampu pergi jauh.
Pernah baca komik Jejak Wira?Pacing dia sama la dengan filem ni.Dialog,gaduh..dialog..tumbuk.Watak hidup semata-mata untuk bertumbuk antara satu sama lain.Tapi KL Gangster jauh lagi bagus daripada filem Dragon Tiger Gate.
Rating :
10/10 sebagai filem aksi semata-mata
7.5 sebagai sebuah filem lengkap.
Scene-scene bergaduh hand to hand dia memang terbaik.Tapi scene tembak menembak nampak kelakar...seluruh filem ni kalau buat scene gaduh tanpa senjata api lagi menarik.
Character wise...ada 2 watak yang memorable,Ajib dan Jai.Watak Aaron Aziz agak tipikal samseng insaf,banduan nak mulakan hidup baru..tapi part gaduh,dia nombor satu..terbaik.
Tapi sayangnya pengarah filem nak berlakon jadi abang taiko besar samseng jahat.Entahlah..aku rasa..watak dia memang dalam skrip seolah-olah takde personaliti sangat...stereotaip orang jahat yang tidak noble.Kalau dimasukkan sket unsur2 "nobility" dalam wataknya..maksudnya..dia lebih berprinsip,watak Shark akan jadi lebih bermakna.
Satu-satunya kelemahan paling ketara dalam filem ini yang membuatkan filem ini nampak sedikit cacat berbanding filem Ong Bak adalah daripada segi editingnya yang agak lemah.
Skrip yang disampaikan walaupun dengan berkesan oleh pelakon tetapi penonton tidak diberikan masa untuk digest shot2 dan mesej yang ada kerana editing filem ini yang seolah-olah mahu "menumbuk" penonton laju-laju.Setiap babak amat pantas berlalu dan bercakap gaduh..bercakap gaduh...cakap..cut terus muka karakter lain..sambung cakap.
Dan kelemahan paling ketara adalah jalan cerita yang agak simple..tanpa tunjuk pun apa yang King buat dekat mak Shark..siapa Malek?...siapa King?...apasal Malek taiko besar?....kenapa semua orang menyampah dengan Malek?...kenapa Jai boleh jadi samseng?...kenapa Ajib setia dengan Malek?....kenapa kamceng sangat Fadil dengan Malek?....adakah Fadil itu samseng atau sekadar poyo-poyo?
Terlalu banyak persoalan yang timbul...
Mungkin memerlukan prequel.
Mana tahu dapat double kutipan...
Boleh lawan kutipan filem 2 Alam.
Apa-apa hal pun..scene gaduh mmg best.Cuma terlalu koreograf,nampak tak natural sebab kongsi gelap pandai main martial arts.Improve jalan cerita..improvekan editing...mampu pergi jauh.
Pernah baca komik Jejak Wira?Pacing dia sama la dengan filem ni.Dialog,gaduh..dialog..tumbuk.Watak hidup semata-mata untuk bertumbuk antara satu sama lain.Tapi KL Gangster jauh lagi bagus daripada filem Dragon Tiger Gate.
Rating :
10/10 sebagai filem aksi semata-mata
7.5 sebagai sebuah filem lengkap.
45 ulasan:
apasal entry kau nak sama macam entry aku hari ni? apap apa pun jangan undi BN
mmg best KL gangster. tp ko kate lagi best dari Dragon Tiger Gate? bg aku DTG cool habes.
filem melayu yg ok la bg ak...
btol cakap ko, story line banyak lompong, xde penghayatan. tapi part gadoh n dialog mantop.
aku ulang 2 3 kali cerita ni, tapi skip terus kat part gaduh n dialog gadoh...
part abang, adik, mak, semua aku skip. hahaha..
cerita pendek sgt.. klau pnjg sikit mgkin lebih baik jalan penceritaan.
(aku x tgok wyg, download je, sebab selalu kecewa dgn cerita melayu..huhu)
Bagi aku KL Gangster sucks. Action scenes memang superb, tapi dari segi story nye, amat lemah bagi aku. Bak kata kau, banyak persoalan yang timbul.
And banyak watak yang tak menyerlah + tak diperlukan. Adik perempuan Malek, hilang camtu je. Entah mampos ke apa. Watak Zizan pulak, purely comedic relief. Cara mati pun bagi aku amat bodoh je. At least give a bit of a fight la. Tumbuk sedas dua. Baru nampak hero, ada nilai watak dia. Tapi even his death is a joke. And mak Malek. Apa cite? Tujuan dia keluar nak bantu mak dia, tapi last2 masuk penjara balik.
Bagi aku, Malek is a failed hero. Harapan dia nak jadi baik failed. Dia masuk penjara balik, mak dia still tak terjaga, adik perempuan dia still a slut, and Ajib still jahat sampai ending tu. Ye, ada scene Ajib bagi duit kat orang homeless, konon nak tunjuk dia masih ada perikemanusiaan, but still, in the end he's still just a bastard who loves money and would kill his own brother for it. Scene bagi duit tu sia2.
Overall:
10/10 filem aksi semata-mata
-10 sebagai filem lengkap
ala katak hijau. suck-suck pun, belas juta kutipan dier. ko kondem kaw-kaw pun, ko leh ke wat filem setaraf shamsul yusof? cakap pang pung pang pung. cam ameno da. haha. :p
btw, review mantot memang besh. x cm katak hijau. khaitt.. ptuihh!!
Katak Hijau pong pang pong pang..habok pon tarak...Haiya ini orang suka makan sambil berak yo...bagi gua..KL gangster memang best...dialog superb...watak ajib terbaik....fighting mantop...antara filem melayu yang best yang pernah gua tengok...
p: bukan ajib yang bagi duit ke homeless tuh..itu jai lah adik malek bagi duit ke adik dia :P
syamsul yusuf taiko control macho, ganster yang sentiasa smart. tak sah lah kalau filem arahan dia kalau dia tak jadi hero atau second hero.muka dia tak ada tahap ganas langsung
aku rasa myb akan ad kesinambungan movie ni. mcm KL menjerit jgk.. mgkin akan ad KL gengster 1. mungkin..
lg cantik kalu pengarah tak belakon dalam filem sendiri...
sape nama anak yusof haslam tu aku lupe..xberapa nak menjadi sgt lakonan gangster dia..
and plez la,upah la mana2 pelakon lain utk belakon filem kau.dush
Zyz: Sejak bila nak kritik movie kena pandai mengarah? LOL. Apa kau tak pernah mengkritik? Kau tak pernah tengok bola, kutuk orang sepak tak masuk gol? Kau boleh main bola lagi baik daripada orang2 yang ko tonton tu? Kau tak pernah kutuk makanan kat kedai tak sedap, tapi kau sendiri haram tak tahu masak? Faulty arguement bro.
And belas2 juta kutipan pun, sebab orang datang tengok AKSI dia bukan cerita nye. Kalau kau tengok komen aku, aku rate 10/10 aksi dia. Just story dia yang suck. Nak condemn orang baca betul2. LOL.
Katak Puru: Oh, sori, aku silap nama. Thanks betulkan. Aku maksudkan Jai tadi, bukan Ajib. Sori.
And kau pun sama. Tak semesti aku nak kritik movie, aku kena buat movie jugak. Seolah-olah kau kata orang politik je boleh cakap pasal politik. Imam je boleh cakap pasal agama. Haish.
Katak Hijau
lau mvie review im wif you bro hehehe...cter Young & Dangerous lg jelas dunia samseng nie...it's juz a kritik...a box office movie doesnt mean it's a good movie...
My rate...1.5/5 Popcorn Movie
conclusion aku keseluruhan...si bapak sibuk nk jd polis si anak sibuk nk jd gengster hehehe
kn ad sekuelnyer...shooting lpas rya nih..dia nk falshback blik psal life malik..kita tnggu dan lihat je la
sound dia x best..x boom. mula2 dgr iklan kat panggung, pastu start je citer dia ada drop sket. terus potong mood. tapi citer ni best.
aku x suke syamsul yusof berlakon..tp filem dia best
tp, mmg ade prekuel nnt
(ni aku bace dalam paper la)
then baru tau la kenape kenape kenape.
hihihhi ...
nak tau gak, ape yg king buat kt mak shark smpai dia mrh sgt...
kite tungggguuu ...
Bagi aku cerita dia ok. Lagi best la dari cerita melayu sebelum ni. Janji takde part bercinta bagi aku kira best la tu. Kalau melayu ada kisah cinta memang fail. Org nak ulas biar la apa yg nak gaduh. Semua ada taste sendiri. Aku pun rasa watak tu takde perkembangan langsung. Cerita memang tertumpu part bergaduh ja. Teruskan buat cerita berkualiti. At least nampak ada kemajuan. Lagi best dari kongsi.
Takde klimaks!
Introduction power habis dah (dalam hati "ooo boleh tahan..patutlah dapat juta-juta").. sampai kat tengah-tengah aku masih lagi menunggu kisah KL Gangster ni. Tapi sampai ke habis aku cuma nampak A lawan B, B lawan A, C lawan B, D datang selamatkan lepas tu lawan lagi E pulak selamatkan. Sampai ke sudah.
Aku tunggu jugak apa sebenarnya Shark buat kat Malek. Malek kan power, takkan senang-senang je jatuh ke muslihat Shark.
King senang-senang je mati kena tembak. King kot tu. Ketua Gangster. Kalau tau ketua gangster pun senang je nak tembak, bagus dari awal guna pistol.. penat je bertumbuk.
Watak Zeti tu takde pun takpe kalau setakat nak cakap dia jadi mangsa masa Malek dalam penjara. Dialog ni mak Malek pun boleh tolong cerita.. cakap je Zeti dah hilang gangster culik.
Masa Shark nak bunuh King dia ada cakap pasal "aku tau apa ka buat kat mak aku". Buat apa??? Aiyo. Lepas tu King kena tembak, mati. Aku tunggu jugak flash back pasal mak Shark tu. Takde pun. Nak kata ada sekuel.. Shark mati King pun mati.. siapa nak tolong cerita. Kalau setakat nak cakap dialog tu, bagus tak payah. Kalau dialog tu nak tunjuk Shark berdendam dengan King sebab tu, tak perlu kot. Semua orang tau perangai Shark, cukuplah sudah penonton fikir Shark bunuh King sebab Malek & kuasa.
Scene Jai bagi duit kat budak yang baring tu pun tak perlu. Nak tunjuk Jai ni ada kasih sayang? Untuk apa? Tak guna pun.. last-last bertumbuk lepas tu lari. Apa kena-mengena scene tu dalam cerita ni?
Second scene kat pasar yang pasal orang Shark baling bakul sayur, musnahkan sayur pun tak perlu. Bukan jadi apa-apa pun kat situ, tengok-tengok Malek dah balik rumah sambil relaks-relaks hisap rokok.
Last sekali, tinggal Jai & Shark tunggu kedatangan Malek. Ke dorang tak tunggu? Kalau dorang memang dah tunggu, awat tinggal 2 orang je, mana pengikut yang lain. Lepas tu, dah bunuh King guna pistol, bunuh je la Malek guna pistol. Apa lagi nak tunggu? Ajib & Malek depan mata, tembak je. Lepas tu tembak Dragon pulak. Setakat Dragon tu tak heranlah. Ni dah bertumbuk nak pengsan semua baru keluarkan pistol.
Adus! Lagi sekali, sama la jugak ceritanya macam Khurafat (hantu je lebih), Merong Mahawangsa (cgi je lebih). Ini bertumbuk je lebih, dialog gangster habis tapi jalan cerita? klimaks pun aku tak nampak kat mana. Semua sama je.. mungkin sebab tak nak guna pistol sebab tak nak watak tu mati awal, tapi aku tengok objektif cerita ni ialah Shark nak Malek mati tapi dihalang oleh King & Ajib dari group Dragon.
Orang aku paling kesian ialah mak Malek. Tiba-tiba sampai situ je watak dia. Rumah hancur dah, Malek masuk jel, Jai lari, Zeti tidur rumah kawan. Macam mana nak buat kerepek rumah dah takde. Kalau watak mak Malek ni dimatikan at least tragislah lagi.
Oh poster. Tak letak muka Zizan kat depan tu pun takpe. Tak gangster pun.. (nak tarik penonton kot.)
Apapun, ada kemajuanlah dari segi aksi untuk filem tempatan, tapi jalan cerita masih lagi sama macam tu jugak.
Kecewa lagi aku.
2/5
ps, kalau cerita hollywood, bertumbuk sebab pistol dah kena tendang bawah meja, atau pistol takde peluru.
memang dia nak buat prekuel pon. dah lama announce dah. prekuel filem tu akan ada Rosyam Nor.
aku tk pernah suka muvie melayu..huhu
gua sama KL Gangster.
cuma banyak benda yg x diperjelaskan. mcm ko ckp la bang. kena improvised. baru boleh pergi jauh.
scene gaduh dia aku tak suka, nampak sangat kareograf, tak smooth langsung. dan paling tak best, tak ada originality, aku nak tegok samseng melayu bergaduh, bukan samseng siam. banyak sangat cedok Muay Thai dan combo move game Tekken dalam scene gaduh.
jalan cerita longgar. cakap, gaduh, orang datang, cakap, gaduh, orang datang, habis.
err.. Shark tu apahal dengan melayu pun nak cakap slang cina?
pada aku, ajib gak best..tak payah perut ketak2...tak payah nak hensem2..janji cakap slang mau ada mcm bangsat sket..*sseeennggaaatttt!!!*..ada sket poyo tak takut dgn orang and the best thing..aku rasa dia ada prinsip...
tang loop hole here n there..is not a big issue..lets your brain digest its own fantasy...maybe mak shark kena liwat dgn king?? maybe jai jadik jahat sebab idup dia susah..anything is possible...kalau semua nak sumbat dlm satu movie..silap2 lagi lama dari LOTR nanti..
yg mana komen pasal scene gaduh dia tu TERLALU di chareograph kan..my respond is..SHUT THE F**K UP!!! this movie is absolute fun punye movie...what would you expect?? mesti la nak ada commercial value..kalau gadoh koboi jek..nanti lu org cakap gadoh mcm budak2 sekolah plak..and aku faham, takkan la semua gangster gadoh ada skill bagai..but as i said, ini movie suka2 punye movie..mau tgk movie serius?? tgk citer 2 alam..tak pun anu dalam botol..
aku agree dgn mantot that movie ni rating dia 7.5..but aku willing to give 8...lagi 2 tu deducted due to director pun nak join belakon...
hahhahaha... bila ak baca balik entry mantot yg lama2, baru ak perasan.
filem kita wajah kita, so ape yg aku nampak mmg orang kita sekarang memang macam dalam filem ni,,bah kan lagi teruk. dan kutipan yg tinggi untuk filem ni menunjuk kan depa yg buat filem ni dah research yg orang2 msia ni suka scene lawan2 ataupo sebenar nya dalam dunia nyata mmg suka pukul orang.
pasni kalau ramai budak2 sekolah,adik2 kita umur 7 8 tahun kuat melawan ,cakap kesat,bergaduh, filem ni ade saham die.kekeke..
(xsabar produser2 melayu nak terbit kan filem pasal porno melayu.) hahahahhahahahahahahhahahahahahahahah
sume persoalan ko maybe akan dijawab kt KL gangster 2. taktik pengarah nk buat sekuel pjg2.
btw, ak plg nyampah scene shark herdik mak malek. dgn makcik tua pun nk ckp gua-lu.
cam bodoh
aku sokong afrohead.boleh tahanla cite ni.first cite melayu action yang buat aku terhibur.sebab kalau aku bosan tgk movie mata aku akan jadi berat dan terjaga bila member kejut ckp wayang dah abis main..
shark melayu,tp ckp slang cina ngn king.ape jadah?tak paham aku.kalau ckp ngn dragon ok la sbb dragon tu watak cina.jai ckp base pasar tp kawan2 jai ckp base baku.hahaha.berterabur sial.klu dgr balik sume dialog shark mmg tak jadi ah dia.dia boleh belakon tp watak tu bkn utk dia.sory to say..
pasal shark cakap cina sbb aku rasa watak shark ni mmg keturunan cina dlm citer ni.mgkin diorng xjumpa pelakon cina yg sesuai tuk watak shark,xpon mmg si syamsul tu terhegeh2 nk berlakon gak dalm movie ni
@ batu bata, mybe bkn xde plakon cina.. tapi nak menunjukkan kita 1malaysia.. cedok sikit budaya cina, cedok silit budaya india,, cedok sikit siam.. baru 1malaysia... menyahut seruan kerajaan.. lol..
aku rasa..
King liwat mak Shark...
Dapat Shark...
Sebab tu dia dendam kaw2.
sebab filim ni ala2 young & dangerous maka aku suka....
apa kesan cerita ni dekat generasi akan datang?
@mantot,
demm. aku pun beranggapan sama dengan ko. King bersenggama dengan mak Shark menghasilkan Shark. hahahahaha
Kesimpulannya:
Jangan Pangkah BN.
-MatCermin-
ZH said:
yes, cerita ni lagi besh dr Kongsi yang Langsi tu, masa tgk trailer mcm gempak je cerita Kongsi tu, sekali dah tgk full. macam ffuu ... nasib tgk wyg free!! apsal dorg ni suka buat trailer gempak/meletup2 sekali filem mcm ffuu ... ahh selalu tertipu!! oh ya, kita sokong habis2 pun dekat industri kita, yang kayanya shamsul and the geng (warga2 filem) gak, satu sen pun kita tak dapat der, nak sokong2 pun tgk la keadaan.
One of a few malay movies yg okay la fr me, kl gangster tu. story agak typical, memg takde klimaks, but still enjoyable ape :) yg penting jai ngn malek comel hahaha
luahan hati anak seorang pulis...
http://fikriey-fikriey.blogspot.com/2011/07/pulis.html
KL gangster mmg boleh tahan for a melei film.
Tp yg aku paling malas ENDING dia! Kimak apesal ending filem melei ni mesti camtu?? Jalan slow motion ke arah kamera pastu FREEZE! Kalo ko ingat filem waris jari antu pun ending sebijik bodo camtu gak. Slow motion tgk rimau tepi semak, pastu freeze!
Sepatutnya ending KL Gangster diceritakan sedikit sebanyak apa yang jadi ngn watak2 lain. At least leh end gracefully.
Aku rasa ni bapak si Syamsul ni yang suruh buat byk loop hole supaya leh buat KL Gangster - The Drama. Tak pun The Musical ke. Cit.
Aku pun da tengok cite kl gangster ni. Jalan cerita yang sangat simple..senang nak digest and adegan lawan yang quite ok..cuma nampak macam kene fastforward je.
Few comments:
1. apsal gangster dia sket sangat. Kata gangster...tp takkan la brapa kerat je..at least kene ade la scene yang tunjuk follower each group..brapa ramai..baru nampak gangster beb.
2. Terlalu byk benda yang still hanging..cam dak2 ni cakap..byk soalan kuar after the movie.
3. OVerall movie quality is good enough compare to Kongsi..but please...make the storyline more heavy..baru puas tengggooookkkk..
sekadar menambah senarai filem aksi yg gagal...aksi nampak menarik kerana koreografi aksi gaduh yg baru tapi kalau teliti byk kantoi. adegan kaki berlaga memang macam tu jelah smpai habis. lain-lain kalau kau teliti kau akan nmpak byk lagi. cume aku paling gelak adegan tembak menembak ade part darah memancut ke bawah. haha. dan storyline mmg byk hole. kalo aku jadi director untuk klgangster 2, aku angkat watak ajib. cara maa...
basically setuju dengan kebanyakan komen kat atas part:-
1. slang cina. confuse shark tu orang apa. ajib tu orang apa. cina ke melayu? ke pasal diorang kerja dengan cina memang kena cakap macam cina pelat melayu?
2. prekuel - KL Gangster 2 kot namanya. maybe rosyam nor jadi king.
3. memang dari segi jalan cerita entah apa-apa. mostly member2 yang suka cerita ni pasal hot guys (perempuan) and action (lelaki)
Sbrla,cite ni nnti kuar prequel,dorg da plan da.lpas raye shooting.
tot, kalau ko nak tau nanti ada KL Gangster 2, Rosyam Nor ada dlm citer ni. shooting start lepas raya.. mungkin sbb tu dia saja tinggal banyak plot hole. So, sambungan citer ni dlm KL Gangster 3 la kot.
tapi, watak yg paling best, Ajib.
soffi jikan mmg pelakon sejati.
'sayur 1 kilo kita jual 3 ribu bro, ni 1 kilo 3 ringgit pun lu mau jual ka? '
paling sengal - shark. kalo jd pengarah je tp tak jd pelakon, tak boleh ke?
oh, KL Gangster 2 ni adalah prekuel.
semua flashback je kot.
KL Gengster : The beginning... agaknye...
Hek eleh melayu PAS ni pun nak glamour UMNO buat filem. Jins Shamsuddin tu UMNO tegar la.
Korang PAS Parti Kotek Anwar pergi buat filem bontot anuar la.
Tgk ada orang nak tgk
Nak juga tumpang UMNO kihkihkih!
HAHA NAMPAK SANGAT DENGKI PASAL FILEM NI 12 juta.ni filem aksi terbaik malaysia.kesian blogger ni dengki hohoo
Catat Ulasan