Julai 04, 2011

BERSIH 02 : Menghidupkan Kembali Erti Demokrasi

Kerajaan yang paling baik adalah kerajaan yang takut dirinya jatuh.Dan kerajaan kita sekarang sudahpun memerintah 50 tahun lebih.Sehinggakan diorang tak ada rasa takut nak jatuh...sistem semua dia pegang,menteri dilantik pun kadang2 bangang....Jadi apabila wujud satu golongan orang yang menderhakai kerajaan.Ingin menukar kerajaan sedia ada dengan kerajaan baru.Orang itu digelar penderhaka,pengkhianat.Ini adalah respon normal kerajaan yang merasakan memerintah itu hak mereka

Perasaan berhak memerintah Malaysia datang daripada tempoh mandat yang terlalu lama.Sehinggakan rakyat sendiri apabila besar merasakan,Kerajaan mestilah Kerajaan sedia ada.Dan tidak patut ada lagi kerajaan lain yang perlu wujud
Menggantikan kerajaan sedia ada

Ini adalah benda yang paling perlu diperbetulkan
Orang Melayu semua,there's no harm in changing the government.

Apa yang akan datang daripada pertukaran kerajaan.
Adalah kembalinya kuasa kepada rakyat.

Maksud aku....Kalau kerajaan sekarang mampu digantikan oleh kita,Kerajaan yang naik juga akan tahu dan sedar,Mereka juga boleh digantikan.kuasa sudah kembali semula kepada rakyat dan apabila wujud rasa takut kerajaan ,mengetahui yang rakyat Malaysia tidak akan settle down selagi mereka tidak berbuat sebaik mungkin,Itulah yang diharapkan.

Kerajaan yang takut dan hormat dengan rakyatnya
Kerajaan yang akur mereka bukan Tuan rakyat
Tetapi rakyat adalah Tuan mereka
Dan mereka yang berkhidmat...Kepada rakyat
Dan patuh dengan Tuhan punya amanat

Dan kalau anda semua takut
DAP naik nanti sama
PAS naik nanti sama
PKR naik nanti sama

Kita boleh beritahu mereka,"Lepas ni jangan harap kami nak pilih anda".Tukar la balik ke BN.Takde rugi apa-apa la. Kita rakyat biasa maa! Bukannya kaki kaut tender yang ramai kat luar sana. Dapat tender pun sebab orang UMNO pak sedara dia

Kita perlu kerajaan yang takut,Yang tunduk dengan rakyat

Bukan kerajaan yang tak kira pandangan kita. Bila nak buat loji di Gebeng. Bila nak naikkan Menara 100 tingkat.Bila nak arahkan orang ditangkap......Haram mereka tak peduli

Tapi bila bab namakan kucing,dia mintak pulak pandangan rakyat.Gaji 50 ribu sebulan.Tapi bila rakyat minta akta gaji minimum..dia kata nak bincang dulu,tunggu tahun depan.Cuba ada yang usulkan akta minimum kan gaji menteri.Pergh..mesti habis bersidang habis dalam sehari.Kami sebulat suara menolak usul ini!

KAH KAH KAH KAH PTUIH!

Ketakutan hilang kuasa,
Itu adalah penawar paling mujarab penyakit Malaysia
Mengajar erti berkhidmat
Tanpa kira masa
Asalkan dapat bangunkan negara

Tapi nak buat macam mana.SPR tak adil dalam pilihanraya.Patutnya SPR lah bos besarnyaTapi apakan daya SPR habis dibaham singa.

Aku ulang lagi...
Kerajaan Barisan Nasional tidak semestinya menjadi Kerajaan Malaysia.Kalau Pakatan naik bentuk Kerajaan baru dan ulang balik benda sama...kita join balik pembangkang masa tu.Dan teruskan lah proses ni sehinggalah satu masa nanti...kerajaan yang ada tak kiralah apa parti sekalipun kerajaan rakyat yang mendahulukan rakyat..dalam perbuatan.Bukan setakat dalam slogan....hehehe

Tapi kita kena sabar.
Dan langkah pertama sekarang ni adalah dengan membersihkan pilihanraya,supaya kuasa kembali ke tangan kita.Untuk memilih.Aku tak kira kau pangkah BN ke PR ke,tapi pilihanraya kita memang tak fair.Membersihkan ni adalah proses pertama ke arah demokrasi yang betul.

ps - esok aku akan terangkan kenapa SPR tak adil dalam pilihanraya kalau ada sesiapa yang tertanya2

58 ulasan:

Hasan Sanusi berkata...

voting as "Pagar Revolusi" . . . dengan harapan kerajaan di masa depan sedar

Tanpa Nama berkata...

Pilihanraya kat Thailand baru saje melabuhkan tirainya. Apa yang menariknya di sana setiap pilihanraya mesti parti memerintah akan bertukar tanpa ada ketidakadilan di dalam undian. Media bebas jugak tu. Malaysia? Setiap pilihanraya asyik BN jugak yang menang. Yang bodohnya orang melayu jugak. Bagi kain batik, duit RM300 sokong BN balik. Di mana maruah orang2 melayu sekalian terutama orang2 kampung? Kesian.

zyzone berkata...

BN takut dengan bayang-bayang sendiri.. parti orang-orang tua.. tinggal masa nak d tanam je..

dah la mengugut rakyat, d kenakan cukai sana sini, harga barang melambung tinggi, rasuah da tak payah nak cite la..

khir toyo n taib mahmud syok je tinggal dalam istana.. tu baru 2 orang.. yang lain-lain ape cer? haha..

wiwie sazali berkata...

sangat betul..!! kita dah macam hamba mereka..

Siberkop berkata...

Saya tak sabar nak undi!

Wan berkata...

mane ziana zain??

Farah berkata...

Abdul Wahib: Kanda jangan ambil satu sen pun dari wang Ayahnda. Itu baru namanya demokrasi.
Abdul Wahab: Demokrasi apa tu?
Abdul Wahib: Demokrasi terpimpin.
Abdul Wahab: Terpimpin kepala HOTAK kau!

Master Yoda berkata...

"Kerajaan Barisan Nasional tidak semestinya menjadi Kerajaan Malaysia.Kalau Pakatan naik bentuk Kerajaan baru dan ulang balik benda sama...kita join balik pembangkang masa tu.Dan teruskan lah proses ni sehinggalah satu masa nanti...kerajaan yang ada tak kiralah apa parti sekalipun kerajaan rakyat yang mendahulukan rakyat.."

Yg ni ramai org tak nampak lagi...Bimbang akan dikristiankan la, ape la, Melayu hilang hak istimewa la, ape la...Alahai...

esPlaNet berkata...

well.aku xsuka bn,tp aku kompem xkan sokong pakatan rakyat,aku nampak kotor je pada diorg,xada yang bersihnya.jgn slh fhm,bn pon aku xkn undi

Tanpa Nama berkata...

pasal gaji minimum tu, nak apply aku tak kisah, tapi aku harap ade akta/undang2 utk majikan yg pekerjanya kerja mcm s*** ..

aku majikan, jadi kadang2 aku rasa beban bila kena bayar gaji staff n caruman kwsp (majikan) yg aku rase takde faedah langsung sebab kerja mcm apa ntah...

serius...aku bingung...kebanyakkan akta kat malaysia lebih kepada membela nasib pekerja...
tapi staff aku ade yg curi tulang, ambil duit akaun, keluar masuk ofis mcm company bapak sendiri, buat sales/freelance time kerja, curi clients aku...
kalau nak berentikan diorang kena bayar pampasan etc...
aku setuju gaji minimum kalau aku tiap2 bulan dapat projek kerajaan...
company aku cari clients hasil kerja keras bukan main rasuah or middleman..
sebulan sblm puasa, bulan puase & bulan raya adalah bulan2 yg kitorang tiada pendapatan...
wahai kerajaan, dengarlah pinta company2 kecik mcm kami...

Tanpa Nama berkata...

hari ini keadaan menjadi tempang..yg benci akan menjadi simpati..yg suka menjadi murka..yang diam menjadi geram..kerajaan patut bertindak lebih adil dan bijak..ada pihak buat rusuhan ganas, mencabar tumpah darah, menggunakan agama..dibiarkan semuanya..yang hanya memakai baju ditangkap..ini menyebabkan ramai yang akan simpati..dan ramai yang akan benci..adillah untuk semua..adil itu lebih dekat kepada taqwa..rakyat ramai yang dah cerdik dan boleh berfikir..UMNO jangan terlalu gelabah..bertindak dengan waras sebagai tanda kematangan sebagai pemerintah..
via dr maza

Adlilatun Nur berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Adlilatun Nur berkata...

Agreed with master yoda...
Susah nak pahamkan yang tak paham...
Asked to read this post pun tanak coz of d blog name...
Hurmmmm...

Tak Faham berkata...

skrg ni boleh lah buat demo semua. cuba bayangkan one day, anda yang duduk kat exec level ttiba naik pangkat ketua bahagian ka. ttiba allowance sume naik. korang memberontak lagi ke dah duduk diam2?

kita bukan xnak sokong, tp kita kadang2 tengok ayah kita yg keje kuat2 rasa berbaloi la dapat allowance semua. mmg dari dulu dia dok keje je. so kita plan cam dia gak la. slow2 la merangkak naik.bila dah kat atas, rasa berbaloi la selama ni keje bertungkus lumus.

tu jela soalan kita. sila jawab kita nak tahu jugak. tq

Tanpa Nama berkata...

ini pandangan dr org yg xsokong mana2 parti..bg aku yg memerhati..aku mmg sgt x setuju dgn bn lebih2 lg dgn tertubuhnya kerajaan rosmah skarang ni..tp kami (aku n kwn2) xnmpk lg sapa yg bleh dtukarkan dgn kerajaan yg sedia ada skarang..kang aku undi aku myesal..jd aku xundi la..mmg undi hak rakyat tp aku rs kita (msia) ada lack of options..aku xnmpk lg pemimpin yg btul2 rupa pemimpin..suma nya cm gila kuasa jek.sori kalo tersalah ckp..ini semua atas pemerhatian kasar aku jek.sekian.

Tanpa Nama berkata...

ok mau tgu bpe lame lg sblm jmpe y layak ganti kerajaan rosmah? 10thn? 50thn? 125thn? kiamat?

Sang Merah

Raden berkata...

tak nmpak lagi kerajaan mana yg layak... tu ayat lembut yg mengatakan... "kami masih teguh bersama UMNO/BN"

hahahahahahaha...

Tanpa Nama berkata...

bila baca pada 1 sumber sahaja... dah pulak tu sumber tu berat sebelah... mmg akan timbul rasa taknak mengundi sbb alasan "tak nmpak lagi kerajaan mana yg layak"... jadi luaskan pembacaan... jgn bergantung pada akhbar arus perdana sahaja... dptkan maklumat dari berbagai sumber...

Master Yoda berkata...

Menunggu tanpa berusaha sesuatu mcm tunggu bulan kat atas nun langit jatuh timpa kat bumi....mcm tunggu Kereta Savvy nak jadi Lambourgini...

Kite kene timbang yang mane satu lagi kurang dgn amalan2 korup, rasuah dan sbg..Dari situ, kite leh cegah abis sebelum sampai takat la ni (Gov Naj-Ros)...Kene ingat ni akhir zaman...Sila baca dan berguru psl hadis2 akhir zaman...Antara intipati salah satu hadis2 berikut:"Pemimpin2 negara dipilih dari kalangan mereka yang kurang arif dan menyesatkan"...Jadi as pendapat peribadi aku, Kite kene timbang yang mane satu lagi kurang dgn amalan2 korup, rasuah dan sbg...Yg kompem ada itu ini, begitu begini, lantak pi la PR ke BN ke, kasi buang sama ini pemimmpin

Tanpa Nama berkata...

Master Yoda
....pick the lesser evil...hehehe

Sang Merah

Tanpa Nama berkata...

Patutnya pada kertas undi kena sediakan satu lg option/ ruang cadangan terbuka; Wakil rakyat yg dicadang: ( ? ). Klau ikutkan pemimpin2 yg ada skarang mmg Xlayak utk dipilih. Kat dlm ruang tu aku akan cadangkan 'Mantot'. Baru la adil.
Drp,
RYSMHP

Hazard Ali berkata...

YUP, klise, tapi aku tetap nak ulang, "kami masih tak nampak lagi sapa yang layak".

Aku tak penah bangkang tukar kerajaan. In fact, tiap kali tuka PM aku jadi excited gila.

Masalahnya, dalam PR sapa yang betul layak?

Well.. kalau btui Dia nak PR pegang, satu hari nanti mesti akan nampak jugak calon ketua PR yang ok.

Tanpa Nama berkata...

translation....Dia nk org korup skrang nie pgg negara?

Sang Merah

Tanpa Nama berkata...

Kenapa takut terhadap perubahan? Coward! Kalau orang mesir tu takut macam korang, sampai sekarang hidup bawah pimpinan kuku besi. Tapi anak-anak muda diorang berani dan aku percaya anak muda Malaysia juga berani. Takpe lah korang, anak muda yang pengecut. Jilat la bontot kerajaan sampai korang tua.

SPEK HITAM berkata...

kerana PEMERINTAHAN yang terLAMPAU lama juga orang akan NAMPAK banyak keburukan dan sesekali cuba untuk cari KELEMAHAN sesuatu PEMERINTAHAN.

yang penting apa pun yang bakal terJADI nanti diHARAP tiada CAMPUR tangan PIHAK luar.

Jika provokasi RUSUHAN dimainkan dan terjadi. Maka. Kita TENGOK saja kesudahannya..

SPEK HITAM berkata...

hidupkan kembali khilafah 2.0

beza khilafah 2.0 dan bersih 2.0
http://www.arrayah.info/2011/07/analisis-khilafah-20-dengan-bersih-20.html

Tanpa Nama berkata...

aku cadangkan masa bersih 2.0 tu buat tayangan amal video anwar main dgn pelacur cina. layan ramai2 baru best

Tanpa Nama berkata...

aku cadangkan masa bersih 2.0 tu buat tayangan amal video anwar main dgn pelacur cina. layan ramai2 baru best

N berkata...

People should not be afraid of their government,
Government should be afraid of their people...

Solahuddeen berkata...

susah betul nak kasi satu bangsa ni faham. liat. makan ape agaknye ye.

esPlaNet berkata...

http://chedet.co.cc/chedetblog/2011/07/demonstrasi.html#more

ce bace nie

Mantot berkata...

che det?
kah kah kah kah kah
wakakakakakakakak
hahahahahahhahaha
GAGAGAGGAGAGA
LALALALALLALALA
yayayayayyayayayaya

WAHAHAHAHAHAH

Che Det?
Penjahanam Malaysia nombor 1?
Mamat yang ajak orang ramai lawan Sultan Johor?Pakcik yang swastakan semua benda dan bawak ekonomi Malaysia jadi defisit?

Che Det tu?

Che Det yang tak nak mengaku yang pertarungan one on one dia dgn Lee Kuan Yew,dia kena TKO?Yang tak nak mengaku yang dia tak tere sebenarnya bab ekonomi?Yang buat Malaysia satu masa dulu "Kuasa Ekonomi Asia" tapi zaman dia jatuh level2 Myanmar?

Che Det tu?

Kau cuba baca balik posting dia masa dia berlawan kata dgn Lee Kuan Yew kalau kau rasa nak layan benda kelakar dan lawak

AREIY ANIQUE berkata...

yg penting aku hidup aman.mls nk ckp bnyk.korang brsempit2 lah.

Tanpa Nama berkata...

Yang menang daripada parti lawan akan dituduh dengan pelbagai tuduhan dan dihadapkan ke mahkamah. Maka mahkamah pun menghukum mereka salah dan tidak dapat mengambil tempat mereka dalam dewan. Ada yang dibenar masuk tetapi tidak berani bercakap. Kalau bercakap tidak akan dilapor dalam media - CHE DET
===
BUKAN MALAYSIA KAN CHE DET? KAN? KAN? trololololo

lynn berkata...

sebenarnya sebagai manusia. kita ni memang akan kurang bersyukur. sentiasa mencari benda yang lebih baik.

kan ade pepatah cakap. yang dikejar tak dapat. yang di kendong berciciran.

even kalau sapa-sapa pun jadi pemerintah. akan ada pincangnya. manusia kan tak perfect.

asik nak ungkit orang punya salah.. salah sendiri tak akan nampak.

kuman seberang laut nampak. gajah depan mata pulak jadi kabur.

SyncRo MEOR berkata...

Kepada N,

OH OH ! V for Vendetta. Memang awesome. Harap ignore je comment ni kalau tak paham. hahaha.

oh and aku baca semua paper yang (agak) dimonopoli gomen dgn pembangkang punye. Susah ah. Dua2 pihak macam lacking. Kadang kadang tu sampai boleh panggil immature pun ade.

But but, kalau bukan hidayah tuhan pun ada la rasa dihati nak yang kalau bukan govenment masa kini, then government baru yang lagi bermakna buat aku dan semua orang. So far, PR janji benda2 ni semua(better government). BN ada jugak tapi perlaksanaan satisfactory sangat. Mungking sebab tu negara kita negara satisfactory ? (Entah la)

All in all, It's time we give honest chances at someone else (new government) to make our future better. If they're not worth it, well they'll be damned.

Mantot berkata...

lynn,boleh tak aku bertanya;

apa yang kau nampak pincangnya Kerajaan sekarang?

M EHSAN M TAMIMI berkata...

bro mantot::: jgn lupa masa zman che det juga berlaku pertumphan darah di memali...ingat ka lagi kpd syuhada ibrahim libya?? sedih bro mantot...tlis la cite pasai memali plak...nah??

Mantot berkata...

hehehe,pasal tu nanti la...data aku tak cukup lg.Aku hanya ada reference buku Perisai Memali dan laporan tragedi yang dikeluarkan oleh kerajaan..mmg bias la report tu.keh keh keh...ajaran sesat lagi!

tak tercapai lagi impian aku nak pegi sana tanya sendiri anak cucu diorang walaupun aku org Kedah.Insya Allah satu hari nanti aku singgah dan tanya orang2 situ...

dr dulu aku wish dapat ke Kampung Memali tu tgk sendiri tempat tu.Skrg ni aku tgk gambar dalam internet mmg macam pekan mati....tapi still PAS kuat kat situ.

Ada lah sebabnya kan kenapa PAS masih kuat kat situ...walaupun kerajaan kata Ibrahim Libya terrorist dan extremist...

Tanpa Nama berkata...

kesian kt ko mantot, last2 anwar gak yg sedap

Master Yoda berkata...

Komen last memang tak leh blah...Anwar yg sedap???

Kalau Anwar tu terbukti haprak, nak sokong ka?? Kah kah kah...

Sori la anon oit...No more "Pharaoh", "Big Hippo" or "Monggolian assasin", in fact "Super Gay" become a leader in this country IF and ONLY IF all of the people CELIK AKAL & HATI, KNOWLEDGEABLE, and KNOW their rights as RAKYAT...

Master Yoda berkata...

Pembetulan:

in fact no chance for "Super Gay" become a leader in this country IF and ONLY IF all of the people CELIK AKAL & HATI, KNOWLEDGEABLE, and KNOW their rights as RAKYAT...

Tanpa Nama berkata...

korang nak buat perhimpunan halal ke perhimpunan haram ke buat lah...

asalkan jangan menyusahkan orang lain...

malam tadi diorang dah start buat roadblock...aku hangin sebab menyusahkan...minggu mesti banyak buat roadblock sedankan kerja aku memerlukan banyak keluar masuk lembah klang...


aku cadangkan korang yang nak buat demo, buatlah tengah2 malam...pergilah menyusahkan diorang yang keluar pergi clubbing pagi2 buta tu....jangan buat waktu orang sedang mencari rezeki...memang menyusahkan...

aku tak sokong mana2 parti...sebab dua2 kentut pun bau busuk juga....
yang aku heran nape ada orang islam boleh dengar cakap/ajakan si ambiga...tengoklah betul2 rekod si ambiga tu....

Tanpa Nama berkata...

Anonymous July 2, 11:15 am :
Haha, yang hang mrh kat org buat demo pasai apa?
Hang marh la polis yg takut sgt org nk p demo, demo mmg la siang hari, tp yg polis buat tu siang malam ptg pagi n ngidap hari buat..
so, skrg, sapa yg nyusahkan sapa?
BERSIH 2.0 punya la 4 ari lg, dua minggu sblum ni dh kalut buat sana buat sini~~ kalau demo mlm hari pon, siang malam juga polis buat r.block, sbb pa ntah la an, yg tu kena p tnya depa sendri... asal naek ramai2 1 keta, benti tepi, cek bonet.. cm bwa dadah pula.....

ngokbetul berkata...

Pilihan raya tak fair sebab ko kalah..bodoh.

Kalau ko menang baru fair kan.

Tapi orang bodoh macam ko sape nak pilih?

Muahahaha.. angan2 taik ayam ko ni.

Berangan ko ada support. Memanglah cina ramai support. 20 peratus.

Melayu pun ada support 60%

Mantot berkata...

ko tau kan result pilihanraya dulu undian dia 50-50?

Tanpa Nama berkata...

isu lompat parti? bkn ke anwar dulu yg nk pakai idea lompat parti masa konon2 nk jd pm 16 september, apsal masa menang besar last GE xde pulak bising sprm tak bersih. tau dh nk kalah mula la bising.

LOSERS(mantot) always whine, winner(anwar) go home n fuck the prom queen.

Tanpa Nama berkata...

taknak tekanan? berhenti keje kerajaan. ramai lg yg nk keje kerajaan ni. suruh isteri en.mantot berhenti cepat, kesian dia asik kena tekanan nnt.

Mantot berkata...

kah kah kah
takde modal ke nak berdebate?
itu aje modal kau?

boleh tak respon kat post yg betul,payah aku nak carik

Missesyodi berkata...

Master Yoda ni hindu ke?

Kalau Najib/Rosmah menyesatkan bagaimana dengan Lim Guan Eng kafir yang jadi kayu api neraka kata hadis?

Bagaimana dengan pengamal seks bebas dan kaki sodomi, Anwar?

Mereka ni lah akhir zaman. Sebab tu AI enjoy habis gile..hehehe.

Ko lah akhir zaman, mengagungkan ambiga hindu yang sembah lembu...

hekeleh...

Missesyodi berkata...

Master Yoda ni hindu ke?

Kalau Najib/Rosmah menyesatkan bagaimana dengan Lim Guan Eng kafir yang jadi kayu api neraka kata hadis?

Bagaimana dengan pengamal seks bebas dan kaki sodomi, Anwar?

Mereka ni lah akhir zaman. Sebab tu AI enjoy habis gile..hehehe.

Ko lah akhir zaman, mengagungkan ambiga hindu yang sembah lembu...

hekeleh...

Tanpa Nama berkata...

"tengoklah betul2 rekod si ambiga tu." dari Anon July 5, 2011 11:15:00 AM GMT+08:00.

Kalau seorang pemimpin tu yang makan rasuah, komisyen boleh pulak kau ikut tanpa segan silu. Apa daa... Isu kecik diperbesarkan padahal isu rasuah buat macam benda tu mulia je kan. Itulah orang melayu sampai ke mampus rasuah jadi perbuatan mulia untuk kita tapi pasal babi, lawan ketuanan melayu jadi perbuatan yang paling hina. Fikir2 kan lah.

Tanpa Nama berkata...

ambiga bukan kes pemes dgn isu murtad?

Tanpa Nama berkata...

bukan nak berdebat, hanya kesian kt isteri en.mantot je nnt. bila tiba GE nnt mesti tertekan, stress semua. majikan dia suruh undi kerajaan. eloklah suruh dia berhenti sekarang. kena tegas sikit dengan isteri tau en.mantot

Mantot berkata...

tu lah kau,bodoh...

tak tau hak orang ramai
kerajaan bertukar pun semua kakitangan awam akan kekal kakitangan awam..diorang still kerja dgn gomen tak kira la sapa pun gomennya

bodoh.
kepala hotak tak pakai

Master Yoda berkata...

To Missesyodi:

[No more "Pharaoh", "Big Hippo" or "Monggolian assasin", in fact (*pembetulan*) no chance for "Super Gay" become a leader in this country IF and ONLY IF all of the people CELIK AKAL & HATI, KNOWLEDGEABLE, and KNOW their rights as RAKYAT...]

Ada gua kata gua sokong Ambiga ke dlm ayat ni??

Kalau diterjemahkan ke Bahasa Melayu:

"Kalau sume org CELIK AKAL & HATI, BERILMU dan tahu HAK dia sebagai rakyat, takde peluang sesape yang pernah bergelar "Firaun", "Badak Besar", "Pembunuh Upahan Monggolia" hatta "Lelaki Super Gay" tuk dinobatkan sebagai pemimpin"

Kalau pon Ambiga ni korup, memang haprak punya kaki, kasi reject la..Susah sgt ke nak ade pemikiran mcm ni??

Dok nak sokong ketuanan Melayu sampai mati, ada ke tanye ke mcm ni: "Wahai anak Adam, bangsa apekah yg dikau bergelarkan sewaktu usiamu di dunia?" mase soal jwb dlm kubur dek dua malaikat tu??? Ade ke lu bace mane2 kitab, atau pon berguru dek mane2 ustaz, syeikh, mufti or etc...

Kelakar la lu..Sampai bile nak bangga ngan bangsa??

"Kalau Najib/Rosmah menyesatkan bagaimana dengan Lim Guan Eng kafir yang jadi kayu api neraka kata hadis?"

Mohon pencerahan kalau gua silap..Gua berguru dan ini antara ilmu2 yg gua dpt yang mana" Golongan paling awal masuk neraka bukanlah golongan kafir, tetapi golongan mukmin yang tau hal-ehwal Islam tapi tak mahu mengamalkannya"

Khalas...Lu pikir la sendiri..Lu sayang itu Naj-Ros, lu kasi tau sama depa...

"Bagaimana dengan pengamal seks bebas dan kaki sodomi, Anwar?"

Kan dah gua mention, kalau Anwar tu terbukti haprak, nak sokong ka?? Kah kah kah...(maknanya lu kasi reject la,ape yang hang dok ckp meraban??)

Perhimpunan BERSIH ni dibuat atas kesedaran org ramai..Bukan hak Anwar ke PAS ke DAP ke ape ke?? Kalau hang rasa SPR tu betul, pi la ckp kat ketua depa, laksanakan pae yg patut psl claim tu...Jgn dok kata "ini bidang kuasa kami la" ape la..Last2 bile org sound mcm ni, dok menggelabah nak mati...

Tanpa Nama berkata...

Master Yoda, I love u...muahahahahahaaa

Tanpa Nama berkata...

kahkahkah... baru cucuk sikit je tu. typical pembangkang la en.mantot ni, sebiji mcm idola en.mantot (anwar) baru tanya skt dah marah2. en.mantot ni sampai hati la biarkan isteri keje dgn kerajaan