Julai 09, 2011

Pasca Bersih


Berita TV3 semalam..
Soalan wartawan,apa yang perlu dilakukan kepada penyokong2 Bersih yang menyertai perhimpunan haram itu?

Jawapan "orang ramai,"

1. Kalau mereka pekerja kerajaan....buang mereka


2. Kalau mereka pelajar IPTA,tahan biasiswa mereka atau buang universiti


3. Lucutkan kewarganegaraan mereka!

Nampak tak?
Sistem education kita mmg fail.

Kerajaan kita tak belajar lagi nampaknya.
Masih lagi cuba menipu dengan berita2 yang busuk dalam media mereka.
Masih lagi tak belajar kesilapan mereka.
Masih lagi mengulang benda sama yang jadi masa Bersih 1.0 dulu.
Dan satu hari nanti..
Bila 1Malaysia betul2 bergabung..
Kerajaan olok-olok 1Malaysia ni akan tumbang.

....



Terima kasih Tuhan kerana memberikan kami wartawan orang putih.



48 ulasan:

islamic neutron berkata...

amat berat sebelah kiranya dalam menelaah isu jika tidak berpandukan kepada 2 atau lebih rujukan yang berbeza....

Cuba baca pula 'DEMOKRASI' yang diagungkan bersih dan seterusnya...

Jangan bersihkan najis dengan najis.

http://www.facebook.com/notes/dinar-emas-pengedar-syiling-sedunia/-sebenarnya-kita-semua-sedang-dicaturkan-/233160743373285

Tanpa Nama berkata...

ko g x mantot smlm...?

tp steady la...suara rakyat dh kdgrn...xtaula gomen nk watpe pasni...panas bontot semanye...

haha...tp bkn ahli umno nk trun ke...?3 juta ckpnye...haha...skali yg trun 200 org je ke...?

tp aku salute la dgn bersih ni...time 2 change...hopefully next election, kuasa rakyat yg akn pegang tmpuk pemerintahan...

steady la mantot...go for it...

pro-BERSIH

Tanpa Nama berkata...

hahaha.. tv3 dok tunjuk peniaga rugi.. camon la.. sehari ja pun utk anak cucu di kemudian hari.. hahaha.. x sabaq nk baca berita dari luaq negara pasal bersih.. teneneeeww~~

Mantot berkata...

aku tak dpt pegi...aku kerja..

habis kerja nak gi tengok2,sangkut dgn road blok...dr rumah aku ada 3 jalan aje nak keluar....3-3 kena road blok.

aku tak pernah lagi duduk dalam kereta selama 3 jam untuk berjalan sejauh 2km.semalam first time. dah boleh sampai Ipoh dah patutnya kalau dr KL ni.

Penulis Bogel (the naked writer) berkata...

terbaekla...

minta kebenaran utk share tuan tanah

Mantot berkata...

Islamic Neutron,
sudah2 la dgn teori konspirasi camtu.
menyampah aku baca benda2 jenis tu.

Dalam bab ni,kau yakin aje la dengan apa yang PAS cuba lakukan.Kau sendiri tak tau orang Cina dgn orang India dalam Pakatan mcm mana,jadi tak payah la nak buat andaian orang2 dalam tu jahat2 belaka dan PAS aje baik.Hadi Awang dgn Nik Aziz lagi kenal diorang jd percayakan aje la judgement diorang.

Kau fitnah orang bukan Islam pun still fitnah bang.

Kalau kau rasa kau lagi pandai dr Nik Aziz dgn Hadi Awang dan kau lagi power dan boleh tegakkan negara Islam kau dengan teori konspirasi camtu,gi join PAS,cuba jadi Presiden dia...lepas tu kau buat.

Aku akan sokong kau.

Mie berkata...

Aku bengang bila orang nak bercakap pasal BERSIH tapi tak buat research dulu. Baiii! Buat research dulu bai! Sapa yang buat kecoh, sapa yang buat provoke. Dok kata aku sokong bersih tapi depa nak buat huru hara negara, sepatutnya tak yah la demo. KEPALA HOTAK! Haii panas aku! Tengok polis buat apa, para demonstran buat apa. Sapa buat sapa sekarang ni.

Konon polis nak jaga keselamatan awam. Come on la beb! Jaga keselamatan tak payah baling2 tear gas, tak payah water canon segala bagai, tak payah tangkap! Bullshit! Mentaliti rakyat kelas ketiga memang macam ni. Dok baca sangat paper UMNO! Patut bebal macam lembu!

Tanpa Nama berkata...

Ramai lagi yg bebal. Alasan yg dia bagi sama la dgn apa yg ada kat tv tu.

mr edz berkata...

jika anda di temuramah oleh tv3 dan anda mengutuk majib pasti tiada untuk di tayangkan.. sila ampu untuk keluar muka di tv.. jangan pangkah BN

famia berkata...

"Tak payahla join bersih tu. Tak menguntungkan sesiapa pun. Diorang nak lagakan Melayu je."

Racist. Mentaliti rakyat kelas ketiga yang dah terlalu aman dan selesa di bawah pimpinan pemimpin memang macam tu. Dah sebati. Itu belum dikira lagi orang yang keluarkan hadith jangan menentang pemimpin walaupun pemimpin berlaku zalim.

Pergh...

Adlilatun Nur berkata...

:)

anis berkata...

4 jam sangkut kat jalan gara2 polis buat roadblock sbb bersih..

nasib tak beranak dalam kereta...

:DiDa: berkata...

see..bagaimana 'mrk' tlh create mind-set org ramai utk berfikir & berckp bgitu..? kerana terlalu hidup mudah, selesa & senang maka mereka juga terus-terusan hidup dlm penafian.

Hani Mynis berkata...

road block: jem skt nak marah..terperangkap dalam kereta 3 jam macam terperangkap kat dlm kubur bertahun2...gelabah..mcm tak boleh nak bersabar,..berkorban la skt untuk kesenangan tahun2 akan datang... macam mati je dok dlm kete tu..tak pulak paper kuarkan org mati dalam keta sbb jem...kat fb tu pandai nye dok ngutuk bersih.daripada "who care? bersih tu ape?" tetiba.."bodoh la Bersih ni..nyusahkan rakyat je wat demo" har betul seko2! mmg kalo boleh nak pelangkung kepala sorg2 kat FB tu!

Tanpa Nama berkata...

Police turns violence? Hambik kau! Aku sgt menyampah tgk berita2 kat tv yg dah jd barua kerajaan ni. Apa dieorg ingat kita tak blh fikir ke? Rakyat dah taknak. Turun2 lah weh. Bila PRU ni? Org kata dia tak berani nak buat lg sbb tak confident blh mng. Kah3. Rakyat dah taknak kau weh! kat tv yg dah jd barua kerajaan ni. Apa dieorg ingat kita tak blh fikir ke? Rakyat dah taknak. Turun2 lah weh. Bila PRU ni? Org kata dia tak berani nak buat lg sbb tak confident blh mng. Kah3. Rakyat dah taknak kau weh!

wani berkata...

kalau tengok punya ramai join bersih ni...tak menang pilihan raya kompom ah ada yang tak kena..

Tanpa Nama berkata...

smalam ak tgk jgk bersih kat tv...cm TERBAEK la wartawan bagi report...
jalan jdi jem sebb wat road blok..so nk salahkan bersih ke?BERSIH ke yg buat road blok?menyampah ak tgk smlam..
ad yg meninggal sbb kna sembur gas...
yg tak bagi permit tu apesal?
takut sangat tu apesal/ kalo tak salah jangan takut.org nk g ntar memorandum je kot..bukan nk g ajak gusti lengan kat tepi jalan can 2..
btw, ade je yg bodoh lagi cakap BERSIH tu peetubuhan pembangkang...
less intellegent tol.. BERSIH NGO LA WEI...ank mahatir pon tak silap ak sokong bersih gk..so dia pembangkang la??

I berkata...

saya adalah seorang yang tdk propolitik, dan sememangnya tidak memihak ke mana2 parti. Dan bagi saya, bersih, is jus another ep of demo, meaningless. That was what I thot b4 yesterday.
Tetapi apabila menyaksikan bersih, melihat mereka yang berusia, yang bertongkat dua, yang berkerusi roda, yang luka dibelasa, turun demi demokrasi negara, saya rasa tersentuh.
Setakat road blok jem 5 jam, apalah sangat dengan luka yang mereka alami, kepedihan gas, siraman air, ditahan polis...
setakat sehari terkorban tak leh jalan2 apala sangat.
diorang tu perjuangkan utk negara, bukan untuk periuk nasi diorang jer.
org malaysia terlalu manja.

I berkata...

dan rasa sayu dgn ke-pathetic-an negara.
x leh nak percaya media sendiri,kene cari media luar..
apabila yang diharapkan menjaga keamanan negara menbelasah rakyat.
apabila suara utk disampaikan kpd raja dan rakyat secara aman dipatahkan habis-habisan
apabila aksi kakitangan lebih hebat daripada suara agong
negaraku...

[AMR]ReenaRawee berkata...

mantot,
dah tengok utube?
zainudin maiden kena interview dengan aljazeera.
aQ share kat fb.
aQ dipersoalkan kenapa nak malukan msia bla bla bla.
kalau kau tengok cara dye jawab,
kau boleh tau sapa malukan siapa.
jawab dengan emotional, tak pro langsung.
nama ja menteri.

bonus, kau dengar dye kata burma.
aQ tertanya2 kalau ada lagi negara nama burma.
;D

nah ni,
http://www.youtube.com/watch?v=jfpYZ4IGenY&feature=share

Aku berkata...

Btw, itu untuk BERSIH 2007. Tapi takpe, aku suka je dengar English tunggang langgang dia. Hahah!

Tanpa Nama berkata...

reena rawee, yg tu yg 2007 punya laa..tp klakar la dgr explanation menteri bodoh tu..hahah...

siha berkata...

rakyat dipaksa sokong kerajaan. demokrasi ke macamtu. suara rakyat xnak dengar, lagi tambahkan huru hara.

nn berkata...

sokong "I". rakyat Malaysia terlalu manja.

Tanpa Nama berkata...

ZH said :

aku sangat bangga dengan mereka yang berjuang untuk kepentingan rakyat, aku tak kisah dia bukan Islam pun, bangsa apa pun, tapi kalau dia berjuang untuk kepetingan bersama, menentang orang zalim, aku sangat bangga dengan kalian, semoga segala penah lelah + kesakitan + kepayahan anda semua akan dibalas dengan kejatuhan kerajaan yang zalim. Allah sentiasa bersama dengan orang yang benar . :)

Tanpa Nama berkata...

Zh said:

semalam dkt bullshittin 1.30 TV3, ada wartawan intebyu seorg abg yg teperangkap dlm jem.

abg driver : bla3 .. dah 4 jam sangkut jem.. bla2 ...
wartawan tv3(mengapi2): bersih la ni ...
abg driver :(sama ikut ckp wartawan td) haa yela sbb bersih la ni ..


ps: dem je wartawan, sama2 jadi batu api,wartawan malaysia tak boleh pakai, berat sebelah. aku setuju dgn mantot sbb Tuhan kasi wartawan orang Putih yang tak bias tu. wartawan malaysia ni suka jadi batu api melaga2kan sesama sendiri, lebih suka cari aib orang bukan nak menutup aib orang, ni la style wartawan dkt malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Zh said:

dan 1 lg aku cukup bengang bila ada suara2 kata orang melayu yang pergi ikut kata 'ambiga india kapir tu buat apa?', hello at least dia ada guts nak buat sesuatu kepentingan bersama, dia berani nak tegakkan kebenaran. apa tak paham lg ke Bersih ni apa? apa usul dia? bukannya dia bawak dakyah tuk kapirkan orang. kalau macam tu kita tak yah ikut la cikgu2/lecturer2 yang bukan agama islam takut nanti dia serap agama dia kat kita. apela,dah tu ko ta nak pula berusaha tingkatkan islam dalam diri kau klu tkot kena hasut? ntah pape je diorg ni.

Tanpa Nama berkata...

Antara kata2 ex-Menteri Penerangan Zam masa Bersih 2007 kat reporter omputeh yg saya ingat ~ Opkos we're democracy country becos every 5years, rakyat can have their "erection". kah kah kah...

Salute utk insan2 BERSIH yang berani. Semoga kalian semua dirahmati Allah sentiasa.

Tanpa Nama berkata...

haha, erection,epic fail la menteri ni ~

hanafi berkata...

menyalahkan bersih sebab jam,roadblock,bisness rugi adalah sama seperti menyalahkan wanita kerana ada karipap dan menjadi mangsa rogol. For real la. Bersih is doing a much better job at uniting people from all races than 1malaysia. Guess who im voting for the upcoming general election?

lynn berkata...

tapi tetap. malaysia kerajaan berdaulat. ada sultan. ada sistem beraja. even sultan dah bagi kebenaran guna stadium. y taknak suarakan macam yang disarankan.

imej buruk malaysia yang kita raih. sapa yang boleh pulihkan. bukan hanya itu cara menyuarakan pendapat.

kalau cakap sultan pun taknak ikut...cakap orang yang murtadkan orang islam pulak nak ikut?

rina berkata...

saya bukan memihak pada mana2 tapi kita sebagai rakyat malaysia, kita yang sama menbangunkan malaysia..kenapa nak menghalang dari suara kita didengari? takut sangat ker negara kita akan tergadai kalau pemerintahan bertukar tampuk??

Mantot berkata...

lynn...

sultan bagi buat kat stadium.kerajaan tak nak bagi stadium.polis tak nak bagi permit.

masalah dia,apsal kau kata diorang pulak yang tak nak ikut cakap sultan?

Tanpa Nama berkata...

Pendapat Islamic Neutron perlu dipertimbangkan.

Kalau kita tak pertimbangkan pendapat org lain, asyik percaya kita saja yg betul, tak buat pemerhatian menyeluruh atau main turut saja apa yg ketua kita cakap/suruh, kita akan buat silap.

Sedangkan kita sendiri selalu menjerit suruh org lain buka minda dan tak percaya terus apa yg org lain kata dll. Tapi salah-salah, sebenarnya kita lebih teruk dari mereka.

dark berkata...

lynn hanya tgk tv3 suku n baca utusan je...

standard mentaliti sempit!!..

hahahahahahahaha..

mane kesah cite btul2 ny mantot..=)

Tanpa Nama berkata...

Aiseh.. apasal tk pegi Bersih Mantot? Ko kan penyokong kuat. Sikit punye lame plan. Ambik aje la cuti sehari. Bukan selalu ada perhimpunan mcm ni.

Mantot berkata...

Maktab tukar jadual kelas aku semata2 supaya pastikan student tak join Bersih.Kelas aku sepatutnya jalan 2hb hari tu...

Tanpa Nama berkata...

When people still can see the negativity of yesterday's yellow rally..so it's true, the brain drain issues..are not another tales of fairy...

So sad =(

-dal

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya, hasrat bersih dah sampai pun sebelum hari demostrasi. harap semua pihak lebih peka selepas ini.

"tarik rambut dlm tepung. rambut dpt, tepung x berselerak.

aku yakin Tuhan masih melindungi Malaysia ini. sama2 kta doakan yg terbaik untuk generasi akan dtg. peace yo!

Keladi Masak Lemak berkata...

thanks mantot
thanks pro-BN
thanks pro-pembangkang

i've made up my mind and my coming vote is not for BN

Tanpa Nama berkata...

Media Prima pnya berita semua xleh pakai, naik muntah aku tgk berita pasal Bersih ni (aku nk compare dgn al-Jazeera je) totally different cara penyampaian dia.. Media mmg berat sebelah...

Paling xleh blah, ada plak mamat ni cakap pasal Bersih dkt seluruh dunia; Australia, Korea, London, Hong Kong, etc; mmg nampak ada kuasa asing yang nak takluk Malaysia!! bodoh statement ni!!!!!!!!!!!

Pasal wartawan interview org ramai tu mmg da terkenal taktik bodoh diorg, diorg tanya, org nk jawab teragak2, dia bg jawapan (blh dengar plak wartawan yg cakapkan).. mana la etika wartawan ni, apa la yg belajar dkt universiti dulu, bengap ke apa ntah..

Tanpa Nama berkata...

tuan blog x pegi bersih yg di war2kan??pelik..
ponteng jelah keje tu kan nk berjuang untuk rakyat??

lynn berkata...

dark :

kau dah menyumbang apa pada negara kau kata mentaliti aku sempit

then : apa yang buat mentaliti kau besar sangat?
apa yang kau tengok dan baca?

sajakomen berkata...

aku lagi tak suka dengan puak2 yang ckp" ikut je lah cakap agong tuh, dia dah kata jangan buat demo, jgn la buat" Apa yang agong/raja2 tahu tentang kesusahan rakyat? Kalau agong betul2 peduli pasal rakyat, kenapa ada tvshow bersamamu, aduan rakyat dan segala macam lagi cerita yang kurang enak untuk rakyat hadapi. sudah2 lah tuh berpayungkan raja2 nih. mereka bukan peduli pun pasal kita semua rakyat biasa. Imej negara tercemar? demonstrasi adalah salah satu cara yang dibuat rakyat untuk menyuarakan rasa tidak senang mereka pada sesuatu isu dan ia tidak akan menyebabkan kesesekan lalu lintas, keletihan buat polis2 kerja lebih masa, kerugian untuk pekedai sbb orang susah nak datang pasal roadblock KALAU polis berperanan dengan tanggungjawab yang mereka perlu lakukan (pastikan tiada penunjuk perasaan yang emosional dan tiada conflict of interest berlaku) Demonstrasi dibuat dimana2 pun didunia. Di France, UK, dan mana-mana pun. Imej negara tuh hina pada pandangan aku? tak pun. Respect yela pasal negara tuh tolerate dengan rakyat sendiri. alahai, nampak sangat tidak matangnya cara politik kita. Kita masih berdebat pasal demonstrasi perkara baik atau tidak. Negara maju dah berdebat sama ada nak legalise ganja atau tak.

[AMR]ReenaRawee berkata...

ye, lama punya.
sebab tu aQ share.
aQ tengah kaji.
supaya nanti tak salah mengundi.
dulu msia kena gelak, ni kena gelak lagi.
heh~

Tanpa Nama berkata...

aku tak sokong mana2 pun skarang nie tapi cuma nak share something kat sini

http://www.malaysiandigest.com/opinion/26461.html

dgn

http://takemon.wordpress.com/2011/06/24/a-foreword-to-ambiga-sreenivasans-july-riot/

islamic neutron berkata...

Saya x minta untuk anda percaya hanya saya meneydiakan bahan rujukan lain untuk anda rujuk sahaja.

Saya hanya berkata perkara yang berdasarkan undang-undang. Sekiranya Haram.. maka haram lah mengikut undang-undang...

Menurut perlembagaan sekalipun, Malaysia hanyalah sebuah negara hybrid yang berada di ambang Islam-Sekular.

Tiada dasar untuk membenarkan BERSIH ini diberikan. Saya bukanlah penyokong kerajaan tetapi semuanya must basa on FACT AND LAW.

Selama sejam Ambiga dan majlis jawatankuasa berpeluang untuk berjumpa dengan YDPA, namun tiada 1 memorendum pun diserahkan.

Bahkan kita terikat dengan undang2. Jadi kalau sudah tidak dibenarkan, maka janganlah buat. Buka seksyen 15(3) Kanun Jenayah kalau x silap saya, perbuatan polis itu wajar.

Pelajar yg tidak boleh menyertai bersih tersebut kerana mereka terikat dengan AUKU dan Akta 174. Undang-undang dah ada, ikut sahajalah...

Bahkan perbuatan tersebut hanya mencemarkan nama baek negara. Pensyarah saya,peguam syar'ie, datang ke lokap untuk tanya kepada mak cik pak cik yg ditangkap... hasilnya mereka kata, mereka datang sebab dikatakan ada lawatan ke KL dan dapat duit untuk membeli belah. Saya x minta anda percaya kerana ini bukti lisan.

Namun bagi saya, sekiranya anda cukup yakin dengan KUASA ALLAH yang maha pemelihara.. Dia akan berikan keadilan kepada yang benar dengan pengetahuanNya. X perlu nak melakukan perkara yg nabi x buat...

Allahu a'lam.

ali dudin berkata...

aku rasa, matlamat nak sampai kan memorandum tu satu. tapi matlamat BERSIH 2.0 yg sebenarnya nak tunjuk kat rakyat MALAYSIA yg macam mana keadaan dalam negara kita sekarang. nak buka mata pakcik2,makcik2 di kampung supaya vote betul2, bukan sebab terhutang budi dengan kerajaan ke ape. nak bagi minda rakyat malaysia ni matured sikit.

AKU NI BUKAN PRO PEMBANGKANG, TAPI AKU BENCI KERAJAAN BN SEBAB BANYAK SANGAT KELEMAHAN DAN KEJAHATAN YANG DAH MEREKA BUAT KAT RAKYAT MALAYSIA NI.MEMANG ADA PERKARA BAIK YANG MEREKA LAKUKAN, TAPI NAMPAK SEPERTI MELEPASKAN BATUK DITANGGA, ASALKAN ADA MODAL NAK MENGUNGKIT KENAPA PERLU SOKONG BN. COME ON GUYS..

WALAUPUN RALLY BERSIH TAK BERJAYA HARI TU, TAPI YANG PASTI BERSIH 2.0 DAH BUAT RAKYAT MALAYSIA BERFIKIR. ITU DAH CUKUP BERJAYA. BECAUSE THE EFFECT IS NOT NOW, BUT IN THE PRU13.


AKU TAK KISAH SIAPA PON MEMERINTAH, ASALKAN JANGAN BUAT ONAR. THATS ALL.

LAST WORD, BANYAK KAN LAH MENUNTUT ILMU SEBAB ITU SENJATA YANG AMPUH MASA KINI,SEBAB ILMU ITU SANGAT PENTING. HARAP KORANG FAHAM.