Julai 19, 2011

Adakah Surau Dalam Kompleks Membeli Belah Hanyalah Satu Afterthought??

Kalau anda selalu menggunakan highway PLUS,bila berenti semayang dekat RnR kat situ adalah satu pengalaman yang agak selesa..Ruang solat yang disediakan agak besar dan jarak antara tempat wuduk dengan ruang solat tu ada gap yang membolehkan kaki anda kering dulu sebelum anda masuk untuk semayang.Pengelap kaki pun banyak.

Aku cukup tak suka semayang kat Alamanda.

Selipar bersepah dan yang paling tak best,bau kain basah. Alamanda adalah shopping kompleks yang majoriti pengunjungnya orang Melayu (come on..dalam Putrajaya beb!Putrajaya!Simbol pemerintahan Kerajaan Islam Malaysia!) dan suraunya takde pun bezanya dengan surau dekat Lowyat cuma bezanya surau dekat Lowyat dekat basement.

Apa yang menyedihkan mengenai surau Alamanda adalah

1. Ruang yang kecik
2. Bau sejadah basah bercampur bau air cond
3. Selipar bersepah
4. Bentuk bilik yang tak sama ikut kiblat membuatkan ruang solat jadi kecik

Mungkin sebab pengalaman-pengalaman lalu,aku sedaya upaya akan elakkan keluar pegi beli barang pakai stokin.Lepas habis semayang,kaki masih lagi basah,takde tempat nak lap dan lantai memang basah jadi aku akan pakailah selipar ke mana-mana pun.

Aku pasti sebelum semayang kita kena pakai benda bersih dan semayang kat tempat yang bersih.Tapi aku tak pasti pulak hukumnya macam mana kalau kita semayang kat tempat kurang bersih macam tu.Orang Arab main bantai aje semayang atas jalan.....tapi adakah kita digalakkan semayang atas jalan?Tengok keadaan boleh la...

Adakah aku mengada-ngada kalau aku bangkitkan isu ni?Terpulanglah kepada penilaian anda.Yang aku tau surau Alamanda nampak seperti satu afterthought dalam perancangan bangunan....pada pandangan aku la.Ruang taman punyala besar,apa salahnya buat surau outdoor sebijik...

Pegi la semayang time maghrib kat situ...tengok camne.

Mungkin kalau Tuhan bayar sewa untuk surau tu, Insya Allah bersih dan proper la development surau lain kali.Berapa elok kita charge Tuhan sebulan?Nak ambik downpayment?

Kadang-kadang,bila pegi semayang kat mana2 shopping mall ni rasa seperti orang Melayu pulak yang minoriti nya..tapi tak semua la tempat macam tu.

64 ulasan:

zamtercinta berkata...

sabor ajela.. :)

~aYeeN & SuE~ berkata...

btol tu..slalunya kt certain2 shoppg complex la.surau sgt kecil dan tersorok kt hujung,gase cm bilik stor pon ade.lg 1 isu toilet,batang paip pon xd..yg ade tisu je..ini negara islam tp x mencerminkn lgsg.

Gagak berkata...

memag cam tulah, kat mana2 shopping comple, majoritinyaa.. lepas tu dahla kbykan buat beseblahn ngan car park.. adeii..

tengok kat time square plak.. kecik gilerr...

Sang Merah berkata...

lau bab design masjid2 n surau2 try usha2 artikel2 dr Prof.Dr. mohd Tajuddin hehehe...

Tanpa Nama berkata...

betul tu.. kat time square paling teruk kut. kecik satu hal. letak plak tang level tinggi2 n tersorok. kalau org yang lemah imannya, memang dah tak solatlah. ada pulak satu tu jer.hailaaa. dah la majority anak2 mmuda melayu dan islam.

-tulip-

Han Ibn Suib berkata...

hahaha.. mari mencari surau tersembunyi..

kalo kat low yat memang kena turun basement yang panas..

peep berkata...

mmg pon.. tgk a cam kalo kt mid boleh tahan a cket tp kalo ts fuhh, tmpt g plg busuk skali.. surau a. bau cam haram jadah, nk smayang pon x khusyuk.. dorang ni mcm xnk buat je..

Tanpa Nama berkata...

abih, ko smbahyang khusyuk tak? hehehe.. surau klcc best.aritu aku pegi, ada orang arab azan, menusuk kalbu. insaf do.

Ateeka Amer berkata...

Encik Mantot:

saya lebih prefer awak guna istilah solat berbanding smayang, terlalu umum.


Ruang solat terbaik di RnR Tapah kot... kebanyakan shopping complex, harus diakui ruang solatnya sucks.


Termasuk Midvalley.


Aeon, ruang solatnya tidaklah teruk sangat.

cik aletheea : berkata...

satu lagi surau kat alamanda , ade kat dalam bowling centre.
satu pintu untuk lelaki dengan pompaun, pompuan nak sembahyang kene pass through ruang solat lelaki..
ruang pompuan mmg kecik gile ar, 4-5 org je bleh sembahyang one time.

miz marikh berkata...

Ruang taman punyala besar,apa salahnya buat surau outdoor sebijik<<<<sangat sangat sangat la setuju...

hanafijaafar berkata...

mungkin kat alamanda tu, mereka anti bersih.

dan nampak sangat macam afterthought, kalau bukan afterthought, mesti elok molek je. pernah dulu surau alamanda buat pakai plywood je, renovation kot.

aku rasa surau midvalley bahagian bawah tu jugak la yang tersusun.

pasal solat atas jalan, setahu aku tak salah selagi tak ada najis. kotor tak bererti bernajis. kami pelajar luar negara solat je kat mana2, bukannya ada byk surau/masjid kat sini.

ada jugak masjid2 yang kecik kat malaysia, tapi bila jumaat tak muat sampai kena solat atas jalan, kat luar kawasan masjid..

Farah berkata...

Hotel Pan Pacific KLIA - hotel luxury 500 juta bintang. Surau macam CELAKA hareemmmmmm....

Kalau MUSLIM buat event/seminar/conference besar, solat kat underground PARKING LOT! %*(^%()&%^$^#$^#*&^()!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

gambar tu menggugat jiwa lah bro.

drizzt berkata...

kat hotel 5 bintang korang akan jumpa surau 1/2 bintang

husna berkata...

timesquare! kecik je kat tingkat 7.tu pon mcm tersorok. KLCC pon,tp selesa la sikit klcc tu.

Adda Shariff berkata...

mmg diakui after thought. dan ada jugak yg thought tapi redha je la dgn line qiblat yg lari2 (which difikirkan akan dibetulkan thru susunan sejadah or susunan tiles) or, ada arkitek yg betul2 nak buat surau according to qiblah direction tapi dislash oleh pihak client yg USUALLY NON MUSLIM dimana design sebegitu mmg akan memporak perandakan grid line bangunan dan kurang ekonomikal.

kasihan bukan?

Sang Merah berkata...

Tropicana agak kemas walaupn kecik :D

Abraham berkata...

Asalamualaikum.

kalau pergi shopping kompleks mana2 pun memang payah nak jumpa surau yang selesa.sebagai contoh :

1. TS
- surau kecik dan terletak di hujunggg dunia.
- tempat wudhu dan ruang solat takde pemisah. macam biasa, karpet basahlah

2. Seremban Parade
- kedudukan surau sangat tak strategik. terletak antara pusat karaoke dan apelah satu lagi tu,saya pun lupa.
-surau kecik
- telekung busuk dan kuning, macam tak pernah dibasuh
- kiblat lain daripada bentuk surau.memang susahkan orang nak solat sebab ruang jadi kecil

K~UN berkata...

sokong! pergi semayang kat surau SOGO. sabar je lahhhhhhh. xpaham kenapa selalu pusat snuker punya besar dalam shopping mall tp surau dia letak bawah sekali plus panas gila ramai orang sesak2. dia ingat org macam dia ke tak semayang bila pergi shopping?

Tanpa Nama berkata...

surau kat sunway pyramid luas and selesa.tapi orang la pulak tak ramai

jaypark berkata...

rnr tapah dah x no. 1 skrg. sg perak n gng semanggol dah cantik jugak. mmg selesa kalau singgah solat.

Tanpa Nama berkata...

mantot...cerita cincin kak mah 24 juta mcmn weh????bg la review skit...

Adlilatun Nur berkata...

:)

Laici berkata...

haa, memang...surau kt alamanda sempit ! aku pg hr tuh, kena beratur utk solat...lepas orang lain habis jemaah,keluar dari surau tu, baru jemaah baru bleh masuk lak.

mamat berkata...

tu lum lg surau the mall or PWTC, eh..PWTC shopping complex ker..leh la kot..bila time ada pesta buku....

EmoGiler berkata...

Buat apa nak buat besar. Org2 miskin saja yg nak guna bilik tu. Bukan ada vip yg nak masuk pun. Cuba kalau ada pemimpin pergi sembahyang kat situ. Confirm tokey2 tu buat surau nala punya besar. Tapi wat tu du, surau ni buat untuk cukup syarat ja. Janji ada. Kalau tak dak lagi la depa suka.

Cik Siti Fairuz berkata...

yang aku nampak kebajikan kuil dijaga.. tapi surau kt midvalley tu 'aib' je. xkesah la sapa menapak dulu kat kawasan tu, kalau asal nyer surau..dah lama kena pindah kan?

konsep surau outdoor mmg bagus. cume hrp tmpat wuduk muslimah dijaga(aurat). kalau la aku ada villa ,plan nak letak tempat solat kt tengah taman.. dikelilingi kolam ikan koi...

Tanpa Nama berkata...

betul2.
bila nk bina bangunan or something kemain nk besar, surau ciput je. byk sgt surau kecil. bila buat komplain kang ada je kata x syukur. kepala hotak x syukur. ruang punyalah kecik. hampeh betul. byk sgt x puas ati lg2 surau kecil ni. apalah mangkuk hayun punya mind set. (bengang) ha3. kalau nk senaraikan ruang solat yg kecil, perghhh, banyak weyhhh.

Tanpa Nama berkata...

betul2.
bila nk bina bangunan or something kemain nk besar, surau ciput je. byk sgt surau kecil. bila buat komplain kang ada je kata x syukur. kepala hotak x syukur. ruang punyalah kecik. hampeh betul. byk sgt x puas ati lg2 surau kecil ni. apalah mangkuk hayun punya mind set. (bengang) ha3. kalau nk senaraikan ruang solat yg kecil, perghhh, banyak weyhhh.

Siberkop berkata...

Pengurusan Alamanda sama dgn KLCC kan?

Mantot berkata...

sama...tapi sblm tu management lain kat alamanda rasenya

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya kalau kita berilmu semua itu tiada masalah... kalau nak shoping tu 'jamak'kanlah sembahyang itu.. dan kalau perlu sembahyang juga semasa wuduk tu jangan buka stokin, sapu aje tangan basah atas stokin kan mudah.. Islam itu mudah dan tak menyusahkan...

[AMR]ReenaRawee berkata...

surau satu hal.

lagi satu pasal toilet.
kau pernah try toilet macam kat pwtc?
dah berlambak pesen macam tu.
tak reti aQ nak guna.
ce ajar sikit tot.

Cik Siti Fairuz berkata...

@anon July 19, 2011 7:51:00 PM GMT+08:00

cube hang explain 'jamak' apa yg boleh dibuat ketika kite bershoping tu?

juga berwudhuk tanpa membasahi kulit selain dr tayammum? nk la jugak dgr ilmu yg hang maksudkan tu..

kaki termasuk dlm syarat wudhuk:
"Membasuh kedua kaki termasuk kedua mata kaki; berdasarkan firman Allah Azza Wa Jalla Dan basuh kakimu sampai kedua matakaki (Al-Maidah : 6)"

ker mantot pn bole jawabkn. silakan mantot.

just.saying berkata...

Alhamdulillah ada tempat proper utk solat. kalau kat luar malaysia, tau la azab nya nk solat. solat kat corner2 koridor shopping complex je. tempat yg dah kena pijak2 ngn kasut tuh. pastu locals pandang "apahal mamat ni duk cium2 lantai." paling baik pun, parents room. lapik plastik.

rindu malaysia.

Tanpa Nama berkata...

anon july 19, hang ni bg ajaran sesat kaa??? tak pernah dgr lg blh jamak masa pi shoping kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

matcermin said....
Surau kat PKNS Bangi pun X selesa & kecik.Apatah lagi kat tempat lain.

Kesimpulannya,
Jgn pangkah Dacing

hanafijaafar berkata...

pasal jamakkan solat untuk pergi shopping aku tak pnah dgr lagi.

tapi pasal wudhuk untuk bahagian kaki yang sapu atas stokin tu, aku mmg buat, lagi2 kalau kena solat kat atas tren, atau tepi jalan.

masa aku baru sampai germany dulu, senior ajar macam ni. amek wudhuk kat rumah, pakai stokin, stokin kena sampai tutup buku lali, stokin tak boleh tanggal la. lepas tu kalau batal wudhuk pun takpe, amek wudhuk baru, tapi bahagian kaki tu satu atas stokin je, cukup sekadar tiga jari.

ada syarat lain2 lagi, macam bila keadaan bermusafir dan tak bermusafir.

benda ni ada hadis, dan sila cari orang yang lagi alim untuk ajar korang. aku tau pun dari senior.

kueh bakar berkata...

bg aku surau kecik tidak sesuai letak karpet..

sukar cuci.berbau.basah.

lebih baik pakai tile.pakai sejadah getah.

Tanpa Nama berkata...

cik ateeka amir..
tumpang tanya, apa beza solat ngan sembahyang..?

-musykil-

Firdaus berkata...

btw, kalau kat JB, shopping complex yg paling boleh dibanggakan surau nya adalah Plaza Angsana di Bandar Baru Uda Johor Bahru..

ruang solat yang besar dan selesa,
siap ada tok imam n bilal yg bertugas tuh..

the rest shopping complex semua cam haram..

kalau kat mesir kan mantot, shopping complex yg bessor2 nih, hampir setiap tingkat ada surau, walau pun tak sebessor mana ruang solat tuh, tapi amat selesa..
contohnyer City Star kat Cairo..

sebaiber berkata...

nice post mantot..mmg bnda neh slalu berlegar dlm kepala aku..aihhh

Mantot berkata...

first time aku dengar
SHOPPING BOLEH JAMA'...
Jama' jenis hape ni?
Boleh niat Qasar tak kalau Jama' Shopping ni?

Boleh tolong perjelaskan?

Mantot berkata...

dan yg tanya pasal beza solat dgn semayang tu...

beza dia

org Cina semayang
org India semayang
org Kristian semayang
org Islam semayang

tapi

hanya org Islam solat..

tapi sebenarnya benda kecik aje...bahasa yg digunakan sahaja...asal pemahaman tu betul,aku rasa tak salah

Tanpa Nama berkata...

Semayang je kat luar. bawak sejadah bawak kompas.

Tanpa Nama berkata...

aku rs kl kt ni byk shopping mall yg dh renovate surau jd lebey selesa. contohnya:

Sogo - Dlu kt basement, kecik. Skrg kt basement jgk tp dh besa n selesa la. kalo sape2 yg ckp kecik la surau sogo tu..hmm..ble last ko g surau Sogo tu??thn lps? zaman skola? zaman Awie n Maria Mariapan??

Midvalley - floor bwh agak selesa standard2 surau floor bwh KLCC la..Baru2 ni surau tingkat atas Jusco pn baru renovate..at least proper la sket..

tp..

Time Square n JJ Wangsa Maju - Surau laki2 luasnye ok, tp kalo ramai2 amik wudhuk mule la air btakung..pastu jarak nk pijak lantai ngan paip agak jauh..kengkunun xnk pijak lantai btakung tu la..bole sakit belakang sket..haha

Wangsa Walk n JJ Kepong - Surau kecik, bentuk x sama kiblat

bab jamak shopping 2 plak..heh 1st aku dgr..mana sumber?

-wise-

van der Rui berkata...

Tak silap aku Obe pun pernah timbulkan isu macam ni. Mungkin arkitek tu non muslim jadi dia tak ambil berat sangat pasal hal ni (sebab dia takde pengalaman). Kalo yang muslim pun mungkin dia tak pernah solat kat mall.

Tuhan bagi oksigen free, itu pun nak berkira. Cuba tiap kali nak sedut kena bayar...

hayat berkata...

cuba datang mesir...mmg jauh bezanya..bila azan je, diorg launkn kuat2 kat shopping mall tu..dan kat sini, blh kata lg cantik shopping complex, lg cantek la surau dia tu..karpet tebal etc..

Tanpa Nama berkata...

time shopping 'jamakkan aje'? jamak taqdim?takkhir?atau jamak takpayah? hehe...funny! solat itu wajib..bila dah masuk waktu even tak jumpa musolla solat je la kat mana2 pun asal sah rukun solat..cer tengok org yang bermusafir nak g haji, dorg solat je atas tanah..ISlam itu mudah dan tak menyusahkan...jgn la pikir komplikated..nak musolla gah2 sedap selesa baru nak semangat solat...its wrong..solat wajib dikerjakan tak kira dimana jua. lagi2 lelaki bila terdengar azan hendaklah solat berjemaah tapi selalunya lelaki wat dunno...cer ko tanya wife ko mantot.

ditmercury berkata...

to Anon July 20, 2011 9:59:00 AM GMT+08:00

betul, solat boleh dibuat di mana-mana, asalkan bersih dan mengadap kiblat. tapi perkara ini menjadi isu kerana kita mengaku kita negara Islam. termaktub dalam perlembagaan agama rasmi ialah Islam.

jadi, bila kita di sebuah negara Islam, tapi perkara rukun dalam agama Islam itu diperlekehkan, maka timbul isu.

aku ada pengalaman ke negara bukan muslim. aku ada pengalaman solat di ruang menukar pakaian di shopping complex, solat di tempat parking kereta, solat di bahagian bawah tangga, solat tepi jalan raya. Alhamdulillah, Islam itu mudah. bersih, mengadap kiblat, tak mengganggu orang lain, tentukan kiblat, bentang sejadah, solat, selesai.

tapi, bila aku balik ke sini, aku jadi marah bila aku susah jumpa surau. sebab perlembagaan kata kita negara Islam.

Tanpa Nama berkata...

lagi bagus ada kot drpd tak ada.. cuba pegi shopping kat mall di negara jiran... yg mana ada tu gunakan je la sebaik mungkin. yg kurg tu kita harap bila kerajaan PR pegang dapatla perbaiki.. perbesarkan.. jgn tukar takde terus mcm singapura udah le.. hahaha

eddyminako berkata...

desa park city, the worst surau ever!!

al- ifudin berkata...

sorry guys, pandangan aku la, solat kat mana2 pon boleh. sebab aku dah kene. tu pon sebab aku skrg study kat negara kafir. sebab mat saleh tak suka tandas depa basah, ada sekali tu aku amik wuduk lepas tu ak guna tisu tandas tu lap lantai yg terkena percikan air. air pon aku bawak dalam botol air je. dah ada kat sini baru merasa susah kat tmpat org ni.


untuk malaysia, aku setuju la yg surau2 yg ade just nak cukup syarat je.. walaupon memang benar boleh solat kat mana2, tapi ak rasa klau kat msia ak tak solat tepi jalan,,ak struggle cari surau or masjid. sebab walaupon kita ramai penduduk islam, kalau ak tetibe solat kat tepi mane2 sudut kat pavillion tu, mesti semua orang pandang macam aku gila. betol x? kita negara islam,pada nama, tapi rakyat msia pon bkn islamic sgt..(ak pon trmasuk glgn ni)

kesimpulan nya,, kalau nak buat surau tu ,, buat la betul2!! kalau xcantik, xde corak2 pon xpe, asal kan selesa,luas, bersih dan strategik. agak stres sebenarnya sebab rasa dianak tirikan di bumi sendiri.

(p/s: ak benci komen cakap 'lagi bagus ada drpd takda'.. bodoh la, kalau nak buat surau ,buat la betul2!! jangan hentam keromo!!)

solattiangagama berkata...

ni mengikut yg aku tau la, baca dari blog mana entah.

tempat2 komersial macam shopping complex tu akan guna setiap inci ruang untuk mendatangkan duit. tu pasal nak berak pun kena bayar. parking, sewa kedai tu dh confirm2 la.

owner2 bangunan komersial ni pulak kebanyakannya ca ya nun alif. so memang takde nye lah dia nak buat surau besar2 pasal x mendatangkan duit untuk dia.

tu yang buat surau asal ada je tu. busuk ke, basah ke, kecik ke, takde dia nak kisah nyer.

so apa solution sekarang nih?

Malaysia sebagai negara yg agama rasminya Islam patut jaga la benda2 cmni. patut kena ada rules dari kerajaan yg mewajibkan apa2 bangunan kena ada ruang untuk solat yg selesa. surau tu kira kemudahan awam la tu. x perlu la nak generate duit daripada surau.

agak2 kalau nk solat tapi kena bayar, orang solat tak?

Tanpa Nama berkata...

aku kalau kat alamanda tu, malas nak beratur, pegi solat maghrib lmbt sket..tggu kt luar lame sgt la...

ck slmh berkata...

solat itu wajib.
marilah kita mendirikannya.
stk.

alim kucing berkata...

Tak payah la semabayang kalau pergi shopping. Mengada2 dan sengaja nak tunjuk alim.

Pergi shoping pegang tangan pegi dating dengan bukan mahram.

Pergi sembayang gf duk tunggu kena fuck..

Nampaklah alim. Fuck..fuck juge..sembayang tak tinggal..pompuan suke tu..

jagakubursendiri berkata...

ditmercury said...

to Anon July 20, 2011 9:59:00 AM GMT+08:00

Blogger ditmercury said...

to Anon July 20, 2011 9:59:00 AM GMT+08:00tapi,

"bila aku balik ke sini, aku jadi marah bila aku susah jumpa surau. sebab perlembagaan kata kita negara Islam."

Eleh, konon Islam awak paling bagus nak marah2 dengan melayu kat Malaysia.

Awak tahu tak dalam Islam, perempuan tak dibenarkan keluar tanpa muhrim. Itu namanya Islam. Awak sendiri tak mengamalkan Islam yang awak boleh lakukan tapi orang lain awak nak kata tak cukup besarlah.

Dalam Islam awak tak boleh memandu, tak boleh tgk bolasepak, tak boleh tgk gambar manusia.

Apa awak nak cakap? Awak ni Islam ke?

kirsh berkata...

Tak silap aku Obe pun pernah timbulkan isu macam ni. Mungkin arkitek tu non muslim jadi dia tak ambil berat sangat pasal hal ni (sebab dia takde pengalaman). Kalo yang muslim pun mungkin dia tak pernah solat kat mall.

Tuhan bagi oksigen free, itu pun nak berkira. Cuba tiap kali nak sedut kena bayar...

July 20, 2011 5:13:00 AM GMT+08:00
Blogger hayat said...

cuba datang mesir...mmg jauh bezanya..bila azan je, diorg launkn kuat2 kat shopping mall tu..dan kat sini, blh kata lg cantik shopping complex, lg cantek la surau dia tu..karpet tebal etc..

Siapa yang nak datang Mesir. Bukankah orang Arab tgh demonstrasi kerana kemiskinan.
Arab terbelenggu oleh ugama mereka, sebab itu mereka sekarang ketinggalan.

Jangan nak banding Malaysia dgn Arab Mesir.

Malaysia negara paling aman di Asia Tenggara. Negara paling selamat di dunia!

Ya..suruhlah orang Arab datang Malaysia belajar dari Melayu bagaimana mengamalkan Islam moden.

Perbankan Islam dsb.

Tanpa Nama berkata...

jgn pi mana2 la dok umah je la ..pi jln jer nak ngomel itu ngomel ni..mg jenis manusia yg tak penah berpuas hati ..ada kemudahan kira sykur alhamdulillah ..lau DAP memerintah ko solat tepi jln jer la eh ...

kuaci berkata...

al- ifudin said...
kesimpulan nya,, kalau nak buat surau tu ,, buat la betul2!! kalau xcantik, xde corak2 pon xpe, asal kan selesa,luas, bersih dan strategik. agak stres sebenarnya sebab rasa dianak tirikan di bumi sendiri. "

Wah ko pandai nak sebut di anak tirikan di bumi sendiri sedangkau sembah Ambiga Sarenavasan yang Hindu di bumi sendiri.

Sejak bila pula bumi Melayu ni bumi Hindu?

Ko pergi buat Mall ko sendiri. Ko buat buat surau tiga tingkat. Dan ko tengukla nanti mantot datang shopping. beli kuaci hehehe

Tanpa Nama berkata...

Kpd jagakubursendiri...

Apela masalah kau sebenarnye? Ko syg sgt ke dgn org melayu mesia ni? Komen tkde surau kat negara sekular mesia pun ko nk panas... mmg org amno kata negara islam tp manakah islamnyer kalau nk solat pun susah, sempit, tak bersih. Mmg org melayu mesia ni kuat berpolitik suka main tuduh org tu islam nye kuat mana... solat tk mau jaga, siap nk jamak2. Bagus2.

So bila ader org melayu gile tnyer islam ko kuat mana, mmg aku berapi... pasal org yg tnyer soalan mcm tu tak tau islam langsung. Bodoh!

Jadi ko jagakubursendiri mmg hebat islam ko kan? Mmg tinggi ilmu kepala bapak ko.

Ditmercury,

Jgn layan org giler melayu jagakubursendiri. Aku mmg stuju pandangan ko. Bernas beb!

Ahoy!

mencariarah/azura berkata...

salam. pasal penggunaan ayat solat(solah) vs sembahyang. setahu akulah, ni ustaz aku kat kolej pernah ajar. perkataan sembahyang asalnya sanskrit. sembah + Yang. Yang bermaksud tuhan, berhala etc. so mana lagi bagus? terpulang pada hangpa lah nak guna yang mana satu :)