Julai 15, 2011

Awkward Agama : Menegakkan Islam Dengan Pimpinan Pemimpin Tidak Bertudung

Sekecil-kecil pemimpin adalah pemimpin sebuah keluarga,betul kan?

Dalam Islam lelaki akan jadi pemimpin keluarga.Rosak lelaki tu,rosak la habis institusi keluarga tu.Tanggungjawab lelaki ada banyak.Memastikan ahli keluarga dia yakni isteri dan anak-anak dia ikut perintah agama dan tak langgar apa suruhan dia sambil memastikan makan pakai anak bini terjaga.

Tapi bagaimana pula dengan pemimpin kita yang diangkat oleh kita jadi pemimpin masyarakat tapi dia gagal melaksanakan tanggungjawab asasnya sebagai seorang bapa?

Maksud aku,dia seorang pemimpin yang minta rakyat patuh dengan dia,minta rakyat undi dia,minta orang dengar cakap dia....tetapi...ahli keluarga dia sendiri dia abaikan tanggungjawab rohaninya dan tak diperintahkan patuh  oleh si bapa dengan membawa ahli keluarga menurut perintah agama?Adakah lelaki itu layak jadi pemimpin pada pandangan anda?

Senang cerita...dia gagal pimpin keluarganya ke arah ajaran agama tetapi dia diangkat jadi pemimpin sesebuah masyarakat?Adakah itu apa yang diminta oleh ajaran agama,tak kira la mana2 agama sekalipun tapi sebab aku Muslim,adakah itu tuntutan agama Islam?

Pada aku mudah aje...

Bapa yang failed akan menghasilkan keluarga yang failed. Bapa yang failed diangkat jadi pemimpin masyarakat, masyarakat itu akan failed....bagaimana masyarakat mahu dengar perintah dia kalau anak isteri sendiri tak mahu dengar perintah Tuhan?

Macam mana orang lain nak nasihatkan kau suruh solat kalau mak bapak kau sendiri suruh kau tak nak dengar?

Basic seorang pemimpin first sekali mesti berupaya memimpin keluarga dia!Kau nak kata benda ni tak penting?Kata kau nak menjawab "Seorang bapa yang baik tak semestinya menghasilkan pemimpin yang baik?" Bollocks...bapa/suami yang baik adalah fundamental kepada pemimpin yang baik.

Kalau dah asas kepimpinan dalam institusi paling kecil tu melingkup,nak mentadbir 2-3 orang pun kantoi..macam mana nak pimpin masyarakat yang berjuta-juta umatnya?

My point is;
Orang Melayu mudah melatah...
Bila Hindu terpekik dia sanggah..
Ada akal tu bukak sikitlah...
Pemimpin kita tu Islam terjagakah?

So,aku tujukan soalan ni kepada penyokong kerajaan,Pemuda UMNO,Puteri UMNO,golongan anti Bersih dan golongan "pejuang" Islam yang tiba-tiba makin ramai guna hadis nak tegakkan apa tindakan kerajaan pasal perhimpunan "haram" hari tu...golongan yang memperjuangkan agama dan jenis "kita mesti jaga Islam!Nanti orang kafir naik negara kita akan musnah!"

Aku nak bertanya...

Kenapa kau selalu pandang apa yang orang kafir buat tapi kau tak pernah nampak pemimpin Islam kau yang secara terang-terangan biar diri sendiri ataupun keluarga dia lawan hukum Tuhan?Adakah itu ciri-ciri pemimpin yang kau sepatutnya benarkan untuk dia pimpin kau?Seseorang yang secara openly biarkan keluarganya tidak menurut hukum agama.

"Adakah seorang bapa yang tidak mengajak keluarga sendiri ke arah menegakkan hukum Tuhan layak dijadikan pemimpin anda asalkan dia pandai memimpin negara?"

Dan tolonglah jangan jawab..."Itu antara dia dengan Tuhan.."

Bila dah jadi pemimpin masyarakat tu dia dah jadi public figures...dia dah jadi pemimpin kau,seseorang yang kau akan lihat dan nampak setiap masa kelibatnya....hubungan dia dengan Tuhan dah jadi hubungan dia,masyarakat dengan Tuhan...sebab dia dah setuju nak terima tanggungjawab kalau agama dalam masyarakat tu runtuh,dia akan dipertanggungjawabkan nanti kat Akhirat.Tugas pemimpin ni sebenarnya sangat besar dalam agama,amat berat dan tak semua orang layak nak menanggungnya.

Kenapa orang Melayu selalu marah kat orang bangsa lain..agama lain...
Tapi dia pejam mata kepada masalah agama dalam pemimpin bangsa dia sendiri?

Kenapa?

76 ulasan:

Sadun berkata...

terbaik mantot, sarapan aku awal2 pagi ni baca entry ko..

macambetul

mr edz berkata...

jangan pangkah Bn

Sadun berkata...

besar mulut macik tu menguappppp

Shera berkata...

memang betol kata encik mantot..
tp pda pndangn sy y konservatif ni,
kdg2 ibubapa ni dah didik anak hampir sempurna, didikan agama da diterapkan sejak dr kecil tp iman jarang boleh diwarisi..
tp if bapa dy mmg xbtol, kmungkinan juga anak akan jdi lbih better dr bapanya..
kdg2 xbole nk salahkan bapanya juga sbb anak2nya salah pmbawakan.
y xdiajarnya tu la nk dibuat sgt2..

wallahualam~

Adlilatun Nur berkata...

http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/4185-bersih-ada-baca-cerita-hilful-fudhul

Cuba baca ni plak....

Eilda berkata...

Memang betullah iman x dapat diwarisi. Tapi kalau dah betul ajarannya, patutnya tahu takutkan Allah so x melanggar laranganNya...
Apa pun, back to that person gak la kan...

Tapi bab pemimpin, kalau dah tak betul, cam mana nak tunjukkan contoh yang baik to yang dipimpin?

Tanpa Nama berkata...

org melayu ni mantot xkisah la sape2 pn jd pemimpin asalkn pemimpin 2 org melayu je...

pemimpin melayu korup pn xpe...pemimpin melayu minum arak pn xpe...pemimpin melayu kaki prmpn pn xpe...jnji melayu...

sini dh silap sebenarnye...kalo kaum lain (cina/india & etc) jd pemimpin xbleh sbb dieorg kapir...dieorg akn jatuhkn org melayu...habis hlg sema hak org melayu...

situ kite dh nmpk yg org melayu ni slalu pkr yg melayu ni kompem2nye Islam...hei, mmg org Islam tp brape rmai yg amalkn Islam...ko xsggp tgk org bkn Melayu pimpin negara sbb dieorf kapir...tp tnye balik ko suke ke tgk pemimpin melayu yg xamalkn gaya hidup Islam...?

Islam bkn utk melayu tp utk sema...ko sibuk duk canang yg kalo melayu akn hlg kuasa tp xsebut plak Islam akn jatuh ke ape...

kalo org cina ke india ke 2 muslim dan mgamalkn cara Islam, adakah org melayu ni sggp bg dieorg duk sebagai pemimpin ats skali...?blum tntu la...sbb tkut dieorg bias pd bgsa sndiri...

hei...come on la Malaysia...kite dh brape duk bwh bn tp ade ke prubahan dlm segi pkauman ni...aku xksh sape2 pn pemimpin as long die bleh bawa tggjwb sebagai sorg pemimpin yg baik tmasuk famili die sndiri...

jgn igt melayu 2 Islam...kalo Islam pn adakah mgamalkn cara Islam...melayu ni bgsa yg teragung sgt ke smpai duk bangga2 sgt...?

aku sokong ko mantot...rmai yg xsedar lg psl ni...sibuk duk ckp psl melayu...

pro-Bersih...

prima_chrome berkata...

terbaik , padu & jitu .. teruskan usaha anda mantot .

Balqis Riza berkata...

i support BERSIH..my fren always asked me, 'kenapa support pemimpin india?? kau support BERSIH means ko nk pemimpin india'..i become emotional n angry because my fren here is veryyyyy small minded..but i dont know how to jawab..

then read ur entry, pergi kuliah, tgu dia mulakan dulu..sekali dia ckp 'weyh BERSIH nye kelas ni!!' kat aku..haa peluang!! aku pon tanya dia sebijik ayat2 ko..

terdiam dia..yeehaa!!

thx mantot..akan berusaha menjadi bijak seperti anda!!

zeri berkata...

ape nk heran.dr dulu kerajaan skrg dh bg amaran,jangan campur agama dlm politik.itu la sbb nye.agama x brape tinggi.terpaksa la kan.kihkih

Sang Merah berkata...

wahahaha love dis post...


Kenapa orang Melayu selalu marah kat orang bangsa lain..agama lain...
Tapi dia pejam mata kepada masalah agama dalam pemimpin bangsa dia sendiri?

jwapan y aku pnah dgr dr org2 pro um..."xpe la...janji die melayu..." wat aku terdiam...lau cm nie punya minded...mmg xda ubt....dh cm zionis ngan nazi punya fahaman je...tp dok sbuk "komunis3" cet...hehehe

Master Yoda berkata...

2 faktor je yang bleh kasi turun naik iman:

1. penghayatan seseorg terhadap agama dia (for Muslim, obviously ISLAM)

2. persekitaran seseorg

dan konsep iman takleh diwarisi ni memang betul dan BYK dipengaruhi oleh faktor no 2 WALAUPUN didikan dan asuhan agama diterapkan dari kecil...

Maka pandang2 dan jeling2 la persekitaran kita..

a) Dgn lambakan hiburan itu ini (AF, 1 in Million, Malaysian Idol and bla bla bla, Justin Bieber la, Rihanna la) dan juga

b) KURANGYA teladan yang baik drpd masyarakat (cikgu, guru, kawan2, pemimpin2 negara)

PLUS,

c) kebykkan kita TAK SEDAR lagi agama yang kita ada ni DIPEROLEHI dari WARISAN/KETURUNAN dan TIDAK GEMAR untuk pelajari lagi dalam berbanding kawan2 yang MUALAF

So, dlm point c) yang gua tulis ni,ada beberapa keadaan yang pernah gua face:

(i) Student A: "Cikgu, subjek yang paling saya ase bosan kat sek, subjek PAI (Pendidikan Agama Islam)"
Gua: "Aik, blajar pasal agama sendiri pon bosan"

(ii) Student C: "Cikgu, saya fail subjek PAI"
Gua: "nape bleh fail?"Impossible!!!!"
Student C: " Byk mende la nak kene hafal, ingat itu ini dan mcm2 la,eeiii, tak best.."

See,penghayata bebdk Melayu-Islam zaman skang terhadap agama sendiri dah kurang

Itu yang mendorong kpd mende2 yang hang sebut tu, Mantot

belogkiter berkata...

setuju sangat.... ramai menegakkan bangsa.. tapi terlupa agama yang harus dipelihara kerana Islam adalah unutk semua bangsa...... tak kira hitam atau putih yang mebezakan cuma iman

serenity9260 berkata...

hebat la bro.memang orang yang x reti jaga bini ni namanya dayus.laki xdgr ckp bini takpe,jgn bini xdgr ckp laki

1.10 Motorsikal Terpantas Di Dunia
2.Perbandingan Kereta Dengan Isteri Yang Bakal Diceraikan Di eBay
3.Kek Hogwarts(Sekolah Harry Potter)

jaypark berkata...

sebab tu masa najib ganti pak lah, aku xsuka sangat.. w/pon isteri2 pm yg sebelom ni semua free hair, tp najib ni aku rasa lain ckit. sbb dia ada history bercerai berai, afairs dan byk lg yg xsedap didengar. bg aku dia xlayak jd pemimpin no 1 negara. klu setakat menteri2 aku xkesah sgt. even skrg pon, klu dengar dia ckp kat tv tu, aku xleh tgk muka dia.. tapi apa yang dia ckp kene dengar sbb kita perlu AMBIL TAHU. tapi aku prefer pandang dinding dr pandang muka dia

Tanpa Nama berkata...

Hmmm bagi aku penilaian seorang pemimpin tuh mmg yg utamanya pada diri dia sniri, then pada famili. Betul, iman tuh tak dapat diwarisi. Sebab tu ada yang ayah alim habis, imam, bilal,ustaz tapi anaknya ya Rabbi.And ada juga yang terbalik, parents modern & happening, anak ada yang turn out jadi alim & baik. hidayah ni Allah yg bagi. Even para nabi & Rasul sendiri tak dapat nak bawa famili menerima agama Tauhid (eg: Nabi Nuh & Nabi Lut) namun tetap diangkat sebagai Rasul. Itu dah ketentuanNya. Tapi kalau dah peribadi sniri out, memang dah tak boleh cakap apa dah la kan

mawar berkata...

Salam,

Setuju & suka dgn komen Master Yoda terutama part 'c'.

Teringat dulu, seorang kwn saya, dia ni orang asli yang tiada agama, lepas umur 18 thn dia masuk islam, masa tu saya rasa terharu. Lepas tu dgr cerita dia sedang mendalami islam di sekolah pondok di Kelantan. Demi Allah saya cemburu dgn dia.

Saya ckp dgn 2 org kwn saya (juga melayu+islam mcm saya) "aku cemburu dgn dia tu, gigih dia mendalami islam, kita ni islam sejak lahir tak terniat pun kan"

Tapi saya terdiam bila kwn saya ckp "ala dia tu baru nak kenal islam mmg la camtu". Saya tak ckp apa2, cuma terfikir apakah hanya org yg baru masuk islam & baru kenal islam je ke kena mendalami islam, kita yang islam sejak dilahirkan ni dah cukup kenal ke islam?

point saya ialah situasi 'c' yang Maste Yoda ckp tu memang benar sekali.

Cik Nad berkata...

kalau ada org marah2 ckp " ko ni bersih-bersih.. ikot laa india (non-muslim) tu perintah kau.." jawab je.. "macam sama je kot pemimpin non-muslim dng pemimpin kalau muslim munafik(berpura-pura).."

baik cari pemimpin muslim yg terapkan pemerintahan islam.. baru berkat..

unknown berkata...

sokong. aku baru post kt blog aku cakap benda sam (well lagi pendek dari neh) tapi betu la. kalau tengok kt tv, kat suratkhabar semua, contoh boleh aku kasi hari tu masa majlis ramah mesra rakyat, si suami bersalam dengan perempuan, si isteri bersalam dengan lelaki global? i dont think so. SEMUA agama sama memahami undang2 agama yang sama. dan betu la. betul akan buat orang yang nak berfikir dan berani bertanya and nak face the reality akan tanya soalan yang sama.

sekecil2 pimpinan ialah memimpin diri sendiri dan keluarga, dan andainya di peringkat itu buat orang boleh tertanya, apatah lagi di peringkat seterusnya.

Ddila berkata...

kita punya pendapat y sama...:)

al- ifudin berkata...

secara jujur,ak bersyukur sebab masa aku pergi sekolah agama time budak2 dulu aku bbetul2 naive, so sampai sekarang ape yg ak belajar wlpn ak xingat smua tpi ak xdela jadi sampah masyarakat.

mak ayah aku bukan alim macam ulama, kbykan ilmu agma ak dapat kat sekolah, selain persekitaran aku yg kurang pengaruh asing, yakni aku selalu duduk kat rumah je budak2 dulu.

mende ni lah yg membentuk diri aku sekarang.

time aku dulu pon bukan banyak hiburan macam sekarang. so aku tak tau la generasi akan datang macam mane,,


Puak2 BN ni takot sangat orang2 kafir yakni cina dan india memerintah,takut ramai murtad,padahal aku rasa mereka lebih takut susah nak buat duit bila dah hilang kuasa.

pihak BN buat tak kisah budaya2 barat yg dieowg sendiri promote kat rakyat. .. yg ni sebenarnye lagi teruk.. nama je islam,, islam kat IC jela...korang yg korupt sebenarnya pengkianat rakyat.. setaraf KAMAL ALTARTUK.

semoga kita semua mendapat hidayah ALLAH..

Eilda berkata...

Bukan ke memang dalam perlembagaan (ye ker ni) memang pemerintah MESTI melayu...
So apa yg nak takut tergadai segala menda. Hak melayu x hilang ke mana kot...
So kalau pilihanraya dibersihkan pun xde masalah apa pun kan. Cuma tanak some parti je membolot semuanya walaupun dah tau tak layak or what so ever n menang sbb dia ada duit.
Plus, apa sangat yg ada pada bangsa kan. Agama lebih utama.
Then, xde salah pun join bersih sbb kepalanya indian ke apa ker. Yg penting tujuannya kan.
Sapa yg suruh murtad sbb ikut perhimpunan tu?
Murtad tu pilihan peribadi rasanya. Mana ada orang ada hak memaksa murtad2 kan.

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

apa maksud ko ble tls 'terang2 lawan hukum tuhan'?.bleh bg contoh skit.klu stakat tak tutup aurat dgn rasuah tu aku tgk belambak je dlm parti2 politik malaysia ni.tak kira la bn ke pr.

Mantot berkata...

terpulang la pada kau apa kesalahan yang kau nampak..ada banyak..tak kira la mana2 parti pun.dua2 parti pun berebut nak jadi pemimpin...jadi benda ni jatuh kepada dua2 la..

kau dah list dua kat situ..
ada lagi..

mcm membenarkan penjualan benda yang haram..merosakkan minda org melayu dgn hiburan sampah...

yang latest...
menipu dalam media.

Sang Merah berkata...

@ Anon July 15, 2011 3:36:00 PM GMT+08:00

and ur point is?

Tanpa Nama berkata...

diorang akan balas cmni je mantot

ala, pembangkang pn same 2x5

dua2 teruk

"so drpd undi pembangkang yg kite tak tau ape jd kalo dia perintah, baek kite undi kerajaan yg skrng ni hidup aku aman je xde masalah"

haih...

keamanan kadang2 bole jd masalah, manusia jd alpa n otak jadi lemau

tak tau nk ckp ape lg dah

sbb nye, pembangkang pn xbtol sgt, tp ape2 hal pn, aku nmpak better dr kerajaan skrng

pilih kerajaan skrng yg dah jelas kebobrokan dia atau mase dpn yg kite xpasti

aku da ckp kalo tkr kerajaan ingt ape sng2 melayu atau islam dijatuhkan?

raja stil ade, perlembagaan still ade, yg berbeza kerajaan tu sape je

kalo btol2 ade usaha nk jatuhkan islam or melayu bile tkr kerajaan, bnyk mase kot yg diperlukan, bkn senang2 cmtu je

at the same time kite bole bersatu bangkit lawan sape2 yg nk jatuhkan islam tu, jgn ckp mcm da xde harapan nk bersatu, mcm xde harapan nk lwn blk kalo tukar kerajaan

knpe la kne cuak dgn mase dpn yg tak pasti? kerajaan skrng yg dah jelas teruk ni xkesah lak

tp tula, otak da lemau, xkesah la cane tak islamik nye ketua, janji atas IC name islam, n hidup skrng aman damai, ok je

aku da buntu nk bukak minda org2 cmni

Tanpa Nama berkata...

Betul!! betul!! betul!!!

Aku rasa elok kita lantik Lim Kit Siang jadi PM. Mesti masaalah ni semua selesai. Senang cite.

Tanpa Nama berkata...

ade org bg aku analogi yg sgt WTF

.................................

ko ibarat tahanan penjara

warden penjara bg ko makanan bg da basi 2 bulan

ko dah 10 tahun dlm penjara makan mknn basi 2 bulan tu

ko xmati pn, malah xsakit perut

tibe2 skrng ni ade org persoalkan asal bg makanan da basi 2 bln? then dia ofer makanan yg dah basi 1 bulan je

ko agak2 nak ke? da komfem2 ko xnk sbb ko xmati pn makan yg da basi 2 bln

ko xsakit perot pn, ko ok je

knpe tibe2 nk tukar? mmg sedap bunyi da basi 1 bln je, tp still da basi, kalo mknn tu xbasi langsung xpe gak

ntah2 makanan tu prepare xbtol, bawak sakit ntah pape2 lak

so knpe nk tukar kalo ko ok je skrng ni??

...................................

sangat WTF aku dgr dia ckp kat aku cmni, aku buntu act

last2 aku ckp, nantak ko, kalo bg makanan xbasi pn, basi 1 hari pn, kalo ko xberani nk tukar sbb da ok je skrng kan, mmg xbole buat ape2, fine, hahahaha

Sang Merah berkata...

@ Anon July 15, 2011 4:39:00 PM GMT+08:00

actually die ada terlepas 1 part 2....part sakit 2....skrang smue dok rse sakit perut hehehe..cme ada certain org die ckp "angin perut je nie"...hehehe

Tanpa Nama berkata...

Sang merah,
just to make it clear.thats all.sbb mantot tuju soalan kt org bn.just wondering bout pr.sbb aku ske tgk comparison dua2 belah pihak. =)

Sang Merah berkata...

@Anon July 15, 2011 5:23:00 PM GMT+08:00

comparison dh clear...so ape kesimpulan y kite blh wat? hehehe

Atiqah Shaharudin berkata...

penah ada member berdegar cakap pasal hak keistimewaan melayu dlm perlembagaan.

aku terasa mcm tak puas hati la tiba2. sbb bagi aku ia macam unfair to chinese n indians.

then member aku bagi analogi:

katakanlah kau ada rumah besar (malaysia). then ada member kau nak dtg tumpang (chinese n indians). kau nak bagi dia bilik tetamu ke or bilik paling besar dlm rumah tu, which is bilik kau?

tensinya aku sebab aku rasa analogi dia mcm sgt berat sebelah. so aku just cakap, "memanglah akan bagi bilik tetamu, tapi aku akan make sure the room is big n comfy enough utk kawan aku." habis cerita.

aku tak suka bangga2 dgn kemelayuan aku. semua org sama di sisi Tuhan. in the end, it's your religion that can save you.

Tanpa Nama berkata...

sang merah,
time to change =).pr is not the best tp ape bleh wat..tak byk pilihan yg ada..

Tanpa Nama berkata...

span kuning,

aku try tambah analogi yg kwn ko bg tu.klu ko ada rumah besar.then kawan ko tggl dgn ko sbb ko dgn baik hatinya bg dorg tggl.siap bg bilik tetamu.then lps bertahun2 ko ada family bsr dan diapn ada family bsr.dua2 kne kongsi kemudahan rmh sama rata.kadang2 dia nk tgk rncangan tv yg dia ske so kite trpksa tgk sekali dan kdg2 sebaliknya.ada brg yg berkongsi ada tak.bertahun2 selepas tu agaknya apa yg terjadi? =)

Tanpa Nama berkata...

Ye mmg byk pmimpin bkn pure islam... tp atleast they their true identity... minum arak, men pompuan etc.. tp cmne dgn pmimpian islam yg show to everyone die islam pure tp hny bohong smate... itu lg bhaya maa, blum jd pmimpin negara sudah 'kencing' sume orang... jd, pilihla pmimpin yg mursyid, bkn 'mursyidul am'... krn dgn mncari pmimpin yg ade ilmu yg benar2 ilmu, bru slamat dunia dn akhirat.....

Mantot berkata...

tah hapa2 analogi korang...meh aku bagi analogi aku...

satu masa dulu,ketua kampung tengok anak sulung dia suka duduk kampung tanam sayur tapi ketua kampung perlukan anak untuk kerja lombong bijih timah dan estet.

Jadi sebab anak sulung suka duduk kampung dan tak nak buat benda lain..ketua kampung terpaksa ambik anak angkat dr luar duduk situ dua orang.

Masa tu apa anak sulung kata,"Hui,bagusnya abah aku carikkan aku adik angkat..bolehla aku terus tanam sayur aje setiap hari.."

Jadi anak angkat dua orang ni pun datang la duduk kampung tu.Lama-lama bila ketua kampung dah malas nak memerintah...dia pun nak la buat satu corak pentadbiran baru dan nak passkan pemerintahan kampung tu kepada persatuan penduduk situ...anak sulung tadi pun lawan sebab dia rasa patutnya dia la ganti ayah dia.

bincang2 akhirnya ketua kampung lama bersetuju nak jadikan anak sulung dia ketua kampung dengan syarat ...anak angkat dia dua orang tadi jadi penduduk tetap kampung tu dan tak boleh dihalau...

TIGA-TIGA BERSORAK KEGEMBIRAAN!Jadi diorang pun duduk la sekali satu kampung dengan gembira...

Lama kelamaan kampung tu membangun jadi pekan...

Tapi bila dah lama2...cucu kepada anak sulung ni ungkit balik..."Apsal aku kena duduk satu pekan dengan cucu anak angkat dua orang tadi tu?Diorang bukannya orang asal kampung ni...aku aje yang asal..pure blood!"

cucu anak sulung ketua kampung baru itu tidak menyedari..tanpa pengambilan anak angkat dua orang tadi tu....kampung dia takkan jadi pekan kerana kalau hanya bergantung dgn dia...kampung itu hanya akan maintain kampung dan dipenuhi dengan ladang sayur yang hijau dan menyamankan...

bersyukurlah kepada British kerana memberikan kuasa kepada orang Melayu...kui kui kui

Mantot berkata...

komen anon kat atas komen aku tu adalah antara benda paling bernas yang aku pernah baca..

thanks.
you make my day

Mantot berkata...

....ending cerita tadi...

Dan lama kelamaan makin lama makin rengganglah hubungan antara ketiga-tiga orang adik beradik angkat tadi sehingga melupakan niat murni asal ketua kampung pertama yang mahukan ketiga-tiga tu bekerjasama dalam membangunkan kampung mereka....

The end..

Tanpa Nama berkata...

Mantot, kwn aku ckp at least org Islam msk syurga gak akhir nye...tp org kapir selamenye kt neraka...sbb tu dier lbh rela plh Islam korup...

Tanpa Nama berkata...

Mantot,

cite ko lengkap sgt la mantot.aku bg skit2 je.bia dorg pikir sendiri.hehe =)

-mia-

Unknown berkata...

mantot, tgk video ni.
http://www.youtube.com/watch?v=V2oNh6uHbe4&feature=related

al- ifudin berkata...

geng2 semua.ak tahu yang BN ni suka main tipu bab2 mengundi ni. tapi2 perkara je aku xfaham. kalau spr tu deaowg punya, kenapa depa tak tipu kat semua tempat?kan senang

kedua ialah still tentang undi.kalau depa boleh tambah udi untuk depa sesuka hati, kenapa depa boleh hilang 4negeri waktu pilihan raya yg lepas?? aku tanya ni sebab kadang2 ade puak2 BN ni yg tanya ak cmni,klau BN boleh tipu setiap kali undi,konfem la xpernah kalah.so SPR tu jujur la sebab BN ade jugak kalah membuktikan bawa RAMAI rakyat mmg sokong BN. ni semua propaganda pembangkang je.

camne nak jawab dengan betul,dengan fakta.?




MANTOT, AKU RASA CAM SALAH JE BERSYUKUR DENGAN BRITISH, PATUT BERSYUKUR KEPADA ALLAH.

tak ke sebenar nya korang semua rasa,sistem demokrasi ni ciptaan manusia memang xstabil??? kalau kerajaan baru lepas ni tukar kaedah demokrasi sekarang kepada cara islam, aku rasa xde sape nak membangkang, yela, islam kan adil, xkan ade cacat cela. hehe...

EmoGiler berkata...

analogi yg bengap. Kalau org datang rumah ko duduk situ free memang la ko bagi bilik tetamu. Tapi kalau dia masuk bayar sewa sekali kena bagi sama rata. Kalau dia bayar sewa lebih dia la pulak dapat bilik besar. Memang la org islam jahat pun masuk syurga jugak akhirnya. Tapi kalau kepimpinan macam tu, anak buah macam mana pulak. Tapi org munafik yg tak sempat bertaubat tempatnya neraka yg paling bawah sekali.

EmoGiler berkata...

Pasal penjara pulak. Ko dah makan nasi basi 2 bulan. Org dah offer nasi 1 bulan basi lagi la elok. Next election ko tukar lagi. Sampailah ko dapat nasi yg tak basi dah. Tapi kalau otak dah bengap nasi basi ko balun sampai mati.

EmoGiler berkata...

Pasal undi tipu. Berapa banyak yg boleh dia tipu. Hilang negeri2 lain tu sebab dia tak bersedia. PRU baru nanti memang tipu besar besaran. Kelantan dia tak boleh masuk sebab kebanyakkan org kelantan sokong pas. Takkan dia nak bawa masuk pengundi yg jumlah semuanya melebihi penduduk kelantan. Sebab tu daftar mengundi pergi mengundi supaya tak ada peluang untuk menipu dah. Tapi kalau otak dah set ke situ. Bagi hujah macam mana pun tak kan terima jugak.

al- ifudin berkata...

betul jugak tu.

ok dah faham.

mintak2 la PRU13 nanti berjalan dengan telus.

sekarang ni bagi aku, kita mengundi sebab pembangkang best, tapi sebab kerajaan banyak sangat buat tahi dengan rakyat. xboleh tahan.. nak bagi pengajaran, siapa sebenarnya yang berkuasa dalam negara rakyat atau pemerintah.

and bila dah kalah tu, kita korek balik semua duit dah kene songlap tu sampai lubang kubur!

Tanpa Nama berkata...

mantot... bila ko nk buka entri psal cincin rosmah tu ??

EmoGiler berkata...

Kononnya pemimpin yg ditentang org islam. Tak nampak org islam pun ada musuh yg lain dari org kafir. Org kafir ada harbi dan zimmi. Tapi munafik satu tu je. Seksaan buat org munafik adalah yg paling azab sekali. Sebab dia dah islam nampak keindahan islam tapi masih bertuankan hawa nafsu. Bukan dia buat sembunyi2 pun. Dah terang terangan. Hukum Allah diperlekeh. Yg haram dalam islam dilambak lambak bagi kat rakyat. Sebab tu ramai yg buta hati. Tengok kat tv rancangan mana yg diketengahkan. Adalah sikit unsur agama tapi yg jadi ikutan anak muda yg melalaikan. Rancangan drama pakaian kalah drama korea. Ada mufti2 dia tegur. Sangatlah sedikit. Ada yg bagi pelacuran halal. Hukum potong tangan nanti ramai yg tak leh kerja katanya. Situ pun dah buktikan dah ramai org islam tu dah rosak. Nak pilih lagi ka. Dah terang lagi bersuluh lagi islam akan rosak dalam pimpinan sekarang. Nak lagi nasi basi.

Tanpa Nama berkata...

Saya cuma terfikir sahaja pasal isu racist ini, kenapa org suka kata melayu racist??sedangkan senarai 10 org terkaya di malaysia, hanya satu melayu sahaja yg tercalon..pelajar2 pHD kebanyakannya adalah chinese, ini berlaku di universiti saya...kita semua diberikan peluang sama adil, tetapi memang dasar org melayu malas, maka, kita semakin lemah..jgn salahkan sesiapa, salahkan diri sendiri yg pemalas...

Eilda berkata...

Sbb chinese pandai2 belaka... Org melayu takut bila layanan sama rata between all.
Melayu rendah mark pun senang2 masuk IPTA. chinese n indian nak kena bebetul pandai to fight for a place in IPTA. but bila dah keje kang, chinese gak yg kaya n berjaya.
But they deserve it coz the work hard for it.

al- ifudin berkata...

@eilda... bukan chinese pandai2 belaka... sebenar nya semua bangsa lebih kurang sama je,,

mcm ni la,sebab mereka xdapat kelebihan mcm bumiputra, so minda mereka akan set, 'oh, korang nak kita olang btuil2 cmrlang bru bole dpat kmudahan ea?? baik lah,kami sahut cabaran korang(krajaan). sebab tu mereka ligat berfikir nak maju kan diri, nak buktikan mereka boleh berjaya tnpa ada bantuan.

pada pihak melayu yg dpat byk bntuan, mcm ak jgk, fikiran nye camni,, 'ala,aku study ala kadar pon dapat jugak masuk uni..tak payah nak pulun abes abesan. kerajaan xkan mlupakan nsib anak bngsa dia..xyah risau la.' so,, minda orang melayu ni lebih chill dan tenang sebab xperlu risau sebab bantuan senang dapat. perkara macam ni yg buat otak melayu kurang laju compare to cina or india.


the minority will rule the majority
the weaker will fight the stronger
the truth will oppose the lies

klau nak otak melayu ni maju,, kene pressure kuat sikit.. sebab aku pon melayu dan pressure does work on me. hehe

Eilda berkata...

Betul gak tue...
Tapi semua org dah ready nak terima d pressure?
Hehehe...

al- ifudin berkata...

rasa nya macam susah.. sebab manja sangat.. lama sangat bermanja2.. sakat sikit dah nangis melalak lalak..hahahhaha

contoh yang jelas adalah kerajaan sekarang..

baru kene pressure dah melatah mcm2... sebagai contoh, bersih 2.0

semua orang yg sihat akal, boleh menilai reaction yg mereka beri.

harap2 xsalah kata. hehehe

EmoGiler berkata...

Tapi dari kecik jugak la dia train anak dia. Aku tgk anak cina berlari jatuh kedebuk punya la kuat. Bangun siap sapu tangan dgn lutut berlari balik. Anak buah aku mesti menangis punya. Baru jatuh sikit. Budak yg aku tgk tu dalam 3 4 tahun aku agak2. So jangan manjakan anak sgt. Train dari kecik. Supaya dia boleh berdikari.

Tanpa Nama berkata...

lebih rela pemimpin tu bininya tak pakai tudung. asalkan dia tak bodoh. dari pemimpin yg pakai serban, bini pakai tudung tapi BODOH percaya bulat2 yang kapal selam tak boleh selam buat apa?

anda perlukan kebijaksanaan memimpin negara, bukan isu bini tak pakai tudung.

macamlah anak pemimpin pakai serban tu baik sangat. songlap duit kerajaan negeri berjuta-juta. akal ada ka takda tu?

EmoGiler berkata...

Kalau anak pakai serban songlap duit marah. Tapi yg bini tak pakai tudung songlap duit tak marah pulak. Pelik2.

Sang Merah berkata...

@EmoGiler

hehehe anon kt ats kmu 2 nie y peminpin2 die dok cr....si pengundi2 bodoh y percaya ape sja peminpin die ckp tanpa selidik hehehe...

al- ifudin berkata...

aku pelik la puak2 pro kerajaan ni.

aku nak kata diri aku ni penyokong pembangkang xjugak, tapi apa yang dah kerajaan buat tu kalau dah terang lagi bersuluh salah, ape yang korang nak betul2 kan? kenapa nak tegak kan benang yang basah?

kalau hentam kerajaa mesti orang ingat orang tu penyokong pembangkang.terus tetibe attack pemimpin2 pmbgkang tu, padahal dah jelas kerajaan tu buat salah.. amat cetek lah fikiran kalau buat andaian macam tu.

the point is, kerajaan memang tak boleh nak kene tegur.. salah jadi betul, betul jadi salah. semua ikut sedap hati. kalau tak nak rakyat benci, amanah la bila bertugas..

al- ifudin berkata...

kenapa lah ek penyokong kerajaan ni redha je dengan ape yg kerajaan buat??


pelik2...

nikahziz berkata...

Beginilah Mantot. Kubur masing2 jaga.

Bini ko pakai tudung belum tentu masuk syurga sebab tudung tu adalah budaya orang Arab.

Lagipun di sana berpasir. Perlu bertudung lelaki perempuan.

Banyak lagi benda haram ko dan bini ko buat tgk gambar bogel kat internet ko tak kisah.

Yela sejenis Anwar Ibrahim, main sorok2 tak pe kat Nik Aziz hehehe

shah berkata...

Still, ada ikut buntut kafir harbi. Sedangkan dah jelas apa patut kita buat kat kafir harbi.

Eh, tau tak kafir harbi tu apa?

Tak tau?

Takpe. Teruskan menulis.

remaja semasa berkata...

Salam al-ifudin
Saya rasa byk penyokong kerajaan redha aje dgn apa yg kerajaan buat sebab majoritinya melayu yg sokong krn byk berhutang budi dgn kerajaan. Saudara juga dpt bantuan biasiswa dr badan kerajaan kan? Saya tidak kata kerajaan skrg bagus tp jika buat comparison dgn mana2 negara Islam lain pun kt sudah jauh kehadapan. Buatlah research dan carilah mana negara yg sempurna sudah pasti sudara x akan jmp. Atas dasar bersyukur inilah kebanyakan warga berusia sygkan krjn tp golongan muda mcm kt memberontak krn xmerasai kesengsaraan merdeka yg diperjuangkan krjn ketika itu. Tapi dgn kemudahan teknologi skrg sy rs kt(golongan muda) blh membantu ke arah penambahbaikan negara cuma gunakan saluran yg betul bkn sehingga mendatangkan kemudaratan kpd org lain dgn berdemonstrasi jalanan. Sekian.

EmoGiler berkata...

Sejak bila tudung ni jadi budaya arab, yg aku tau dalam al quran ada suruh. Still, ada ikut buntut munafik. Sedangkan dah jelas apa patut kita buat kat munafik.

Eh, tau tak munafik tu apa?

Tak tau?

Takpe. Teruskan menulis. Biasiswa kalau dapat pun bukan duit pemimpin tu yg bagi. Duit cukai org awam. Memang tak ada negara yg sempurna tapi ada yg lagi baik. Salah ka kalau kita nak negara yg lagi baik. Aku tak pi pun bersih tu. Bukan aku yg bagi sesak jalan kat kl. Bukan aku yg buat roadblock. Tapi still aku rasa negara kita ada banyak kekurangan walaupun pendapatan negara banyak.

Sang Merah berkata...

@nikahziz
oooo tudung budaya org arab gitu ye....jd mari la kite ikot rasul melayu psl watpe kite nk ikot rasul keturunan arab ye kih3

@shah
hehe bru knal istilah 2 ke bro? (kenal kt blog papagomo ke?:P)
istilah munafik paham x?

@remaja semasa
duit kerajaan/biasiswa 2 kuar dr poket gaji dorg ke?

Tanpa Nama berkata...

tok guru pernah cakap, dia sokong org bukan melayu yg masuk islam menjadi pemimpin negara. ini macam punya pemimpin islam wa sokong 100%.org umno kata hanya melayu sj yg boleh jadi pemimpin negara x kira lah dia ni perogol ke, pembunuh ke, perasuah ke dlll asalkan dia melayu. ini macam punya islam siapa mau masuk, sapa mau caya. sapa yg memalukan islam, sapa yg jatuhkan air muka nabi S.A.W? org kafir ke org melayu yg mengaku islam ttp melanggar segala hukum2 islam. u tell me!!

Hidup PASUMNO berkata...

Kenapa org Islam xnak bersatu di Malaysia ya? Sesama Islam berbalah yg untung nanti bukan Islam. Pas bergabung jela dgn Umno. Sekurang2nya bila diorg bersatu Islam dan Melayu lebih kukuh tapi Pas memilih utk bergabung dgn DAP. Boleh sesiapa jelaskan apa sebabnya dorg memilih DAP yg nyata memperjuangkan hak bukan Islam dari bergabung dgn Umno yg jelas parti Melayu dan Islam. Aku pusing nie.

majukita berkata...

Sape yang memalukan Islam? Islam tidak dimalukan oleh sesiapa. hehehe.

Islam itu syumul. Anwar Ibrahim yang mengaku pemimpin Islam tapi langgan pelacur dalam video dan main bontot drebar bini dia pun tak malukan Islam.

Yang tak tahu malu adalah bini dia dan Nurul Izzah. tebal muka dengan perangai buruk bapa dia. Ada orang kata bapa ko main bontot depan muka ko?

Tapi yang jelas Islam bukan disinar oleh janggut nikahziz atau jubah kotor ala arab Hadi.

Orang arab pun malu mengaku hadi sebagai pejuang ugama mereka. Ada raja Saudi nak jumpa Nik Aziz atau Hadi? Buat malu kaum saja...

Yang jelas apa2 yang baik tentang Islam datang dari Melayu UMNO hahaha. Bank Melayu/Islam. Melayu UMNO yang buat. Tilawah alquran UMNO yang buat.

Melayu UMNO taklah pandai sangat. Sesiapa yang bergantung kepada mitos arab beribu tahun dulu tak kan boleh dikira pandai. Tapi baik sikit lah dari islam yang ditonjol oleh pengamal islam ori hehehe.

Orang Arab pun nak amal Islam UMNO, panggil Rosmah yang tak bertudung bagi ceramah.

Perempuan arab envy tenguk kebebasan perempuan malaysia memandu.

so apa ko cakap. Buat la islam mcm mana ko nak asal tak menyusahkan orang lain.

Tapi perempuan umno pun dah hodoh bertudung macam perempuan PAS. Ketua Puteri dulu cantik2 tapi sekarang mcm Nenek UMNO dari Sabah. Hapuskan saja puteri umno dah pandai rasuah pula..

neverPASjoinUMNO berkata...

kenapa PAS xmao gabung dgn UMNO sbb dah ada sejarah dah dulu zaman Tun Razak. PAS join UMNO n last2 PAS yg kena tendang balik. org yg bijak xkan jatuh lubang yg sama dua kali. prinsip dan corak yg UMNO bwk skrg ni x berubah dari dulu even worse. so, PAS xmao tekena lagi.
kenapa PAS gabung dgn DAP? analogi nye mudah. kita nak bekawan dgn Melayu Islam yg penipu/perasuah or non-muslim yg jujur/amanah? sampai bila org bukan Islam nak paham Islam kalo kita asyik jumud kan pemikiran kita. n kalo PAS geng dgn DAP ni jadi isu kan. mcm mane plak UMNO gabung dgn MCA n MIC? it is the same concept here. both alliances, BN n PR combine with others party because this is Malaysia. we are not living in 100% Malay Muslim citizen.if we just care about our race which is Melayu, we are not going anywhere.

Hidup PASUMNO berkata...

Cuba baca link nie sampai hbs.

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/10/hikayat-tiga-masons-melayumahathiranwar.html

Tanpa Nama berkata...

apelah slhnye kalo rakyat nk beralih arah dan ingin mencuba kelainan dgn memilih parti pembangkang untuk pegang tampuk pimpinan negara?sebab takot pembangkang akan rosakkan malaysia ni?oh come on,sekarang pon malaysia dah rosak.org muda dah byk yg hilang adab dan adatnya dek kerana byk sgt terpengaruh dgn budaya2 luar yang kerajaan sendiri bwk masuk.kerajaan control media kan?so,jgn la bgi hiburan2 terlampau keluar media.baik melayu,cina dan india,kalau tak terpengaruh dgn bende2 mcm ni,mesti lgi aman negara ni.wallahualam

melayujagamelayu berkata...

spankuning said...

penah ada member berdegar cakap pasal hak keistimewaan melayu dlm perlembagaan.

aku terasa mcm tak puas hati la tiba2. sbb bagi aku ia macam unfair to chinese n indians.

then member aku bagi analogi:

katakanlah kau ada rumah besar (malaysia). then ada member kau nak dtg tumpang (chinese n indians). kau nak bagi dia bilik tetamu ke or bilik paling besar dlm rumah tu, which is bilik kau?

tensinya aku sebab aku rasa analogi dia mcm sgt berat sebelah. so aku just cakap, "memanglah akan bagi bilik tetamu, tapi aku akan make sure the room is big n comfy enough utk kawan aku." habis cerita.

aku tak suka bangga2 dgn kemelayuan aku. semua org sama di sisi Tuhan. in the end, it's your religion that can save you."

Spankuning memang otak kuning. Orang Melayu bodoh macam ni mesti sokong PAS. Spankuning mesti ahli PAS sebab otak bengap macam ni mesti pilih PAS.

Itulah beza Melayu PAS dan Melayu UMNO seperti Tunku. Tunku mahu kemerdekaan, mahu mengambil Tanah Melayu semula.

Spankuning nak jadi terus jajahan British. PAS tak mahu merdeka, orang Melayu buat jarum pun tak tahu kata pemimpin PAS. Ini sejarah.

Jadi kita Melayu yang celik dan patriotik terpaksa berdepan dengan British dan juga Melayu bengap mcm Mantot dan Spankuning dari dulu lagi.

Tanah Melayu ni bukan Spankuning punya tapi adalah Persekutuan Tanah Melayu yang mempunyai Sultan Melayu dan civil service , polis, askar Melayu sendiri di negeri masing-masing.

Jadi adalah menjadi tanggungjawab bagi orang Melayu untuk mempertahankan Persekutuan Tanah Melayu menjaga budaya dan bahasanya.

Jadi tidak timbul soal ambil anak angkat lah , tetamu datanglah. Bodoh betul Melayu ni. Mantot dan Spangkuning dan Emogiler.

British datang sebagai penjajah Kristian dengan senapang membunuh Maharajalela dan Mat Kilau yang melawan. Pada British orang Kristian adalah raja dunia dan semua tanah di dunia mesti di bawah takluk Queen Kristian mereka.Mereka datang bukan main2.

Jadi sesiapa yang bersyukur kepada Kristian British bersyukur kepada Kristian. Ini lah Melayu bodoh yang dicakapkan.

Kerana masyarakat dan Sultan Melayu lemah, mcm mantot, maka orang kuli Cina dan pariah India di bawa untuk mengaut timah dan getah.

Jadi soal mereka tetamu tak timbul. Skg ni Kerajaan Melayu Hishamudin buat sama bawa masuk Meyanmar,Vietnam untuk kayakan industri dan ladang Cina pula. Pun Melayu bengap. Besok Mynamar nak jadi rakyat malaysia sebab mereka yg bangunkan Malaysia!

Dapat PM anak India, dia jadikan orang India Ananda Krishnan orang terkaya di Malaysia. 40 billion tahu. Kita nak makan pun susah.

Tiap2 bulan astro kutip 200 juta. Setahun 3 billion. Seorang lagi India, Mahathir bagi 2 kapal terbang setengah billion dgn harga 1 ringgit! Tambah 20 juta setahun, Mahathir kata India ni is a special fellow. Yela orang kampung dia..

Itulah.. otak kena tajam..melayu mesti jaga melayu sebab india jaga india juga dan cina jaga cina..tapi itu lain cerita pula..

Itulah

EmoGiler berkata...

Aku agak confuse apa yg hang nak cakap melayujagamelayu. Ko nak kutuk pas tapi yg ko cerita semua yang umno buat palat. Tu pun hang nak sokong lagi, teruskanlah. Atau ko sarcastic. Pening2.

melayujagamelayu berkata...

Memang aku kutuk Melayu PAS.

Melayu UMNO ada baik sikit sebab tu dapat merdeka.

Tapi dok ni kalau kita Melayu UMNO tak jaga, pemimpin UMNO boleh jatuhkan Melayu.

Semuanya sebab natural perangai Melayu yang baik sangka. Tapi di sana ada India mengaku Melayu, tak suka bahasa Melayu tak sesuai untuk zaman moden sains dan mathematiks.

UMNO telah di pergunakan sebab orang Melayu selama ini sangka mereka yang ada sekarang sama macam yang masa merdeka dulu.

Tapi kita boleh baiki dgn mendedahkan melalui blog-blog sekarang cubaan menjatuhkan ekonomi melayu melalui Dayak Kristian Idris Jala yang nak jual kepenting GLC kepada Cina capitalist.

Teknologi membolehkan mass melayu berbincang bagaimana PNB diperalatkan oleh investment bankers untuk buat merger melalui SIME Darby kepunyaan Melayu. Terbaru Maybank investment bagi pinjaman kepada syarikat RM2 dua billion untuk beli syarikat anak Mahathir, Mohkzani dan Sharil Shamsuddin.

Kekayaan Petronas sepatutnya diagihkan samarata kepada orang Melayu. Bukan dibagi kontrak kepada syarikat persendirian.

Perbankan yang di kawal oleh PNB Melayu digunakan untuk bagi dividen lebih tinggi sama rata bukan bagi tunai kepada kapitalis melayu baru.

Investment banker ni dah buat dulu nilaikan syarikat tak munasabah untuk dapatkan pinjaman bank yang juga kenalan mereka. Mereka ini Melayu tapi menggunakan institusi melayu untuk kekayaan mereka.

Jadi sharing is caring hehehe.. Mahthir ada berkata, kalau kita nak kongsi sama rata nanti kita hanya kongsi kemiskinan. Sebab itu biarlah anak dia sorang jadi Melayu terkaya di Malaysia..

akal keling la katakan...hehehe

Zaidi berkata...

Aku percaye dgn hasil bukan kata-kata. Jadi pru akan datang ni aku undi pembangkang.

Dan aku ada soalan untuk melayujagamelayu said tp sesiapa nak jawapkan pun xpe.

1)Bagaimana nak agihkan kekayaan Petronas kepada rakyat?

2)Adakah pembukaan syarikat persendirian yg ade kaitan dgn Pertonas tidak memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia?

L berkata...

Iman itu tidak diwarisi atau boleh diwariskan. Lihatlah kisah isteri dan anak-anak Nabi Nuh a.s.

Kebijaksanaan atau kelayakan untuk seseorang memimpin bukanlah terletak kepada pemakaian tudung isterinya.

Tapi kalau dah bongok tu bongok jugak la, tak kisah jadi pemimpin ke tak kalau takat nak live in denial, menipu orang and habiskan duit rakyat, still sampah masyarakat jugak.

Tanpa Nama berkata...

hai..appoved comment yg support u punya statement jer.. hati2 tulis blog, mungkin kenyataan kita akan menyumbang keretakan perpaduan umat Islam kita di msia ni.. (~~)