Julai 29, 2011

Awkward Agama : Finale - Hidup Ikut Perintah Tuhan Menjadikan Hidup Ini Boring Nak Mampus

Kan?Sebagai seorang Melayu (aku tak suruh fikir sebagai seorang Islam),apa saja larangan Tuhan menjadikan hidup kita....rasa tak berapa happening,betul? Tuhan kata .....

1. Jangan pegi disko
2. Jangan minum arak
3. Jangan berzina
4. Jangan pegi "happy ending."
5. Jangan layan hiburan yang melalaikan
6. Jangan tengok benda tak senonoh
7. Jangan buat benda jahat
8. Jangan makan rasuah
9. Jangan salah gunakan kuasa

dan bermacam-macam lagilah "larangan" yang orang Melayu yang "majoritinya" itu Islam tidak boleh buat.Selalunya alasan yang dipakai siap letak hadis dan ayat Quran untuk membenarkan benda-benda ni terjadi adalah,"Biarlah diorang buat semua tu..asal agama diorang still Islam lagi.." kata sesetengah Ustaz.

Mudah kan jadi orang Islam ni?Minum arak pun takpelah...asal dia masih lagi Islam.Asal dia tak murtad.Nak berzina pun berzinalah berapa ratus kali pun....nanti2 boleh taubat.Mohon keampunan dengan Allah....

Kenapa orang Melayu macam tu?Kenapa kita selalu menghalalkan kesalahan yang kita lakukan semata-mata sebab kita tau Allah akan bagi kita chance untuk tebus?

Kau borak lah dengan pegawai polis yang dah pencen..kau boraklah dengan pegawai kerajaan yang dah bersara....selalunya ayat diorang akan sama...Lepas dah pencen ni...lepas dah bersara barulah boleh kembali ke jalan yang benar...membetulkan balik apa-apa kesalahan yang diorang pernah buat.
Sewaktu ada dalam sistem tu...ramai yang admit diorang "terpaksa" makan rasuah..diorang "kena" ikut cara yang dilakukan...

Apa guna bersuara pasal tak puas hatinya kau dengan dasar Kementerian yang suruh kau pejam mata dengan kesalahan2 yang jadi depan mata lepas kau bersara?

Ramai orang Melayu yang hanya akan dekat dengan Tuhan apabila dia sudah tidak punya apa-apa kepentingan lagi.Waktu tu barulah nak belajar agama sket-sket,nak mintak tebus balik silap2 yang dah terjadi...Nasib baik Tuhan still bagi kau masa.Macam mana nak berlaku perubahan dalam sistem Malaysia ni kalau pegawai polis hanya berani bersuara selepas dah hilang kuasa?Pegi tanya mana-mana pegawai polis,"kerja polis ni banyak dosa ke kena buat?" Ramai akan kata "ya" tapi dosa2 tu dibenarkan dibuat..untuk "tanggungjawab" atau orang atasan punya arahan.

Inilah benda yang paling teruk dalam pentadbiran Malaysia ni.Dosa halal.Dosa yang wajib dilakukan semata-mata kerana nak memelihara sistem dan nafkah keluarga.Tuhan bagi panduan hidup ni senang aje.Jangan buat dosa.Tapi orang Melayu selalu mengover-complicatekan diri dengan menyertai perbuatan "dosa halal" ni semata-mata takut dengan nasib diri dan anak bini.

Orang Melayu ni kurangnya integriti dalam diri diorang kerana sudah membesar dalam sistem yang ajar "kena buat dosa sket2 untuk jaga kepentingan diri.."Dan dari situ lah kita boleh nampak satu budaya yang paling terkenal dalam masyarakat kita..."Bila dah tua-tua baru nak ke masjid.."Aku,kau dan mana-mana generasi 70 an dan 80 an membesar dengan mengetahui "waktu muda adalah waktu mencari wang" dan "waktu tua adalah waktu untuk beramal ibadat.."

Apa saja yang perlu dilakukan..akan dilakukan tak kiralah salah atau betul.

Dan kau boleh nampak sekarang ni (mungkin dari dulu lagi) cara Kerajaan sekarang memerintah penuh dengan dosa.Politik kita penuh dengan orang yang naik dengan membuat dosa.Kalau diorang tak buat dosa direct dengan Tuhan sekalipun..diorang mesti pernah buat dosa dengan orang lain.

Even cara hidup pemimpin kita pun kau boleh nampak kat mana letaknya agama dalam diri diorang.That is the pulling power of power.Dosa mesti dilakukan kalau nak berkuasa.Orang yang bersih takkan kekal lama dalam sistem Malaysia.Mereka yang pertahankan kebaikan akan ditekan...lebih-lebih lagi kalau individu itu jaga agamanya.Lagilah cepat dijatuhkan.

Macam mana kita nak bahagia?

Sistem sekarang ni melahirkan masyarakat yang suka buat dosa tapi "cuba-cuba jaga agamanya." Sebab tu kau akan jumpa ADUN yang pakai songkok dan pandai cakap pasal buat baik tapi senyap-senyap makan duit bawah meja.Kau juga nampak menteri yang suruh orang ramai bersatu tapi dia sendiri setiap masa fikir macam mana nak cantas orang atas dia.Apa cara sekalipun..halal.

Dan kita?

Bukak TV,bila-bila masa kau nak tengok perempuan seksi,kau dapat tengok.Kau nak berhibur?Konsert berlambak-lambak.Kau nak enjoy? Pegi aje mana-mana disko. Kau nak perempuan? Ada duit aje kau boleh pegi.

Memang kita tak terpelihara dari dosa...sebab ada individu tertentu aje yang terpelihara dan maksum ni.Kita....akan buat dosa.Tapi,adakah sebab kita tak terpelihara dari dosa,membolehkan kita buat dosa? Macam mana kita,boleh menghalalkan buat salah...semata-mata untuk pastikan hidup kita terus bahagia di dunia?Sama lah jugak golongan mangkuk yang pegi disko... dia kata "Rilek la bro..aku minum coke aje sana.." Menghalalkan yang haram..kerana apa yang dia buat tak seburuk mana pun, .....pada dia la....

Bila hidup kat dunia ni...kalau ikut 100% perintah Tuhan...hidup jadi bosan..kan?
Sepanjang masa duk teringat Tuhan aje....macam mana nak enjoy life?

51 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

warghhhh..skali lagi aku first!!!


dunia patut enjoy!!!!


lol

i z z a t i berkata...

suke kau jadi 1st ye!!!!
ha nah aku 2nd!!!
for the 1st tyme aku komen

Tanpa Nama berkata...

3rd la dowh...

mawar berkata...

Betul sangat...

Orang kita ni selalu ingat yang malaikat maut akan dtg pd kita bila kita dah tua je... walaupun ada yang tau, malaikat maut sentiasa bersedia menerima arahan Allah untuk laksanakan tugasnya mencabut nyawa makhluk... masih kita tak ambil berat tu semua...

Takutnya kalau nyawa kita diambil dikala kita bergelumang dosa... nauzubillah...

cipan berkata...

kita slalu lupa dunia ni smntara n anytime kita bleh mati..x pyh tnggu tua nk mati...kalau x sempat brtaubat ko jwbla kt sna nnti..

mr edz berkata...

sebab apa? sebab takder kemanisan iman.. lagi satu jangan pangkah BN

Cik Nad berkata...

selalu bebudak akan cakap.. live is short n simple, enjoy as much as u want.. harharhar..

penah dulu ade seseorg ckp.. nanti balik umah singgah masjid. cube jenguk, sape yg ramai duk berzikir.. mungkin kebanyakkan polis pencen.. huhu..

Adlilatun Nur berkata...

Huhuhuhu...

al- ifudin berkata...

yeah! sangat setuju dgn ape yg bro tulis ni, kalau jadi polis baik, mesti xlama stay,, kene tukar cawangan,xdapat naik pangkat, mcmc2 la.. yg kroni2 je cepat naik,padahal kualiti kerja mcm sampah..kat mana2 pon mende ni berlaku.. ke tidak adilan..

bagi aku, lebih baik buat kerja lain,walaupun gaji xbagus, asal kan ade keberkatan.. gaji besar,buat dosa ,klau dosa dgn ALLAH boleh la mintak ampun, kalau dengan manusia,, pandai2 la setel kat akhirat kelak.. aku pun jenis kalau orang tu buat salah, mntk maaf xpe.. klau xmintak maaf pon xpe jugak,kita setel kat akhirat!!

Secret berkata...

paling mudah aku bagi.
bila kita ni zaman kecik2 kanak2 riang, mak pak kita ajak p masjid waktu mgrib kan.

SEKARANG, KAU ADA AJAK ANAK KAU PI MASJID WAKTU MAGRIB?

Master Yoda berkata...

Stuju ngan al-ifudin

Kene ingat lima mende sebelum dtg lima mende:

a) Sihat SEBELUM Sakit
b) Muda SEBELUM Tua
c) Kaya SEBELUM Miskin
d) Lapang SEBELUM SEMPIT
e) Hidup SEBELUM Mati

shafiq berkata...

kadang2 aku pun tak heran kenapa kalo ko perhatikan pgikut2 ajaran sesat mcm ayah pin apekebenda smua tu..

maaf cakap, tp kebanyakannnya "senior citizen"...

mungkin masa muda takde masa langsung nak belajar ugama betul2 & takde ruang untk fahamkan ugama islam yg dianut sejak kecik...

pastu bila tua (kalo sempat tua ah), datang "seru" keinginan nak belajar agama...pegi belajar agama dgn org2 yg manipulative & ajaran sesat...pathetic~

kesian kot tgk org2 tahap atok nenek blajar ugama dgn ajaran sesat..

Zenmax berkata...

First time komen sni.

Aku dulu time kecik tak fasih sangat agama ni.
Semua kena belajar sendiri sebab orang-orang sekeliling aku pun tak kuat agama sangat.
Siap ada yang marah aku sembahyang.

Aku kata aku sokong BERSIH pun habis kena marah.

Haish~

P/S: Aku bukan Melayu. =p

zentui berkata...

Blogger Zenmax said...
P/S: Aku bukan Melayu. =p"

Hehehe tak pe Zenmax.
Ko dan Mantot ada banyak persamaan.
Ko Kristian jumud, Mantot Islam jumud.

Hah korang berdua perang la.

Memang ramai Kristian yang menyokong Bersih. Sebab itu Mantot sokong Bersih dia sembah Kristian British.

Boleh dikatakan Bersih tu pergerakan Kristian, hari ni bace video Bersih ditayangkan di Gereja Kristian Cina dan India..hmmm

tumis pedas berkata...

Hehe memang betul tu. Sebab itu orang alim kucing tu frust...dengan Norman Hakim.. frust dengan Awie.. frust dengan Amy..

Enjoy je diaorang ni main gitar rock.. Money for nothing and chicks for free!!

Gilaa... sabar Mantot...payung emas menanti ko di akhirat nanti..

Biarlah mereka puas dengan pompuan cantik ko dpt yang sumbing pun tak pe..

sabar...akhirat ko punya gerenti gua!!

Khairi Mohd berkata...

heh. bagus kau mantot. betul gak. kalo semua org warak, sapa nak buat filem transformer yg ada Megan Fox. Kalau ada pun Megan Fox pakai purdah. Gila bosan.

Tanpa Nama berkata...

you're hell damned man. you are truly blind that the title of your blog has already put the damn curse upon yourself. What a pity! You curse your own soul and your being. Directly you are also cursing the Almighty the Creator - you're damned man!

Tanpa Nama berkata...

ANON DI ATAS JULY 29.2011 5:37 PM GMT+08:00


ekau kobau sbb tu ekau fikir pun mcm kobau hahahaha

semah berkata...

anon kt atas ne kurang cerdik la... pi masuk skolah balik

AREku berkata...

setuju sgt3 dgn entry ni ;)

skrg lebih ramai melayu islam yang bertuhankan ALLAH hanya di mulut tapi bertuhankan DUIT dlm hati..juz my 10cent opinion ;)

Warga Asean berkata...

Merujuk kpd tajuk topik - Apa maksudnya 'BORING'? Boleh define sket? BORING ialah bila tak boleh buat benda yg haram ke? Berblogging tak haram. Tapi apa kata kita SEMUA belek balik entri2 blog kita yg lepas2. Ada unsur haram tak? Ada unsur ngumpat / fitnah / riak / aib dll tak? Kalau blog korang bersih dari entri 'haram' sedemikian, adakah blog korang akan jadi BORING? Takde / kurang pembaca?

Aku bkn kata post kau salah kali ni. Tapi dah alang2 kita ngutuk org lain buat dosa, sebenarnya diri kita sendiri pun kena banyak muhasabah diri.

Tanpa Nama berkata...

Kesimpulannya:

Jangan Pangkah Dacing.

Takde tapi-tapi.
Jangan Tidak-tidak.

-MatCermin-

AkuTakSukePublisiti berkata...

Warga Asean;

kau ni bace isi entry ni ke x??...
ape ke"bosan"ny org cam kau...

baca tajuk..trus tembak..aiya....lu cakap manyak la kawan...

saleha berkata...

Ayah saya seorang polis...:(
Sedih saya baca artikel ini...
Kenapakah anda terlalu suka melabel??
Ayah saya bekerja keras utk melindungi nyawa2 dan menjaga keamanan setempat sehingga membahayakan nyawanya sendiri..dan jga rakan2..
Tunjukkanla rasa hormat...jgn terlalu mengutuk dan mengeji...

Tanpa Nama berkata...

tetiba teringat plak kat sorg membe dulu..
ayh dia polis gk,n ayh dia terbunuh masa nk kejar perompak.ayh dia kne tmbak n kene bakar..sgt sadis..
n membe tu sntiasa bwk newspaper cutting cite psl ayh dia tu..
ayh dia terbunuh utk mnjaga keamanan..
bkn sume polis jahat.ada yg btl2 ikhlas bkerja...
wallahualam..s gk,n ayh dia terbunuh masa nk kejar perompak.ayh dia kne tmbak n kene bakar..sgt sadis..
n membe tu sntiasa bwk newspaper cutting cite psl ayh dia tu..
ayh dia terbunuh utk mnjaga keamanan..
bkn sume polis jahat.ada yg btl2 ikhlas bkerja...
wallahualam..

hanafijaafar berkata...

orang berpolitik pasa mulanya berniat baik. tapi bila lama2, niat dia yang asalnya baik tu jadi lain macam sikit. dia akan rasa apa dia buat tu untuk kebaikan walaupun cara pelaksanaan jelas-jelas salah.

dan bila ada orang nak lawan kejahatan dia dengan cara paling halal sekalipun, dia sanggup guna cara kotor sebab bagi dia, dialah hero, dialah penyelamat negara dan bangsa.

mungkin dalam kepala dia dah tertanam ideologi "kill one man to save a country". tapi apa halalnya melakukan yang haram untuk tujuan yang baik. hilang kesucian dari niat asal.

kecewa dengan politik macam ni. aku nak on sarcasm skejap.

takpe pilihanaraya main kotor, nak selamatkan orang melayu jugak.
takpe bunuh orang tertentu, nak tutup malu, kalau tak, buruk nama negara.
takpe tindas menindas, aku buat ni nak bagi makan anak bini je.

okeh, sarcasm selesai.

kuncisudu berkata...

contoh yang Mantot bagi tak cukup umphh. aku bg contoh ni plak.

jangan makan makanan shubhat (piza hut,kfc, mcd, pepsi,coke DLL)
jangan pakai baju ketat
jangan pakai tudung singkat
jangan pakai seluar pendek
jangan pakai seluar 3/4
jangan pakai legging
jangan tgk wayang
jangan g konsert

barulah giler boring dunia ni

Master Yoda berkata...

Nice one kuncisudu...

Tanpa Nama berkata...

mantotototototot!
ko ckp org tu mkn rasuah, org ni mkn rasuah..ko ada bukti ke? ke main semberono je tembak polis tu, polis ni..kesian la dkt org yg mak bpknya polis.ko xpnh tau kehidupan bdk2 skolah yg mak bpknya polis. jgn amik kira kita yg dh besau, mmg kalau yg dh lps umo 20, ckp ape pun blh thn. ni AKU ckp yg umo belas2, umo xsampai 10 taun. pegi skoleh kena hanjing dgn membe, pagi skolah kene kutuk dgn membe. bro, kalau nk tulis omething pun, consider la sikit org lain. jgn kita rs kita je yg betul. cuba ko buat entry yg mengajak kepada KEBAIKAN, aku rs itu lebih bgs dr ko MENGUTUK. kita pun diajar BERDAKWAH, bukan MENGATA. betul tak MANTOT?kalau ko bc lah komen ni. sbb blogger ni reti tulis je, xreti bc. sbb yelah, ko je yg betul. org lain slh. xgitu MANTOT??

Tanpa Nama berkata...

DAN..
ko tau ke keje polis tu mcmane?put yourself in their shoes, and then talk about it.polis ni tiap2 hari kene hentam.bunuh penjenayah pun slh, tangkap penjenayah pun salah.lg lah yg tersalah tembak mcm kes aminulrasyid tu, lg teruk kena hentam. padahal mak bapak bdk tu yg slh, xreti nk jaga anak. lg mau ckp anak dia taatkan ibubapa.bro, jgn igt kita je yg betul, eh slp2, KO je yg betul...cuba cek balik dgn ustaz, g smyg biar khusyuk. ini x, tgh smyg pun terigt nk buat entry ape kejap lg.haha

Sang Merah berkata...

aku x nmpak pn mantot ada tembak directly spe2 pn....juz generalization....kmu nie bc tol2 ke x nie? polis kena hentam 2 mmg ujian dlm hidup die...tp x bermakna die blh wat dosa kn?.....ada mantot tulis y jd polis nie keje haram?..........btw........dlm hidup aku sudah kna pau dgn polis 3 kali dan dinasihati polis 3 kali.............
nisbah 3 polis korup : 1 polis ikhlas

Sang Merah berkata...

**dlm hidup aku sudah kna pau dgn polis 3 kali dan dinasihati polis 1 kali

Tanpa Nama berkata...

nie sarcastic la bro, tu pun takkan tak paham.

Mantot berkata...

bapak kau,mak kau,tak makan rasuah..dia tak makan la rasuah la...bagus la.ramaikan la polis camtu.yang nak terasa kenapa?

kalau aku kata "ada lelaki gay" takkan la aku maksudkan SEMUA LELAKI GAY.

nak sedih,sedih la.cuba la tanya mak bapak kau...ada tak dia nampak benda salah jadi depan mata dia masa dia tgh bertugas?

tanya aje la suka2 masa tgh dinner...
tanya dia,"ada tak polis jahat dekat balai dia?"

Zenmax berkata...

Kepada Zentui yang disayangi (ehem),

Aku bukan Melayu tak bermaksud aku bukan Islam.

Mengapa label Melayu terus automatik orang tu Islam?

Tak boleh ke Chinese tu seorang Muslim? Indian tu seorang Muslim?

Asal bukan Melayu boleh plak ko kata bukan Islam?

jiranmafiarussia berkata...

lama-lama aku rasa blog ni yg dulunya positive lama-lama cm tukar jd aura negative.

tak larat nak baca comments kat atas ni semua.

A pangkah B. B pangkah A.

yelaa.major yang gaduh tu pun sesama muslim kan?

salurkan pendapat dengan cara yang berhemah lah abang-kakak sekalian.

ye.aku confirm.aku mmg lagi muda daripada korang.
kadang-kadang aku rasa antara faktor anak-anak muda zaman sekarang banyak yang rosak akhlak sebab tak dapat teladan yang baik dari mereka yang lebih tua.

don't think that we're always right. belajar utk terima pendapat orang lain. dan pendapat tu bukan maksudnya terus serap sebagai ilmu dalam otak, tapis dulu apa yang patut mengikut logic akal dan yang penting, adakah berlandaskan syariah islam.

just personal thoughts :)

Warga Asean berkata...

@akutaksukapublisiti,
Aku baca keseluruhan entri la. Adakah kau pulak baca post aku? Dah la, jngn jawab. Aku malas nak layan pun pasni.

Tanpa Nama berkata...

mantot said...
kalau aku kata "ada lelaki gay" takkan la aku maksudkan SEMUA LELAKI GAY.
A'Ah, mmg semua lelaki gay, termasuk ko dan aku..haha

Kamen Rider Revolusi berkata...

@Warga Asean

Nyata ape ko baca hanya pada isi tersurat, tapi bukan isi tersirat. tak paham nex time tanye Mantot, okay? bukan keluarkan hujah dangkal.

Untuk yang marah2 sebab kutuk polis, next time fahami semua isi yang termaktub dalam blog nie. bukan sekadar amek yang terase pedas pastu trus tembak. cube hayati dan amek yang manisnye jugak.

harami berkata...

Kau kena faham ugama Islam tu datang dari mana Mantot. Bila ko kaji ko tahulah Islam tu datang dari Arab pada zaman kuno dulu. Masa tu Kristian dan Islam adalah falsafah hidup orang di Timur Tengah yang berlumba-lumba.
Budaya hidup orang ARab atau Yahudi perpuak mengikut tribe.
Siapa kuat dialah raja.Perempuan adalah kaum yang lemah sebab itu mereka hak kaum lelaki. Masa tu playstation takde. Gitar takde, piano tak de, radio takde telefon takde, ipad tak de. Jadi perempuan lah sumber hiburan dan keseronokan.
Berbeza sekarang, ramai perempuan Melayu mengeluh tiada lelaki yang minat mereka. Kalau adapun sikit, lebih ramai lelaki membuang masa main video games, memancing atau sukan. Yang bijak masih main perempuan tapi golongannya semakin kecil. Lelaki sekarang menghabiskan waktu tulis blog panjang2 dan seorang tu terus main dgn lelaki muda yang hensem sebab pompuan dah menutup kecantikan.
Kesusahan hidup pada zaman batu dulu memaksa manusia melupakan sakit dan suasah dengan menjaga mind melalui meditasi dan zikir. Dengan cara ini mereka lupa kesusahan hidup.kita boleh alpa mengenai sakit dan susah. Berbanding sekarang, dengan meihat Astro atau yang nasib baik Streamyx, tak payah susah2 cari perempuan kerana banyak keindahan prempuan boleh didapati ruang siber.

Jika dizmana batu dulu orang Arab bertukar 4 perempuan pada suatu masa kini beratus2 wanita boleh di lihat pada suatu masa.

Kalau ko tahu apa lagi haram dalam Islam terduduk ko tak keluar rumah.

Haram perempuan berkenalan dengan lelaki bukan mahram dekat blog macam ko buat ni. Ya haram. Orang lain berzina ko pun menghampiri zina. Ko dosa lebih besar kerana mengalakan perempuan berzina melalui blog ko. Ko bayangkan siksa ko di akhirat nanti, di bakar, di sula di mamah hissshh habis la ko Mantot!!

Haram hisap rokok.
Haram ketua kafir macam
Lim Guan Eng
Haram ketua sodomi mcm anwar
Haram tgk gambar manusia
Haram tgk tv
Haram dengar muzik
Haram orang perempuan baca quran di khalayak
Haram mengutuk
Haram menfitnah
Haram menipu
Haram menyembah berhala mcm Ambiga
Haram pakai perempuan pakai seluar
Haram perempuan tgk Safee Salee
Haram main bola
Haram angkat berat
Haram karaoke
Haram GRO
Haram Harry Potter
Haram Twilight
Haram merongmahawangsa
Haram tgk gambar perempuan bogel
Haram tengk orang konkek kat internet
Haram intai memey
Haram intai anak dara orang
Haram riba beli motor

Haram MTV kat Shah Alam
HAram beyonce
Haram David Archuleta
Haram shakira

So ko pandai ko pilih lah...Orang bodoh je cam PAS ikut cakap orang Arab zaman batu..muahaha...

Ursula berkata...

Nak nasihat guna ayat berhikmah, jangan asyik guna ayat memperli la Mantot... kadang2 ayat2 ko boleh memakan diri ko balik, contohnya:

(Bila hidup kat dunia ni...kalau ikut 100% perintah Tuhan...hidup jadi bosan..kan?
Sepanjang masa duk teringat Tuhan aje....macam mana nak enjoy life?)

Agama kita nak mengajar orang selalu menggunakan kebijaksanaan, bukan asyik guna ayat macam ko, sebab tu ramai orang suka baca blog ko, ayat ko ni simple dan kena pada dorang tapi ko tak berhati-hati apabila menulis sesetengah ayat, agama kita memaafkan apa yang jahat didalam hati tetapi dikira dosa apabila diucapkan atau dibuat melalui perbuatan,... dalam kes ni, ko punya ayat hanya akan memakan diri ko balik Mantot! Niat bagus tapi cara tak betul, sama macam sesetengah penceramah PAS yang niat betul nak ajak orang kepada agama, tapi cara salah (memaki hamun, ugutan, mencarut)...

Selagi ko tak berubah cara ko, selagi tulah aku yakin yang ko tak akan berubah walaupun ko hidup 1000 tahun! (aku baca blog ko dari awal kewujudannya)

Sang Merah berkata...

Islam dtg dari Allah hehehehe

Tanpa Nama berkata...

sang merah...
ko ni nmpak mcm baik sgt la kan, sll bc blog mantot, sll defend opposition. n ko ckp kene pau dgn polis 3 kali, tp dlm bisnes, tiada penwaran jka tiada permintaan.dalam kes ko ni, aku xtau lah penawaran dr siapa, dan ko ckp kene pau..sah2 lah ko rasuah polis tu jgk kn??maafkan aku kalau aku slh.haha.so skrg ni, ramai umat malaysia ni sll sgt slhkan polis, tapi siapa yg slh sbnrnya??dh engko naik laju, xpakai seat belt, kene saman pandai2 la tanggung. ini x, dh kene thn, pandai mintak rasuah, pastu pandai slhkan polis. BODOH!. ok ni kes aku la, betul2 jd kat aku, ada 2 kes, satu kes aku tanya brp saman aku kena, then directly ckp, ok saman la.kes ke 2, gaduh dgn polis, then kene saman jgk. so go n get some balls, berani buat berani tanggung. ini tidak, buat berani, tp kene thn, kecut....laroi pastu kene tembak.sia2.sigh, meleis!

sang kuning.. berkata...

mantot..ko jgn bajet baik sgtla....

Sang Merah berkata...

lau "nmpak mcm baik sgt" 2 bkn dari pandangan mate aku kn?
menda pertama y ditanya...mcmana nk setel nie??? rightttt....back then i was in a position i cudnt have a record...so picking up d devil's offer was to save a certain future of mine....yet still it was wrong.... :D
if u n ur pros got sumthing dat worthy to be defend then i defend u guys....do u have any?
yup slalu gak blog nie aku bc....blog2 lain pn aku bc...even papagomo pn... :D

Sang Merah berkata...

ok cmnie la...aku x slh kn polis dh...aku slh kn individu korup y berkerja sbg penguatkuasa undang2...lau die keje lain pn...korup is korup even die keje jd menteri hehehehe..... fair? :D

NFSMF berkata...

1st2 aku jumpe, mcm blog ko mcm boleh mnyumbang & menambah knowledge aku...
dulu excited nk tunggu entri2 ko y agak mnjana minda..
tp bile da lama2..aku mcm rase ade aura negatif.

ade y aku agree & ada buat aku meluat.
besenyer ayat2 mcm ko & pengikut2 ko y laen adalah ayat org kalangan bijak pandai, high educated yg ade PHD, Dr. ,Ir. or watever sbb dah terlalu bijak smpai pemikiran dorang yang menjangkau jauh dr org laen.

p/s - take the time to talk about it in a kind and tactful manner. You can give constructive criticism without ripping a person apart.

Berhikmah sikit ok.
thanx.

si tenang berkata...

kehidupan di akhirat itu adalah yg lebih baik..

dunia adalah penjara bagi orang2 yg beriman dan syurga bagi orang2 yg kufur..

wallahualam.

p/s: rata2 umat Islam di seluruh dunia sebenarnya (especially malaysia) masih kekal dalam kejahilan kerana sombong dan takut hilang kenikmatan dunia. membeli kesesatan dengan petunjuk.

Fedupla berkata...

si tenang said..."(especially malaysia) masih kekal dalam kejahilan"

Ko ni dah lapuk la si Tenang.

Betul la kata si Mantot ni. Boring Islam ni kalau ikut macam orang Arab tu.

Sebab itu ko tanya diri ko. Kalau ko bukan dilahirkan Melayu, ada ko nak jadi Islam? Semua haram.

Playstation haram, perempuan tak boleh drive haram, makan kena jail, minum calsberg kena rotan mcm budak sekolah.

Jadi elok kita fikirkan cakap bernas Mantot ni. Ugama perlu mengikut edaran zaman dan sains.

Banyak keadaannya yang berbeza masa orang arab mabuk dgn minum tiger bir di karaoke.

Ko tahu tak Malaysia ni peminum arak no 1 di asia! Calrsberg dibuat di Malaysia, tapi tak pula lelaki Melayu kena buang sebab pegang tin bir.

Melayu alim macam ko ni yang orang buat fedup dengan Islam.

Fedup la..semua haram. boring boring mcm kat Mantot!!

Dila berkata...

"Bila hidup kat dunia ni...kalau ikut 100% perintah Tuhan...hidup jadi bosan..kan?
Sepanjang masa duk teringat Tuhan aje....macam mana nak enjoy life? ".
i thought this line was supposed to be sarcasm??? knp ramai sgt komen marah2 pasal ayat ni???? or is it me yg salah paham?? aiyarh..

ADam Dryx berkata...

Bukannya ada ayat yg bunyinya lebih kurang camnie,..

"Enjoylah kat dunia nie macam kau hidup untuk seribu tahun dan beramallah kau seolah-olah kau akan mati esok". Or something like that...

But, the best part, the 'phrase' is in one sentence :)