April 20, 2011

"Teacher,I Pee In My Seluar dan Syafik Has Shit On The Lantai"

Dulu,waktu aku sekolah menengah,tiap2 pagi akan ada perhimpunan sekolah.Selalunya perhimpunan adalah satu benda yang tak best tapi kadang-kadang adalah benda2 yang best kalau senior ke member ke kena panggil ke depan sebab kena kantoi keluar malam ke,pukul budak ke,ponteng perhimpunan ke,kes liwat ke...rasa malu tu takde la kuat sangat aku assume sebab kitorang semua budak lelaki dan kalau paling malu pun,malu dengan cikgu aje la kot.

Tiap2 hari Pengetua sekolah aku akan berucap,bagi amanah,ingatkan kitorang ni "bertuah," "anak emas Kerajaan" dan lain-lain lagi yang dia mampu fikirkan.Selalunya dia akan bercakap dengan agak selamba dan spontan dengan slang Kedahnya yang agak kuat.Bila ada aje slanga Kedah dia yang pekat itu terkeluar sewaktu ucapan dia,Insya Allah masuk aje kelas aku kena kutuk sebab aku orang Kedah...tak tau la...mungkin pada orang luar bahasa orang Kedah tu kelakar.

Aku ingat lagi satu hari,Pengetua aku warn budak2 yang keluar malam panjat pagar,"Hangpa ni semua pasaipa nak keluak malam?Makan semua tak cukup ka?Hangpa semua tak takut ka hangpa panjat pagag tu hangpa jatuh tergomoih habis luka-luka...sapa nak kena jumpak mak bapak hangpa?Saya la jugakl!" macam tu la peringatan dia.Satu hari member2 aku ajuk ayat "jatuh tergomoih" tu depan aku.Layan aje la.

Pengetua sekolah aku asal dia mampu aje hadiri perhimpunan,dia akan bercakap.Nampak dia gembira bercakap dan mengingatkan kitorang.Aku hargai benda tu.Tapi ada satu hari dalam seminggu tu yang dia takkan berucap...hari Rabu.....English Day.

English Day memerlukan apa2 saja ucapan ke,pengumuman ke dilakukan dalam English.Jadi selalunya hari Rabu adalah hari di mana perhimpunan agak cepat habis.Tak berapa ramai yang berani berucap kecuali cikgu2 Cina yang buat pengumuman mengenai Kelab Taekwondo.Student pun sebenarnya diwajibkan cakap English tapi sebab takde pemantauan,takde sapa pun nak buat.Aku rasa first week start English Day aje aku cuba cakap English,itupun 5 minit yang pertama.

Pengetua aku jugak macam tu.Tapi aku ingat lagi,first week ada English Day tu,tiap2 Rabu dia akan mengelak  bagi ucapan.Bila guru bertuga hari tu tanya dia nak berucap ke tidak,dia akan sengih dan geleng kepala.Mula-mula aku tak faham kenapa,sehinggalah satu hari bila dia memang kena bercakap sebab ada hal yang perlu dibagitau dekat semua.Pengetua aku pun berdiri la atas rostrum dan mula lah ucapan dia."Good morning everyone...apa nama dia ni....I would laik to remind you ...aaa.....apa dia ni..." dan berterusan ucapan dia dalam seminit dia diselangi dengan "apa nama dia ni.." sambil membaca kertas bertulis ucapan dia kot.Lepas tu dia give up.Dia tanya kitorang ramai2 dan cikgu2 lain,"Can I speak in BM please?" Cikgu2 lain angguk aje la sebab dia Boss.

Semenjak hari tu,aku mengerti kenapa Pengetua aku tak nak berucap setiap Rabu dan kenapa lepas2 tu dia tak langsung bercakap dalam English.

Beberapa tahun lepas aku keluar sekolah,kerajaan melaksanakan PPSMI.Macam aku selalu tulis dulu,aku suka diorang nak terapkan "English dalam bentuk pertuturan" dalam kelas,tapi aku percaya masyarakat kita belum ready untuk belajar Math dengan Science dalam English.Bila kita implement benda yang sangat drastik macam tu,kita sebenarnya sedang bereksperimen dengan beberapa generasi budak2.Jika anak anda adalah seorang pelajar yang baik tapi dia bukan seorang English speaker dan listener yang baik,itu sedikit sebanyak akan membuatkan anak anda jadi pelajar yang tidak baik.A good student can become a bad student just because of language barrier.

Dan baru2 ni aku dengar radio kata pembelajaran Math dan Sains dalam English dicadangkan untuk dijadikan optional,bergantung kepada pilihan pelajar dan ibu bapa.Sama ada nak dalam BM atau dalam BI selepas darjah 4.Tapi itu semua cadangan daripada sebuah badan gabungan ibu bapa yang bergelar Parents Action Group for Education atau PAGE bukan orang yang terlibat secara hands on,yakni guru-guru itu sendiri.Apa pandangan guru-guru pasal benda ni?Pada aku,satu benda yang gila untuk diimplementkan.

Adakah masyarakat kita ready?Kita takkan ready selagi kita tak start tapi kita tak boleh jugak start secara membabi buta melakukan perubahan drastik yang boleh membuatkan budak yang kurang pandai menjadi bertambah bodoh dan seterusnya menutup peluang dia untuk memajukan hidup dia.Kita boleh try dengan subjek Kemahiran Hidup atau Pendidikan Jasmani dulu.Jadikan English satu bentuk perbualan tidak formal untuk subjek2 itu sebab apa yang dipelajari dalam subjek itu adalah benda2 yang mudah dipelajari dan bahasa yang digunakan agak kurang formal.Latihan kepada guru-guru juga tidak memerlukan kos yang tinggi kerana satu sekolah tidaklah memerlukan ramai cikgu KH dan PJ ni.Yang paling penting,eksperimen yang dijalankan itu tidak akan mengganggu proses pembelajaran budak2 dalam subjek core.Bagi masa 5 ahun.Tengok keberkesanan dia.

Berapa orang bila nak sebut tukul dia sebut "hammer"?

Berbalik kepada cerita asal aku,pada mulanya aku menceritakan mengenai pengetua aku.Pengetua aku mengepalai sebuah sekolah yang boleh dikategorikan elite di Malaysia jadi aku boleh assume Pengetua aku adalah seorang yang punya kredibiliti yang agak baik dalam Kementerian Pendidikan.Tapi sayangnya tiap2 hari Rabu,dia akan mengelak dari berucap kerana Rabu adalah English Day,maybe dia sedar,English dia berterabur.

Adakah masyarakat kita ready?Mungkin orang yang educated yang duduk bandar,pinggir bandar kata masyarakat kita ready sebab dia akan judge benda ni ikut masyarakat sekeliling dia,tapi bagaimana pulak dengan budak2 yang perlu bantuan buat kerja sekolah kat rumah tapi mak bapaknya tak reti langsung berbahasa English?

Dan aku sure Pengetua aku menarik nafas lega sebab dia bersara sebelum PPSMI ni dilaksanakan dulu.

52 ulasan:

malim_t berkata...

kesilapan kita kerana terlalu ingin peredaran semasa (bagi aku la) kerana negara yg lebih maju drp kita pun cth jepun, korea, china atau eropah timur pun tak ambil pot psl bahasa engrish.

xordy berkata...

kalau tak buat, sampai bila2 tak ready. Ramai orang termasuk aku tak sokong PPSMI, tapi bila PPSMI dimansuhkan, aku antara orang yang kuat bantah. Bagi aku, cara PPSMI yang drastik buat aku tak sokong. kena slow2, one by one. Bila gov nak mansuhkan PPSMI, aku rasa sayang, banda tu elok kalau nak buat, cuma kena pada caranya. Orang Malaysia ni, aku rasa, nak bangkang sekejap je. kasik la 3-4 tahun, comfirm semua orang senyap. Macam minyak la. Orang bising 3-4 hari je, in the end bayar je harga naik tu.

Aini berkata...

ntah lah ntah la.. aku pun pening kejap2 nak tukar, kejap kejap nak tukar... Menggangu pelajaran budak2 la.

zam berkata...

idea yg paling bernas.
kesian kat mak sedara aku. dia dahla x pandai english. sekali bila anaknya mintak ajar. mak sedara aku pun xtau nak jawap. kesian wey..

cc @najibrazak kat twitter.

ejaMaria berkata...

belajar bahasa ni klu nak buat kena dari usia awal - umur 2-3 tahun... ni mak bapak kena buat keje lebih sket la... anak masa ni mungkin tak bercakap tapi dia mendengar dan ingat... bila dah skolah lebih kpd praktikkan dgn pemahaman...
tp bila kat skolah jadi eksperimen... jd la budak2 mcm skrg... kecik2 dah kena pegi tuisyen... klu tak, tak bole nak kejar subjek... bila tertinggal habis la... :(

morovlizki berkata...

Adalah idea yg baghal bile pndidikan d cacamarba kan.ptt nye dh sjak dlu,gne bahasa inggeris zmn mak bpk n atok kte,xnk truskn.duk tkr2,jd cacamarba.jawi pun dh diowg hpuskn,bhsa mlayu pun diowg nk wat cmtu.bangang tol.sume nk menguntungkn cukung2.damn.

morovlizki berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Sorachama berkata...

betul la apa yang korang kata. lagipun bagi aku, orang malaysia ni boleh je kalau cakap english ni semua. bila dengar orang speaking english, mesti dorang ada keinginan untuk belajar. especialy yang muda2. kalau dah lembab sangat, macam budak2 pedalaman ke yang tak pernah dengar benda2 camni, melalui pembelajaran kat sekolah la dorang boleh belajar.

alia berkata...

cerita camni, *tiba tiba*

aku dulu masa sekolah, sempat in bm sempat jugak in bi. bila exam dia bagi dwi bahasa. seriously, math, aku tak paham in bm. sebab aku belajar dan buku guna bi. science, aku prefer bm, sebab aku belajar buku dua2, cikgu pon ajar bahasa rojak.

apa yang aku nak cakap, kalau nak guna bi, boleh, cuma terapkan dari awal. dari tadika, dari sekolah rendah. and jangan nak pandai pandai ajar dalam bm then bg soalan bi. students akan jawab periksa mengikut apa yang di ajar sahaja. hee

myopinion berkata...

aku x paham nape takut sgt nk buat subjek core dlm english. Takut bdak2 kantoi? last2 nnti kat uni akan kantoi jugak. Lagi culture shock masuk uni sume subjek core dalam english.*pengalaman aku sndiri yg bukan hasil PPSMI* Naseb baik la english aku bleh hidup lg.

Yg english thp bwh2,nak survive pn payah.Jadi,klau bukan dari skolah bila lg? Ada beza ke laksanakan utk subjek math&science ke x?

Nazirul berkata...

bertuah kau tak belajar sains dan math dalam bi.aku ni berbelit belit lidah nak sebut term dalam sains.hahaha

Tanpa Nama berkata...

ada juga pengomen yg paham isi entry citer ni..lol!

Kesayangan Si Momo berkata...

sokong komen XORDY :D

Mantot berkata...

myopinion,

utk persoalan kau,ada bezanya.markah lulus matapelajaran Math dgn Sains tiap2 tahun terpaksa diturunkan sehingga ke satu tahap yang sukar dipercayai semata-mata utk membolehkan budak2 lulus.

org Jabatan bagitau kakak aku,ada satu tahun (tak silap aku 2008),markah 10 pun boleh lulus sebab result tahun tu teruk sangat

Tanpa Nama berkata...

well, this is malaysian
we are so proud with our language and yes
we forgot that the lingua franca is now english
its easy to say that what u've just said
mmg semua x ready
but sooner or later
we have to start somewhere
x kan nak biar anak melayu jadi buta english sampai bila2
mmg kelaut la kita
we should start since kindergarten i suppose
because children has the highest chance of absorbing language rather thn adolescence
so yeah, start early
jgn kata x nak
jgn kata x ready
tu semua negative
we should think positive
we should think like how the leaders of zaman Rasulullah think
critical, accurate and positive

Mantot berkata...

kalau nak ikut Rasulullah,

baik ajar Sains dan Math dalam bahasa Arab?dapat belajar bahasa arab dan sambil2 tu dapat gak pahala sket2 kan?

lingua franca syurga tu...

Tanpa Nama berkata...

Bhs Melayu pun da cukup memeningkan, org Klantan bleh paham ckp org Johor, tp Johor X paham ckp Klantan. Inikan pulak BI yg asing. Aku perasan yg Japanese pun translate directly certain scientific term, nape DBP X ikut style Jepun aje? Cth: perkataan 'keyboard' jd papankekunci, apsal X dieja 'kibod' aje. Kan senang Melayu nak maju.
Drp,
RYSMHP

Tanpa Nama berkata...

Malaysia ni macam ada masalah sikit dengan bahasa. sebab kita takde rasa percaya dengan bahasa kita sendiri.

anyway, tentang PPSMI aku rasa silapnya pada masa mende tu jalan, cikgu-cikgu baru je dilatih untuk perbaiki penguasaan. cikgu kalau yang ok, ok lah. kalau yang tak ok, kelas pun tak pergi.

bagi aku kunci utama, kena biasakan budak-budak dengan komunikasi dulu, supaya dorang tak rasa inferior bila cakap english tunggang langgang.

Dalam masa sama, latih cikgu yang terlibat dengan ESP (english for specific purposes). proses ni mungkin amik masa tapi lagi baik daripada tiba-tiba implement, tiba-tiba tarik balik.

rugi duit pembayar cukai buat buku teks.

morovlizki berkata...

Dewan Bahana dan Petaka mcm unta je xnk amik pot psl bhasa mlayu yg d pmainkn.kowg kne tau objktif PPSMI yg dlu dknali sbg etems adlh x ikhlas tp sbnrnye utk kpntingan kroni shj.sbijik laptop yg bhrga x smpai 2k,supplier claim 5k sbijik.x lojik lsung.inilah dasar haprak yg nk untung je drpd nk mpjuangkn nsb rkyat.damn.

morovlizki berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
blog-tips-kurus berkata...

persekitaran memang penting untuk kemahiran apa-apa bahasa. sokong komen damme damiah tu. :)

Sood&Lamlie berkata...

Kepada Anon;
Maaf ye. Sekarang English bukan lagi lingua franca dunia. Kalau kau rajin belek info terkini tentang bahasa, sekarang bahasa yang paling banyak dituturkan di dunia ialah MANDARIN dan diikuti dengan SPANISH di tempat kedua.
Bukak minda xde masalah. Tapi bahagian pelaksanaan macam sial. Main terjah camtu je. Budak bandar bolehlah kalau nak terus guna BI... camne dengan budak kampung?
Niat tidak menghalalkan cara. Kalau pelaksanaan teliti, teratur... boleh je. Tapi tengoklah sekarang buku teks BI pun ada kesilapan tatabahasa...Apa kejadahnya???

kyo_9 berkata...

huhu..
berbalik pada soalan RYSMHP, memang mudah bagi orang Jpon bila diorang bantai english translate direct dalam sebutan diorang, tp bila nk blaja English, kelam-kabut sebab dah terbiasa dengan sebutan2 tuh.. bila nk bercakap dengan mat salleh, diorang lagi berhempas-pulas nk fikir nk cakap ape. ;p

myopinion berkata...

@Nazirul
aku menyesal x blaja math&science dlm bi sbb masa kat universiti baru aku menggelabah xphm term dlm bi.

@mantot
"markah lulus matapelajaran Math dgn Sains tiap2 tahun terpaksa diturunkan sehingga ke satu tahap yang sukar dipercayai semata-mata utk membolehkan budak2 lulus"
-bila masuk universiti xdenya markah lulus tu nak turun.kena tendang adala.At least dorg blajar.Bila masuk u xdela terkejut sangat. Mana lagi baik?

Aku rasa kita yang cepat sangat panic. Sepupu aku org kg.Mula2 mmg math dia kantoi teruk.Last2 aku nmpak improvement.Bi dari broken xphm langsung ke suatu tahap yg boleh dbnggakan.

Klau buat utk subjek yg biasa,ko ingat dorg ad effort nk blaja sungguh2? Aku rasa akan jadi mcm subjek sejarah.Cukup lulus je.Tanya cikgu skali,slalunya waktu PJ & KH tu diambil alih utk subjek ape?

Tanpa Nama berkata...

Bagi aku, kekurangannya adalah disebabkan tiada usaha penterjemahan yang meluas. Ilmu tuh dah la bukan kita yang dapatkan, kebanyakan dari luar negara, lepas tuh taknak pulak diterjemah, nak belaja dalam bahasa depa pon tak nak, dah tuh apa yang kita nak? nak seribu daya taknak seribu dalih. Semua pihak kena mainkan peranan - kerajaan, guru, ibu bapa dan murid tuh sniri.

Tanpa Nama berkata...

Org Jepun Xperlu hempas pulas ckp omputih (Jepun juga maju dgn bhs nye),maju aje Negara nya. Bhs melambangkan bangsa, tp klau bhs merencatkan/melambatkan pembangunan/kemajuan negara, apa cer? Bukan saya nak bangkang perlaksanaan PPSMI, tp saya amat bersetuju dgn pandangan2 saudara/ri diatas, dimana perancangan yg lbh rapi&teliti/berperingkat sgt penting demi memastikan keberkesanannya.
Drp,
RYSMHP

cover girl berkata...

dari pemrhatian aku, batch yang kena ppsmi(kid bro, nieces) ckp ppsmi lagi senang drp blaja dlm BM

ambik cnth mauritius la. sekolah diorang dlm eng. fsl tu eng diorang bagus..

aku sokong je ppsmi walau dulu aku againts jugak

Unknown berkata...

pada manusia yg cakap kalau dah masuk u baru mau belajar sains n math dlm english mmg akan kantoi... anda memang mengong heheh. kalau anda ada kawan2 yg pernah belajar asasi sains jepun kat UM cuba tanya mcm mana depa buleh belajar sains dgn math dlm bahasa jepun? depa tak pernah pun kenai bahasa jepun sampai abis spm. cuba tanya berapa org kantoi tak dapat pi jepun? bila dah pi jepun berapa org yg kantoi tak dapat degree?

kalau dah lepas spm dapat masuk u tapi bg alasan tak pandai math dgn sains sbb sume kena belajar dlm english sedangkan kat sekolah belajar dlm bm, anda tanya balik diri anda 11 tahun kat sekolah anda tak pernah belajar english langsung ke?

mmg akan ada masalah pada awal utk adjust dr bm ke melayu tapi anda sudah 18-20 tahun. lain la budak kampung umur 7-10 tahun yg terpaksa merangkak belajar dlm english tapi bila balik rumah takde org boleh bantu.

Unknown berkata...

sori...pembetulan. adjust dr bm ke english...

cikpia berkata...

aku rasa pembelajaran patut buat macam kat sekolah cina... memang maths and science diajar dalam bahasa inggeris. TAPI itu time sekolah la. petang time kelas tambahan maths and science yang pagi tadi diajar semula dalam bahasa ibunda diaorang. so kalau pun ko takleh berbahasa inggeris tak makna ko takleh kuasai maths and science.....

tapi kalau dimansuhkan terus, ko langsung tanak guna bahasa inggeris. hampeh tol ko ini. (ko merujuk kepada adik2 kat luar sana)

oni berkata...

"hali ini kite ade latihan tekondo di gimnasium pukui 5 petang. harap pengelusi, muhamad jaki pastikan semua ahli tekondo hadir."

Tanpa Nama berkata...

tp tot pengetua sebelum usop...mohamad zon bin ramli mmg power english... paling aku ingt win win situation dan condusive... dan bagi aku md zon lebih profesional compare dgn usop...bapa palo aku taktaulah lagu mana...

danial berkata...

pd ak la sbb ak kna mngajar sains dlm bi kjp dlu, bnda ni xprktikal dan merosakkn bdk. ak pn bljr sc dgn math dlm bm, ak smbung dgree ok je wlaupn smua bi. sbb slalunya klau bdk da msuk ipt ni, sure msti blh bwk.

knp ak kata merosakkn bdk ni ialah, bile diorg asik tkr2 dasar mcm ni. kjp bi kjp bm. bdk yg da biase dgn sc n math terms dlm bi akn kelam kabut bila jd bm.

ak sndri pn kdang2 lupe mksud terms tu dlm bm ap sbb ak da trbiasa ajr dlm bi dlu. kt ckgu xde mslh yg ksiannye bbdk ni ha

Tanpa Nama berkata...

weh apsal aku rase macam familiar je..penulis ni budak sas ke? haha

Tanpa Nama berkata...

xksh ape2 bahasa pn klu korg blaja rjn2 dan faham apa yg diajar xde masalahpn.cara pembelajaran kne btl.make it interesting.turn the negative side into positive thg.i'allah xde masalah.

eszol raar berkata...

hang koleq ka? star ka? sas?

Aslina berkata...

bagi aku takde masalah pun kalo dekat universiti tu nak cakap tetibe kene kejutan budaye sebab blajo dalam bi padahal sebelum tu dah blajo mende2 tu seme dalam bm...

kawan2 aku yang mana time2 spm bi tak gempak pun sekarang ni kuar u pun rileks je score, keje, siap kene antar duduk oversea untuk NPI 2-3 tahun... yang mana tak kenal bahasa jepun/rusia/german sebelum amik spm pun ramai je yang
berjaya lepas abeskan mase bertahun2 kat tempat2 berkenaan tu seme...

yang semaknye nih... budak2 skolah yang jadik bahan ujikaji... sekejap tukar bi semua... sekejap tukar bm semua... kalo aku, aku pun blur...

nak buat tukar2 bahasa ni boleh, tapi slow2 dan TETAP laa... bila drastik sangat bleh pening woo... pastu siap main tukar2 ikut sedap plak... yang untung sapa? pusat tuisyen... huhuhhh...

boleh tak tetap pendirian bab2 macam ni?? pendidikan yang kita dapat ni bukan untuk 11 tahun pertama dalam fasa kehidupan blaja jeeee... tapi untuk selama2nya... kalo dah 11 tahun pertama pun lintang pukang, sekejap tukar, sekejap tukar... pe ko akan expect pendidikan seterusnya? camne nak maju?

belajar ni sepanjang hayat kot...

Sadun berkata...

Belajr la bi. jangan jadi macam aku kena ckp BI hancus oleh Letcurer..he! he!

Rabiatul berkata...

I don't get it, English is good. Apa salahnya belajar English. All of these Math and Science in English shouldn't be an issue, but itulah kan, jangan lah sekejap2 tukar bm English.

Plus Math and Sciene in English is far more understandable :)

Tanpa Nama berkata...

kesian kat budak luar bandar serta golongan kurang berada. nak 2 kalau mak pak depa pon tak reti nak ckp bi. kalau tak pantau elok2 takut knowlegde ngan status gap bertambah

Vendetta berkata...

Dengarkan daripada mulut seorang guru BI:

http://www.ted.com/talks/patricia_ryan_ideas_in_all_languages_not_just_english.html

Tanpa Nama berkata...

korek mie if ai werong~ ceiyahh..
sbg educationist, aku nak tambah satu benda:

setiap tahun, dasar dan polisi pendidikan berubah2. PPSMI pun dah abolish, tapi ganti dgn MBMMBI. Jujurnya polisi yang sama, lebih kepada Re-branding PPSMI tu. Aku bukan produk PPSMI, tapi aku rasa rugi PPSMI tak dibuat masa zaman2 aku sekolah dulu. Hasilnya, sewaktu bekerja dengan expatriate, bercampur dengan overseas produk, aku jadi kekok yang amat. Ikut statistik kat jepun @ korea pun, diaorang semakin alert untuk belajar english berdasarkan peningkatan setiap tahun.
Bahasa Arab memang penting..bak kata Mantot, syurga franca. Kalau boleh, biarlah bilingual senang cerita. BI, Arab dan mandarin tu kuasai. Itu ajelah survival entiti selain skill2 yang dipandang oleh manager nanti..

Sekian, pandangan

dijot

Apple berkata...

saya lah salah seorang mangsa eksperimen ppsmi ni.

Rabiatul berkata...

kenapa consider yourself as a "victim"? They only ask you to "learn" in English, bukannya buat jadi bahan experiment macam monyet. If you've managed to do well in both Bahasa and English, you wouldn't be a "victim". sheessshhhh. mentality, mentality.

Mantot berkata...

ko takleh anggap benda ni mudah mcm tu.maybe u do well,maybe u dont.

there must be somebody who do well with bahasa but cannot cope with english.when it is compulsory for him/her to learn in english,he fails to do well just because of the barrier of language forbidding him/her to become good.

if someone felt he/she is a victim,he/she have the right to say it because he/she is the one who goes through the process.

jika seseorang nak belajar di Mesir dan kemudiannya dia fail..lalu dia salahkan belajar kat Mesir guna bahasa Arab membuatkan dia tak mampu cope,adakah itu betul?

dia sepatutnya tahu cakap dan tulis Arab sbb dia nak gi Mesir,belajar.

tapi dalam bab PPSMI,sebelum PPSMI tu sendiri dijalankan..macam mana dengan tahap kebolehan budak2 tu sendiri bertutur dalam English?Tahap CIkgu?

Student yang fail English subject disuruh belajar Sains n Math in English...oleh cikgu yang belas2 tahun tak pernah pun mengajar dalam English...

Pada aku,PPSMI adalah satu eksperimen.

Tanpa Nama berkata...

Salahkan Mahathir . Habis cerita!

Unknown berkata...

istilah sains ni lg senang kalo dlm BI..kalo translate dlm BM mcm pelik lak.tapi ckgu2 xsemua yg terer BI..kalo ckgu dh pening budak2 dabel pening.mngikut pengalaman aku, selama PPSMI dijlnkan kt skolah2 dan selama aku bergelar ckgu kt skolah, bila aku lalu je tepi kelas sains cikgu2 ngajar dlm BM je.kalo exam, soalan n jawapan ade translation.xde kesan sgt pun PPSMI ni..ade xpe, xde pun xpe.

Tanpa Nama berkata...

apabila lidah diri sendiri tidak fasih untuk menuturkan sebarang bahasa adakah salah orang lain jugak? bukankah segala kemahuan terletak pada diri sendiri? tak faham la dengan sikap manusia,peluang dah ada kat mana2 pun boleh belajar sebarang bahasa kalau ada kemahuan dan keazaman, kalau dah diri sendiri pun tak berkeinginan kenapa harus mencari pihak lain untuk disalahkan. Pokok pangkalnya keinginan untuk menguasai sesuatu bahasa bukankah harus digerakkan oleh diri seseorang itu.

Alhamdulillah,atas keinginan untuk mempelajari bahasa lain, sekurang2 aku tau bertutur dalam bahasa Arab, Perancis dan bahasa Ingerris walaupun pada zaman aku tak ada PPSMI ni.

Atau budak2 sekarang ni malas belajar, lebih suka merempit, melepak dan buang masa tak tentu arah so bila dah fail exam mula lah nak kata cikgu la, sekolah, tak bagi perhatian.

Anak buah aku sekolah luar bandar tapi aku bangga gak bila dengar dia explain proses fotosintesis dalam BI dan dia memahami apa yang dia tuturkan. Bila buat calculation pun dia buat dalam BI. Pokok pangkalnya diri sendiri..

Tanpa Nama berkata...

apabila lidah diri sendiri tidak fasih untuk menuturkan sebarang bahasa adakah salah orang lain jugak? bukankah segala kemahuan terletak pada diri sendiri? tak faham la dengan sikap manusia,peluang dah ada kat mana2 pun boleh belajar sebarang bahasa kalau ada kemahuan dan keazaman, kalau dah diri sendiri pun tak berkeinginan kenapa harus mencari pihak lain untuk disalahkan. Pokok pangkalnya keinginan untuk menguasai sesuatu bahasa bukankah harus digerakkan oleh diri seseorang itu.

Alhamdulillah,atas keinginan untuk mempelajari bahasa lain, sekurang2 aku tau bertutur dalam bahasa Arab, Perancis dan bahasa Ingerris walaupun pada zaman aku tak ada PPSMI ni.

Atau budak2 sekarang ni malas belajar, lebih suka merempit, melepak dan buang masa tak tentu arah so bila dah fail exam mula lah nak kata cikgu la, sekolah, tak bagi perhatian.

Anak buah aku sekolah luar bandar tapi aku bangga gak bila dengar dia explain proses fotosintesis dalam BI dan dia memahami apa yang dia tuturkan. Bila buat calculation pun dia buat dalam BI. Pokok pangkalnya diri sendiri..

Tanpa Nama berkata...

aku pakai anon sebab aku sangat setuju ngn ko wahai encik mantot.aku ada experience pegi satu kampaung kat pulau tinggi di johor masa aku study dulu.masa tu PPSMI sedang berlangsung.aku borak2 ngn mak2 kat situ pasal anak2 diorang.mak2 ni mengeluh sebab bila kat rumah diorang tak boleh bantu anak diorang buat homework sebab diorang tak tau english.aku ada tanya sorang budak darjah 5 kampung tu,aku masih ingat nama dia siti "berapa markah yang siti dapat untuk subjek bahasa inggeris?" dia malu2 sambil jawab "kosong". kosong!otak aku terus buat kesimpulan kalau bahasa inggeris kosong haruslah untuk PPSMI diorang pulangkan kertas soalan je pada cikgu tanpa jawapan.

aku setuju lagi ngan ko mantot.bagi aku ini soal persediaan.bukan semua orang bersedia nak terima PPSMI.sepatutnya mula ngn subjek yang tak heavy dulu sebagai persediaan.kita tak boleh gelojoh sangat konon2 nak maju dengan melancarkan PPSMI tanpa tengok keadaan orang2 kampung pendalaman yang tak guna sepatah pun perkataan inggeris dalam kehidupan seharian diorang.bagi aku idea dah bagus tapi perlaksanaan cam hampeh kelapo.kesian budak2 yang macam siti tu, hak diorang untuk maju dalam pelajaran seolah2 terhalang.

aku ada anak saudara yang upsr dia dapat 5A tapi dia refuse untuk masuk sekolah menengah kerajaan walaupun dia dapat offer SBP sebab dia cakap taknak belajar sains and maths in english.sudahnya dia belajar tahfiz,alhamdulillah dah beberapa tahun dia jadi imam terawikh kat kampung aku seba dia cuti blajar masa bulan ramadhan.relevan tak fact ini?aku saja masukkan untuk sedapkan cerita lagi.haha!

lagi 1 aku amat tak setuju dengan my opinion cakap pasal
"aku x paham nape takut sgt nk buat subjek core dlm english. Takut bdak2 kantoi? last2 nnti kat uni akan kantoi jugak. Lagi culture shock masuk uni sume subjek core dalam english"
aku anak peneroka felda,mak ayah aku,adik beradik aku,jiran tetangga aku semua tak cakap omputeh.aku skolah rendah dan menengah kat Felda yang mana cikgu english pun cakap melayu tapi aku masuk u buat degree in law with honours kat u yang bahasa pengantarnya english.aku boleh buat sebab bagi aku masa kat u kita dah ready nak belajar in english.kita dah boleh fikir itu masa depan kita, so nak tak nak kena buat jugak.berbanding dengan budak darjah 5 cam siti tu, dia belom boleh fikir sematang pelajar universiti.bila dia rasa susah dia tak boleh nak motivate diri dia sendiri untuk beljar jugak.bagi aku key dalam hal PPSMI ni adalah persediaan kita dan cara melaksanakannya.

Tanpa Nama berkata...

aku sokong ppsmi cuma aku xsokong cara perlaksanaan ppsmi ni..mmg spttnya pihak atasan sedar dorang sdg buat eksperimen dgn bdak2..

aku setuju kalo kita start dari darjah 1..maksudnya kalo start dari darjah 1 batch 2000..thn dpn 2001 die dah darjah 2 kira smbungla..mksudnya bdak2 atas batch die xyah kacau.jd yg dah sedia blaja guna bm xde la culture shock.mcm kita blaja english xkan la dr tadika kite terus belajar idioms kan?

bila ppsmi dilupuskan bdak umah aku yg ajar math ckp syg kalo lupuskan sbb dah start.dorang pun dah mula yakin nk guna term bi dlm pengajaran dorang..

kesimpulannya aku sokong ppsmi cuma jgn la kejap ada kejap xda kejap nk start dr thn ni kejap nk try thun tu plak kan..

msrory

brat2104 berkata...

bahasa inggeris di malaysia sebenarnya hanya digunakan dalam komunikasi.

untuk pengetua ko jadi pengetua, dia x perlu hebat pun dalam bahasa inggeris kerana sekolah tak ditadbir dlm bahasa inggeris. cuma, sebagai ketua sebuah institusi pendidikan, dia kena lebih la dr anak buah dia (cikgu BI)

pada aku, sekolah ni bagi pendidikan asas, maka sepatutnya budak2 ni diajar dalam BM. bila dia dah masuk U, pandai2 la dia nk belajar klu kelas dalam inggeris sekalipun.

kalau awal2 lagi dah letak syarat, memang la budak2 yg tak tere Bi ni x minat sains dan matematik