April 28, 2011

Mana Anda Nak Menyorok Kalau Video Seks Anwar Ibrahim Itu Tulen?

Dalam 3 minggu ni,fikiran aku agak terganggu.Ada persoalan dan hujah yang aku fikir-fikir, mungkin menggoncang pemikiran aku. Jadi,aku nak share dengan korang beberapa persoalan;

1. Bagaimana kalau aku kata,pandangan aku, video lucah Anwar Ibrahim itu betul Anwar pelakunya?

2. Pasti kau akan kata,itu semua tipu,pelakon upahan UMNO dan sebagainya.Jika kau cuba jawab begitu,aku akan tanya balik,kau dah tengok full video tu?Kalau belum,aku suggest,tunggu dulu video penuh..sebelum take side pandangan masing2.

3. Adakah tidak logik dipandangan anda, Anwar seorang kaki wanita?Kaki pelacur?

4. Pasti kau dah ada rasa menyampah baca apa aku tulis ni.Penyokong BN pulak pasti tengah menari2 gembira....

5. Semua sebab dalam diri kau kau dah simpan dalam2,kuat2 pegang,yang Anwar memang tak salah,Anwar kena fitnah.Anwar kena itu kena ini, kan?

6. Tapi bagaimana kalau aku kata pandangan aku,"memang Anwar dalam video tu!" Takkan takde pernah terdetik langsung dalam kepala anda, mana lah tau,memang Anwar dalam video tu.

7. Mesti anda akan marah dengan aku,kalau aku cakap "ada possibilities Anwar itu gay dan Anwar itu kaki perempuan" dan semua apa yang ditonjolkan oleh Anwar selama ini hanyalah "satu imej,satu lakonan,untuk memancing undi memulakan revolusi."

8. Jika video seks Anwar Ibrahim itu betul; bagaimana dengan anda? Bagaimana dengan Malaysia? Jika video seks Anwar Ibrahim itu betul, adakah anda akan menyokong kerajaan Barisan Nasional? Pada aku,tak perlu.Kelibat Rosmah Mansor sudah cukup untuk membuat orang muak dengan Kerajaan sekarang ini.
A corrupt government is still a corrupt government.

9. Yang terakhir sekali, bagaimana kalau aku katakan,pandangan aku...kita selalu nampak Anwar adalah seorang tokoh yang gagah karismanya, yang hebat percakapannya,yang intelek pemikirannya. Hebat, gah, intelek,seorang mangsa kezaliman yang tidak takut untuk menjatuhkan rejim yang korup.Tapi dia tak cukup kuat untuk melawan nafsu yang buas. Bagaimana?

.................

Anda berperang dengan Barisan Nasional bertahun2 mempertahankan Anwar Ibrahim.Kemudiannya,pada satu hari yang tenang,anda bukak Malaysiakini yang anda tatap setiap hari, frontpagenya menyatakan "footage video seks penuh seorang lelaki yang iras ketua Pembangkang sudah keluar" dan anda lihat video itu. Anda amati jelas2. "Aiseh,itu memang Anwar....."

Puff.......Perjuangan anda selama ni hilang sekelip mata macam asap.....

Kenapa aku tulis benda ni?Aku tengah terganggu.Dan aku suka share perasaan terganggu aku.

Ini hanyalah satu bentuk peringatan untuk anda semua yang ada possibilities,video seks Anwar Ibrahim itu betul.Jika Anwar Ibrahim itu memang kaki liwat,kaki kongkek,bagaimana anda nak deal dengan situasi itu? Sangat2 menyedihkan bukan?

Anwar Ibrahim gay,kaki pelacur sekalipun...a corrupt government is still a corrupt government.

66 ulasan:

TeratoMan berkata...

Tak kisah siapapun dlm video tu. Inilah 'Barisan' kita perlu diberi pengajaran!

Fyqa berkata...

err...

intan izani berkata...

selalu terdetik, tapi sesiapa pun perilaku nye, aib orang masih perlu dijaga, tak perlu kot tv nak canang video tu sampai semua tengok. biarlah orang tengok sendiri dan cari sendiri.

angah berkata...

aku sokong anwar bukan kerana dia anwar...

aku sokong semangat, revolusi, perjuangan yg dia bawa...n aku x menolak kemungkinan dlm vid tu anwar....

jika betul pon anwar, tu bkn penanda yg aku kena sokong bn..

jika betul salah, aku x kisah untuk dia dihukum...dalam situasi camni resional adala penting...

saya berkata...

tak kisahlah kalau dalam video tu betul2 Anuar Ibrahim.

yg penting, try dulu tukar kerajaan, tgk mcm mana..

Tanpa Nama berkata...

I see ur point. pernah gak aku terfikir bahawa perjuangan PKR tu hanyalah pembohongan semata-mata. mana lah tau kan? just a thought. konfem pasni ade org carut kat aku. hehehe

hebnerhyde berkata...

operasi menentang kerajaan korupsi ni, sebenarnya usaha pakatan. anwar ni hanya anchor yang membawa pakatan. kalau betul dia, dan dia bersalah dan kena kick, masih ada lagi pemimpin lain.

masalahnya sekarang dalam pakatan sendiri, orang orang nya hilang fokus. sbb anwar, terus tak jadi support. tak betul tu.

kena padu sikit matlamat tu. negara kita bukan bergantung kpd individu, tapi kpd rakyat keseluruhannya.

tipu la kalau tak terdetik perasaan kecewa kalau tu memang dia. ya, memang ada rasa kecewa. soalnya kecewa tu ke yang menentukan masa depan negara?

Nik Zulkhairi berkata...

aku pun penah terpikir cam tu. macam mana kalau betul si nuar dlm video tu. fuhhhh.. meletoppp.. tapi aku sebenarnya tak kisah itu nuar ke bukan. aku cuma nak tengok amoi dlm video tu je.. wakaka..

paes berkata...

Fight for a cause, a principal, justice etc.
Never let one person be the cause.

kueh bakar berkata...

adat dunia politik dari dulu...

jika tak dapat kalahkan dalam gelanggang..kalahkan di luar gelanggang...

Aslina berkata...

bila citer ni nak abes? bile government kita nak bersih?

malu ahhh...

nama je negara Islam...


ciss...

zyr zh berkata...

dah tgk gak. bukan anwar lah. lain sgt kot.

Jongkidin berkata...

tahniah bro..akhirnya..dengan pengakuan yakni bro 'terganggu' dan berfikiran 'posibilities'..bermakna sedikit sebanyak propaganda kaum2 munafik berjaya 'membuktikan' fitnah mereka...

buat apa nak lari?

Kap berkata...

betul.
liwat tetap liwat.
tukar tetap tukar.

anu Anuar itu dia dengan tuhan.
kita tak pasti sangat.
kalau betul, hukum sajalah.
jangan diaibkan lagi.

pemerintah korup dah jelas nyata.
tukar. tukar. tukar.

Cik Kiah berkata...

Cik kiah pelik la.
Ada lagi ke orang pakai video takde kaler.?
nape video tu itam putih je..?
kalo ada kaler, baru jelas boleh tengok muka tu muka sapa.

musykil Cik Kiah.!!

Tanpa Nama berkata...

aku suka entry2 mantot. tiap2 hari harap ada entry baru. tapi aku TAK PERNAH suka entry mantot bercerita ape2 tentang anwar ibrahim. rase mcm kelemahan yg dia sendiri tak sedar.
sori abg mantot, kalo lu dpt kerja kat rtm dulu, mesti cara fikiran ko lain.

-zam rtm-

Hazard Ali berkata...

Wow.. now THAT's a thought.
And surprisingly, and most unlikely, the one same thought I've been having!

Honestly, ni 1st time gua baca artikel politik lu yang berbunyi rasional.

Untuk penyokong Pakatan Rakyat - betulkan nawaitu anda. Perjuangan ini bukan untuk SEORANG manusia, tetapi BERJUTA manusia yang bergelar BANGSA.

Untuk PEMIMPIN Barisan - betulkan cara buat anda. Jika gagal bersihkan jijik, BERSIHkan terus line up anda.

Gua membesar dengan beliau, family gua pun rapat dengan beliau. TAPI JANGAN LUPA, jasa beliau tak terkira, walaupun najis-najisnya tak mustahil ada.

JUSTERU, walaupun gua tak suka Anwar Ibrahim, tapi kalau betul ITU beliau, adalah WAJIB beliau ditolong.

Hukumlah dia sebagai manusia, tapi bantulah juga dia atasi kekurangan nafsu manusianya itu.

Rabiatul berkata...

yup, a stand is still a stand. if you're still loyal to the stand, even if you're the last person on earth, it will always going to be there, exist.

Tanpa Nama berkata...

Orang2 kat cni sibuk ckp pasal kewajipan menutup aib.Ironinya blog ni sendiri slalu mengaibkan org dgn upload gmbar2 yg dicuri dr mana2 pastu letak kat entri yg memalukan.weird+_+

zacrin berkata...

aku xkisah dia gay ke dia kaki betina ke dia penyembah setan ke..aku sokong dia sbb dia berjuang nak tolong rakyat..sbb dia xsusahkan rakyat..dia xnekan harga minyak n barang2..so dia mampo nak kawal napsu@x tu antara dia ngan tuhan..even kalo si najib bek pon kalo menindas rakyat aku ttp akan benci..aku suke bukan sbb individu tp sebb apa sumbangan dia pada rakyat

Tanpa Nama berkata...

Satu analisa yang menarik.
Itulah usaha yang sedang hebat diusahakan oleh pihak yang menyediakan video itu.

1. Kalau betul pelakunya Anwar.
So what. You nak jerit buat apa. Give him a chance for one term and then kita nilai. Sebab yang mempejuangkan moral bukan BN. Kalau tidak pasti dah ramai MP dan ADUN yang mereka gugurkan berlandaskan fakta moral. Dan tentu sahaja mufti2 tak bergasak sesama sendiri. Sekarang pun ramai pemimpin yang ada tu perangai buruk (terbukti). Sebab kadang2 Malaysia ni dah nak ikut Perancis.

2. Setakat ni tak ada yang kata pelalok upahan tipu dalam video tu. Yang tak senonohnya, kononnya trio yang NAK BUAT BAIK tu rekodnya MASYAALLAH. U know what l mean.

3. Logik tak logik hanya satu hipothesis. Cuma setakat ni belum terbukti beliau macam tu. Tak seperti pemimpin BN yang telah dibuktikan dan membuktikan diri sendiri. Cuma yang masih dapat mempertahankan diri mereka, kerana saksi nak nak tampil, laporan dapat dihilangkan, pejabat agama dapat di desak, polis malas nak siat sebab tak nampak bukti, dsbg.

4. Aku dah merayau juga, bukan penyokong BN yang menari gembira tetapi penyokong keroni yang takut KEHILANGAN SUMBER PENDAPATAN. Mak dan adik beradik aku penyokong BN tegar tetapi menyampah dengan perangai penyebar video ini. Jangan sampai sokongan mereka berpindah. Ingat bukan SEMUA penyokong BN menyokong pemimpim2 BN yang ada sekarang ni.

5. Bukan kerana Anwar tak salah, mak aku pun kata kita tak boleh pastikan yang Anwar tak salah. Cuma yang dia menyampah asyik sangat DIA DIPERSALAHKAN sebelum pembuktian sebenar. Pihak PDRm ke, Peugam Negara ke, Loyar gila ke, apa lagi Nazri, semua kemarok publisiti> Jangan cakaplah TV3 yang gila babi tu. Ingat! sehingga kini pihak pembangkang belum lagi mengangkat pemimpin mereka yang eberlakon porno kekal memimpin mereka seperti BN buat.

6. Peratusannya kes ini benar memang ada, ini amalan Mahathir, kununnya kalau orang buat surat layangpun sikit sebanyak ada kebenarannya. Tapi buktikan dulu sepenuhnya.

7. Tak ada orang yang patut marah dengan kamu kalau kamu kata dia kaki perempuan atau gay. Yang patut marah kamu ialah diri kamu sendiri kerana tak takut dengan Allah menyatakan yang bukan-bukan terhadap orang lain. Lainlah kalau kamu sama2 sekatil dengan dia.

8. Kalau betul apa salahnya. Selesai sudah masalah ini. Rakyat Malaysia bukan bodoh sangat macam kamu. PRU dah dekat. Isu ini pasti dijaja sepenuhnya oleh BN. Dan amat memalukan kerana BN akan menang dengan kelemahan orang lain dan bukan kekuatan sendiri. Dan kau pun tahu, bersoraklah kroni dan pembaham duit rakyat.

9. Terima kasih kerana kau mengakui kehebatannya. Seahingga ini, bukan sekedar inteleknya saja yang bagus, fakta dan kaedah yang cuba diketengahkan tentang pembangunan malaysia jauh lebih baik dari otak MP kita. Malah jangan cuba nafikan bhw ada idea beliau yang dicedok kerajaan. Dengan tertolaknya 2/3 majoriti, barulah MP2 rajin, barulah Dewan Rakyat dan Dewan Negara hidup. Tapi MP BN masih cara omong kosong yang dibekukan oleh tv. Kalau dia tak dapat nak kekang nafsunya sendiri, Allah pasti akan memberi ganjaran setimpal buat dia.

Bagaimana dengan diri kau sendiri?
Apakah kamu benar2 bersih untuk menemuai TUHANMU?

Tanpa Nama berkata...

kalau betul pun ianya anuar biarlah!itu hukum dia dgan tuhan!tapi perjuangan dia menentang kezaliman,membela rakyat bawahan wajib kita sokong!batang tubuh dia tak penting!yang penting lawan!tetap lawan!

Abershavin berkata...

alah politik je semua tu.
mana2 parti semua sama, kaki kencing
tak ade politik yg bersih

Tanpa Nama berkata...

apa yg berlau menunjukkan semua tu adalah satu konspirasi politik yg telah dirancang, insyaallah bagi yg bersalah pasti ada hukumannya samaada di dunia ataupun di akhirat nanti..........

zai berkata...

Ianya perlu satu perubahan dan kematangan dalam berpolitik. Anuar bukan menjadi faktor mengubah sokongan tetapi kita mencari keselesaan dan ketelusan. Tidak lama 5 tahun sahaja. Janji tidak tertunai adalah hak kita untuk menentukan siapa perlu menguruskan negara ini untuk penggal berikutnya. Tujuan utama hanya satu kita menyokong polisi untuk semua rakyat dan negara bukan siapa parti yang memerentah.

nadrah zainuddin berkata...

kalau betul lelaki tu anwar, at least kita boleh put aside yang dia liwat saiful. ada perempuan buat apa nak layan lelaki.

Kharis Saleh berkata...

Bagi aku... klau betul tu Anwar... biarlah dia terjun dgn labu2nya... tekad utama aku kerajaan corrupt perlu ditumbangkan...

Zinedine Zaiddin berkata...

Aku pun ada terdetik rasa kat hati..mengatakan lelaki dalam video tu adalah Anwar. Dan kalau betullah laki dalam video tu adalah Anwar, PR kena buktikan yang mereka sebenar-benarnya berniat nak memerangi korupsi, hipokrasi dan benda-benda macam ni. kalau selama ni kata kt geng2 BN xak hukum perasuah lah, sokong perogol lah...andai kata dalam video tu memang Anwar, diorg kena la hukum Anwar.

Dia x seharusnya dibiarkan terlepas, biarpun Anwar adalah "anugerah Tuhan".

BTW gua setuju dgn anon April 28, 2011 11:27:00 AM GMT+08:00.

p/s: anon2 skalian..nak komen jgn la guna anon. letak la nama. senang nak address time bg komen.

cyrusdavirus berkata...

kompem anwar, xde mungkin mungkin dh.. org buta pon tau tu anwar dlm video..

tp apasalahnyer? kalu aku d situasi mcm tu, kompem aku kongkek gak amoi tu.. nikmat dunia bai, sape xnak lepaskan peluang..

Farah berkata...

Kalau Anwar salah, hukum dia. Tapi yg pasti, biarlah PAKAR yg investigate video tu. Bukan ditayang di BULETIN UTAMA sbg agenda politik membuktikan PR keji.

Tolonglah,TV3. TV3 sungguh bodoh, sngt bodoh nak mampus. TV3 dah jdk TV porno berlesen. Punya la kelam kabut aku tukar channel sblm anak2 tanya soalan lbh2 semalam. Jgn salah budak2 bila diorang bukan generasi yg tonton berita. :(

sim_2096 berkata...

anwar ke bukan tu bukan isu yg paling aku takutkan dan bimbangkan..

hatta ... jika ada video seks pemimpin UMPORNO pun x de nak kesahkan...

tapi yg paling merunsingkan dan menyerabutkan KEPALA HOTAK aku adalah penyebaran video lucah secara berleluasa tanpa kawalan dan halangan...

sudah gila agaknya...budaya di Malaysia ini...

Budaya menyebarkan maksiat tanpa batasan...

X tau aku nak perkatakan...sudah x da adab dan moral ka...

name je kononnya ngaku negara ISLAM yg dibanggakan..

tapi lebih TERUK perangai dari negara BUKAN ISLAM...

kalo camni jdnya..BUAT MALU ja...

punchdrunk lovesick berkata...

berjuang menghapuskan rasuah!!!!!

Hidup dan Aku berkata...

aku benci tgk brita utama tv3 skrg..asyik citer pasal sex sane, sex sini, dubur sane, dubur sini..mencemar otak budak2 sungguh..
banyak lagi masalah lain yang besar2 boleh diceritakan, rakyat2 yg miskin yang tertindas..mcm takde citer lain nak dibesar2kan..ntah2 PM pon same kaki kongkek, tp cuma line cover baik je citer tak terbongkar..
mcm ni ke wajah anak melayu skrg?
malu wei, malu!

ayunda maajis berkata...

lagi2 citer ini..lagi2 citer ini..mosan dah aku wei..

aku seng berkata...

aku dh tgk full version video anwar ni, dan aku x ragu2 tu mmg dia. aku bukan penyokong anwar dan aku mmg x suka dkt kerajaan sekarang ni. Persoalan yg ada dlm diri aku skrg ni, kalo lah PR mng PRU nanti, sapa yg akan jadi PM kalo bukan si anwar? org yg ada skandal seks jadi PM? NO WAY! sbb setakat ni sapa2 yg ada isu pasal skandal seks semua letak jawatan kecuali si PM Itali je. dan aku tgk dlm isu video si anwar ni, napa DAP senyap je? ke diorang suka sbb kalo video tu mmg konfem si anwar, cerah lah peluang diorang nk jadi PM? pasni ni mesti ada yg kata org BN pun layan perempuan jugak, tp tu x ada bukti n video mcm si anwar ni, skrg ni bukti n video dah ada dpn mata, b4 this org kata mcm2 dkt dia n x ada bukti kukuh, aku boleh terima tu adalah konspirasi, tp skrg siap ada video lagi, kalo korang tgk yg full version aku percaya ramai yg tergugat...susah aku nak kata

paloibinmulau berkata...

@mantot,

aku selalu tanya kawan opis aku gini... kalau besok lusa Allah cabut nyawa anwar adakah amno pikir org melayu akan patah balik sokong amno? kalau aku sendiri jadilah apa pun kat anwar aku tatap xskng amn sbb aku ada sbb tersendiri.

balik kpd persoalan mantot kalau betul anwar dlm video tu. akan ada yg rasa marah dan mungkin balik ke amno. ada yg rasa marah tp akan terus lawan amno. tp buat org yg melawan amno sbb badan dan nama "anwar" mereka akan balik ke amno sbb depa tau depa silap selama ini.

untuk org yg bersama pas dr dulu depa xambik pot pasal anwar dlm video atau tidak. perjuangan mereka tak pernah berpaksikan anwar. utk org pkr yg darah masih amn mmg 100% akan merangkak balik ke amno.

rafiz2000 berkata...

Dah muak dengan peranan media cetak/eletronik..hari2 pasai sex..
kasihan kat mak pak yg layan berita,kalu anak2 bertanya apa itu liwat,apa itu kondom,apa itu sperm..
Makn hampir dengan PRU 13 makin banyak haru biru..

Ann berkata...

sejak tgk berita kt tv3 smlm psl statement datuk T, lg mguatkan keyakinan ak tu bukan Anwar.

nampak sangat datuk T tu saksi yg xleh dpercayai..sdiri mgaku ade dlm video tu.

rudy berkata...

i cant believe i am typing/saying this : kau kena tetapkan pendirian dan jangan goyah dengan kepercayaan kau

kō⋅rŏxx berkata...

Yang tak kenal Anwar (secara peribadi), mati-mati pertahankan dia. Yang kenal rapat, dari zaman Reformasi ke zaman Tsunami, kebanyakannya dah jauhkan diri. Apa maknanya tu Tot?

Kawan dia korup atau penyokong dia naif?

GR33N berkata...

Tidak berkompromi dengan maksiat yang dilakukan oleh pemerintah.

Daripada Ummu Salamah berkata” Bersabda Rasulullah SAW” Adalah atas kamu pemimpin, kamu kenal mereka dan kamu engkar, maka sesiapa yang ingkar maka ia telah melepaskan diri dan siapa yang benci maka ia selamat, dan tetapi siapa yang ridha dan mengikutnya maka dijauhkan oleh Allah kepadanya oleh Allah”. Maka dikatakan Wahai Rasulullah Apakah kamu perangi mereka tetapi baginda menjawab “tidak , selagi mereka solat”. Sahih Muslim: 1854

seasick82 berkata...

benda yg sama gak kenapa aku baca blog ko nih...dah sah2 sini byk mencarut2,porno & benda2 lucah yg lain...
tp yg penting isi.DSAI bkn malaikat,at least perjuangan dia tu ada isi.itu je yg aku nk :)

Tanpa Nama berkata...

andai itu betul anwar,

sah anwar. mahkamah kata pun sah anwar.

Anwar kena di hukum. tu je.

paling2 tidak kena rejam sampai mati.

jika anwar boleh terima dan redha hukum hudud yang PAS perjuangkan.

takpun penjara, sebat, denda.

dan aku?

hanya lihat anwar kena hukum. dan melihat KERAjaan melaksanakan hukuman dan juga melihat pakatan haram terpinga-pinga tanpa anwar.

tu je.

Tanpa Nama berkata...

andai itu betul anwar,

aku xkisah, hukumlah penjaralah,
tp mengapa xde yg menpersoalkan najib, bersih sgt ke najib... layak ke najib jd pm

aku ttp respek anwar yg ada hala, aku xpuas selagi kerajaan korup masih bkuasa.

Tanpa Nama berkata...

'aku ttp respek anwar yg ada hala'

semua pemimpin ada hala bro..

wootwoot berkata...

banyak sangat orang x kisah kalau betul dalam video 2 anwar.x kisah kalau betul anwar yg hilangkan 'dara' saiful.apa korang cakap? "so what?"?? "aku x kesah pon"??

if betul.."if" la kn..benda yang dia buat 2 terang-terang salah.dia buat salah lepas 2? "give him a chance"?? "perjuangan dia yang aku sokong"??

perjuangan BN 2 salah ke?
orang2 dia je yang corupt kn? salah guna kuasa melampau2.xguna otak dalam berkata-kata.dalam mentadbir negara.tidak adil.

if betul lelaki dalam video lucah 2 anwar, satu sifat penting bagi seorang pemimpin dah xda kat dia.
sifat jujur.
terus tak membezakan dia dengan kebanyakkan pemimpin kerajaan kita sekarang ni.

kalau korang still follow anwar lepas taw dia bukan pemimpin yang baik, korang xde beza dengan follower BN sekarang.

itu semua kalau betul.kalau fitnah syukur alhamdulillah.yang salah tetap akan kalah.

Tanpa Nama berkata...

uba peratikan pada matanya ............

adakah itu mata anuar ibrahim ?

Tanpa Nama berkata...

PERSOALANYA BUKAN BAB PARTI,KALAU FITNAH TETAP IANYA JATUH HUKUM FITNAH.MNERIMA,MNEYEBAR ATAU BERSEKONGKOL DENGAN FITNAH TETAP MNERIMA HUKUM ALLAH SWT.APATAH LAGI MENJATUHKAN SESEORANG MELALUI FITNAH,ALLAH SWT TIDAK AKAN MEMANDANG SEPI ATAU TERLALAI OLEH WARNA KULIT,DARJAT,BANGSA,AGAMA JAUH SEKALI KUASA POLITIK.HUKUM ALLAH TETAP HUKUM ALLAH,SIAPA KITA UNTOK MEMANDAI MENGENEPIKAN ATAU MENOLAK HUKUM ALLAH?.ADAKAH KITA SANGGUP MENJADI PAK BELATUK?.FIKIR FIKIRKANLAH AZAB ALLAH SWT.BILA ALLAH SWT BERBICARA DIMUKA BUMI INI TIDAK SEBESAR ABOK DILAYANG ANGIN PUN AKAN TERKHILAF ATAU TERLEPAS.INIKAN PULA HUKUM ALLAH SWT DIALAM KUBUR DAN DIAKHIRAT NANTI.

Tanpa Nama berkata...

Rakan-rakan semua...

Skrg nih bukan pasal Anwar Ibrahim lagi dah. Perjuangan rakyat iaitu kita semua di sini menentang kezaliman dan penyalahgunaan kuasa pihak2 tertentu. 2/3 majoriti dinafikan pun mcm2 karenah depa nak menindas rakyat marhaen. Kalo PRU13 depa menang besar, siaplah kita semua. Rakyat akan ditindas lg dgn mcm2 kenaikan menggila.

Anwar itu sbg pencetus idea reformasi yg perlu digerakkan oleh rakyat itu sendiri. Jika dia bersalah hukuman itu antara dia dgn Allah dan pihak berkuasa.

Change we need my friends. Andaikata Mantot ni jd PM pun bkn dia kesah psl makan minum kita pun. Kita semua tentukan hala hidup masa depan sendiri.

Malaysia dan org melayu skrg perlukan pemimpin2 yg amanah dan sanggup memerangi rasuah secara total. Supaya masa depan negara dan anak cucu kita terjamin.Pemimpin yg tahu menguruskan wang rakyat dgn amanah dan harta negara dijaga spt menjaga nyawa sendiri bukan buat mcm harta mak bapak sendiri!!

Mantot berkata...

kalau aku jadi PM aku buat breakfast dengan lunch free utk kakitangan awam,asalkan korang pangkah aku...hehe

tapi,btol,kalau itu anwar dalam video tu,aku wish dia duduk diam2 kat rumah dan jgn mimpi nak jadi pemimpin Malaysia langsung...sbb dia dah hilang kelayakan nak memimpin.jadi penasihat ok la kot asalkan dia menasihat mengenai pembangunan negara dan bukan pasal agama.

tapi apa2 hal pun,kita tunggu dulu video penuh.

menurut sumber2 yang aku dengar..sad to say...benda ni betul.cuma semua benda ni aku dapat dr orang UMNO la.

dan plis,jgn tak hirau apa aku kata ni sbb source aku org UMNO.dia pun manusia jugak

Tanpa Nama berkata...

i didnt start the fire

paloibinmulau berkata...

@mantot,

ce citer...ce citer...mcm best ni. hang patut buat satu entry pasal topik kenapa hang percaya ni. kami blm dpt tgk video penuh dan kami x pernah dgr cerita penuh dr sumber amno. jadi mau juga dgr cerita dr pihak di sana tu. mantot... aku bukan sarcastik. aku mmg mau dgr cerita dr pihak sblh sana. aku mmg malas nak jenguk blog parpukari papagomo dan sewaktu dgnnya.

tenang islam berkata...

percaya ker tak percaya, kau dah tentu dapat hasil,gemok ler.pendirian aku si sial laknat yg munafik tu ,janganler suka telanjangkan orang,islam,kalau berani,jangan guna, media,polis dan hakim nagara,dan haramjadah pm.aku nak berak ni ,alah berak kat muka dialah,dan kencing sekali.

Tanpa Nama berkata...

Tenang Islam, ce bwk betenang...
name da best, tp gune word yg x bp sesuai. takyah la maki2, tak elok~

-Mr_315-

wonderfuLife♥ ♥ berkata...

aku xkesah sume tue,urusan nie antara dia dengan Allah,kalau betul dia pun,aku akan cari pemimpin yang lain tp yang berlandaskan Alquran n assunnah..
and aku setuju dengan paloibinmulau,yang pas xkan kesah dengan hal2 macam nie

Tanpa Nama berkata...

@Nadrah "kalau betul lelaki tu anwar, at least kita boleh put aside yang dia liwat saiful. ada perempuan buat apa nak layan lelaki."

DEPAN BOLEH, BELAKANG PUN BOLEH, SAMMMAAA RATAAA SAMAAA RASAAAAA !!!!!!!!

kekekekekeekekekekekekekekekkeke

Cik Nad berkata...

terlintas di pikiran. jika suatu ketika dulu menteri kesihatan kantoi dgn skandal di hotel. siap ada video. media takda kecah sangat. takda nak tayang di berita. tapi bila video anwar. bukan ditayang sekali. malah byk kali.. apa motif? apa motif?
kalau kata dia cina dan ini islam. kata kita dah 1 malaysia.. adakah sebab berlainan parti atau ada motif untuk kita tidak hanya fokus pada kes yang ini dan pandang sepi ppada kes yg lebih kritikal??

ika~~ berkata...

like komen cik nad..!
bak kte anwar, "org jmpa je sy org tgk muka, tgk perut, tgk muka, tgk perut"

Tanpa Nama berkata...

Rakan-rakan semua...

Saya bersetuju dgn pendapat cikNad. Masa kes CSL dulu, polis siap bagi amaran keras sesiapa yg menyebarkan cerita atau vcd tu akan dikenakan hukuman berat.

Tgk kes Anwar Ibrahim lain pulak jadinya, senang2 je benda nih boleh tersebar tanpa batasan. Suratkhabar dan TV sama2 berkomplot. Semata-mata nak mengaibkan Anwar dan keluarganya. The three stooges pemfitnah tu pun senang lenang tak kena tangkap. Sgt ganjil di sini.

Pemfitnah dan penyebar bahan2 fitnah ini adalah manusia paling keji dan jahhhaat!

And i dun think kalo Anwar tu bersalah dia akan sanggup menghadapi org ramai spt skrg. Berani kerana benar. That made him special from all the Malays men and umno men be very afraid of him.

Mamak Kutty berkata...

pedulik hape aku kalau anwar dibuktikan dlm video tu skali pun..

dh lebey 3 dekad aku idup kt M'sia ni. aku dh muak ditipu secare halus brjuta2 kali oleh kaki2 penjilat kote mahadey, bedawi & bijan razak..

i would welcome a CHANGE to another regime altogether anytime..

seasick82 berkata...

kalo perati betul2,DSAI adalah org yg dikira 'berjaya' memimpin family dia - bagi seorg kaki liwat,kaki kongkek dsb.(itupun kalau betul la..)
pikir2 kan lah....

Tanpa Nama berkata...

daripada sokong bn lebih baik aku sokong di DAP.
kahhh...kahhh..kahhh 1 monggol 1 anak badak.

Wani berkata...

Apa komen anda mantot dgn komen2 mereka disini http://www.independent.co.uk/news/world/asia/sex-scandals-obsess-malaysia-the-country-with-a-onetrack-mind-2274081.html

abanglek berkata...

aku aritu xde la sokong mana2 lagi & meluat tgk org politik ni. rosmah/dsai sama je. dap mcm nak cocok christianity, tapi sebenarnya agak respek pasal orang2nya rajin, ada otak skit, x harap advantage.

rely on barisan play safe la, tapi macam tu la, bole la, tengok je la sendiri. kalu banyak gi oversea bole banding2 la, even gi siam (negara xberapa maju cam Msia?), naik la atas2 skit krabi ke, dok 4-5 hari, driving, kalu banyak duit bole gi perth ke. pilih pakatan? jual agama & negara la jawabnye..

so nak pilih sape? 2 pilihan je..

ramai yang ikhlas kat pakatan, yang tujuan nak reform Msia. cumanya macam dah ramai dulu sokong babi buta macam dah rasa kena kencing. cuma biasak le barisan, banyak sampah2 yang ambik kesempatan (nak nama kot?), orang pakatan pejam mata lagi pasal yg bagitau tu orang barisan.

so kat sini maybe penyelesaiannya, orang yang betul2 ikhlas dalam pakatan bentuk satu team baru, nak guling dsai (&kerabat) susah juga. kalo betulla pkr tinggal kuntang-kanting kerabat dsai, tengok la dia serap kat pas ke dap. yang lompat2 gi barisan tu tak kisah le, tu sume sampah politik.

tapi kalu nak buat team baru ni kena brilliant & matured skit la. kena orang yang bole buat sistem & synchronization. takde la buat keje sume nak sub-con & guna consultant haprak, tapi ape pun tak bole. get off dari politik purba Msia.

galakkan budak2 sekolah berfikir, jangan jumudkan otak mereka pasal kepentingan politik. ustaz2 pun kena rajin skit ngajar pasal agama yang sejahtera ni. macamana nak hidup kat dunia yang sementara ni. macamana indahnya hidup & cara berfikir Muhammad SAW. bagaimana Nabi melayan isteri. bagaimana Khadijah melayan suami, adakah total obey? adakah Nabi tidak membantu isteri, memasak etc? adakah Islam tu keras & all about mati & akhirat? Nabi menangis semasa bapa sedaranya meninggal sampai dipujuk Allah. benda2 ni ustaz susah skit nak cerita pasal susah nak bagi impress budak2 selain cerita hukuman neraka etc.

apa melalut jauh sangat kat komen orang ni.. okey la, try cursing in behave.

basically, create satu team baru, orang yang pernah ada / pernah melompat dalam barisan terus reject (takut dia bawak politik purba Orang Kaya). simplekan struktur, kurangkan loop. jadi total pekerja kerajaan (orang yang bekerja dengan raja), makan gaji utk berkhidmat kepada rakyat raja, bukan rakyat parti. kurangkan kebergantungan luar, buat sendiri, guna sendiri. jangan gila sangat carik nama, ikhlas saja. thomas edison tu gile carik nama ke?, kena pnggil orang gila mula2 ada. pastu dia la mula bukak jalan utk yg ko rasa sekarang, malam xle gelap gelita. itu le hasil bagi orang ikhlas. cam tu le politik, x mesti berjaya semua, dapat bukak jalan utk anak cucu pun bagus & org kenang.

kalu ada team baru ni, aku join..

Tanpa Nama berkata...

Ingat nak tukar kerajaan nie benda bawak main ker?ingat macam ko bli baju bundle ker?sibuk cerita duit rakyat duit rakyat,brape banyak sangat duit yang ko labur utk negare?berape banyak bakti ko utk negare?mentaliti rapuh "nak barang baik tapi nak murah" nie la punca banyak orang melayu bertambah layu!DR.M dah tegur dah,melayu mudah lupa,melayu mudah lupa,melayu mudah lupa....xkn ko xtouching bile pemimpin sendiri tegur sampai mcm tu?belajar menghargai daripada asyik menangih...sedar sebelum lambat.....kerajaan xkorup,tetapi dalam xsedar mulut2x macam nie la yang mengkorupkan kerajaan...bukalah mata wahai saudaraku............

Tanpa Nama berkata...

pasal video ni leh lak korg ckp..."wlupun tu btl anuar...biarla...tu antara dia dgn tuhan"..masya Allah...klu btl tu anwar...korg biar sbb korg rs tu antara dia dgn Allah.dan org tu masih korg anggap mulia dan dipilih tuk jd pemimpin...tp...bl timbul bab rosmah...gile2 korg kutuk n hina sbb dia x pki tudung.korg kt najib xpandai didik isteri.knp korg xnk kata...biarla...tu aurat dia.urusan antara dia dgn allah.x payah kita bising2.....sy nk tya...apa beza dosa berzina n mendedahkan aurat?sy kurang arif sbb tu sy bertanya...pd pendapat sy ttg kerajaan skang...kerajaan x salah.yg salah mgkin pemimpin2 yg lalai dlm menjalankan tanggungjawa.pemimpin yg memegang gelaran pemimpin hya kerana pangkat.bkn utk membela rakyat.sepatutnya kita sbg rakyat...klu x suka pd pimpinan seseorang...the right thing to do is tukar pemimpin.tukar pemimpin x semestinya tukar kerajaan.pernah dgr kan pepatah yg mengatakan dlm setandan pisang...x semuanya busuk.pasti ada yg elok.sbg org yg 'bijak' ...kita pilih la yg elok.setiap parti politik yg ada kat malaysia ni rasanya lg bagus klu mereka bergabung dan bangunkan Malaysia.bkn pecah belahkan masyarakat hanya kerana nak capai matlamat diri sendiri.