April 04, 2011

Surat Dari Pembaca : Housemate Dari Neraka

Salam Mantot..

First of all thanks sebab sudi luangkan masa baca email ni.. saya ialah salah seorang silent reader blog awak yang setiap hari akan tgk dan baca post2 terbaru. jgn risau.. email ni bukan nak complain apa2 cuma dah nama blog pun'cursingmalay' so saya pun nak cerita perihal orang melayu..

bulan januari kawan saya masuk ke rumah sewa yang baru. masa datang dia tgk girl yang duduk kat rumah tu pun ok. muka nampak innocent je. jln dengan cakap pun kepit je.. hari pertama dia dtg nak pindah barang.. dia agak terkejut tengok ada pakaian lelaki dengan seluar dalam bersidai dlm rumah. kasut lelaki pun ada.. mungkin girl tu tahu apa yang kawan saya fikirkan, dia pun ckp yang semalam tunang dia tidur sini. temankan dia sebab dia tinggal seorang. nanti adik dia akan duduk dengan dia. kawan saya pun cakap oklah. cuba untuk berfikir baik.. mungkin girl tu memang takut duduk sorang2..

esoknya kawan saya dtg lagi nak pindah barang dan kemas bilik. dia tengok seluruh family girl tu ada kat rumah tu. mak dia abang dia kakak dia abang ipar kakak ipar anak sedara dari yang besar sampailah yang kecil. kawan saya pun fikir takpela kut sekejap aje.. kawan saya pindah barang dengan tunang dia..
minta tunang dia tolong angkat barang2 yang berat..


3 hari selepas tu baru kawan saya pindah betul dan kunci bilik hanya diberikan selepas kawan saya masuk.. maknanya sebelum ni walaupun kawan saya dah pindah barang dan bayar deposit kunci still diorang pegang. masa kawan saya masuk semuanya ok dia pun baik.."kalau nak makan apa-apa.. ambil je.. kita kongsi-kongsi" kawan saya pun senyum
ajelah.

kawan saya ni bukan jenis yang memasak. tengah hari makan kat opis.. lepas keje pergi makan dulu baru balik kadang-kadang dia bungkus makanan. mungkin ada dlm 2 ke 3 kali je dia makan kat rumah tu sementara tunggu gaji masuk.

seminggu lepas kawan saya duduk, adik girl tu pula masuk. lepas tu dia tgk toileteries dia belum sebulan dah habis.. dia pakai krim mandi 1 liter takkanla 2 minggu dah habis.. ubat gigi pun sama.. memang tempat dia letak barang2 tu berubah-ubah. dia pun fikirla mungkin dia terpicit banyak.. esoknya dia tgk ubat gigi ada menitik merata-rata dlm bilik air.. dia tak nak tuduh sesiapa tapi saya tahu kawan saya ni memang jenis tahu mcm mana dia letak barang.. dia memang sgt2 particular so lepas semua tu habis.. dia beli baru n letak dlm bilik bila nak mandi baru bawa pergi bilik air.

kemudian, make up dia pula hilang.. dia pun pelik.. mcm mana make up yg ada kat dlm bilik boleh hilang.. oh mungkin dia tersalah letak.. jenuhla dia spot check bilik, korek sana-sini kut2 tersalah letak.. cari dlm kereta dan rumah family tunangnya juga sebab dia selalu ke rumah. tapi hampa takde.. so dia fikir mungkin dia terbuang.. dia diam je.. buat mcm biasa pergi keje balik keje makan dulu pastu baru balik rumah.

dia pun awal2 dah pesan dengan diorg yang dia ni malam-malam pun buat keje. so kalau dia memerap dlm bilik tu maknanya dia buat keje. bukan saja2 tak nak bersembang dengan diorang n tgk tv. dia pun bukan jenis yang suka tgk tv sgt. dia tgk cerita gemilang je kat tv3.. itupun 3 episod yg pertama dia tumpang tgk tv diorang.. yg lain semua dia tgk kat tonton. so dia igtkan semuanya dah ok..

last week dia balik rumah parent dia.. bila balik rumah sewa dia tgk tgk lagi sekali make up dia hilang.. barang2 dia ada yang berubah tempat.. lagilah pelik.. takkanla ada hantu suka curi2 make up orang kut.. dia diam lagi.. bila perkara mcm ni dah jadi.. mulalah dia suspek seseorang.. selalunya adik dia akan duduk di rumah bila semua org dah pergi keje.. untuk menghilangkan persoalan di hati.. dia pun masuk bilik diorang dan dia jumpa barang make up dia dlm bilik diorang! patutlah krim mandia dia walaupun dah letak dlm bilik tapi still cepat habis!

bila adik girl tu balik.. dia tanya pasal barang tu.. terus adik girl tu maki kawan saya.. ckp kawan saya sial.. sundal.. suka buat maksiat.. bawak balik jantan.. menumpang rumah orang.. menghabiskan api air.. curi makanan diorang.. mcm2 lagi. siap tunjuk fuck dan ludah2.. pastu adik girl tu call kakak dia.. kawan saya pun agak geram.. dan of course marah. kawansaya pun ckpla.. kenapa kurang ajar? fitnah dia bukan2.. suara dia pun mula meninggi. adik dia terus keluar rumah tunggu kakak n tunang kakak dia balik..

kakak dia pun balik rumah dgn tunangnya.. tunang dia pulak masuk rumah terus sepak kasut.. bayangkanlah kawan saya seorang nak menadah telinga untuk cacian yang keluar daripada 3 mulut manusia.. diorg tanya kenapa.. kawan saya ckpla pasal barang dia hilang.. kalau betul ambil mengaku.. kalau tak sudahla.. dia
pun sebelum ni memang pernah ckp kat saya yang dia ada terfikir nak pindah sebab diorang suka buat bising.. lepas tu bawak masuk penyewa lain tanpa beritahu kawan saya ni.. kawan saya bukan menumpang dia bayar sewa.. jadi kalau ada orang baru nak masuk.. sekurang2nya beritahulah dia dulu.. dia pun ada hak untuk tahu

lepas tu terus kawan saya ni dihujani dengan macam jenis perkataan yg menyakitkan hati.. tunang girl tu pun boleh tahan.. sebab kawan saya perempuan dia berani buat mcm tu.. dayus la kut.. bukan dia yg duduk dlm rumah tu tapi sebab sayang punya pasal.. dia pun backing la si kakak dengan si adik ni.. pastu tuduh kawan saya tampar adik dia.. pergh bila masa?


lepas tu diorang macam lari nak jawab soalan pasal make up tu.. point kawan saya malam tu pasal make up je. lepas tu terus diorang tuduh kawan saya curi beras dengan sabun basuh baju.. WTF dapat duit ke curi benda2 mcm tu.. kalau kawan saya makan pun sebelum ni girl tu kan pernah ckp dengan baik dan lembutnya suruh makan sama2.. lepas tu, kawan saya mandi pun boleh jadi isu.. dia mandi average memang 10 minit. pompuan kan.. lepas tu ckp pasal kawan saya mandi dgn basuh baju kat rumah tu duit air melambung2.. tak masuk akal.. masa dia sewa kat rumah lama takde masalah pun.. siap pakai washing machine. kat sini basuh tgn je.. pasal tutup pintu pun jadi isu.. pintu depan rumah tu memang agak rosak sikit.. kalau nak tarik kena kuat sikit.. itupun diorg ckp dia suka hempas2 pintu segala.. tuhan ajelah yg tahu betapa sakitnya hati dia malam tu..

lagi best diorang suruh dia keluar rumah tu malam tu jugak.. eh dia dah bayar sewa takkan nak keluar mcm tu je.. infact kawan saya bayar lebih dari diorang berdua.. diorang bayar sikit duduk bilik besar kawan saya bayar banyak duduk bilik kecil.. tunang girl tu pulak keluar ayat best "mulut ko tu jaga sket. aku bagi peluang untuk ko duduk di sini lagi.. tapi aku tak nak dengar ko buat diorang ni mcm ni" mcm kawan saya ni menumpang kat rumah orang..

semalam saya ikut kawan saya pergi cari bilik sewa baru.. alhamdulillah Allah tolong dia.. dia dpt rumah baru.. dia igt nak pindah esok.. tapi tiba2 pagi tadi mak diorang pulak telefon.. suruh dia berambus ckp bukan2.. fitnah dia bawak laki tido kat rumah.. padahal girl tu yang suka bawak laki masuk rumah. mestilah mak girl tu percaya anak dio sebab anak dia balik kampung pakai tudung.. duduk kl tudung terbang...

ada lagi ke orang mcm ni.. tak cukup diorang tiga orang.. mak dia pulak serang kawan saya.. siap ckp nak report polis tuduh kawan saya mencuri barang2 anak dia.. mak dia pun cakap kawan saya tu babi.. satu family dia memang mcm ni ke? FYI kakak dia pernah keje GRO..

dan mungkin Allah nak tunjuk.. semalam masa kawan saya nak keluar pergi keje.. kawan saya nampak penyewa baru tu tidur kat ruang tamu dengan kawan dia kut.. dua2 girls tido atas tilam yang sama.. peluk bukan main erat.. mulut bertemu mulut.. astagfirullah.. saya rasa bagus kawan saya pindah dari rumah tu.. satu family syco.. tak sangka zaman sekarang ni ada lagi orang mcm ni.. suka fitnah orang..

kepada yang nak cari bilik sewa tu.. saya nak pesan jgnlah terpedaya dengan orang yang nampak innocent ni.. sebelum pindah tu cari rumah yang elok.. kalau ada rasa tak best je.. pindah terus.. jgn tunggu nanti jadi mcm kawan saya ni.. baru 3 bulan nak kena pindah lagi.. tak sangka duduk dgn orang gila..

thanks sebab sudi baca email yang panjang berjela ni.. just nak cerita pasal orang melayu yang duduk kampung datang kl pastu rasa diri dah kl habis.. rasa diri dah besar habis sampai boleh caci maki orang.. dan fitnah2 orang.. sory kalau ada yang terasa tapi inilah realiti orang melayu.. suka jaga tepi kain orang.. suka fitnah2 orang tapi diri sendiri tak nampak kesalahan. mungkin kawan saya pun ada khilafnya.. tapi takdela sampai nak memperdajal orang mcm mana yang diorang buat kat kawan saya ni.. harap diorang akan terkena buku dengan ruas nanti..

Yang benar,
Izan

...................

Komen :
Aku kesal dengan penulis surat ni.Dia dah nampak adegan lesbian depan mata dan dia tak ambik video!Kalau ada video,dia boleh pegi jumpa "orang kuat UMNO" claim itu video Nurul Izzah dengan wanita mana-mana sedang berlesbian-lesbianan.Mana tau boleh dapat title Datin dan jadi ikon orang Melayu!

Hehe.Tapi secara seriusnya,nasihat aku,kalau nak duduk rumah sewa,duduklah dengan orang yang kau kenal.Member aku duduk dengan seorang mamat playboy di kondominium lima bilik dan tiap2 minggu mamat tu bertukar pasangan.Apa yang member aku mampu buat hanyalah mendengar esakan dan gelak2 manja minah2 Melayu gersang setiap kali proses zina berlaku.

Satu tips nak carik bilik sewa,tanya dulu yang dah menyewa situ,"Kalau saya bawak masuk boifren /gelfren saya boleh tak?" hanya sekadar untuk menduga bakal housemate anda.Jika dia kata "Silakan!I pun! macam tu.Sini jiran semua sporting!" jauh2kan diri anda dari rumah tu.

51 ulasan:

ja_on_seven berkata...

"Satu tips nak carik bilik sewa,tanya dulu yang dah menyewa situ,"Kalau saya bawak masuk boifren /gelfren saya boleh tak?" hanya sekadar untuk menduga bakal housemate anda.Jika dia kata "Silakan!I pun! macam tu.Sini jiran semua sporting!" jauh2kan diri anda dari rumah tu."

tips ni sgt bergune!!

erinn kechiik berkata...

perhh hangin jerk aku ngan popmn uh wlupun bkn q yg alami situasi ni.. erhhhh

boboy berkata...

kalau macam tu, lebih baik sewa rumah sorang. macam aku.

Aku dah malas nak toleransi. Sendiri lagi senang.

Keburukan, sunyi laaa...

fatt berkata...

entry panas..aku pun panas hati baca..tak lama lagi roboh la flat/kondo/rumah sewa tu..

Norain Ishak berkata...

sabar je lahhh.banyak pahal bersabar dengan perangai orang macam tuhhh. :)

Norain Ishak berkata...

*pahala

Tanpa Nama berkata...

memang betul tips en mantot,
lebih sethn yg lepas aku nak pindah rumah baru, seblum nk pindah aku nak sewakan bilik lama kat org baru sebb housemate aku suruh cari...kejadian blaku masa aku pegi keje, so adik aku tunggu sorng girl ni dtg nak tngok bilik..girl ni tnya adik aku "rumah ni boyfren bole masuk tak?" terkedu ternganga adik aku, brpa minit haha pastu adik aku ckp tak bole
wpun kami yg nk kluar dri rumah tu tapi kami tak sanggup la nak bagi naya housemate yg tinggl sebb aku tau exhousemate aku tak buat pkara camtu.

seposeng karat berkata...

aku harap member ko pun cari bilik/umah sewa lain la mantot..cam dh bersubahat dgn mamat playboy tu..

Tanpa Nama berkata...

***nak tambah lagi, girl yg tnya "rumah ni boyfren bole masuk tak?" bukan bmksud spti en mantot....girl tu memng sungguh2 nak stay in 1room dgn boyfren dia dlam rumah lama kami..malu sunggguh perangai camtu, lain kali cari boyfren mampu korang sewa je 1rumah

Tanpa Nama berkata...

panas hati gak aku baca, geram betul dengan perangai manusia macam tu, nasib si pompuan tu penyabar, kalau tak mesti dua2 orang tu tak nampak dah matahari n bulan, namapak tanah jer.. ee

wannurakmal berkata...

tu takot arr tu.tergugat.. tu yg dok fitnah2 org tu.

Tanpa Nama berkata...

kalau duduk kolej pun, try carik roommate yg ok.. roommate aku sume harta aku dia sapu... selipar n sandal aku ske2 ati dia je nak pakai.. bila putus wat bodo...

hatta air masak aku pon dia sebat.. bukan le aku ni kedekot, tp pikir le, org penat2 jerang air, bila nak minum dh xde... len kalau dia ringan tgn tolong jerang air... ingat aku ni hamba dia ke sume benda aku buat.. sampah yg dlm tong sampah pon aku yg pegi buang.. bilik aku yang sapu... dia menyepah je...

xmalu btol. perempuan jenis ape le tu... dh le slalu memekak nyanyi.. sora x sedap tu simpan sendiri2 je la ye.. xde sape sudi nk dgr... gayut dgn pakwe pon bising, nak je aku rakam , biar dia tgk betapa gediknye gaya dia bergayut tu

susah nak pahamkan org yg x beradap ni.. x kan x boleh consider kot.. org solat, mengaji, ko tolong le respek sket... kalau dgr azan, x boleh ke tinggalkn laptop tu jap, biar telinga ko dgr azan... bukan nyanyi2 sesedap rasa je... ko tu PEREMPUAN MELAYU, ISLAM PULAK TU... mak bapak dh ajar ko agama cukop kot... pakai tudung sopan, tp apsal le perangai tak manis?

mmg nobody perfect, at least kalau org tegur baik2 tu tlg le ada kesedaran.. tegur tanda syg... bukannye ko balas dgn 'HEI HAK AKU LE, YG KO NI NAK JADIK MCM MAK BAPAK AKU CONTROL AKU APEHAL?!'

ini ke melayu moden? melayu urban? tak boleh paham asas2 idop bermasyarakat?

idop bermasyarakat, jgn pentingkan diri, nanti ko mati ko ingat kubor ko boleh gali sendiri?

-masih menjadi melayu-

ejaMaria berkata...

bukan la bangga sgt jadi org kl... tp mmg biasa la jumpa org kampung yg terlebih jd org kl... ntah la...

Tanpa Nama berkata...

cuba perhati tengok budak budak uni yg duduk luar jauh dari mak bapak diorag.ada yang tidur sekali dengan bf tuh jadi benda biasa dah.

Republic Aku berkata...

itu pasal aku tidak lihat rupa itu adalah sebenarnya.

karim siram tiram berkata...

"ko ni kampung ah".ayat2 selalu pakai masa zaman skolah.hahaha..digunakan utk kwn2 yg menyimpang dari cara idup bandar(bandar la sgt..).pakai sluar skolah bell bottom,mmg siap ah kena dijadikan bahan bual bicara kutuk mengutuk.lol.

yeah,cerita betina dan tunang sama family dia ni mmg salah satu contoh kekampungan yg terbaik.culture shock at its best.dok kampung pakai tudung,mai bandar sket dah kelongkang tudung smua.

aku perasan something lately,selepas ledakan internet this past few years,maksudnya pelbagai internet Service provider bercambah byk dan agak affordable,computer yg harga dah semakin affordable juga,so ramai yg bole beli these sort of technologies.so kebanyakan dari budak kecik sampai setua tua manusia smua dah on the internet nowdays.baik yg dok kampung,apatah lagi yg dok bandar.negara kite dah one step forward dari segi bende2 ni.baguslah kalau bende alah ni smua guna dgn cara yg elok.

tapi cuba korang peratikan lebih kurang 3-4 tahun yg lepas ni.mcm menjadi2 plak social disease dlm masyarakat.teruk dgn mendadak.adakah ini smua berpunca dari ledakan internet lately?mungkin kot..

even kat tv pon klau korang perasan dah x mcm dulu.dulu zaman rock kapak bermaharajalela kan,around late 80's sampai early 90's lebih kurang,klau band members rambut panjang,sorry la dapat masuk tv buat show.artis2 buat salah sket dah kena gam sana sini.even benda remeh pon kena gam.sampai tahap mcm tu paranoidnya kerajaan time tu.tapi la ni,smua itu hanyalah sejarah.lol.artis pompuan rilek je mini skirt.lurah murah mmg mudah nmpak.selambe je beb.iklan bra pon rilex je advert kat paper.aper lagi...?korang tambah ah sendiri.

kesimpulannya culture shock.sekian.

p/s byk lagi nak tulis dan byk idea dlm otak tapi bersepah2.aku dah fed up dgn diri sendiri.laugh out loud.

Tanpa Nama berkata...

HAH..

siapa nak bilik sewa area damansara damai, contact aku..pompuan sahaja...gerenti selamat..hehehe

aku lelaki

Hikari berkata...

aku pun pernah kena mcmni dgn sekor beruk saiko. selamba rock fitnah orang..

sebenarnya orang mcmtu sbb dia nk tutup kesalahan dia..

nama pun saiko.. haiishhh

izan berkata...

terbaru: girl tu tak nak bayar balik deposit kawan saya.. dia tuduh lagi kawan saya tak bayar sewa. adik girl tu pula siap maki2 lagi kawan saya ni... padahal kawan saya ada semua bukti transaction... memang diorang semua suka makan duit haram kut.. atau diorang memang hidup dgn cara makan duit orang mcm ni

dahla fitnah orang.. mengutuk bukan-bukan.. maki2.. suruh keluar dari rumah tu.. kawan saya dah keluar cara baik.. masa keluar dia siap bersihkan bilik tu dan sapu semua sampah.. lepas tu deposit kawan saya diorang tak nak bagi... apa jenis manusia la..

[AMR]ReenaRawee berkata...

kes ni mcm kes kawan saya masa kat HOSTEL.
roomate dia suka bagi meggi, walaupun kawan saya tak pernah minta - sebab dia bukan jenis makan meggi macam student biasa.
roomate ni juga suka fitnah roomate lain secara senyap [satu rumah = 6 orang, habis semua kena guli ngan budak ni].
bila nak habis sem, bila semua dah macam nak bergaduh, dorang buat slow talk, then satu rumah nampak perangai roomate ni.
yang roomate ni punya la kurang hajar fitnah kawan saya kat mak dia, sampai mak dia call mak kawan saya dan cakap "ANAK HANG NI, TIAP MALAM MENYALAK MACAM ANJING MINTAK MEGGI" - kawan saya sebelum tu dah pulangkanlah meggi yg roomate tu bagi. yela, nampak sangat tak halalnya roomate tu bg sebelum ni.
then malam last kat hostel, kwan saya keluar makan.
dia balik, penuh lantai dengan meggi kering [tak masak] + perencah + air dituang macam tu je.. yang roomate tu pulak dah balik cuti sem.
nasib baik kawan saya ni dah letak semua barang dia kat housemate lain, kalau tak habis semua bantal, teddy bear dia pun rasa meggi.
-_____-"

S.T.A.L.K.E.R berkata...

anon 12:46

Sesetengah manusia mmg kurang ckit diorg punya civic consciousness kalo duduk 1 bumbung. Ayat tipikal bila nk pinjam brg: "Lek la bro..brg ko brg aku juga. Vice versa." Vice versa kpala teloq dia kalo xtau jaga amanah org & xde sikap tanggungjawab. Brg rumah habis, rosak, kotor dsb dok buat xtau je. Bila org x bg pinjam mula la ckp kera sumbang, loner, loser, kedekut dsb. Ape yg diorg x sedar ialah some people have different views and levels of privacy. Bukannya smua brg ko bleh buat reta...

Siberkop berkata...

Izan, Report polis la ker amende lembaga pengguna tu ke.Mantot org kuat lembaga tu.

Nak tahu gak cerita akhirnya camne. Harap2 yg jahat mendapat pembalasan mcm selalu dlm drama. Siap ada gambar lesbian ker.

Ateeka Amer berkata...

eh panas gak aku baca mende ni. grr. sebab tuh, walaupun zaman U, masa first year je aku duduk dengan roomate. sebab wajib. second year taknak roommate dah. aku boleh sakit jiwa kalau tinggal dengan orang yang irritating ni.

izan berkata...

AMR: kawan saya tu masa pindah siap beli beras, sayur dan 2 sardin ganti balik apa yang dia makan.. dia makan pun 3 kali je.. itupun lepas girl tu beria ajak makan kat rumah tu.. 3 kali berapa gram sgtla beras yg masuk perut dia.. tapi dia ganti 1.5kg beras...

siberkop: ya harap yang jahat tu dpt balasan walaupun makan waktu.. kawan saya memang tak halalkan duit deposit dia.. terkesan sgt2..

Ms Z berkata...

kalau duduk kat u lagi r merana.. nak xnak kne gak stay ngn rum8 yg tah pape tu..lg2 cam aq ni memg every sem xkan tukar housem8..Saket hati dok pendam je xtau nak ckp kat sape. kalau mintak tukar memg nampak awkward gile...plus kitorg 1 course. any suggestion?

Tanpa Nama berkata...

Tot, aku nak tambah lg siket.. pengalaman tunang aku gak..
housemate dia ni jenis x suka cuci toilet, termasuk flush.. and lagi satu masak suka buang dalam sinki minyak2 buangan.. sebenarnya teruk gak perangai pompuan kalau nak pikir.. tp x semua la...

Tanpa Nama berkata...

as-salam.

sy belajar kat UK.sy pun duduk kat rumah sewa dengan 5 lagi housemate;4 melayu dan sorang omputih.

yang omputih memang xyah cerita sebab cara hidup dorang [walau bukan semua] memang agak kurang bersih.jadi kadang2 masuk toilet nampak seluar dalam dengan pad yang masih memerah tu dah jadi lumrah.

dalam 4 Melayu tu,ada sorang jek yang sy betul2 sayang sebab akhlak memang terjaga dan beliaulah yang menceriakan hidup sy sepanjang dok rumah tu.

yang lain,paling sy hairan adalah ketereran dorang untuk bermuka-muka.belakang orang,mengumpat dan mengata bukan main tapi kat depan,manis muka manis perkataan.sungguh sy rasa pelik sebab tak sakitkah jiwa ketika terpaksa bermuka manis & lembut perkataan?

apapun sy agak menjarakkan diri daripada mereka & cuba berhati-hati.sebab bagi sy,kalau mereka boleh mengata orang lain yang mereka cukup baik dan rapat di hadapan sy,x mustahil mereka boleh berbuat perkara yang sama terhadap sy.

cuma sedikit kesal sebab kenapa nak memburuk-burukkan sesama Msian kat oversea ni.yang diburuk-buruk itulah jugak yang menjadi saudara kat perantauan,yang datang menghulurkan bantuan bila kita kesusahan.hurm..

Tanpa Nama berkata...

'sory kalau ada yang terasa tapi inilah realiti orang melayu..'

that is 1 example of malays attitude but to blame all malays i think its not fair. be rational k.awk xtau kaum lain cmne.ada yg jahat ada yg baik gak.

btw,dlm kes ni family & kwn la yg penting kot.klu pihsk berkuasa, aku xtaula stakat mana berkesannya.nmpk klu kes vip xsmpai semggu dh setel.siap jpe dna dlm jubo yg dh lama dibasuh.tp klu stakat org biasa cm kita ni xtau la.klu kne ke aku bwk kwn pg setelkan bdk tu.nk setel cmne tu atas dr masing2 la.

Atiqah Ahmad berkata...

pernah terkena. T_T

dia cakap dia da kawen but long distance. mula-mula husband dia datang weekends jer time aku balik kampung. lepas 3 minggu, hari-hari husband dia ada kat rumah.

aku takdelah nak sangka jahat but kalau da datang setiap hari, takde maknanya long distance. kalau da kawen, sewa jerla serumah takyah nak sewakan bilik kat orang lain.

pastu bawak kawan (couple) balik rumah. menumpang tido la konon. langsung tak hormat aku.

tak sampai 3 bulan, terus aku keluar. lepas tu, deposit pun taknak bagi balik. aku sms buat taktau jer.

memalukan betul.

Cik Aishah Zakaria berkata...

kawan aku pon ade kne kes mcm di atas...pon sama curik brg2 mandi sume..paling xberagak tu mencuri duit skali..pastu ckp kt kwn aku dy dapat bonus..hahaha...best giler bos dier bg bonus kt dia tiap2 bulan...siap belanja kwn aku yg dy curik duit tu mkn mcD...sengal...

ktorg siap ajar kwn aku tu sindir je minah tu..tp sbb kwn aku tu tlalu baik so xsampai hati dan biar je budak tu curik duit dier smpi kwn aku tu xckp duit..last2 xtahan langsung kwn aku tu pindah umah..nasib ade kwn rapat area situ..

sengal betul budak tu..mencuri dari org yg susah pastu takut kantoi maki kawan aku tu mcm2,ckp fitnah dia..kembung arr perut ko mkn duit haram!haisshhh!!!!

Tanpa Nama berkata...

sabor je lahh. kita bako kita bako!

Tanpa Nama berkata...

saya pon penah kene jugak,x-housemate saya bawak bf masuk rumah time sy balik lambat. lastly kantoi masa saya balik awal tgh merokok sambil guna notebuk saya sambil merokok penuh satu rumah..benci nye tuhan aje yg tau. makan makanan saya, yg paling bodoh guna notebook saya log in FB dia..so saya tau semua pasal dia. dah halau keluar pon. sekarang dpt housemate yg ade civic. everything went well..alhamdulillah.

janggut berkata...

kawan hang izan takde boifren taiko ke....awat tak rembat je celake tetiga ekor tu....kimak tul

Haziq berkata...

wei apsal yg xpuashati dgn roomate pempuan jer.... ak dduk UM ni ok jer dgn roomate ak

bLaCk | maWaR berkata...

kalau anda pikir semua pompuan tu

pembersih/pencermat pen etc3...

maka,

anda SALAH!


KADANG2 LAGI PENGOTOQ DARI ORG JANTAN..

azraiasari berkata...

haih.. komen2 yang tidak lebih dari bebelan kosong. dok sokSek member la, jiran la, tunang punya makcik belah mak tiri la, tetapi tiada seorang pon yang memberikan penyelesaian dan bertanggungjawab BUKAN sebagai orang MELAYU, tetapi orang ISLAM. awatnya tidak dilaporkan je kepada polis atau jabatan agama tentang hal ini.

hemat aku, tuan rumah tu da dikira mencuri (alat solek) dan merompak (duit deposit). kita boleh lapor pada polis, kan =)

if inilah perangai (membebel/merungut tanpa bertindak) MELAYU kita, tak kemana da MELAYU ni =(

ps: fitnah sangat berleluasa sekarang ni. satu soalan buat tuan punya blog, tidakkah ayat ini adalah fitnah dari anda??

"Aku kesal dengan penulis surat ni.Dia dah nampak adegan lesbian depan mata dan dia tak ambik video!Kalau ada video,dia boleh pegi jumpa "orang kuat UMNO" claim itu video Nurul Izzah dengan wanita mana-mana sedang berlesbian-lesbianan.Mana tau boleh dapat title Datin dan jadi ikon orang Melayu!"

maaf semua (termasuk tuan blog) sebab bagi aku, this statement will make us being a TYPICAL MALAY forever! bak kata pepatah, "kata dulang, paku serpih.."

blogger who especially as famous (have a lot of follower) as you should be responsible to your writings. kelak kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat.

salam perkenalan dari pengembara. sama2 kita belajar, insyaAllah =)

azraiasari berkata...

komen aku hanya untuk penulisan ini. sebab aku hanya baca penulisan ini.

salam ukhwah =)

Tanpa Nama berkata...

bengap gak kamo ni wahai azaraiasari. kalo kamo meneliti penulisan blogger neh, kamo akan tao ape maksud ayat dier tu. ceh.

Punk Princess berkata...

Sebab tu la aku xnak duk umah sewa..biarlah org nk ckp aku sombong ke ape..now aku dah ade rumah sendiri..duduk dgn adik aku lg..best gle kot?mkn mndi baju semua xberkira..family dtg every weekend semua..tp bab2 jantan masuk rumah mmg TAK BOLEH..

Tanpa Nama berkata...

gambaran masyarakat kita hari nie adalah cermin pantulan dari akhlak pemimpin kita hari ini.... Pemimpin itu tauladan kepada rakyat.

Pemimpin makan duit haram, buat fitnah, suka porno... itulah masyarakat MELAYU kita

Haryz Khairuddin berkata...

kdg2 ada org kampung yg berperangai lagi teruk dari org KL (aku x ckp semua ok. jgn nk slh fhm n serang2 aku pasni). sbb pernah kene kat aku time matrix dulu. dorang dengan selamba leh ckp "org bdr ni semua dah rosak akhlak kan? dah xde rase malu." (n korang rase ape tindakan korang kalau kene cmtu, dari org yg langsung x kenal sape ko.. x pernah tau camne family ko didik ko.. n x pernah jejak kaki pon ke kl).

IZAN: ckp kat kwn kau tu, normal la jumpa orang camtu. kira bersyukur sgt2 Allah tunjukkan bukti utk kawan kau keluar dari rumah tu. lagipun dah kata si kakak tu pernah jadi GRO, rasanya halal ke duit dia selama dia bagi kat family dia? (walaupun ada yg kata, "sy keje kat situ jd setakat tuang2 air je. x buat lebih2 pon.") sebab darah daging yang tumbuh dari duit haram (even syubhat), hanya layak dibakar dengan API NERAKA je. n perangai golongan2 macam tu macam perangai orang gila @ orang yang dirasuk syaitan.
so, jangan terperanjat la jumpa orang yang perangainya lagi teruk dari haiwan. sebab semua tu bermula dari pemakanan kita n dari mana kita dapat sumber rezeki kita.
apapun, ckp kat kawan tu, kalau dorang kacau lagi, buat je repot polis. jgn takut la. n mintak tolong dari Allah. Dia Maha Pelindung. berdoa byk2 pd Allah. sbb kawan kau tu golongan teraniaya. n doa org teraniaya ni sgt makbul.

Ara berkata...

asal bace tajuk pon tetibe tringat post obefiend?

Munna berkata...

pernah jgk ddk serumah ngan budak pngotor. periuk nasi smpai berulat blum tentu nak basuh. mug ada milo dah berkulat pun dia biar je. rumah jd busuk lau smggu x balik.tp gatai sgt bf sana cni..kalau lah sume bf tau perangai pengotor dia,mmpus seko pun x lekat.

Aslina berkata...

sebagai bekas student mekatronik... lain kali kalo la ditakdirkan aku dapat keje jejauh... pastu takde sape yang aku kenal duduk serumah...

mau aku pasang cctv senyap2 dalam umah tu... wakakakaka....

kat depan umah dan bilik aku sahaje. bleh elak kejadian macam izan ni... agak2 buat aku rasa saspek bukan2 je... haa... dah ade bukti...

report polis sudah.

tapi kang ada plak tuduh aku saiko... how??

azraiasari berkata...

anon 9:36

lagi satu perangai 'typical malay', MELATAH xtentu pasal. memakiHamun dlm idup da jd bagai budu dgn kelantan, cencalok dgn melaka. da jd rutin.

perangai 'lontar batu sembunyi tangan' dan 'anjing menyalak bukit' da jd sinonim.

ps: cek bukan nk 'serang' tuan tanah, cuma berkongsi pendapat dan cara. jika diterima, alhamdulillah. jika tidak, idup mesti diteruskan sbb ini tangungjawab aku sbb pembaca beragama islam dan dilahirkan melayu. bak kata tuan tanah, "jika tak bersetuju dan nak maki aku, harap jgn pkai anon."

salam kembara =)

Miss Meen berkata...

"Satu tips nak carik bilik sewa,tanya dulu yang dah menyewa situ,"Kalau saya bawak masuk boifren /gelfren saya boleh tak?" hanya sekadar untuk menduga bakal housemate anda.Jika dia kata "Silakan!I pun! macam tu.Sini jiran semua sporting!" jauh2kan diri anda dari rumah tu."

TIPS NEYH SANGAT BERGUNA BETUL !! AKU NK TRY NNT..hahhaa

W0w !!! sekarang akhir zaman dah tiba..bumi pun dah tenat..hubungan sesama manusia pun dah regang..s0 seram !!!

Apa yg b0leh buat kat sini..sentiasa BERDOA..^_^

Dan to Izan ... tak payah amek balik dep0sit tuh..dan keluar dgn cara terh0rmat..sbb 0rg mcm ney nnt cepat jee balasan Tuhan..
Entah2 rumah neyh nnt jadi mangsa serbu POLIS & J.AGAMA..

Susahnyaa nak kenal manusia yg macam neyh...Dah makin ramai org yg ada penyakit jiwa dan mental berlumut!!!!
Geram pulak dgn family mrk ney..

Tanpa Nama berkata...

melayu menyumpah .. hahahahahaha

eddyminako berkata...

aku bace pun dah bengang giler dah...

MugoTerbe Flying High berkata...

pergh..budak kampung, pegi bandar, dah prasan bandar... sedar2 la ckit~ ingat asal-usul... adey. *geram tol aku bace* X(

Tanpa Nama berkata...

@aslina

ape kena mengena ko "bekas student mekatronik" dgn ko klau keja jauh sewa umah ngan stranger then pasang cctv etc?nak mintak dilambung ke? *tepuk tangan*

Tanpa Nama berkata...

Orang yang buat salah akan memutarbelitkan keadaan supaya mereka nampak betul dan orang yang teraniaya nampak bersalah.