April 13, 2011

Bab 2 : Perubahan Hidup Aku

Dalam hidup seorang lelaki biasa macam aku,akan ada beberapa level yang perlu dilalui.Perubahan-perubahan ni berlaku mungkin kerana mengevolusi hidup atau sekadar perubahan minima macam berpindah rumah atau sebagainya yang tak berapa memberi kesan mendalam dalam hidup ni.

First sekali aku rasa hidup aku berubah adalah bila aku kena masuk sekolah asrama.

Untuk 6 bulan pertama tu aku memang agak susah nak accept kena duduk dekat hostel dan bukan dekat rumah.Makan makanan yang langsung tak sedap dan buat semua benda menggunakan kudrat sendiri.Aku memang struggle waktu tu dan dalam hati aku,aku punyalah menyesal belajar rajin2 dan berjaya masuk sekolah asrama.Serius...

Tapi lama kelamaan aku adapt dan adapt sehinggalah sampai satu tahap bila aku rasa seronok dan aku dah jadi sayang dekat rumah kedua aku,iaitu sekolah aku.Kecuali beberapa ketika kena belasah atau kena buli (standard la) atau kena tangkap dengan warden sebab hisap rokok dan keluar sekolah curi2.Benda lain semua orait aje pada aku.

Adakah masuk ke sekolah berasrama ni satu perubahan yang aku nak?Entahlah.Aku tak rasa aku nak masuk asrama,aku cuma nak UPSR aku semua A.Masuk sekolah asrama adalah satu perubahan yang aku terpaksa lakukan sebab aku nampak arwah bapak aku punyalah gembira aku masuk situ.Jadi,bila-bila aku homesick sehinggalah aku form five sekalipun,aku akan ingat benda tu dan memori aku tu la yang push aku stay kat sekolah bila keadaan jadi huru-hara,cthnya perasaan sakit hati sebab baru lepas kena terajang atau penampar dengan senior takpun warden.

Bila dah umur 16 tahun,buat pertama kalinya dalam hidup aku,aku melakukan perubahan yang agak drastik dalam hidup aku.Perubahan kali ni tidaklah melibatkan perubahan hidup yang drastik,cuma memerlukan aku kumpul keberanian yang melampau untuk buat satu benda yang aku tak pernah terfikir aku berani buat.

Buat pengetahuan korang,aku sekolah lelaki semua,jadi,interaksi antara aku dengan kaum hawa yang bukan mahramnya hanyalah interaksi antara seorang student dengan cikgunya.Itu aje.Aku tak pernah pun bercakap secara face to face dengan seorang perempuan sebaya aku....berkawan pun takde.Member aku semua ada telur.

Sehinggalah aku melakukan perubahan yang aku sendiri tak percaya aku mampu buat.Tulis surat secara membabi buta kepada seorang gadis yang aku minat dengan niat yang ikhlas (kira ikhlaslah nak berkawan..mula2)....

Perubahan besar?Tak besar sangat pada aku,tapi cukup besar untuk bagi kesan kepada aku lepas2 tu.Mungkin mental aku mula berani nak berubah.Perubahan mentaliti yang akan shape mind aku mengenai kaum hawa.

Tapi itu cerita esok.... (Bersambung)

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dapat dri mana tot gadis tu??kan ke smua budak laki je..

Tanpa Nama berkata...

2nd dowh...

dayatsinglerider berkata...

aku tau tot...by 16 ko dh mula soal sexuality ko kan?sebab tu ko cube utk ubah mind set ko kepada perempuan...syabas!!

ENCIK TIKUS berkata...

itu screenshoot video raba tak silap aku, haha

cucu tok bashir berkata...

alahai mantot....1st of all, i memang minat bace blog u. But 1 question bout ur new entry, perlu ke letak pic perempuan bertudung beraksi melampau??? kalau sekali tak pe la...nie entry baru pun letak pic yang sama, why erk?? lepas tu tajuk berkaitan perubahan.


ape yang u cube nak up kan ye? kindly make it clear. Memang tak dinafikan ramai perempuan yang bertudung majoriti tak lah sebaik kepala yang ditutup but is it fair for those yang nawaitu die ikhlas untuk bertudung?


walaupun intipati story u and pic tak de kena mengena but i think that kind of pic tak relevant cuz seolah2 u try 2 downgrade ladies yang bertudung or baru bertudung. Sorry la kalau i merapu meraban tapi i confuse dgn tajuk and pic entry u.

Appreciate if u could explain the reason.

Thanks

Tanpa Nama berkata...

Taib pernah janji mahu letak jawatan pada tahun 1995

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/04/taib-pernah-janji-mahu-letak-jawatan.html#ixzz1JN9AtFcJ

Laporan akhbar Straits Times pada tahun 1995, pernah menyiarkan kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Pehin Taib Mahmud yang pada masa itu berjanji untuk meletakkan jawatan dalam masa lima tahun. Kalau Taib Mahmud tidak memungkiri janji ini dahulu, hari ini tiada rakyat Sarawak yang menolak Barisan Nasional kerana berang dengan perompak besar ini.


Sepatutnya sejak tahun 2000 (11 tahun dulu) lagi Taib Mahmud sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak jika dia memenuhi janjinya. Di sini bukti jelas menunjukkan bahawa pemimpin kebanggaan gerombolan songkok tinggi ini adalah penipu besar.

Keratan akhbar disini:
http://3.bp.blogspot.com/-6nud8RvdLTo/TaStFov2UeI/AAAAAAAAB5s/iouFOpE77Mo/s1600/Taib%2Bjanji.png

mr edz berkata...

masa form 4- 5 takde pompuan dalam sekolah aku. cuma ada sorang je tu pun kelas senior. dan seorang lelaki lembut.

Laici berkata...

dem,lagi gambar camnih..tidaaak....sucks to be malay nowadays..

Tanpa Nama berkata...

bosan btl dgr ayat 'sucks to be malay nowadays' atau seumpama dgnnye.mcm org ckp gne lutut.kaum lain pn meraba gak.cme dorg pandai skit xterkantoi.klu ckp 'sucks la malay yg wat keje2 jahanam ni' logik gak.
btw mantot,setuju ngan cucu tok bashir.mmg entri ko xde kne mngena dgn gmba tp ko penyumbg kepada pndangan negatif pd org bertudung.mgkn ramai yg rsk tp ramai juga yg baik.kita x tahu.

Laici berkata...

~ kaum lain kat malaysia ni rata2nya bukan beragama islam, tak kisah nak raba2 pun

# melayu beragama islam

~ kaum lain raba2,tak ramai rekod buat koleksi dan tersebar ke merata2

# melayu bersepah 3gp kat internet&kedai2

~ kaum lain kat malaysia banyak kerja tinggi2, jawatan hebat2

# melayu kerja kat tesco,giant,mc d,piza, tunggu kerja kerajaan,@ jadi cikgu

~ kaum lain takder sangat dengar kes rempit, bohsia, buang bayi

~ melayu tiap2 hari ada berita dalam surat khabar..konsert, hiburan penuh dalam jadual tahunan, ada ujibakat jadi penyanyi jer berduyun2 beratur dari subuh2, padahal sblum ni subuh pun liat nk bangun


so,tanya balik kenapa aku malu mengaku melayu sekarang nih? kaum lain jer tak cakap guna lutut, melayu jer ramai ckap guna lutut, menteri keluar statement bangang2, politik keluar kes&cerita pelik dan tak masuk akal.parti keluar statement perkauman.

Tanpa Nama berkata...

Laici,
Elo bro,ko sgt negatif la.ko slhkan melayu sbb nmpk byk sgt keburukan melayu dlm media.namapn media.ada ke media lapor org melayu pg masjid hr2?sedekah ke wat amal jariah ke?melayu ramai gak yg baik.
satu lg benda aku nk tanya.kalo ko lahir bukan sebagai melayu ko yakin ke ko still islam skang?cahaya iman bkn senang2 bleh dpt walaupn kita dh lahir sebagai keluarga islam.ni kan pula yg bkn islam.
think b4 u talk

cucu tok bashir berkata...

dear cik / en anon, juz 1 word :-

I LIKE your statement

Tanpa Nama berkata...

Laici ayt mu mcm kolot je, ;D