April 08, 2011

Awkward Agama - Kenapa Bisnes Perlu Kelentong?

Kalau kau ada kawan-kawan yang buat bisnes sendiri dan income dia selalunya datang daripada tender kerajaan,besar kemungkinan perangai dia ada "pelik sikit."

Aku tak sure apa sebab tapi pada diorang,apa saja benda yang dilakukan dalam bisnes,untuk dapat untung besar,halal atau haram mesti tolak ke tepi.Main jahat,putar sikit,tipu sana,tipu sini dan selalunya...bisnesman ni langsung takde perasaan bersalah.Seolah-olah dia takde rasa malu bekal PC dekat Jabatan Kerajaan charge sampai RM7 ribu sebijik PC padahal harga PC tu RM1600.

Apa yang lebih memelikkan aku adalah golongan-golongan Melayu yang berbisnes dengan tender kerajaan dan menghalalkan apa saja cara yang diorang pakai nak cekau duit kerajaan dan bila ditanya kenapa dia buat macam tu,dia akan jawab...

"Ini duit kerajaan.Daripada bagi kat orang Cina dan orang Cina dapat tender,baik bagi orang Melayu,biarlah orang Melayu yang kaya."Kalau tanya lagi, jawapan dia mudah....."ini semua bisnes.." Bisnes apa macam tu?Itu bukan bisnes..tender kerajaan adalah satu amanah sebab kerajaan akan keluarkan duit cukai untuk bagi tender tu.

Duit yang kau sapu,duit yang kau overcharged kerajaan tu,itu semua duit orang ramai. Bisnes kepala jubor bapak kau.Aku pun nak "bisnes" macam tu.

Semua orang Melayu nak untung cepat dan besar.Bersih atau tidak tolak ke tepi.Habis,apa kerajaan nak buat?Kalau kompeni Cina boleh supply barang RM2000 sebijik dan kompeni Melayu supply barang RM6000 sebijik,last2 tender dapat kat kompeni Melayu jugak la.Apsal?Macam mana duit kerajaan nak cukup kalau orang Melayu sendiri yang duk merompak kutipan cukai kerajaan setiap tahun?Kerajaan takut hilang sokongan sebab kebanyakan supporter kerajaan adalah orang2 yang dapat benefit daripada tender ni.Balancing act yang sangat delicate diperlukan di situ,sebab tu lah tender2 tu masih lagi diberikan dekat kompeni2 overcharge ni.

Jadi,berbalik kepada persoalan asal tadi,kenapa orang Melayu makin korup?

Seorang pakcik berkopiah datang pejabat JKR hulur RM15 ribu nak pastikan tender projek dapat kat dia. Seorang bapa datang ke Pejabat Daerah mintak surat sokongan anak nak masuk sekolah asrama penuh,tangan ada RM1000 untuk dihulur.Jadi Imam Masjid pun boleh bergaduh sebab jadi Imam ada elaun sekarang ni.Dulu masa takde elaun,takde sapa2 nak jadi Imam kat Masjid.

Siapa tak nak duit instant tanpa perlu buat apa-apa kan?Bila ada permintaan,akan ada pembekal.Bila ada tangan yang hulur,pasti akan ada hati yang terbukak menerima.Asal untung,asal kaya,asal duit masuk,beres.Nak lagi cantik,balik rumah,semayang.Doa mintak ampun mintak maaf sebab makan rasuah. Solat tak pernah miss.Tapi korup jugak!Esok sapu lagi sepuluh ribu.

Mungkin dalam bisnes tidak ada langsung definisi "agama" itu.
Semua itu bisnes.

44 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1st dowh....

Anonymous Devil berkata...

aku rase bende ni dah jadi tradisi. melayu adelah sinonim dgn rasuah dan korupsi. melayu ye, bukan islam.

Zinedine Zaiddin berkata...

Patut makin ramai anak2 muda Meleis perangai macam haram. Sebab bermula daripada duit yg dibawak balik tu dah harom, bagi makan kat anak2 pulak, kompem2 hati jadi gelap.

Bermula dari sorang, lepas tu habih berjangkit perangai hamjad kt anak2 Meleis yg lain...

afrohead berkata...

bisnes itu sendiri dah jadi agama baru.

drizzt berkata...

sila buat potongan zakat kepada pusat zakat negeri masing² ...

hidup pun lebih berkat

hamsor berkata...

Syarat2 berikut diperlukan utk memenuhi jawatan pemimpin peringkat bahagian/cawangan/negeri/negara/kampung/pemuda/puteri/MT/pencacai/tukang pasang poster puak Gerombolan:

-x memerlukan pendidikan yg tinggi..
-kaki ampu,bodek,jek,kipas dan aircond
-kaki tipu
-kaki zina
-kaki rembat
-kaki rompak
-kaki kebas
-kaki samun
-kaki rasuah
-kaki tindas
-kaki ugut
-kaki bunuh
-kaki kidnap
-kaki judi
-kaki todi
-kaki fitnah
-kaki belit putar alam
-kaki bikin porno

JIKA ANDA mempunyai salah satu kriteria dari kaki2 yg dinyatakan diatas..
ANDA dialu2kan menyertai kami.!!!.
Dan jika sekiranya anda memiliki kriteria lebih dari satu kaki yang kami nyatakan..
Anda akan ditawarkan jawatan yg lebih tinggi..!!!
tawaran ini terhad ssementara pihak kami masih lagi berkuasa...

P/s:sapa nak join puak gerombolan..sila angkat tangan mcm saya...kah..kah...kah..kah...

Lucifer berkata...

boleh tolong letakkan butang twitter gak tak? atau gunakan http://www.addthis.com/

Ayyman Rahim berkata...

Memang orang Melayu dan rasuah tak dapat dipisahkan, mungkin?

Tanpa Nama berkata...

bukan isu melayu ke dak nih, org bukan melayu pon ada je rasuah, cuma bila melibatkan tender2 gomen, makanya org melayu la kan yang banyak terlibat.

tapi serius, sapa yang pernah deal dgn gomen bab2 tender2 nih, aku percaya mesti involve directly or indirectly, dari peg. kecik2 sampai pangkat besar2. apala nak jadik..sigh~

ParkAir berkata...

Aku penah tanya vendor bape dia cas untuk ganti power supply pc.
RM500 wooo..

Tapi aku pun heran orang gomen yg incharge meluluskan tender ni, bleh lulus quot sampai 10 kali ganda harga asal. mesi fulus niii..

fendy berkata...

bila dah biasa dapat duit haram, seseorang tu tak kan rasa puas.dia akan terus untuk dapatkan duit haram n perasaan tu akan berterusan.

tuan blog,mintak share post ni dalam blog saya. :)

zamdee berkata...

salam bro..

untuk berlaku adil.. sebenar nyer bila jumpa sebangsa, begitu lah.. bangsa lain juga begitu, suka bercerita sesama bangsa nyer sendiri..

dalam urusan yang melibatkan tender, permainannya begitu lah.. pemberi tender memang sudah tahu harga apa juga permintaan, tidak kira perkakasan atau perisian.. punca disini adalah pada pihak yang meluluskan.. mesti bro juga sudah maklum, pihak yang meluluskan ada pihak yang berlainan dari pihak yang menilai harga tender walaupun dari jabatan/kementerian yang sama.. siapa lebih berkuasa?? pihak penilai atau pihak yang meluluskan??

keuntungan nya, bukan semua dimiliki oleh pembekal tetapi akan pusing balik untuk menampung pembiayaan pada pihak yang meluluskan.. selalu nya apabila melibatkan acara peribadi atau acara melibat parti pemerintah dimana pihak yang meluluskan itu bernaung.. begitulah kitaran nyer..

kalau isu yang dibangkitkan adalah agama, org yg berpegang kuat pada ajaran agama nyer, tidak akan melakukan perkara begini.. tidak kira apa juga agama..

tapi kalau isu nyer adalah bangsa, semua bangsa pukul rata bab korupsi jika mereka menolak tepi ajaran agama mahupun hari penentuan..

bukan kah di Mesia ini kita telah disekolahkan mengikut sistem Kapitalis?! terimalah dengan hati yang terbuka walaupun pahit.. sesungguhnya kebenaran itu adalah ...............

* imam juga manusia dan manusia ada pelbagai sifat dan niat nyer.. jika Mesia sanggup melantik imam mengikut acara ini -> Imam Muda?? <- mungkinkah?? *

Tanpa Nama berkata...

meleis punya prinsip ialah : babi itu harom. babi itu jijik.

arak takpe. halal.
rasuah takpe. halal. eh bukan rasuah. sodoqah.

Cik Lily Putih berkata...

betul apa yang ko tulis tuh, aku setuju

Tanpa Nama berkata...

Sangat setuju...aku tlh disajikan dgn isu2 semcm nih sejak zaman skolah rendah lg sbb slalu benor dengar org2 skeliling aku yg keje gomen asek cecite pasal hal nih. Aku pun jd immune & bercita2 utk berjaya mcm mereka suatu hari nanti. Hidup Gomen!
Drp,
RYSMHP

Tanpa Nama berkata...

teringat mase nak nikah tahun lepas.disebabkan kitorang dah pergi JAWI dulu utk hantar borang dan alang2 booked ustaz di JAWI utk nikahkan,bila pergi masjid nak booked tempat nikah..admin masjid kata,"sebab awak tak booked ustaz masjid ni sbg jurunikah..jadi sesiapa yang kalau nikah sama tarikh dan masa dgn awak akan diberi keutamaan dulu dan dia akan dpt mic sbb mic ada satu.sebab ni kawasan ustaz masjid ni"
ape perasaan?
last2 nasib baik takde org nikah time tu.
pelik.

Kap berkata...

cakap banyak tak guna, geng.
mari gunakan hak sebagai pengundi.

maserati berkata...

Gua ada kenal sorang bisnesman melayu yang telah merasuah untuk dapatkan projek. Lepas tu dia jadi kaya gile. Beli rumah kat Bkt Jelutong, kereta audi 3 bijik, 1 BMW. Buat majlis tahlil dan kenduri kesyukuran pulak tu...

Pejuang Kesenian Extreme berkata...

Benda ni sebenarnya asa garam orng berniaga..Nak berniaga kena pandai menipu,membelit dan auta..Kalau tak ada semua ni,perniagaan lingkup katanya..

Lagupun ada org melayu kebanyakannya org tengah je..Kan tender kerajaan byk tuk bumiputra..Jadi bangsa lain ambil kesempatan dgn melayu ni dengan cara memperalatkan..

Tanpa Nama berkata...

en mantot bleh post psl isu telor palsu x?

Tanpa Nama berkata...

biaser la tue. melayu maner ader class

Master Yoda berkata...

nais one mantot...kah kah kah...sape yg terasa tu, kah kah kah kah kah kah kah kah...gua gelakkan aje, tak kira la kawan ke lawan ke sedara mare gua ke, gelak tetap gelak gak....

"nak jadi kaya cepat, auta kene ligat..."

Tanpa Nama berkata...

pergh. bijaknya..

Tanpa Nama berkata...

ko paham tak ape ko tulis? atau ko dengar2 je dari orang?? komputer 1600 jadi 7000, gomen bukan beli pc macm ko belikan laptop untuk adik ko, gomen beli pc, sekali ngan maintainance untuk setahun or dua tahun, sekali ngan lesen software dan macm2 lagi, kalau rosak terus tukar baru, maintainance sebulan sekali...so harga die included bro, tak payah bayar setiap kali maintainance...paham tak?

Mantot berkata...

keh keh keh,gila mahal brg pc kau.

bro,
cuba quote kan aku,berapa harga pc siap windows XP siap dengan Microsoft Office dan ada extended warranty manufacturer campur after sales service yang sampai 7 ribu.

apa lagi bila barang tu beli scr bulk.lagi lah pulak bila brg2 dalam PC tu semua on board punya hardware...

Mantot berkata...

lagilah pulak dalam Jabatan Kerajaan ada IT punya department yang tugas dia menyelenggara PC...habis buat apa byr maintenance?

Tanpa Nama berkata...

giler r samapai 6000 sebijik..supplier goverment bahagian mane dow?
aku pun supply gak barang kt goverment.supply key chain je..harga keychain aku dpt 7 ringgit, aku jual 8 ringgit dgn 30 sen..
tapi sebab aku ni melayu n supply kt goverment..so mesti aku tgh curi duit kerajaan kan?tul tak?kan..kan?
ko igt kat goverment tu sorang je ke yang in charge benda2 ni?
bangang sangat ke ko igt org kt kementerian tu sampai tak tau harga pasaran..
bila kita ada bukti report..ni r 'melayu'..pandai heboh kt blog mcm wira..

Tanpa Nama berkata...

dah ade yg terase pedas nmpk… kehehehehe..

-Choi-

Kap berkata...

Anonymous oh anonymous..

Tanpa Nama berkata...

owh..sori..pedas dow..
x r.kekadang bila orang kate manusia2 yang ade tender kerajaan kaya sebab duit haram..giler r terasa..
pastu bila tanya balik maner tau, mesti akan kata dari kawan punya kawan..
lagi bez kalo kita kutuk dari kita siasat..tul tak?lagi bez bila imam pun dikatakan jadi sebab elaun..sian imam..

Tanpa Nama berkata...

owh..sori..pedas dow..
x r.kekadang bila orang kate manusia2 yang ade tender kerajaan kaya sebab duit haram..giler r terasa..
pastu bila tanya balik maner tau, mesti akan kata dari kawan punya kawan..
lagi bez kalo kita kutuk dari kita siasat..tul tak?lagi bez bila imam pun dikatakan jadi sebab elaun..sian imam..

Mantot berkata...

isk isk isk,
takkan la begitu murninya hati kau sampai benda2 camtu pun kau susah nak percaya org Melayu buleh buat?mmg la diorang tau market price brapa...tapi...hehehe,kau ingat PC 7 ribu untung dia,supplier sorang aje ke makan?

Ada la sebab kenapa supplier boleh overcharge gila2 dan Jabatan tu still ambik jugak dgn supplier tu..kau fikir la sendiri.

aku tak kata semua supplier camtu,aiseh,tapi benda ni mmg jadi,kerajaan selalu sebut pasal "ketirisan",ni adalah ketirisan tu...benda camni la yang buat Malaysia bankrap.

cuba kau buat eksperimen...

Kau supply key chain,kos RM7,kau bantai RM70,lepas tu kau kaw tim dgn orang Kerajaan yang in charge brg kau,kata kat dia,"aku letak RM70,bahagian kau RM30.Tengok la mcm mana kita boleh kira2 lepas ni..."

Kalau dia lurus,dia tolak.Kalau dia korup,dia nego dgn kau.

Kau pulak orang macam mana kalau dia lepas kau tanya dia kata ok ?

Tanpa Nama berkata...

dude.. jgn la terase pedas kalo ko bkn mereka2 yg termasuk dlm golongan yg disebut.. kalo ko btul ikhlas.. x mark up gile2.. thn ok le.. but if you really did all those things.. thn mmg patut pon ko terase..

kwn sek aku yg aku kenai.. mmg dah xingat halal & haram.. yg lawak nye dia kate yg penting usaha!! kalo xusaha camne nak kaya!! usaha yg dia maksudkan tu mmg dah xde border from halal & haram.. ckp berapi lebih.. org2 camni la yg biase berkepit ngan pemuda UMNO.. psl msg2 perangai 2x5.

-Choi-

seasick82 berkata...

dlm hal nie xpayah la kita soalkn akidah bisnesman tu.kucing tetap kucing la,masalahnye yg bagi ikan tu..bkn duit bapak dia main lulus je berapa quotation yg org kasik!at least make sure yg kualiti dia sepadan dgn harga yg dia tawarkan,baru la betul.mmg diorg nie tolong org melayu,tolong 'kitai' duit org melayu! :)

rudy berkata...

1. rasuah akan jadi tradisi kalau kau teruskan bayar rasuah

2. yang bayar rasuah selalunya bangsa lain sebab melayu macam kau takde duit nak bayar rasuah

3. bisnes ugama baru? what the flying @#$% do you mean by that?. Rasulullah saw pun dulu businessman dan dia pun bersabda 9 out of 10 rezeki dari business. so apa cerita afrohead?

4. udah biznes, ada untung, bayar la zakat. dapat balik kat kau berganda2 insyaallah. memang menjadi. kalau taknak bayar kat ppz ke hapa, kau bagi sendiri kat anak2 yatim, ke kat sekolah ugama mana ke. dapat balik kat kau. serious.

5. melayu dan rasuah dapat dipisahkan. dgn bangsa lain aku tak tau. sbb aku tak bayar, aku tak terima, walaupun dioffer jutaan usd. so melayu islam ada harapan. korang? cheh, speeding sikit dah nak hulur. hampeh.

6. kalau dengar tender gomen ada rasuah. repot sprm. contrary to popular belief, sprm not in the business of killing people. only those guilty feeling people je yang bunuh diri.

7. mana kau tau biznesman melayu tu bagi rasuah? ke engkau yang jeles tengok dia berjaya?

8. sejak bila dbp tukar ejaan haram jadi harom? harom bunga taik ayam kau. "harom" ape kejadah spellingnya tu?

9. aku masuk boarding school, bapak aku tak de bayar rasuah kat pejabat daerah. anak aku masuk boarding school pun aku tak bayar rasuah. kau masuk bapak kau kena bayar rasuah ke?

rudy berkata...

macam mana nak buat telur palsu? "owh" senang saja : - Saya buat apa yang terdaya untuk selamatkan telur original dari konspirasi telur yang berniat jahat yang berhempas pulas selama 2 jam untuk merosakkan nama baik telur saya dan dalang disebalik fitnah telur-telur palsu...

"dooowh" telur papa memang hebat .. wheeeee!!!

Tanpa Nama berkata...

Mmg xdpt dinafikan bkn semua org melayu perangai cam gitu & the same thg apply to other races. Bkn semua melayu xde duit nk bayar rasuah.. Terang2 dpn biji mata aku, member yg sama2 membesar wat cam gitu. Kalo la aku xpenah kenai diorg lain cite. Siap bole tanya sape member2 kita yg ade keje kat bhgn kjaan. "Aku nk kawtim, depa bole bg project wa kasi la skit percent.." please la dont be racist. Agama & bangsa, mane lagi penting?

-Choi-

AkuTakSukePublisiti berkata...

hahahahaha...rudy2..

ang mmg terasa cili api sgt2 ker??...adoiiiii...

mls nk taip pjg2..bnd mmg da berlaku mang xkira bangsa,si cukong anya peralat b/putra yg mostly melayu ble deal ngn gomen tuk dpt tender,so?lu pk la sendiri..n plz..Rasulullah xsuruh pn mgamalkn perkara yg dnyatakan dlm ntry nie ble berbisnes ble "beliau pun bersabda 9 out of 10 rezeki dari business"...

ni crite "MELAYU dalam BERBISNES yg deal dengan GOMEN"

get ur point straight k?..

statement ko ni..

"6. kalau dengar tender gomen ada rasuah. repot sprm. contrary to popular belief, sprm not in the business of killing people. only those guilty feeling people je yang bunuh diri..."

hahahahahahahahahaha..best jugak eak..xsgke aku ko leh dpt idea pemikiran camni..ajr sket??..sgt "open minded" la bangg rudy..

(rasuah + gomen)/SPRM(org gomen gak) = USELESS!!!...

unless...

[rasuah+gomen](kambing hitam)/SPRM =Org yg belum tentu salah MATI..

hahahahahahahahahaha....hope ko dpt job yg power2 ah!..g boarding school tuuuuuuuuuuuuuuuu...=)

rudy berkata...

@akutaksukapublisiti

aku tak terasa pun cili. sebab aku tak makan cili (baca: takde bisnes dengan kerajaan)

dah dengan kerajaan juga kau cari makan, takde alternatif lain ke? kau sendiri tau gomen tu nak release payment lambat, kau juga yang kata gomen rasuah, tapi pathetic nya kau masih mengharap juga dari gomen tu.

lepas tu kau kutuk pulak gomen. dah kalau kau rasa gomen yang semua tu tak elok : kau jangan la deal dengan gomen atau pun yang sewaktu dengannya (baca: syarikat kait dengan gomen atau GLC).

kau jangan offer produk dan services kau kat gomen, kau jangan beli proton, kau jangan pakai letrik tnb, kau jangan pakai produk telekom, kau jangan menggatal nak tolong jual streamyx ke unifi ke apa jadah, kau jangan simpan duit kat epf, bank rakyat, bsn, kau jangan jual content kau kat RTM ke, TV3 ke mana ke

kau ada bisnez, ha offer la produk dan services kau kat IOI ke, Hong Leong ke, exxonmobil ke, universalstudios ke, pixar ke. tengok ada ke diaorang nak beli?

aku boleh respek kau punya alternatif view bila kau kata kerajaan tak elok ni semua. dan bongkar habis segala yang kononnya tak betul. tapi at the same time kau masih lagi berharap pada kerajaan. pathetic.

job aku memang power

ble? amende tuh? nak taip ayat penuh pun malas? enuff said.

AkuTakSukePublisiti berkata...

@rudy
in the end..aku pn xde biznez utk deal ngn gomen..=) nk wat cane..hahahahaha..

xbminat pn nk menghrpkn kerajaan,n saya berada dalam sektor swasta..tp mende tu semua kewajipan yg dttpkn..xnk tolak epf,xleh keje lak kan?..n aku xgune pn bank rakyat o bsn..=) so aku xmengharapkan apa2 pn dari kerajaan..jz tlg jalankan tugas sebagai sebuah KERAJAAN yg MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT..that all..tidak perlu memfokuskn kpd sesebuah bangsa je or fokus pada isu SESEORANG berbanding isu2 negara yg lg penting..

n..makin kau explain,makin bercelaru aku rasakan..mgkin thp pemikiran aku xsampai setahap kau dimana bila xsokong gomen,x boleh guna letrik,air, internet semua tuh??..what?...

yela2..aku tidak malas untuk menaip ayat penuh okay?

jadi, kesimpulan kau kalau hendak menjual produk atau servis kepada kerajaan,mesti "mark-up" tinggi-tinggi untuk mendapatkan KEUNTUNGAN yg MEMUASKAN dalam BERNIAGA?tiada prinsip halal haram?..

dan iya,kerajaan pun "mark-up" tinggi bila mengenakan cukai..antaranya cukai kereta..perlu ke mark-up smpai 300%??..

hehehe..

ble = BILA..
and enuf is spell Enough..FYI..=)

rudy berkata...

@akutaksukapublisiti

eh bagus la macam tu kau tak harap gomen. kerja sendiri atau private. aku respek tu. jadi bagi aku baru engkau ada hak nak kutuk kerajaan.

point aku tak guna la orang kutuk kerajaan kata dia korup la macam-macam, tapi bila nak buat bisnes dengan kerajaan juga dia meletakkan harapan yang tinggi.

iya, aku tak paham yang kau taip tu, jadi aku tanya la.

aku pun tak setuju 300% tax kereta, botak kepala aku sbb aku bawak hummer masuk hari tu.

AkuTakSukePublisiti berkata...

@rudy

aku bkn nk kutuk mane pn kan..kang kate aku xbsyukur plak ngn servis yg dsediakn oleh kerajaan...*Ahakz*

ouh..ok,bru aku phm poin ko..=)awlny aku phm lain..

perghh...bwk hummer?mmmm...aku lak baru nk angkt civic..ermmmmm...

(^.^)v

seasick82 berkata...

kuikuikui..either way,cuma ada 2 choice; adept & accept yg gomen skrg mmg korup atau tukar kerajaan..(dengan harapan kerajaan baru x korup sgt laa)
cuma bg aku,1st choice tu sgt selfish sbb ini bkn utk generasi kita aje.kene pikir anak2 kita mcm mana?unless awal2 lg kita dh pikir nk migrate laa...

Kap berkata...

sekali lagi,
gunakan hak anda sebagai pengundi.